Sekitar usia 10 tahun masih samar-samar untuk mengerti apa-apa tentang kehidupan.Cuti sekolah yang panjang cuma dihabiskan dengan bermain pondok-pondok dengan kawan-kawan.Sepupuku M yang lebih berusia 7 tahun dari saya membinakan pondok indah daripada batang pokok nipah dan daun nipah.Lengkap ada lantai, dinding tangga dan atap.Dia mencari tanah liat dan diuli lembut membuat bentuk dapur lalu dikeringkan.Bila dah cukup kering ia cukup kuat digunakan untuk memasak.Dia mencari seludang kering dan dipotong kecil-kecil untuk dijadikan kayu api.Kami mula masak ubi rebus,mencabut ubi yang omak tanam, goreng ikan masin yang diambil dari dapur makcik termasuk minyak, sayur pucuk paku yang kami kutip dikebun dan akhir sekali masak nasi ambil beras dari dapur omak.Kami makan ramai-ramai.
Suatu hari terdengar kecoh-kecoh dan saya dipaksa mengikut ibu saudara yang datang dari seberang untuk pulang ke kampungnya di Sungai Lang. Seberang bermaksud seberang sungai. Ibu saudara memujuk saya menemaninya balik setelah datang berbincang sesuatu dengan omak.Masa datang elok je naik bas tapi masa balik nak ikut jalan sungai pula.Kami berjalan kaki ke jeti sungai.Sampai dijeti sudah ada bot yang menunggu masa untuk bertolak.Mungkin awal pagi penumpang cuma ada 2 orang lelaki sahaja.Saya dah biasa menaiki bot ini sejak kecil kerana ikut omak balik ke kampungnya.Adakala ombak kuat dan air adalah paras bot tetapi setakat ini tidak pernah lagi mengalami kejadian karam .Tapi hari ini kami kurang bernasib baik.Enjin bot terhenti bila kami sampai di tengah-tengah sungai.Apabila diperiksa bot kehabisan petrol.Ibu saudara nampak cemas.Pemandu bot dan seorang penumpang lelaki mengambil 2 keping papan cuba berkayuh namun arus deras terus menghanyutkan bot kami ke muara sungai.Berkilo meter bot hanyut sehingga terjumpa sampan nelayan yang sedang menangkap ikan. Sampan nelayan itu baikhati membantu menunda bot kami ke tepi sungai dan bot ditambat pada dahan pokok bakau.Sampan nelayan itu membawa pemandu bot dan sorang lagi penumpang berpatah balik ke pengkalan untuk membeli petrol.
Persekitaran tambatan bot sunyi sepi cuma deburan ombak sahaja yang kedengaran.Pakcik penumpang telah mula bercakap sendirian semakin lama semakin bising meracau yang saya tidak faham butiran percakapannya.Ibu saudara berkumat kamit membaca sesuatu tidak putus.Hutan bakau dan persekitaran tepian sungai sangat menakutkan.3 jam menunggu dalam bot terumbang ambing bersama lelaki kurang waras...bayangkanlah....Saya pun ikut membaca dalam hati apa sahaja yang saya tahu dan hafal..sepatahpun kami tak bercakap.Matahari dah tinggi baru sampan nelayan sampai membawa petrol.Pemandu bot meneruskan perjalanan dan kami sampai rumah ibu saaudara jam 2.30 petang.Lapar dan letih tidak terkira.
Di rumah ibu saudara ini saya ditemani sepupu,wajah kami hampir serupa dan umur kami hampir sebaya namun sepupu saya ni tak suka bermain.Dia lebih suka membaca buku dan bersendirian.Nasib baik keadaan ini cuma 3 hari sahaja.Kebosanan hilang apabila M datang mengambil saya untuk dibawa ke rumah makwa sebelah bapa yang mengadakan kenduri kahwin.Sepanjang jalan kami bercerita hal cikgu dan sekolah sehingga sampai tempat yang dituju.
