18 Jun dengan berat hati terpaksa meninggalkan anak dara kecil saya untuk menyahut "Saya Yang Menurut Perintah" menghadiri kursus Teambuilding. Bukan first time hadir kursus sebegini tapi lain-lain anjuran lain arahan , jika terpaksa , ku relakan....
Sampai di sana..Puteri Beach Resort...macam pernah ku kenal...owhhhh baru teringat dulu dikenali sebagai Permaisuri Beach Resort...hehe..dah turun pangkat hotel ni...keadaannya pun ..sian...swimming pool dah macam jadi kolam kura-kura hijau berlumut...Hotel puteri ni di jaga oleh nenek kebayan yang selalu menakutkan bila naik lif sorang-sorang..Bayangkan saya dalam lif naik tingkat 7 tiba-tiba timbul suara pempuan tua garau ketaq-ketaq- " seventh floor "...tekejut teman...hahaha... tergelak sorang-sorang rupanya annaounce dalam lif...
Masuk apparrment ada 3 bilik besar dalam tu...saya cari tingkap yang menghala laut...nyaman sih...tapi katil ada sebuah jer..oleh kerana tak mau tidoq sorang-sorang saya berusaha gigih menarik tilam dan katil dari bilik sebelah letak kat sebelah katil saya...nanti ada kawan dok sebelah...
Sampai bab kursus...saya masuk lewat sebab luruskan pinggang sat atas katil sampai terlelap .Masuk je kelas slot taklimat kursus dah separuh mula....baru nak consentrate tetiba pintu ternganga...masuklah sepasang suami isteri..yang lelaki nampak famous jer..macam selalu nampak la lelaki tu ..bisik saya kat teman sebelah..Ha ah laa...macam biasa nampak tapi siapa ye...
Taklimat kursus pun tamat.Masuk bab slot Kerja Itu Ibadah di sampaikan oleh lelaki tu...CR Tn Hj Hushim bin Hj Salleh pakar kaunseling dan motivasi yang biasa keluar kat TV3....patut la popular..beliau amat kelakar dalam ceramahnya boleh hilang mengantuk dan terasa singkat masa diberi.Beliau akan ke Muar petang itu juga urusan kerjaya ditemani isterinya yang peramah dan mesra.
Slot diteruskan malam itu bersama anak lelaki Tn Hj Hushim iaitu En Fauzan, juga agak kelakar orangnya..Malam tu kami balik ke bilik jam 12.30 mlm kerana asyik mencipta bendera kumpulan.Seramai 40 peserta terdiri daripada pelbagai gred dibahagikan kepada 5 kumpulan.Semua kumpulan wajib menggunakan tajuk filem P.Ramlee.Kumpulan saya memilih tajuk Labu-Labi, yang lain ialah Seniman Bujang Lapok , Nujum Pak Belalang (NPB), Madu 3 dan Do Re Mi.
Sebelum tu kami di minta oleh pihak consultan untuk mengenal diri.Kami diberi sekeping kertas dan diminta melukis rumah, pokok kelapa, matahari , bukit , ibu ayam dan anak-anaknya , sebilah parang , sebakul buah dan seekor ular.Selepas melukis kami di beri penerangan cara dan gaya lukisan masing-masing.Ada juga yang betul mengenai sikap diri saya melalui lukisan saya.
Esoknya 19 hb kami mulakan aktiviti dengan solat subuh berjemaah, senamrobik dan membuat aktiviti berkumpulan.Yang paling lucu membuat gerakan mengikut alunan lagu sentimental yang diketuai oleh En Saiful.Dalam senamrobik juga kami dapat mengumpul markah berkumpulan..Peluh yang paling banyak keluar mendapat markah tertinggi...hahaha...ada juri yang memeriksa peluh!!!!
Kami dibekalkan T.Shirt yang seragam.Sebelum memulakan explorace kami mengutip markah lagi dengan kemahiran bertajuk win-win situation.Gerakan pantas, berfikir cepat , mencongak dan meneliti arahan dengan betul.Markah terbanyak dalam kuiz negara luar dan ibu negerinya..Yang lucu ibu negara Brazil ialah Sao Paolo..kih..kih..maklum laa...musim bola piala dunia.
Tepat jam 12 tengahari dibawah terik panas mentari kami memulakan explorace...Kumpulan awal keluar dari Puteri Resort ialah Seniman Bujang Lapok dengan menaiki Toyota Wish peserta kursus dari Jabatan Pelajaran yang selesai berkursus.
