Saturday, 9 March 2013
BUKAN SALAHKU
EPISOD 1
Abangg...benarkanlah Azi menerima tawaran ini..lagipun buat masa sekarang abang belum stabil pendapatan.Anak kita dah 2 orang, mereka memerlukan perbelanjaan harian yang agak tinggi.Azni boleh bantu abang.
Sudahlah Azi setakat menjawat jawatan Pembantu Tadbir tu berapa sangatlah yang awak dapat.Dahlah jauh..Hardi menjawab acuh tak acuh sambil berlalu pergi.Hardi langsung tidak memberi peluang kepada Azi untuk berbincang perkara ini sedangkan tarikh melapor diri semakin hampir.
Entahlah Ummi..Azi tidak sempat berbincang dengan abang .Azi memberi dalih sewaktu ibu mertuanya bertanyakan keputusannya untuk menerima atau tidak tawaran itu.
Camni lah Azi, Ummi nasihatkan Azi berbincanglah dengan Hardi baik-baik sebab ini melibatkan masa depan anak-anak.Ini pun mungkin rezeki anak-anak.Nak harapkan Hardi,masih belum ada pendapatan tetap.Ummi setuju kalau Azi terima tawaran tu sebab ini pekerjaan tetap.Dah lama Azi tunggu peluang ini.Terimalah tawaran itu Azi tapi berbincanglah dulu dengan Hardi .Mungkin akan terbuka pintu hatinya membenarkan Azi bekerja.
Azi mencari-cari peluang dan masa yang sesuai untuk berbincang dengan suaminya.Namun jarang sekali kelibat suaminya ada di rumah.Mungkin mencari pekerjaan yang sesuai diluar, fikir Azi.Sejak bertengkar dengan abangnya di restoran tempohari,Hardi yang keras hati terus merajuk.Ditinggalkan restoran ala Thai itu begitu sahaja tanpa pengurusan.Rajuk benar hatinya dengan perselisihan yang sedikit itu.
Seminggu lagi tamatlah tempoh berpantang Azi melahirkan anak kedua.Dan seminggu lagi beliau diarah melapor diri sekiranya menerima tawaran itu.
Azi termenung sendirian.Menimbang yang baik dan yang buruk ,berkira-kira kesan atau risiko mendatang.Tangisan baby mengejutkan lamunan yang panjang.Segera Azi menukar lampin Kirana.Deringan telefon mempercepatkan tugasan sebagai ibu dan segera Azi menjawab panggilan.Ibunya bercakap sesuatau di hujung talian.Azi mengangguk faham dan setuju.
Pagi itu Azi segera menyambar tangan Hardi yang bersiap untuk keluar.Semalam jam 3 pagi baru balik tak mungkin waktu itu Azi ingin meluahkan sesuatu..Awal pagi tadi pun Azi tidak mengganggu tidur suaminya.Sarapan yang disediakan juga tidak dijamah.Anak sulungnya yang berusia 2 tahun tidak diambil perhatian.Hardi tetap sibuk keluar tanpa memberitahu urusan .
Awak nak apa....sergah Hardi.Saya nak bincang dan nak minta izin abang untuk menerima tawaran itu..antara dengar dengan tidak suara Azi tersekat-sekat terkejut dengan sergahan suaminya.Tak perlu bincang..awak terimalah dan saya setuju..Azi memandang tepat suaminya dan tersenyum..sungguh ni bang...abang janji ye tidak akan timbul apa-apa isu selepas ini kerana abang telah bersetuju...ye abang...luah Azi sambil menggenggam erat tangan suaminya...Ye abang janji...jawab Hardi dan terus berlalu.
Gembiranya hati Azi bukan kepalang.Berita gembira ini terus dikongsi bersama ibunya dan ibu mertuanya.Azi tidak berlengah membuat surat notis perletakan jawatan kontrak dengan sebuah agensi kerajaan.Mereka mengucapkan tahniah kerana Azi berjaya mendapat jawatan tetap dan boleh menjamin masa depan.Selesai urusan serah tugas dan sebagainya Azi pulang ke rumah untuk bersiap kerana cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Untuk menjaga hati suaminya yang enggan mengikutnya melapor diri dan bertugas di negeri orang,Azi cuma membawa keperluan asas sahaja.Sedikit pakaiannya serta keperluan 2 anaknya.Esok sahaja hari yang tinggal untuk Azi bertolak dan meninggalkan sementara rumahnya.Namun suaminya terus dingin dan enggan berbual.Pada fikiran Azi mungkin suaminya merasa sedih akan ditinggalkan sementara olehnya dan anak-anak.Azi juga telah berkali-kali berjanji dengan Hardi akan memohon pertukaran balik mengikut suaminya secepat mungkin.Hardi pulang pada hari Azi ingin bertolak.Beliau minta disiapkan pakaian untuk menghantar Azi dan anak-anaknya ke Kuala Lumpur.Dalam perjalanan Hardi membisu seribu bahasa.Hardi singgah di rumah ibu Azi untuk mengambilnya dibawa bersama sebagai teman Azi dan anak-anak semasa di Kuala Lumpur.Itu janji ibu Azi yang menawarkan diri untuk menjaga cucu-cucunya.