Sejak itu kami semakin rapat.Jika M ingin pergi kedai waktu malam pasti dia datang ajak naik motor norton untuk menemaninya.Saya paling meluat dengan motor kebanggaannya tu.Bunyinya memekakkan telinga, Bila saya sering mengelak naik motor bingit tu dia menukar motor scramble purple pula.Alahai lagi malu naik motor kaler purple.Dah la penakut..asal malam je ajak p kedai beli itu ini ada saja yang nak dibeli.Last sekali baru dia beli kapcai...bila ada kapcai boleh jalan jauh sikit .Dia pun asyik ajak menemaninya ke rumah sepupu-sepupunya di kampung lain... kadang bila masa lapang dia ajak duduk berbuai kat batang pokok kelapa condong bersembang sambil makan jambu batu..Kadang main kejar-kejar dan saya selalu bersembunyi bila dia sering ambil peluh diketiaknya dan meraupkan di wajah saya.Pengotor.. kadang M sengaja mengorek hidung dan mencalit sesuka hati kat saya.
Akhirnya kami terpisah.Dia meneruskan pengajian kat sebuah maktab perguruan di Kota Bharu. Hanya surat berjela-jela datang mengunjungi.M hanya berkirim salam sahaja pada emaknya melalui saya.Cara M tidak digemari emaknya.Emak dia makcik saya , mula menyelidik.Selepas itu tiada lagi surat.Bila M balik kampung, seronok sangat dia bercerita ,katanya dia berjumpa seorang murid semasa praktikal di Pasir Putih mirip wajah saya.Kemudian dia ajak saya memproses keropok lekor yang dipelajarinya di sana tapi tak jadi...Dia juga sering mmeriksa kerja sekolah saya.Sesuatu yang agak ganjil tiba-tiba berlaku antara saya dan M. ...Sejak balik bercuti dia mengurung diri...tidak ada bungkusan hadiah darinya.Maybe dia letih kerana jalan jauh dalam bulan puasa.Esok nak raya.Dalam kesibukan saya memasang pelita sekitar rumah dia membaling mercun dikaki saya dan bila saya lari masuk rumah dia kejar dan dia main mercun tarik dan diletupkan dekat telinga saya.Menangis semalaman dik kerana dibuli M.Dia nampak begitu marah tapi kenapa?Ahh biar je lah..Esok lusa okay la tu...dalam masa yang sama R rakan saya dari utara telah memilih bandar terdekat iaitu Teluk Intan untuk posting mengajar dan sering berkunjung ke rumah.R banyak takecare diri saya sabagai adik.
Selepas hati raya M meminta ibunya merisik sepupu yang mirip wajah saya.Sekali lagi makcik menyelidik melalui saya dan saya tersepit antara mendekatkan M dengan sepupu dan antara emak sudara dan makcik ni yang masing-masing tidak berapa gemar jodoh dalam keluarga.Akhirnya M berkahwin dengan gadis luar dan hubungan kami kembali akrab.Namun usianya tidak panjang.Berbulan-bulan M dalam kesengsaraan menanggung derita sakit di wad icu hospital tentera, saya baru berkesempatan menziarahnya.. menatap wajahnya yang terlena layu.Tanpa disedari menitik airmata saya membasahi selimutnya lalu dia membuka mata dan terus bersuara sepatah...." naniii"....smbil tersenyum lalu memejamkan matanya semula....saya memintanya berehat,minta maaf dan minta izin untuk beredar.. dia mengangguk tanpa membuka mata. Menurut isterinya yang berada diluar wad keadaannya agak lemah dan tidak kenal sesiapa lagi.....saya hanya mengangguk dan terus berdoa agar beliau diberi keselesaan.Seminggu selepas itu saya dapat kabar beliau telah menghembuskan nafas terakhir. Saya tidak dapt pulang menziarah jenazah cuma menitipkan bacaan surah Yassin moga rohnya mendapat rahmat.
Berbalik pada kisah R , setelah saya bertunang beliau serta-merta bertukar mengajar ke Sabah bertahun-tahun.Balik ke utara untuk menjaga ibunya dan menjemput hadir majlis perkahwinannya yang bertemu jodoh anak murid sendiri .Kami juga akrab semula, setahun sekali beliau mengunjungi saya membawa kabar tentang keluarganya .Entah kenapa saya tiba-tiba menjadi rindu dan asyik teringatkannya kerana lama sudah tidak menghubungi saya dan bagi diri saya niat untuk menghubunginya tertangguh dan akhirnya dia telefon....tapi cuma terdengar suara wanita....dik...ini isteri abang R...nak maklum pada adik , abang R dah meninggal seminggu yang lalu........
