Wednesday, 8 May 2013

SAYA RAKYAT SAYANGKAN MALAYSIA

Muak sudah....sebelum PRU13 sehinggalah selesai PRU tapi masih hangat perbincangan, isu TAK HABIS-HABIS...isu tak puas hati, isu berbau perkauman ,isu fitnah dan seadanya keluar di muka-muka buku.Berbagai pendapat,  berbagai kritikan , berbagai pandangan terus bermain dan dihebahkan sehingga saya sendiri konfius sudah...TAPI....berikut adalah pendirian saya...

Penuh muka buku saya dengan sindiran, hebahan ,kritikan..ada yang saya terbaca kebanyakannya menyakitkan, adakala sedih adakala terasa ingin memberi pendapat tapi terfikir oleh kewarasan akal biarlah..andainya buah fikiran akan menambah kekusutan di pihak lain , andai mencelah memberi kata-kata akan di maki hamun pihak lain lebih baik diam...

Diam saya bukan bererti mengiakan tetapi kena fikirkan secara rasional tidak sesekali menerima bulat-bulat dan tidak juga menolak mentah-mentah atau terlalu taasub.

Saya  diberi akal , saya boleh berfikir.. walau saya cetek ilmu tapi ilmu boleh di cari so kita  fikirlah sebaiknya sebelum melontar kata-kata sebelum yakin mengepos di wall mukabuku.

Bagi saya, saya redha ...saya duduk aman di negara saya sejak merdeka.Walau ada sedikit cemas dan kebimbangan pengganas tiba-tiba muncul di Lahat Datu , walau jauh dari tempat tinggal saya tapi saya amat sedih memikirkan nasib keluarga rakan dan rakan yg mencari rezeki berada di daerah sana dan juga anggota keselamatan yang bertugas di sana..Hanya titipan doa semoga selesai peperangan dengan aman dan tiada lagi pertumpahan darah sesama Islam.

Saya kata redha sebab pemimpin sedia ada tak halang saya untuk ke surau atau ke masjid untuk beribadah, Saya tenang mendengar laungan azan subuh yang mendayu , saya bersyukur kerana menerima info free untuk menambah ilmu agama melalui siaran TV, pilih jer TV mana saluran apa , kebanyakannya memberi info berguna selain hiburan .Saya amat berterima kasih kerana anak-anak saya boleh mendapat pelajaran dan bebas untuk memilih pendidikan sama ada ingin mengambil aliran agama , sains atau teknikal atau anak cucu saudara aya yang ingin  mendapat pendidikan cara tahfiz atau ke luar negara, pemimpin kita memberi peluang yang terbuka luas.Pilih saja lah....

Saya redha dan bersyukur ada pemimpin yang tidak memaksa saya mengikuti hiburan di pub , casino dan perjudian yang menjadi hiburan kaum lain selain orang islam , malah saya redha kerana disebalik itu saya di dedahkan berbagai aktiviti menimba ilmu keagamaan di mana-mana selagi saya suka, jika saya mampu atau atas kemahuan saya sendiri .Pergilah mencari ilmu ,didiklah diri sendiri menjadi Islam sejati, terapkanlah nilai-nilai islam dalam diri anak-anak agar generasi akan datang terbentuk anak solehah...pergilah...Peluang terbuka luas... jalan ke masjid pun cantik elok rata diturap , jalan dan kemudahan pondok mengaji terdapat dimana-mana ceruk...atau on jer TV mana yang di pilih ada sahaja info , buka You Tube carilah ustaz mana yang kita teringin nak dengar, kalau nak mentelaah , pergilah ke kedai buku, buku banyak terjual buku agama buku pelajaran atau buku ilmiah , sehinggalah buku resepi pun ada terjual..Tak mampu beli kerajaan sediakan perpustakaan negeri, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak.

