Wednesday, 7 November 2012

TERENGGANU OWH TERENGGANU

2 Nov ~ saya berkesempatan mengikuti trip ala-ala 'Rombongan Cik Kiah' ke negeri Terengganu.Tujuannya adalah untuk menjadi penyokong si cilik beraksi di peringkat kebangsaan dalam Program Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS. Bangga la juga sebab kawasan Bukit Bendera telah menjuarai 3 acara dan layak ke peringkat kebangsaan yang diadakan di UITM Dungun.So sebagai menjalankan tugas Pegawai KEMAS Daerah Timur Laut, saya dijemput untuk menyertai rombongan cik kiah ni ....demi anak-anak buah, saya seronok jer walaupun tau sekarang musim hujan dan perjalanan yang jauh.Jam 10 pagi yang indah dan ceria bergeraklah kami menuju Dungung, Ganu....Sepanjang jalan adakala cerah sat lagi hujan renyai pastu hujan lebat pastu mendung.Camtulah keadaannya dan menyaksikan 4 kenderaan terbalik.Kenderaan pertama sebuah lori membawa telur tergolek terbalik di highway Jelapang.Kenderaan kedua sebuah kereta terbalik 4 tayar diatas dalam hujan renyai di Kuala Kubu Baru dan 2 kenderaan lagi masing-masing di Terengganu maybe keadaan selekoh dan cuaca gelap menyebabkan kenderaan terbabas.
Kami berhenti makan di Kampung Cheneh.Makanan kurang menyelerakan.Order Nasi Goreng Kampung tapi yang sampai Nasi Goreng Cina ditabur ikan bilis goreng yang liat.Selepas makan bas juga perlu diisi minyak.Alangkah malang kerana stesyen petrol Kg Cheneh kehabisan bekalan diesel.Kami dimaklumkan akan jumpa lagi stesyen berikutnya di Bukit Besi sejauh 50km lagi.Sebelum sampai destinasi petrol pam, bas dah tak daya nak tanggung aircond sebab minyak dah kurang ...kami risau bas akan kehabisan minyak ...memang betul keadaan bas kehabisan minyak sebaik jumpa petrol pam di pekan Bukit Besi...Alhamdulillah sempat juga sampai petrol pam walau minyak dah kering.Setelah bekalan diesel diisi perjalanan diteruskan dan kami sampai ke tempat penginapan Motel Tanjong Jara pada jam 10.30 malam....

Acara seterusnya mandi tukar baju dan terus tidur setelah selesai menunaikan solat jamak.Dah tidur ramai-ramai macam-macam kerenah ahli ada...dengkuran Bujang Lapok dalam citer P.Ramlee pun ada...hihi...kelakar la pula.Camtu lah ragam manusia.


Esok pagi 3hb setelah selesai sarapan Nasi Dagang Terengganu di Bandar Dungun kami terus ke UITM untuk menyaksikan anak didik kami mempersembahkan Story Telling.Persaingan sangat hebat..tapi kami dapat pengalaman baru melihat dan mengambil yang terbaik untuk memperbaiki kualiti peserta Pulau Pinang di masa-masa akan datang. Selesai Story Telling kami menyaksikan pula persembahan Teater.Peserta kami mendapat giliran yang ke 11. Dijangka berada di stage pada sesi petang tapi terjadi peristiwa malang yang dialami sicilik dari Kedah so giliran kami diawalkan dan dijangka selesai sebelum waktu makan.Teater negeri Pulau Pinang adalah dibawah bimbingan dan latihan pelakon En Razali yang berlakon "Anak Mamak Menantu Mami" yang turut serta dalam trip kami.Beliau gelisah kerana Chief ~ watak utama teater yang bertajuk "Lebah Yang Sombong" telah kehilangan suara.Redha aje lah...nak buat camna...tapi sokong tetap sokong kanak-kanak kita.Selesai giliran teater Pulau Mutiara kami terus naik bas ke Kuala Terengganu .Destinasi seterusnya Pasar Payang.Sambil jalan-jalan window shopping sambil melihat telatah peniaga dan pembeli.Kebanyakan peniaga di sini agak kasar dan sombong bila bertemu pelanggan yang tidak berkenan dihati mereka.Saya juga terkena.Waktu meninjau-ninjau peniaga tersebut menerangkan keropok yang sedap yang kualitinya bagus dan yang paling digemari ramai.Bila saya beredar ke kedai lain dan membeli barang lain dikedai sebelah apabila berpatah balik untuk membeli keropok yang diiklankan sebentar tadi, saya dah tak mendapat layanan walaupun saya minta dibungkuskan RM10. Dah tak layan.. saya lagi la... bo layan lah juga.Duit kita...kan...biaq pi dia dengan kesombongannya.Bila sampai dalam bas kecoh-kecoh rupanya bukan saya sorang yang kena camtu rupanya ramai lagi yang mengalami keadaan yang sebegitu.Ada yang kena marah dengan peniaga.."dah tak beli buat apa tanya-tanya harga" ...dan...'Ha..pergilah kedai lain kalau dapat harga lebih murah".....
Agaknya mereka dah terbiasa kasar dengan pelanggan luar so tak menjadi masalah kerana Pasar Payang menjadi kunjungan wajib pelancong.Alahai manalah perginya nilai-nilai budaya berbahasa. Melihat-lihat Batik tiada yang biasa-biasa... secara keseluruhannya batik menjangkau harga ratusan ringgit malaysia.Berpinar mata bersilau dengan kerlipan batu-batu kat batik pasang yang di pamer..cantik juga tapi kena fikir banyak kali untuk membeli Batik  Asli  Terengganu...
Selesai sesi shopping kami membawa ahli trip yang ingin melihat Masjid Kristal. Indah masjid ni pada waktu malam.