AL FATIHAH untukmu M dan R moga ditempatkan dikalangan muslimat beriman.........
Sunday, 10 February 2013
Friday, 1 February 2013
WIRAWATI M16
Berkursus 3 hari di Melaka,lokasinya jauh di pedalaman.. kem tersebut terletak sehingga ke penghujung jalan dan tiada jalan lagi selepas sampai ke kem itu.Biarpun meredah jalan sempit ,kiri jalan dipenuhi ladang kelapa sawit,kanan jalan ladang getah , namun bila sudah berada di bumi permata ini ,tidak terasa kesukarannya kerana gembira bertemu rakan sekerja seluruh Malaysia.Alhamdulillah walau mandi air paip yang keruh bersempit dalam bilik dan dorm penginapan, berjalan jauh dari dorm ke dewan utama ,berbaris waktu mengambil makanan ,mencuci pinggan sendiri selepas makan namun hati tetap riang ,setiap langkah asyik berjumpa rakan rakan, maklumlah seramai seribu peserta, walau masa tak mengizinkan untuk berbual panjang cukup sekadar senyum ,bersalam dan bertanya kabar sewaktu berselisih bahu, sewaktu bertembung laluan ke kamar mandi atau laluan untuk sama-sama menuju dewan besar.
Situasi begini mengenang kembali sejarah berkursus selama 2 bulan semasa mula-mula ingin menjawat jawatan ini 9 tahun lalu.Setiap detik dan saat amat berharga.Hampir 110 peserta sentiasa mengejar masa, diri sentiasa berdisiplin dan dikawal rapi oleh kem komanden yang amat bengis.Pantang terlewat sikit,akan kedengaranlah nyaring wisel ditiup bertalu-talu ...maka peserta yang tinggal ditingkat atas akan berlari berderap-derap menuruni anak tangga seperti kambing dilepaskan dari kandang.Dalam perbarisan tiap pagi dan petang sering dapat hukuman kerana derap langkah tak seiring.Nak nyanyi lagu Jabatan pun kena keluarkan suara nyaring kalau tidak akan dapat hukuman.Kem Komanden akan berdiri dibelakang setiap peserta checksound . Kelibat kem komanden ada dimana mana .Dalam hati sentiasa berdoa bilalah dia nak bercuti atau sakit...kami dah naik fobia melihat beliau kerana wajahnya sentiasa mencuka, bengis dan tidak ada tolak ansur.Sepanjang 2 bulan kami berkursus sentiasa kecut perut.Lebih-lebih lagi ketika Ketua Pengarah datang mengisi slot, beliau juga dikategorikan menggerunkan kerana sering bertanya soalan-soalan global...fuhhhh..berpeluh nak menjawabnya.
Sebulan berkursus di Kuantan banyak modul yang dipelajari termasuk belajar menembak.Banyak aktiviti yang dijalankan bab yang paling malas nak joint ialah merentas desa , masuk hutan, qiamullail, dan meredah embun pagi berjalan kaki sepanjang 5 km seawal jam 3 pagi. Adakalanya sedang lena tidur dalam keletihan ,terkejut bangun kerana loceng panjang dibunyikan kerana latihan kecemasan. Tiap peserta pula akan dapat giliran memberikan tazkirah, menaikkan bendera, memberi arahan perbarisan, menjadi jurulatih senampagi, giliran jadi pengacara majlis, dan berbagai lagi yang tidak seorangpun boleh mengelak.Latihan perbarisan , teknik memegang M16 , main masak-masak ala tentera, pasang khemah dan semua modul ala-ala tentera ini di kendalikan oleh jurulatih Tentera Darat.Saya rasa macam betul-betul dalam latihan tentera..lasak keluar masuk paya dan dibenam dalam sungai kerana kumpulan saya sering lalai arahan...Habis basah kesejukan dan dalam kuyup dipaksa pula meniarap dan mula menembak sasaran dengan baik .Kasut sport sebulan dah hancur dan terpaksa beli lain untuk sambung kursus sebulan lagi di Seri Iskandar ,Perak.Mana tidaknya, silap sikit disuruh terjun sungai bersekali dengan stokin dan kasut.
