Berkursus 3 hari di Melaka,lokasinya jauh di pedalaman.. kem tersebut terletak sehingga ke penghujung jalan dan tiada jalan lagi selepas sampai ke kem itu.Biarpun meredah jalan sempit ,kiri jalan dipenuhi ladang kelapa sawit,kanan jalan ladang getah , namun bila sudah berada di bumi permata ini ,tidak terasa kesukarannya kerana gembira bertemu rakan sekerja seluruh Malaysia.Alhamdulillah walau mandi air paip yang keruh bersempit dalam bilik dan dorm penginapan, berjalan jauh dari dorm ke dewan utama ,berbaris waktu mengambil makanan ,mencuci pinggan sendiri selepas makan namun hati tetap riang ,setiap langkah asyik berjumpa rakan rakan, maklumlah seramai seribu peserta, walau masa tak mengizinkan untuk berbual panjang cukup sekadar senyum ,bersalam dan bertanya kabar sewaktu berselisih bahu, sewaktu bertembung laluan ke kamar mandi atau laluan untuk sama-sama menuju dewan besar.
Situasi begini mengenang kembali sejarah berkursus selama 2 bulan semasa mula-mula ingin menjawat jawatan ini 9 tahun lalu.Setiap detik dan saat amat berharga.Hampir 110 peserta sentiasa mengejar masa, diri sentiasa berdisiplin dan dikawal rapi oleh kem komanden yang amat bengis.Pantang terlewat sikit,akan kedengaranlah nyaring wisel ditiup bertalu-talu ...maka peserta yang tinggal ditingkat atas akan berlari berderap-derap menuruni anak tangga seperti kambing dilepaskan dari kandang.Dalam perbarisan tiap pagi dan petang sering dapat hukuman kerana derap langkah tak seiring.Nak nyanyi lagu Jabatan pun kena keluarkan suara nyaring kalau tidak akan dapat hukuman.Kem Komanden akan berdiri dibelakang setiap peserta checksound . Kelibat kem komanden ada dimana mana .Dalam hati sentiasa berdoa bilalah dia nak bercuti atau sakit...kami dah naik fobia melihat beliau kerana wajahnya sentiasa mencuka, bengis dan tidak ada tolak ansur.Sepanjang 2 bulan kami berkursus sentiasa kecut perut.Lebih-lebih lagi ketika Ketua Pengarah datang mengisi slot, beliau juga dikategorikan menggerunkan kerana sering bertanya soalan-soalan global...fuhhhh..berpeluh nak menjawabnya.
Sebulan berkursus di Kuantan banyak modul yang dipelajari termasuk belajar menembak.Banyak aktiviti yang dijalankan bab yang paling malas nak joint ialah merentas desa , masuk hutan, qiamullail, dan meredah embun pagi berjalan kaki sepanjang 5 km seawal jam 3 pagi. Adakalanya sedang lena tidur dalam keletihan ,terkejut bangun kerana loceng panjang dibunyikan kerana latihan kecemasan. Tiap peserta pula akan dapat giliran memberikan tazkirah, menaikkan bendera, memberi arahan perbarisan, menjadi jurulatih senampagi, giliran jadi pengacara majlis, dan berbagai lagi yang tidak seorangpun boleh mengelak.Latihan perbarisan , teknik memegang M16 , main masak-masak ala tentera, pasang khemah dan semua modul ala-ala tentera ini di kendalikan oleh jurulatih Tentera Darat.Saya rasa macam betul-betul dalam latihan tentera..lasak keluar masuk paya dan dibenam dalam sungai kerana kumpulan saya sering lalai arahan...Habis basah kesejukan dan dalam kuyup dipaksa pula meniarap dan mula menembak sasaran dengan baik .Kasut sport sebulan dah hancur dan terpaksa beli lain untuk sambung kursus sebulan lagi di Seri Iskandar ,Perak.Mana tidaknya, silap sikit disuruh terjun sungai bersekali dengan stokin dan kasut.
Di Perak latihan dan modul adalah berbeza.Kami banyak keluar dan tidak berada dalam dewan dan tidak nampak kem komanden yang bengis tu sudah cukup bersyukur.Saya dan rakan-rakan boleh senyum lebar. Selama seminggu kami diagih ke seluruh kawasan Perak untuk menjadi keluarga angkat di kampung pedalaman.Sesuatu yang paling membosankan kerana saya tidak gemar berkeluarga angkat kerana tak selesa tinggal dalam rumah orang yang sebelum ini tidak dikenali.Saya dapat keluarga angkat di Kg Plang Grik...Nasib baik keadaan luaran dan dalaman keluarga ini agak selesa.Emak angkat berniaga bihun sup,laksa dan minuman di depan rumah.Ayah pula askar pencen mengusahakan ternakan ikan tilapia merah.Adik-adik perempuan pula cun cun belaka so rumah sering dikunjungi tetamu lelaki .Emak pandai masak selalu jemput kengkawan datang makan tengahari hidangan ikan pekasam sungai produk sendiri, bertempayan ada disimpan dalam bilik air emak yang besar tu.Ikan tilapia merah bakar cicah air asam, sambal tempoyak tidak ketinggalan kerana bekalan tempoyak tidak habis dimakan sehingga sampai musim durian akan datang.Setengah daripada rakan saya dapat emak angkat tokey getah sekerap, tokey kedai runcit dan tidak kurang pula dapat bapa angkat susah, mandi sungai dan tidur di ruang tamu sebab tiada bilik tidur.Ada kawan yang lari dari rumah keluarga angkat sebab kena skodeng selalu...mana tahan...