Sampai di Kuala Lumpur,Hardi mencari bangunan seperti alamat tertera.Selepas diberi taklimat serba ringkas Azi ditempatkan bertugas di salah sebuah daerah yang juga ibu negeri.Mujurlah Azi mempunyai rakan rapat sekampung yang tinggal di daerah tersebut.Melalui rakannya Azi dengan mudah dapat rumah sewa berhampiran tempat tugasnya.Setelah selesai urusan penempatan dan rumah sewa, Hardi keluar.Beberapa jam kemudian Hardi pulang ke rumah sewa dengan membawa 10kg beras dan 5kg susu tin.Selepas itu Hardi tergesa-gesa minta diri untuk pulang ke kampung dengan alasan rumah kampung tidak boleh ditinggal lama bimbang diceroboh pencuri.
Dengan bekalan wang simpanan Azi melengkapkan rumah sewanya dengan perkakas memasak.Beliau menghubungi keluarganya dikampung untuk menyewakan lori bagi mengangkut barang keperluan lain seperti tilam bantal, pinggan mangkuk dan motorsikal dari rumah ibunya ke Kuala Lumpur.Sedikit wang simpanan ibunya pula digunakan untuk membeli barang makanan.Dua tiga hari Azi sibuk berurusan dan tidak sekalipun suaminya menghubunginya untuk bertanya kabar anak-anak.Azi cuba menghubungi Hardi tapi gagal.Telefon sentiasa tidak diangkat.Azi semakin susah hati.Dia menguatkan semangat untuk telefon kakak-kakaknya tapi alangkah terkejutnya Azi bila mereka menjawab..mana kami tau hal rumahtangga kamu..kami tak tau dimana Hardi..kasar sahaja bunyinya membuatkan Azi hilang punca.
Azi cuba bersabar,pasrah dan cuba bermunajat pada Allah SWT disejadah pada setiap dinihari ..mudah-mudahan lembut jualah hati suami yang disayanginya.Juga mudah-mudahan beliau sendii segera dapat bertukar balik ke tempat suaminya.
Azi cuba menyesuaikan diri dengan pekerjaan barunya.Beliau belajar dari staf lama teknik dan cara membuat kerja dari satu bab ke satu bab dengan penuh teliti.2 minggu berada di kota raya membuat dirinya lemas.Kos sara hidup yang tinggi dan kesibukan suasana.Namun beliau masih menunggu suaminya menghubunginya bertanyakan kabar anak-anak.Namun apa yang terjadi ternyata jauh diluar jangkaannya.2 minggu terpisah dengan suaminya Azi mendapat surat register daripada Pejabat Agama Islam menyatakan Aziah binti Tasrim adalah seorang ISTERI YANG NUSYUZ kerana telah meninggalkan suami dengan sengaja.Beliau juga telah membaca surat pertuduhan yang ditulis oleh suaminya yang panjang lebar dan dikepilkan bersama surat rasmi pejabat agama islam daerah tempat tinggal suaminya.Azi terduduk membaca segala pertuduhan yang berunsur fitnah..Lillahitaala Azi bukan ingin menderhaka tetapi atas ingin membantu keluarga.
Pejabat Agama ingin jawapan atas dakwaan Hardi dalam jangka masa 14 hari.Azi merasa begitu tertekan kerana Hardi ingin menceraikannya di dalam suratnya itu.Apakah salahku? rintih hati Azi..Adakah aku nusyuz?Walhal Hardi telah berjanji tidak akan menimbulkaan sebarang bentuk isu kerana beliau telah mengizinkan pemergiannya mengisi jawatan itu.
Azi tidak mampu lagi mengeluarkan airmata..Ditatap sepuasnya anak-anak yang belum mengerti apa-apa...Tuhanku kuatlah hati ini untuk menempuh segalanya.Semoga masih ada jodoh kami dan semoga jodoh akan berpanjangan....(bersambung)
Subscribe to:
Posts (Atom)