4hb~awal pagi bersiap untuk checkout ..sebelum bergerak pulang sekali lagi kami ke UITM Dungun untuk memberi sokongan moral pada peserta Bercerita kategori perempuan.Giliran yang ke 11bagi negeri Pulau Pinang.. jenuh tunggu selepas selesai 14 peserta lelaki.Kesian pada peserta perempuan yang terpaksa menunggu giliran terlalu lama sehingga waktu makan tengahari pun peserta belum dapat makan.Tapi kanak-kanak tidak pernah merungut, walau lama menunggu mereka tetap bersemangat bercerita.TAHNIAH pada adik-adik yang menunjukkan semangat juang sehingga ke peringkat kebangsaan.
Selesai peserta P.Pinang bercerita, kami pun naik bas untuk bergerak pulang kira-kira jam 2.45 ptg.Setengah jam perjalanan sebaik keluar dari pekan Dungun bas tak dapat bergerak.Gear rosak...sementara menunggu pomen membaikinya (kebetulan bas rosak dihadapan bengkel membaiki lori yang bersebelahan kedai makan)kami pun turun makan di gerai Gulai Kawah Selera Kampung Mas Ayu di Kampung Pulau Serai.Masakannya tidak menarik perhatian tetapi perut minta diisi makanan kerana jam dah pukul 3.30petang maka kami makan juga apa yang ada.Saya mengambil seekor ikan cencaru goreng, sepotong sotong dan ulam timun beserta sirap limau sebagai minuman.Agak terkejut juga harga yang dikenakan adalah RM10.00.Kalau dapat sekor sotong takpe la juga ni cuma sepotong sotong.. Selesai makan kami lepak kat gerai tersebut sementara menunggu pomen membaiki bas.Sekali lagi kami dapat kejutan dari peniaga Terengganu.Tokey gerai datang menghampiri kami lalu bertanya..."Ni nak ke mana" Ingatkan makcik tu nak beramah mesra bila tengok bas tak bergerak...dengan ikhlas kami menjawab ..nak balik penang tapi bas kami rosak...makcik Ganu tu membalas..." ni sekejap lagi ada bas ekspress lalu nak singgah makan, kalau tengok ramai-ramai orang duduk sini nanti mereka takut nak singgah"...tersirap darah lalu saya bingkas bangun ajak semua yang ada naik atas bas.Dalam bas ,barulah kami maklumkan pada semua ahli trip bahawa terpaksa dok diam dalam bas kerana makcik gerai telah menghalau kami.Kami dok dalam bas sampai jam 9 malam.Jengok-jengok juga kot-kot la berderet bas ekspress nak berhenti kat gerai gulai kawah makcik tu tapi 6 jam kami di situ takda satu bas pun singgah, orang kampung pun takda nak makan kat situ.Alahai macamanalah budi bahasa orang-orang kita zaman ini..Makcik-makcik melayu ni sudah lupa agaknya.Jam 9.30 malam ketua trip minta kami turun dari bas kerana sorang YB di Dungun menghulur bantuan meminta bermalam di rumahnya.Kebanyakan ahli menolak pelawaan tersebut memandangkan ramai yang membawa kanak-kanak bimbang tidak dapat mengawal tingkah laku semasa 'menumpang' di rumah YB tersebut.
Kami calling-calling Pemandu yang kami kenal yang bertugas di UITM Dungun.Kemudian sebuah bas kementerian datang membantu membawa kami mencari penginapan.Sebelum tu kami minta bas berhenti makan dan ada yang ingin membeli keperluan seperti pakaian ekstra untuk dipakai pada esok hari.Mungkin mereka tidak membawa pakaian lebih.Dalam kerunsingan memikirkan perjalanan balik yang tergendala ada juga yang nak release tension dgn berkaraoke terbuka di gerai makan..masing-masing menunjukkan bakat ..sedap juga alunan suara mereka ...boleh lah menghibur kerunsingan yang sedang melanda..