Sekiranya saya tidak mampu memandu di jalan raya yang molek disediakan kerajaan, kerana kemalasan ,keletihan atau tak cukup masa, saya akan berkongsi resepi di internet , memasak untuk keluarga saya...mudahnya saya memasak..tong gas kerajaan bagi harga subsidi, gula yang saya sudukan dalam teh dan minuman atau kuih yang saya sajikan untuk family juga dapat harga subsidi.Berbanding harga gula yang mahal di negara-negara jiran saya.Saya juga suka membuat kuih sebab saya dapat harga tepung gandum dengan harga subsidi...sebab tu saya dapat bersedekah kuih homemade kepada jiran tetangga saya..Aman sejahtera saya duduk disini. Bagi saya Malaysia dah cukup segala-galanya.

Anak saya selalu demam dan selsema tapi saya bersyukur pemimpin berikan Klinik 1 Malaysia kepada rakyatnya.Jika dulu saya terpaksa bawa anak ke klinik swasta berbayar kerana klinik kerajaan open waktu ofis dan waktu persekolahan tapi sekarang saya amat lega kerana saya boleh mendapatkan rawatan dan ubat sekadar RM1 dengan layanan TERBAIK dan jenis ubat berkualiti.Yang paling suka Klinik 1 Malaysia ni buka dari awal pagi hingga 10.00 malam tiap hari walau pada hari cuti.TERIMA KASIH PEMIMPIN SEDIA ADA.Saya amat menghargainya...........

Saya seorang pekerja so amat sukar untuk mendapatkan bahan masakan sayur dan ikan fresh kerana market tutup pada petang hari tapi sejak wujudnya Pasar Bergerak 1 Malaysia memudahkan saya melanggani pasar ini.Kalau saya nak membeli barangan dapur lain dengan kuantiti agak banyak , saya akan kunjungi Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan harga lebih murah. Bila-bila saya balik kampung , saya mesti singgah membeli pakaian di Kedai Kain 1 Malaysia..jimat kos saya maklumlah anak-anak saya semua perempuan.Kos membeli pakaian ,tudung dan sebagainya agak lebih sikit  berbanding anak lelaki.Ke Jakel pergi juga tapi Alhamdulillah le semua ada untuk saya bebas memilih mana yang saya suka.Serba serbi ada di Malaysia.

Saya juga pekerja biasa ada kala memerlukan kos lebih bagi menampung service kereta , bayaran roadtax dan insuran kereta tapi syukurlah waktu-waktu terdesak seperti itu anak-anak saya dapat peruntukan kewangan belajar dari MARA, baucer buku , wang tunai 100 bagi tiap murid boleh gak saya gunakan beli baju sekolah lebih dari 3 pasang kepada 4 pasang.Maklumlah anak sekolah rendah ni uniform cepat kotor kasut putih mudah comot so bolehlah selesa anak saya berpakaian dan dapat juga membeli buku aktiviti lebih untuk ulangkaji dirumah.Saya tak mampu nak menghantar anak ke pusat tuisyen lagipun kesian anak kerana masa terlalu padat.Pagi sekolah KAFA, petang sekolah biasa, malam kelas mengaji Quran balik dah kalut nak buat homework so saya belikan jer buku aktiviti banyak-banyak ada masa lebih dia boleh buat latihan tu.

Saya juga bersyukur saya bukan warganegara Palestine , Ghaza dan paling dekat bukan warganegara Indonesia.Melayu Islam di sana jauh beza dengan Melayu Islam di Malaysia.Saya tidak keliru bila nak mencari masjid bila keluar bertugas diluar.Berbanding saya ke Indonesia, rumah Allah mirip gereja dan tersalah tafsir termasuk dalam gereja untuk solat.

Saya juga bersyukur saya bukan warga Singapura yang dengar kabarnya mereka meminum air kumbahan yang dirawat...Wekkkkssss...meloya kiranya terjadi di sini...Simpangkan lah dapat pemimpin yang sanggup memberi rakyatnya minuman sebegitu..

Saya juga boleh membuat pilihan membuat pinjaman beli rumah secara biasa atau secara islamic, begitu juga dengan hal-hal perbankan, kita semua ada pilihan...kerana negara saya islam agama persekutuan..banyak menitik beratkan hal ehwal dalam islam...syukurlah...