Di Perak latihan dan modul adalah berbeza.Kami banyak keluar dan tidak berada dalam dewan dan tidak nampak kem komanden yang bengis tu sudah cukup bersyukur.Saya dan rakan-rakan boleh senyum lebar. Selama seminggu kami diagih ke seluruh kawasan Perak untuk menjadi keluarga angkat di kampung pedalaman.Sesuatu yang paling membosankan kerana saya tidak gemar berkeluarga angkat kerana tak selesa tinggal dalam rumah orang yang sebelum ini tidak dikenali.Saya dapat keluarga angkat di Kg Plang Grik...Nasib baik keadaan luaran dan dalaman keluarga ini agak selesa.Emak angkat berniaga bihun sup,laksa dan minuman di depan rumah.Ayah pula askar pencen mengusahakan ternakan ikan tilapia merah.Adik-adik perempuan pula cun cun belaka so rumah sering dikunjungi tetamu lelaki .Emak pandai masak selalu jemput kengkawan datang makan tengahari hidangan ikan pekasam sungai produk sendiri, bertempayan ada disimpan dalam bilik air emak yang besar tu.Ikan tilapia merah bakar cicah air asam, sambal tempoyak tidak ketinggalan kerana bekalan tempoyak tidak habis dimakan sehingga sampai musim durian akan datang.Setengah daripada rakan saya dapat emak angkat tokey getah sekerap, tokey kedai runcit dan tidak kurang pula dapat bapa angkat susah, mandi sungai dan tidur di ruang tamu sebab tiada bilik tidur.Ada kawan yang lari dari rumah keluarga angkat sebab kena skodeng selalu...mana tahan...
Ada juga yang dapat emak angkat memaksa anak angkat buat kerja rumah tak henti, meminta dibelikan berbagai barang dapur dan macam macam cerita lagi.Seminggu di rumah keluarga angkat seperti sebulan lamanya...tak syok laa sebab ...bukan rumah sendiri...kan....
Selesai program rumah keluarga angkat tiba masanya untuk pergi latihan menembak di lapang sasar.Saya tak pandai pegang senapang M16. Dulu saya yang banyak kena benam dalam air sungai sebab malas belajar memegang senjata dengan betul.Bila dah dapat pegang terus tekan punat menembak tanpa arahan...kena benam lagi...Maka sayalah orang paling akhir menmbak untuk mengumpul mata.Saya panik..tak tau apa yang nak di sasar. Nampak papan putih jauh kat depan tu ...itulah yang saya sasarkan..benggg.... ..bengggbengg.... bantai laa....tiba tiba hoiii...apa yang kamu tembak tu...sasaran kamu tu papan aluminium tu..nampak takkk....dalam hati ooooo kenapa tak cakap dari tadi padahal papan aluminium tu dekat je..jauh lebih dekat daripada papan putih tepi bukit tu yang saya tenang dan tembak sejak tadi.Peluru dah nak habis baru tau yang mana sasaran tepat...baru syok menembak,peluru habisss....markah tak banyak sebab lari sasaran..hehe...nasib baik abang tentera tu baik sikit dari kem komanden .Kalau tidak, mahu disergahnya saya dan nasib baik juga di lapang sasar takde sungai kalau tidak pasti abang tentera tu dah benam saya dalam sungai kerana tak fokus arahan.
