Perjalanan kami seterusnya ke Taman Kanak-Kanak "Hajjah Mariam" di Batu. Kami singgah makan siang (makan tengahari) di Restoran Bamboo.Suasana persekitaran restoran ini sungguh indah dan tenang.Restoran ini diperbuat daripada buluh.dan terletak diatas tasek.Dalam tasek ini dipenuhi dengan pelbagai saiz ikan Kap Jepun yang berwarna-warni.Saya diberi kesempatan untuk menabur makanan atas tasek maka berebut dan melompat-lompat ikan menerkam makanannya.Sebahagian daripada ahli rombongan kami merendam kaki dalam tasek dan ikan-ikan akan menghisap toksid dihujung jari jemari kaki mereka tetapi kena tahan daripada kegelian gigitan manja ikan-ikan tersebut.
Menu makan tengahari kami sangat ringkas iaitu ikan gerumi goreng,sayur kangkung kampung goreng taucu,ikan gerumi sweet sour dan nasi putih yang dihidang dalam bakul anyaman buluh.Sekali lagi minuman kami ialah teh 0 tanpa gula.Ala-ala teh cina .Pinggan mangkuk yang digunakan adalah jenis lama yang kebanyakannya orang kita gunakan pada tahun 60an dulu.Pinggan tembikar putih ada bunga setompok. Kira dah antik la kalau di Malaysia.Meja Jepun juga diperbuat daripada buluh.Kami duduk bersimpuh atas lantai buluh yang dialas dengan tikar mengkuang.Saya menikmati makan dengan penuh selera kerana terlalu lapar.
Selesai makan kami terus ke Taman Kanak-Kanak Hajjah Mariam atau singkatannya TK Hajjah Mariam.Kami terlewat sampai kerana hujan.Kanak-Kanak juga telah pulang kerana telah menunggu terlalu lama kedatangan kami.Namun masih ada yang sudi menunggu iaitu para guru-gurunya dan juga Exco Pendidikan Daerah Batu dan Kepala Guru iaitu Dra Hj Supartini.TK ini merupakan Kindergarden yang mempunyai 5 buah kelas.Dalam satu kelas mempunyai 22 kanak-kanak dan diawasi oleh 2 atau 3 orang guru.TK Hajjah Maiam ditubuhkan pada tahun 1963 .Kemudian TK ini mempunyai bangunan sendiri pada tahun 1965.Ia merupakan sekolah swasta dan berbayar.Kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun diletakkan dalam kumpulan 'playgroup' dan kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun di TK.Mereka diberi makanan percuma seminggu sekali sahaja.Gaji guru-gurunya juga sekitar RM 150.00 nilai wang Malaysia.Bangunannya agak usang tetapi mempunyai perjalanan modul yang menarik dan lebih berkesan kerana setiap hari kanak-kanak akan berpindah kelas mengikut tema .Antaranya tema pendidikan di dapur,tema pendidikan seni muzik dan tema pendidikan alam flora dan fauna.Mungkin cara pendidikan yang sebegini tidak membosankan kanak-kanak atau kanak-kanak dapat pengalaman sambil belajar dalam kelas yang berlainan dan tema yang berbeza sepanjang hari.
Menurut Kepala Guru,Dra Hj Supartini Dasar Pendidikan Pemerintah ialah Kelas 1 hingga 6 disebut Sekolah Dasar (SD) ,SMP pula ialah Sekolah Menengah Pertama bagi pelajar berumur 13 hingga 15 tahun manakala SMA pula iaitu Sekolah Menengah Atas bagi pelajar berumur 16 hingga 18 tahun.
Lawatan kami diiringi pemberita dan wartawan dari Daerah Batu.Menurut mereka perkataan melawat di Indonesia hanya khas digunakan untuk menziarah jenazah.Mereka menggunakan perkataan visit untuk tujuan melawat atau lawatan. Satu lagi perkataan yang menjadi bahan ketawa ialah Percuma.Dalam sesi soal jawab kami mengutarakan di Malaysia Kanak-kanak TABIKA diberi makanan percuma iaitu Pemakanan Tambahan Seimbang.Bagi rakyat Indonesis percuma bermaksud tidak berfaedah atau sia-sia.Mereka menggunakan perkataan Gratis sama makna dengan percuma.
Lawatan kami diakhiri dengan pemberian cenderahati 2 keping kek dihias dalam kotak comel dan secawan air mineral.Visit kami diteruskan ke Sidimulyo atau Kecamatan Bumiaji di Kota Batu.Ikuti laporan saya dalam segmen LAWATAN KE KECAMATAN BUMIAJI KOTA BATU kerana saya ditugaskan untuk membuat laporan ini.
No comments:
Post a Comment