Friday, 24 August 2012
'BARAAN'
Istilah jawa untuk xtvt konvoi berhari raya.Xtvt ini aktif d kwsn prkampungan jawa sekitar Sabak Bernam.Saya dan anak-anak sempat berkumpul tahun ini utk berhari raya brsama adik beradik dan anak2 saudara di kampung kelahiran arwah bondaku, kg Parit Baru.Kalau tak d praktikkan tradisi kunjung mengunjung ini nescaya kami tak kenal saudara mara.Nasib baiklah saya ikut kakak2 saya yg menjadi "KAPTEN" turun naik rumah sepupu sepapat untuk rapat erat silatulrahim yg kian samar2.Selain dapat berjumpa,berkenalan bermaafan kami dpt mengerat tali persaudaraan kami.
Suasananya amat meriah walaupun telah hari raya ke 3.Sepanjang jalanan kelihatan kanak-kanak berbasikal ramai-ramai datang ke rumah handai taulan, yang muda tertib bermotosikal walau tak berhelmet tp tetap bersopan d jalanraya ,yang suami isteri bonceng membonceng penuh kemesraan menziarah jiran tetangga yang lebih tua,saudara mara yang jauh pula datang berkonvoi berkereta.Semua masih mengekalkan tradisi berzaman berbaju melayu bersampin dan lengkap bersongkok.
Tiap rumah yang kami kunjungi dihias indah menyambut syawal.Deretan pelita menghias laman,laman yang bersih tampak lebih ceria dengan decoration bunga-bungaan segar....menjadikan warna warni di aidilfitri.Sesekali terpandang meriam yg dperbuat drpd batang kelapa.Tradisi bermain meriam hanyalah pada malam raya sahaja mulai tengah malam sehingga ke subuh hari raya.Dentumannya menggegar anak telinga namun itulah yg d nanti nantikan sanak saudara yang balik kg utk memeriahkan suasana hari raya.
Kebanyakan rumah yang kami kunjungi menyediakan pelbagai juadah raya.Tiap rumah sekurang kurangnya menyediakan tidak kurang 3 buah meja yang d penuhi balang-balang kuih.Ruang rumah yang luas pula menyediakan sehingga 6 set hidangan termasuk mnghampar alas yang d panggil "saprah" dengan meletakkan hidangan d atasnya.Selain biskut raya yang moden terdapat makanan tradisi jawa "pecal" terdiri daripada sayuran dan d makan bersama sos kacang.Ada laa juga makanan diet seimbang walaupun kebanyakan rumah menyediakan air raya.iaitu.air bergas .Istimewanya beraya d sini dapat makan desert kesukaan saya sejak kecil iaitu halwa buah enau yg d sebut aluwo kolang kaling...ermmm nyamannya dapat makan halwa merah dan hijau ni...yang banyak menjadi rebutan ialah kerepek tempe,kerepek belinjau dan kerepek pisang tanduk.Untuk kanak-kanak tidak d lupakan tuan rumah menyediakan hidangan jelly,gula2,coklat,wafer dan asam.
Lebih meriah lagi walaupun dalam suasana kampung tapi tuan rumah tetap menyediakan sampul duit raya.Walaupun isinya ala kadar namun cukup bererti kerana ianya d bahagi samarata samarasa kepada semua yang datang kecuali yg telah berkahwin.Namun entah camana silapnya dlm rombongan konvoi kami, menantu baru kakak saya telah mendapat duit raya...kelakarnya...agaknya menandakan dia masih brwajah keanak anakan ..manja gitu..atau keluarga sblh kami ni kaya raya membahagi duit raya pd semua....itulah yg mnjadi bhn gurauan kami sampai hari ini....hehe....
Akhir sekali rombongan kami singgah d rumah abang sulung saya d Sg Air Tawar.Oleh kerana rumahnya yg agak luas semua "driver" terbungkang tertidur melepaskan kepenatan seharian beraya sehingga 12 buah rumah.Driver terdiri drpd anak2 saudara yg dh cekap memandu.Saya pun letih juga memandu tetapi kurang yakin untuk menyerahkan stering kereta pada anak sulung atau anak kedua kerana masing2 jarang memandu.Maklumlah jalan sbuk..nak tak nak penat tak penat kena drive sendiri...Letih sangat2 la sejak hari Sabtu sebelum raya selepas subuh drive balik ke Manjung.Masak makan siap2 nak sambut raya tido jam 2 pg.Esok pagi drive ke Bruas ziarah pusara abnag kedua saya.Petang drive lagi ke Sg Sumun pula.Tahun ini seronok beraya kerana anak2 semua ada bercuti (anak sulung yang berada d Sumatera Utara pun sempat beraya kerana cuti sem yg pjg) lagi pula dah bertahun tak beraya dgn anak saudara dan cucu saudara kerana mereka berada d Jepun.Tahun ni meriah dan seronok memasak untuk mereka yang lama tak merasai kemeriahan beraya d tanahair sendiri.Raya ke2 saya drive lagi bawa anak2 beraya rumah kakak dan saudara mara d Kg Padang Tembak Teluk Intan .Walaupun usia saya dah mencecah 47 thn tp Alhamdulillah saya rasa selesa sepanjang masa kerana saya ada tips utk menjaga kesihatan dalaman dan kekuatan fizikal diri...hehe..lawatilah blog saya yer.....
Gitulah cerita kemeriahan beraya d kampung walau menghadapi jalam jem d kampung sendiri..sabar je lah sebab sume orang pun nak beraya gak..kan...Cuma yang tak tahan dengan sikap selfish sesetengah org terutamanya kat petrol pam.Alahai lemah lembut lemah longlai lemah gemalai sopan santun bertata tertib lembab giler bila dah tau org que panjang boleh lagi main2...dah siap isi petrol boleh lak anak bini turun keta mewahnya sorong tarik pintu keta otomatiknya depan kita...yang ini tak boleh sabar...teman petttttt kat dia baru le hegeh2 nak jalan...tak manis le nak bunyikan hon tp kira melampau la bila d tunggu lg hegeh lak dia...apapun raya tetap meriah sehingga saya tambah bilangan hari beraya d kampung untuk gathering keluarga buat malam bbq dengan tema seafood....yummy....
Sekian je coretan kisah raya kami tahun ini SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN DAN SELAMAT HARI RAYA pada semua pembaca...
Subscribe to:
Posts (Atom)