Keesokan hari, tugasan selanjutnya kami dibawa masuk dalam hutan.Perjalanan menggunakan beberapa buah truk. Itulah pengalaman pertama menaiki truk dengan memanjat dan ada rakan tolong tarik tangan.Fuyooo....dalam truk terasa bahang panas.Takde ruang udara.Terasa mual, pening nak muntah.Truk berhenti ditepi jalan, kami dikehendaki berjalan kaki masuk dalam belukar sebelum di bawa masuk dalam hutan.Jalan-jalan dan jalan lagisehingga jumpa anak sungai..ada 2 batang paip berkembar merentang anak sungai.Nak tak nak kena cari jalan camana nak menyeberang.Dalam gayat dan menggeletar saya ikut kawan-kawan duduk kangkang batang paip tu mengesut pelan-pelan sambil kedua tangan memeluk erat batang paip tersebut.Abang tentera tu kata air sungai tu adalah air limbah najis sebab tu kalau boleh kami tak mahu terjatuh .Alhamdulillah walaupun susah payah kami semua selamat menyeberang dengan pelbagai gaya dan terjerit-jerit takut dan gayat.Rintangan kedua, kami dikehendaki mendaki bukit. Mendaki bukit curam kena ikut teknik yang betul.Susah-payah mendaki akhirnya berjaya ke puncak.Selepas itu arahan seterusnya untuk meredah hutan belantara.Kelemahan saya ialah tak reti baca peta dan guna kompas. Walau dah diajar semalaman oleh tentera-tentera namun otak ni dah tak larat nak terima.Saya bergantung harap pada ketua kumpulan sahaja.Ketua kumpulan ni gila gila orangnya.Katanya jom ikut je saya tak payah baca peta dan guna kompas.Kami tak nak ikut arahan dia sebab takut salah jalan nanti tak pasal kena denda.So kami tungkus lumus baca peta dan guna kompas yang dibekal..terasa jauh sangat berjalan semakin lama hutan semakin tebal dan semak samun yang diredah seperti tiada tanda kumpulan lain melalui laluan yang sama.Tag arahan pandu arah disabotajoleh kumpulan lain.Mereka gatal tangan menukar penunjuk arah dan yang menjadi mangsa adalah kami kumpulan akhir yang dapat giliran bergerak. Kerana kedegilan ahli maka kami menanggung susah berjalan jauh naik turun bukit melalui pelbagai rintangan dan apabila sampai ke point akhir ,ketua kumpulan dah berehat panjang sambil tersenyum...apalah yang korang susah-susah...cer ikut saya tadi..dah lama sampai...sejak itu kami akur dan akui walaupun kepala gila- gila ketua kami ni masih bergeliga boleh diturut dan diikut....
Setelah semuanya berkumpul, kami diarah mencari rumput ranting atau apa sahaja yang holeh melindung diri daripada di cam pihak musuh.Kami diarah meredah sungai dan naik tebing tinggi untuk berkumpul membuat latihan menembak musuh.Kali ini saya orang pertama sahut cabaran.Mengambil senapang M16 berpeluru dan diarah menembak musuh sepanjang dalam hutan tanpa mencederakan orang awam.Musuh berpakaian seragam hitam atau hijau dan orang awam berpakaian berwarna warni..Sekiranya tertembak orang awam atau tidak menembak musuh, denda berat dikenakan.
Saya berjalan dengan penuh waspada dan fokus.Setiap musuh saya tembak dan harus berhati-hati juga takut tertembak orang awam yang berkeliaran mencari buah hutan.Setelah beberapa minit saya diarah menurunkan senjata dan diiring keluar hutan.Ingatkan gagal ujian rupanya saya salah seorang yang cemerlang dalam ujian ini kerana telah berjaya menembak semua musuh tanpa mencederakan orang awam...Apalagi keluar dengan mendabik dada..akulah wirawati...hahahaha...abang tentera bagi 5 bintang...successss bebbb.....