Kumpulan kami yang terakhir kerana lewat ambil gambar berkumpulan.Sementara kumpulan lain sibuk bergambar, ada diantara ahli kumpulan kami yang usha-usha lori yang sedang menurunkan karton-karton air minuman di hotel tersebut. Pemandu lori tersebut tidak berani menumpangkan kami seramai 8 orang.Pelbagai alasan diberi maka kami pun berjalanlah keluar Resort.Baru dalam 500 meter berjalan kaki lori tersebut berada di belakang.Sekali lagi kami menahan beramai-ramai hingga lori itu berhenti dan memberi kami tumpang.Tanpa membuang masa kami memanjat lori tersebut dan berlonggok dalam kabinet lori bersama berjenis air minuman.Setelah dikunci dari luar keadaan dalam peti terlalu gelap..tapi kami pasrah asal tidak berjalan kaki sejauh lebih 5 km.Kami mendiamkan diri sahaja kerana bimbang lori ditahan polis sebab pemandunya macam warga Indonesia manakala pembantunya India.En Zul kami letak duduk bersama pemandu dan kelindan untuk berhubung arah mana kami nak tuju maklum la kami dok dalam peti tak nampak apapun.
Sampai di satu simpang lori berhenti.Kami merasa lega dan dapat bernafas.Ingatkan dah sampai rupanya lori minta kami tunggu dibawah pokok sementara mereka nak hantar air minuman ke Teluk Pelanduk.Tunggu sekejap nanti kami ambil.Itu pesanan driver lori..10 minit tunggu lori tak muncul.Kami sepakat meneruskan perjalanan mana tau lori itu ikut jalan lain ..Jalan kaki dalam beberapa meter kami berteduh di bus stop usang.Cuaca terlalu terik.Akhirnya lori yang ditunggu muncul semula.Kami naik semula dalam lori yang gelap gelita.Pemandu lori taktau tempat yang kami nak tuju iaitu Extreme Park untuk gokart race.Bila En Zul bagitau gokart tu kereta kecik baru mereka tau dan kami dihantar ke tempat tersebut.Kumpulan kami adalah yang kedua sampai di situ dan tanpa membuang masa kami membuka bekalan lunch yang disediakan oleh pihak hotel.Selepas makan masing-masing solat jamak sementara menanti 3 kumpulan lagi.2 kumpulan sampai dengan menaiki bas tambang.1 kumpulan lagi paling akhir dengan menaiki van RISDA.
Satu pengalaman baru bagi saya untuk racing gokart juga pengalaman baru bagi ramai peserta kami.Masing-masing takut.Saya ditugaskan mengambil pusingan kedua selepas ketua kumpulan pecut.Elok je dapat stering saya lupa diri..pecut bersama pesaing lelaki..stamina kena kuat sebab bukan power stering.Stering keras kedegang.Jalan tak rata dan kena pandai agak untuk mengambil coner.8 peserta selesai walaupun ada antara kami bawa gokart macam nak p pasar atau jenjalan santai akhirnya kami dapat pingat gangsa jer.Ok la tu sebab ada peserta kami yang tidak pernah ada lesen kereta .Mencabar sungguh sebab wajib pandu gokart bagi setiap peserta.
Oleh kerana dapat tempat ketiga maka kami kumpulan ketiga dilepaskan ke checkpoint ke 2 iaitu ke Polly Mall Kedai Man Bundle untuk bertemu Pn Ana.Sebelum berlepas kami diminta menikmati 2 biji telur mentah untuk dikongsi bersama.Kulit telur ditebuk sedikit dan kulit tersebut disimpan sepanjang explorace tanpa pecah.Panas semakin terik.Kami tak mahu membuang masa meneruskan perjalanan.Apa sahaja kenderaan yang melintas kami tahan ramai-ramai termasuk lori pasir. Dah 1 km berjalan kami ternampak van "bas persiaran" menghala ke Melaka.Kebetulan ada traficlight boleh U turn suka-suka jer kami arah dgn bagi isyarat minta van tu u turn.Berkat doa yang kami lafaz di pertengahan jalan maka van tu u turn dan berhenti kat kami.Mulalah sesi mengayat.Sanggup bayar asal abang pemandu sudi tumpangkan kami.Dah puas pujuk akhirnya abang driver pun setuju membawa kami ke pekan Port Dickson.Dari jauh kami nampak kumpulan NPB keletihan jalan kaki.Kami melambai mereka agar dapat tumpang bersama.Jauh juga nak sampai Polly Mall tu.Sementara Setiausaha berjumpa Pn Ana yang lain ada tugasan mengutip seberapa banyak nama, no kp dan tandatangan orang awam.Jika dapat foreigner lagi banyak markah diberi.Van persiaran yang menghantar kami tadi pemandunya di kidnap oleh kumpulan pertama selesai dan sedang mencari kenderaan untuk ke destinasi seterusnya.Jadi kami sempat melambai Truk tentera yang kebetulan slow untuk berhenti di Trafic light.Rezeki.... kami menyerbu truk tersebut walau belum dapat kelulusan ada yang dah panjat tangga truk dan membuka pintu bagi laluan kepada kami.Sekali lagi kami minta kumpulan NPB segera naik tumpang sekali tapi ahli-ahli mereka ada masalah sedang membeli air minuman dan sedang ambil tandatangan , sedangkan lampu trafic dah hijau truk nak jalan dah.Kecoh jadinya yang dah naik nak turun semula sebab takmau tinggalkan kengkawan.Hahahaa...kecohhh.