Kita duduk dalam negara yang berbilang bangsa dan kaum so saya sebagai orang Islam saya pilih jalan yang benar yang disyariatkan dan yang disuruh dalam alQuran tanpa ada orang yang menghalang.Menyuruh lagi ada...serta mengingatkan saya hidup sebagai seorang Islam..Saya bebas tetapi kebebasan itu yang berlandaskan oleh Islam dan yang diberi oleh negara yang ada berpelembagaan, yang ada Raja sebagai Ketua Agama dan  yang ada Pemimpin Islam.

Saya diberi pelajaran tentang sejarah silam, saya dididik untuk memelihara kedaulatan undang-undang dan saya diterapkan dengan nilai-nilai keluhuran perlembagaan so apa lagi yang saya nak cari? Nak gembar gemburkan sesuatu mengikut cerita yang belum tentu benar? Nak dilaung-laungkan suara yang saya sendiri tak tahu hujung pangkalnya?OOOWWWHHH...TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI....Saya percaya pada Allah SWT, saya percaya kepada pemimpin sedia ada, walau bertabur fitnah bukan kita rakyat untuk mengadilinya sebab kita ada prosiding mahkamah dunia dan ada mahkamah  Akhirat.Saya tak tau semua perkara dan bukan saya seorang yang sempurna nak mencari salah pemimpin atau orang lain.Saya ada kelemahan ,saya bukan seorang yang sempurna dan saya faham tiap orang ada kelebihan dan kekurangannya so biarlah orang yang arif dalam kerjaya masing-masing buat kerja mereka.Apa nak susah..kiranya tiap manusia jika  buat silap pun ada peluang untuk berubah dan ada pihak yang akan mengadili ... jika tidak memihak pada kita pun keputusan walau saya dipihak yang benar...Allah ada..Allah SWT Maha Besar , Maha Mengetahui dan segala-galanya Allah Maha Berkuasa.

Saya menulis ni untuk peringatan saya sendiri tiada maksud untuk menyentuh perasaan sesiapa..hanya untuk saya dan anak-anak saya agar bangsa saya, agama saya dan negara saya terus terbela dan sejahtera..Saya percaya pada pemimpin yang memimpin sejak merdeka.Saya rasa tak perlu lah nak kalih-kalih atau nak merasa ini kali ke atau apa.Bagi saya saya sayang Malaysia.Saya takmau negara saya terjajah semula seperti dulu beratus tahun bangsa  dinegara sendiri dicengkam pelbagai kuasa ..dan saya rasa negara saya pemurah kerana memberi peluang kepada bangsa cina dan india menjadi sebahagian rakyat di sini.Kena ingat tu..jasa pemimpin terdahulu..(peringatan kepada saya yang berketurunan etnik java...nenek moyang datang dari Indonesia...)

Mereka juga dapat apa yang sepatutnya sepanjang menjadi warga negara.Kawan cina saya banyak yang jadi tauke kaya raya, kawan India saya ramai yang memegang jawatan dalam kerajaan, kami berkawan sejak dibangku sekolah.Musim Deepavali kami semua pergi beraya ke rumah Selva, Guna dan Rajendran..walau berjalan kaki ramai-ramai , kami redha kerana di sekolah ada subjek sivik, salah satu silibus hormati agama yang dianuti rakan, pupuk semangat kekitaan..Seronoknya walau mereka tak bagi duit raya tapi keluarga mereka melayan kami dengan ramah mesra
Bila tiba Hari Raya dah jadi adat keluarga saya untuk memberi kuih muih kepada kenalan cina begitu juga sebaliknya, tiba masa perayaan mereka, giliran mereka memberi kami makanan halal..Mereka pun hormat agama Islam...Aduhai rindunya zaman itu...

Saya nak berhenti setakat ni aja lah...kalau nak cerita tak habis nih..banyak sangat manfaat dan faedah yang saya perolehi sebagai seorang rakyat Malaysia.SAYA SAYANGGGGGGG MALAYSIA.................Anda bagaimana???????