Kesian rakan-rakan yang tak berjaya,senjata kena rampas dan mereka direndam sepanjang giliran ujian tamat.Lewat petang kami dibawa pulang ke kem tengah hutan juga.Kami tidur dalam khemah tentera.4 orang dalam satu khemah.Macam tak bernafas.Malam itu air paip putus bekalan....nak tak nak kami terjun dalam sungai mandi beramai-ramai kerana tubuh badan dan pakaian penuh lumpur.Acara solat isya berimam dan kami beramai ramai solat ditepi tebing sungai dengan tanah tidak rata, penuh bonjol akar kayu.Disini kami dikawal bala tentera darat yang ramai.Selesai solat kami diarah berkumpul dalam bangsal.Siapa tak nak ikut serta ,rasa berbelah bagi, berani ke nak dok sorang dalam khemah????ikut juga ler berkumpul dengan jamuan makan sambil berkaraoke, berdansa dan tunjuk bakat bersama semua bala tentera dan pegawai tinggi mereka sehingga awal pagi..dah tak tahan mata dan takde tanda-randa konsert nak berakhir..maka kami pakat-pakat ajak kengakwan yang slow-slow ni balik khemah senyap-senyap...yang rock rockers tu masih melalak dan berdansa tak ingat diri dalam hutan belantara.Awal subuh wajib pula berjemaah dan selesai solat bersiap untuk junggle tracking di ketuai Mejar dan orang kampung yang mahir selok belok hutan.Sepanjang hutan tebal dilarang bercakap sebarangan dan menegur benda ganjil, jangan ingkar arahan ikut sahaja derap langkah orang didepan.Dilarang menyentuh pokok kerana dikuatiri berduri dan jangan berehat bawah dahan dikuatiri ada benda menjalar.Jalan terlalu licin kerana baru lepas hujan, kami terpaksa menuruni jurang yang curam, berbahaya dan sungainya berarus deras .Pak cik ketua junggle tracking memilih batu yang sesuai untuk dipijak diikuti semua peserta memijak batu yang sama dan tidak sesekali memijak batu yang lain dikuatiri licin atau tersilap langkah jatuh dalam air deras.
Seminggu berkampung dalam hutan dan seminggu lagi tinggal dengan keluarga angkat ,agak lega kerana berjauhan dengan En kem komanden.Walau diarah keluar masuk hutan dan membuat tugasan bersama masyarakat dan YB sewaktu dengan keluarga angkat tapi hati tersangat girang berjauhan dengan en kem komanden.Terasa bebas, lepas dari mendengar jeritan angkuhnya, tiupan wisel maut, tengking herdiknya dan macam-macam yang menjadi dendam dan benci.
Dua bulan berlalu pergi membawa berbagai kenangan manis dan pahit belajar jati diri, pemantapan kerjaya dan disiplin diri.Cukup sudah segalanya kami perolehi ,belajar pengucapan awam yang banyak menimbulkan kelakar, belajar protokol yang melibatkan hotel mewah kerana diajar cara duduk dan makan yang betul,cara susunan peralatan menghidang sehingga kami kekenyangan kerana menjamu selera makanan mewah dengan pelbagai cara.
Kini tiba masanya diumumkan penempatan bertugas.Setelah pengumumam kami diraikan dalam majlis makan tengahari istimewa sebelum berpisah untuk bertugas ditempat masing-masing.Maka bertaburanlah kami seluruh Malaysia untuk melaksanakan khidmat untuk masyarakat.Kini dah 9 tahun namun keakraban kami batch pertama masih utuh....maklum 2 bulan bersama menghadapi susah senang dalam kumpulan dah seperti saudara sendiri..macamana akrabnya semasa main eksplorer ,camana radangnya disuruh cuci bilik air dan camana kelamkabutnya menyusun waktu merebut bilik mandi, toilet dan cuci pakaian sebelum azan subuh.Siapa tidak hadir surau,nama dalam tahanan untuk terima denda.Selesai solat dengar tazkirah dulu barulah terburu-buru balik tukar pakaian untuk senampagi ,otak mula ligat fikir kot kena jadi jurulatih gerak macamana nak ditunjukkan untuk semua peserta ikut.Kemudian berbaris masuk dewan makan dan buru-buru pula balik tukar pakaian masuk dewan untuk modul seterusnya.Begitulah tiap hari. Hujung minggu pula berebut nak iron baju...siapa nak keluar shopping balik sebelum 5 petang sekiranya lewat...siap awak....kena tengking depan kengkawan..Begitulah kami seelum menjadi pegawai yang banyak berurusan dengan masyarakat dan YB....Alhmdulillah ramai kengkawan yang cepat naik pangkat...teruskan berjuang Gelombang Merah demi Bangsa Agama dan Negara kita.....

Subscribe to:
Posts (Atom)