Truk tentera menghantar kami ke Balai Bomba checkpoint ke3.Kumpulan kami Labu Labi dan NPB berganding bahu membuat latihan memadam kebakaran.Staf Bomba ramai handsome handsome bertambah gagah bila didatangi pelatih pelatih wanita .Terus bersemangat membantu kami sampai akhir sesi latihan.CP seterusnya ialah Balai Polis Port Dikson.Katanya dekat.Kami pun jalan kaki tapi tak boleh tahan.Ahli kami ada yang baru lepas operation bersalin jadi kena jalan perlahan-lahan.Allah sentiasa bersama kami dan kami di datangkan van persiaran tadi.Bersyukur sangat kerana abang pemandu rela membawa kami ke Balai Polis yang agak jauh dari Balai Bomba.Kami doakan pemandu itu murah rezeki panjang umur dan mohon kat abang driver tu agar menghantar kami kemana sahaja sehingga selesai explorace.Kami janji nak bayar perkhidmatannya.En Hassan driver bersetuju dan tak jadi balik ke Melaka.
Sampai di Balai kumpulan pertama tadi nak ambil van kami lagi tapi kami dah berjanji sungguh-sungguh jangan berpaling tadah kat kumpulan lain kata kat pemandu tu.D Balai kami diminta bergambar dengan abang-abang Polis.Walaupun sibuk tapi kami respect mereka menghormati permintaan explorace.Tetiba ada seorang uncle India datang kebalai dengan kepala berdarah akibat kena tetak.Polis bawa ke hospital.Kami bertemu semula di hospital sebab hospital adalah checkpoint kami ke 5.Selesai itu kami pun dengan senang hati sebab dah caterd van dan mudahlah urusan kami bersama kumpulan NPB.Seterusnya kami kena p Hotel Selesa.Saya pernah berkursus kat hotel ni tapi pengurusan hotel swasta ni berbeza .Mereka tidak membenarkan kami masuk untuk mendapatkan cop malahan untuk mendapatkan berapa ratus bilik penginapan yang ada pun mereka tak layan.Lama kami berkomunikasi akhirnya kami mengambil gambar sebagai bukti dah sampai hotel Selesa.CP seterusnya ialah Hotel Seri Malaysia.Hotel Seri Malaysia kami mendapat layanan terbaik tanpa masalah walaupun hanya sekadar mendapatkan cop hotel.CP ke 8 adalah Masjid Jamek Port Dickson.Sebelum meneruskan perjalanan kami terpaksa berjumpa urusetia Pak Abu .Pak Abu beri kami sebiji Bawang Besar untuk di makan kongsi sorang sikit sampai habis.Tiba giliran saya saya gigit banyak banyak dan simpan dalam beg.Tak lalu makan.Jadi mereka makan sikit jer yg saya gigit ada dalam beg tanpa disedari sesiapa pun. Van caterd pun membawa kami 19 orang ke masjid jamek untuk berjumpa Imam, Bilal atau petugas Masjid. Kami diarah untuk bersolat sekiranya tidak layak untuk membuat solat jamak.Masjid ini indah kerana dibina di atas bukit tapi kurang popular kerana masyarakat setempat lebih menggemari masjid qariah yang berhampiran hotel Seri Malaysia.
CP terakhir ialah di stesen bas Port Dickson.Kami ingat kat sini la kami pulun nak mendapatkan tandatangan orang awam tapi jangkaan meleset sebab tiada orang awam kat sini.Stesen bas lapang dan kami dapat juga cop tandatangan wakil syarikat bas.Tepat jam 6 petang kumpulan kami Labu Labi menjuarai explorace diikuti oleh kumpulan NPB. Pak Hassan driver van sudi pulak menghantar kami minum di pantai Port Dickson sambil memenuhkan borang tandatangan orang awam.Kami menjemput Pak Hassan turun van dan belanja minum.Setelah puas berehat Pak Hassan baik hati menghantar kami balik ke Hotel semula.Pengalaman baru yang tak mungking dilupakan kerana Teambuilding kali ini memang berbeza dengan yang pernah saya hadir 3 tahun dulu.Kali ini lebih mencabar lebih spontan dan lebih seronok.Terima Kasih kepada KEMAS Negeri Selangor.