5hb~ pagi-pagi masing-masing sibuk calling minta emergency leaf dari majikan.Anak buah saya gelisah kerana tidak dapat membuka Tabika masing-masing kerana sebahagian guru juga berada di Dungun mengiringi kanak-kanak yang menjadi peserta. Nak minta J/Kuasa membuka kelas ada juga Pengerusi Aktiviti yang turut sama dalam trip ini. So masing-masing kena cari siapa yang boleh membuka kelas pada pagi ini dan Alhamdulillah semua settle.Saya juga maklum pada pejabat terpaksa mengambil cuti kerana masih terkandas di Terengganu.Keluar dari tempat penginapan kami menumpang kenderaan yang disediakan untuk membawa peserta ulang alik dari tempat penginapan ke dewan tempat berlangsungnya pertandingan.Dalam perjalanan keluar van ditahan oleh seorang wanita yang marah-marah kerana tidak memulangkan kunci dan mengugut akan dikenakan denda siapa yang menghilangkan kunci.Ahli trip tergaman sehingga taktau nak bercakap.Rupanya kunci tu ada tuannya dan harus dipulangkan pada tuannya semula.Pakcik Pemandu Van tu meminta maaf kepada kami bagi pihak orang Terengganu.Katanya ..." orang-orang sini memang macam tu..bodoh sombong...tak ada nilai-nilai murni tak boleh cakap elok- elok dan sopan..tau jerkah jer..maklumlah depa ni dok ulu"...pakcik tu membebel sepanjang jalan katanya dia malu dengan tetamu yang datang terengganu kerana layanan tak bagus orang-orangnya di sini..(ye la kot...sebab orang terengganu sendiri yang cakap macam tu)
Menurut ketua trip bas akan pulih pada jam 10pg tapi dimaklumkan sekali lagi sparepart bas cuma boleh didapati di Kemaman.Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam pergi dan balik.Kami setia menanti di tepi jalan dalam pondok ditepi laut Pantai Telok Gadung.Jam 11.30 kami dapat jemputan sekali lagi dari YB untuk membawa ahli trip menumpang teduh di rumahnya sehingga bas selesai dibaiki.Kami menumpang sewa "bas kunyit" pelajar uitm untuk ke rumah YB di pekan Dungun.Rumahnya agak selesa dan ada tempat untuk kami lepak.Bila call pemandu bas katanya dalam setengah jam bas siap, call lagi katanya dalam 15 minit siap call lagi sekejap lagi boleh gerak...sehingga naik bosan kami menunggu.Pada firasat saya pomen tu tak profesional takkan dah berjam-jam masih taktau apa kerosakan bas hingga dirungkai seluruh bas.Atau pomen sini sengaja nak cari untung...Pemandu bas pun takkan tak tau prosedur untuk mencari pengangkutan lain untuk membawa kami balik.Takkan nak bagi kami tunggu bas tu siap.Dah hampir 24 jam terkandas, YB pun ambil inisiatif call kawan-kawan tolong carikan bas. Bas yang dicari dah 'on the way' tetiba bas kami yang sampai ..kerosakannya hanya mengganti spring sahaja...betul-betul menduga kesabaran ...akhirnya kami bergerak pulang jam 5.30 ptg dan sampai di Pulau Pinang jam 5.30 pagi keesokannya kerana ada ahli yang sakit perut dan kami terpaksa melayan kerenah kanak-kanak.Dalam perjalanan balik kami banyak berhenti untuk membeli keropok lekor.Macam tak sah jika ke Terengganu jika tidak membawa pulang ole-ole kepok leko .Malangnya bas terlepas gerai feveret di Marang so kena berhenti mana-mana gerai di tepi jalan.Malang lagi sekali orang yang duduk seat depan dapat turun dulu dan memborong habis kepok leko dengan tak meninggalkan sikit pun kat orang lain...Kecoh bingar bingar dalam bas mana yang tak dapat..ada yang kata p pasar malam beli la keropok lekor pasar malam cuma RM2.00 je..sengaja menyakitkan kawan..bas mengikut kerenah ahli dengan memberhentikan bas disetiap destinasi yang menjual keropok..sehingga semua ahli berpuashati...hehe itu lah ragam kawan-kawan dan situasi yang tidak dijangka akan terjadi....pelakon yang ada bersama trip kami dah bercadang nak buat skrip drama " Mami Tanjong merempat di Terengganu".....haha






No comments:

Post a Comment