Monday, 5 January 2015

REZEKI DIA

Dah agak lama antara kami lost contact...Dulu kami berkawan...Saya mengenalinya sebagai seorang lelaki yang educated, lelaki yang penyayang dan yang yang paling teristimewa beliau lelaki yang pandai memasak.
Mula berkenalan sapaannya di alam maya aku rasa biasa jer tetapi seakan ganjil dan terasa lucu.Saya benar-benar ingat dia seorang wanita. Dah terlanjur berkawan di teruskan sahaja dan mula membaca hasil karyanya .Saya mula kagum dengannya..Agak lama persahabatan terjalin sempat juga bertemu beberapa kali dengannya semasa minum pagi atau makan tengahari.Beliau juga rajin menemani aku bila ada kerja luar..
Entah macamana kesibukan saya dan dia menjarakkan dan membataskan hubungan kami.Dalam diam saya menganggap dia lelaki hebat.Biarpun berjauhan dgn keluarganya namun tiap waktu terluang pasti tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga tidak di alpakan.Dalam kesibukan kerjayanya beliau masih boleh menghasilkan beberapa buah buku berkaitan undang-undang.Dalam kekalutan beliau masih lagi boleh ke pasar dan memasak sendiri walau dalam keadaan 'bujang'
Beliau pernah memberikan resepi mudah tetapi amat menyelerakan .Beliau juga amat menepati waktu...seawal sebelum sampai waktu subuh mesej cerianya hadir menyapa saya.Sebelum jam 7.30 pasti dah sampai ke tempat pejabatnya.

Dalam hati tertanya-tanya dalam minda berprasangka bagaimana ye sang isteri membiarkan si suami hidup bersendirian bertahun tahun tanpanya di sisi.Alangkah setianya sang suami.Walau tinggal dalam kondo mewah masih belum tergugat untuk mengisikannya seorang lagi suri..Jarak jauh Pantai Barat  dan Pantai Timur bukan sebagai jurang pemisah bagi mereka sebenarnya.Mereka masih mengecapi nikmat kebahagiaan rumahtangga dan berita terakhir beliau menerima seorang menantu
Oleh kerana mereka hidup aman bahagia sejahtera ,saya turut menumpang gembira..

Bah besar di Kelantan baru-baru ini tiba-tiba mengingatkan saya sesuatu...tanpa berlengah saya terus whatsapp dia bertanyakan kabar keluarganya .Alhamdulillah katanya familynya selamat dan berada di Kuala Lumpur semasa banjir melanda.Mereka berpindah ke K,L kerana ketiadaan bekalan elektrik.Rumah mereka terselamat kerana berada di tempat yang tinggi.

Namun apa yang menjadi teka teki pada saya terungkai juga...Akhirnya... dia memaklumkan satu berita amat mengejutkan ...beliau telah menikah lagi dan masih di ambang berbulan madu...Alhamdulillah rezeki dia ...hanya doa mengiringi kebahagiaan semoga rumahtangga rumahtangga yang dibina tetap kekal hingga ke jannah...saya yakin dia mampu menjadi nakhoda yang terbaik bagi anak anak kapalnya..

No comments:

Post a Comment