Ada juga yang dapat emak angkat memaksa anak angkat buat kerja rumah tak henti, meminta dibelikan berbagai barang dapur dan macam macam cerita lagi.Seminggu di rumah keluarga angkat seperti sebulan lamanya...tak syok laa sebab ...bukan rumah sendiri...kan....
Selesai program rumah keluarga angkat tiba masanya untuk pergi latihan menembak di lapang sasar.Saya tak pandai pegang senapang M16. Dulu saya yang banyak kena benam dalam air sungai sebab malas belajar memegang senjata dengan betul.Bila dah dapat pegang terus tekan punat menembak tanpa arahan...kena benam lagi...Maka sayalah orang paling akhir menmbak untuk mengumpul mata.Saya panik..tak tau apa yang nak di sasar. Nampak papan putih jauh kat depan tu ...itulah yang saya sasarkan..benggg.... ..bengggbengg.... bantai laa....tiba tiba hoiii...apa yang kamu tembak tu...sasaran kamu tu papan aluminium tu..nampak takkk....dalam hati ooooo kenapa tak cakap dari tadi padahal papan aluminium tu dekat je..jauh lebih dekat daripada papan putih tepi bukit tu yang saya tenang dan tembak sejak tadi.Peluru dah nak habis baru tau yang mana sasaran tepat...baru syok menembak,peluru habisss....markah tak banyak sebab lari sasaran..hehe...nasib baik abang tentera tu baik sikit dari kem komanden .Kalau tidak, mahu disergahnya saya dan nasib baik juga di lapang sasar takde sungai kalau tidak pasti abang tentera tu dah benam saya dalam sungai kerana tak fokus arahan.
Keesokan hari, tugasan selanjutnya kami dibawa masuk dalam hutan.Perjalanan menggunakan beberapa buah truk. Itulah pengalaman pertama menaiki truk dengan memanjat dan ada rakan tolong tarik tangan.Fuyooo....dalam truk terasa bahang panas.Takde ruang udara.Terasa mual, pening nak muntah.Truk berhenti ditepi jalan, kami dikehendaki berjalan kaki masuk dalam belukar sebelum di bawa masuk dalam hutan.Jalan-jalan dan jalan lagisehingga jumpa anak sungai..ada 2 batang paip berkembar merentang anak sungai.Nak tak nak kena cari jalan camana nak menyeberang.Dalam gayat dan menggeletar saya ikut kawan-kawan duduk kangkang batang paip tu mengesut pelan-pelan sambil kedua tangan memeluk erat batang paip tersebut.Abang tentera tu kata air sungai tu adalah air limbah najis sebab tu kalau boleh kami tak mahu terjatuh .Alhamdulillah walaupun susah payah kami semua selamat menyeberang dengan pelbagai gaya dan terjerit-jerit takut dan gayat.Rintangan kedua, kami dikehendaki mendaki bukit. Mendaki bukit curam kena ikut teknik yang betul.Susah-payah mendaki akhirnya berjaya ke puncak.Selepas itu arahan seterusnya untuk meredah hutan belantara.Kelemahan saya ialah tak reti baca peta dan guna kompas. Walau dah diajar semalaman oleh tentera-tentera namun otak ni dah tak larat nak terima.Saya bergantung harap pada ketua kumpulan sahaja.Ketua kumpulan ni gila gila orangnya.Katanya jom ikut je saya tak payah baca peta dan guna kompas.Kami tak nak ikut arahan dia sebab takut salah jalan nanti tak pasal kena denda.So kami tungkus lumus baca peta dan guna kompas yang dibekal..terasa jauh sangat berjalan semakin lama hutan semakin tebal dan semak samun yang diredah seperti tiada tanda kumpulan lain melalui laluan yang sama.Tag arahan pandu arah disabotajoleh kumpulan lain.Mereka gatal tangan menukar penunjuk arah dan yang menjadi mangsa adalah kami kumpulan akhir yang dapat giliran bergerak. Kerana kedegilan ahli maka kami menanggung susah berjalan jauh naik turun bukit melalui pelbagai rintangan dan apabila sampai ke point akhir ,ketua kumpulan dah berehat panjang sambil tersenyum...apalah yang korang susah-susah...cer ikut saya tadi..dah lama sampai...sejak itu kami akur dan akui walaupun kepala gila- gila ketua kami ni masih bergeliga boleh diturut dan diikut....
Setelah semuanya berkumpul, kami diarah mencari rumput ranting atau apa sahaja yang holeh melindung diri daripada di cam pihak musuh.Kami diarah meredah sungai dan naik tebing tinggi untuk berkumpul membuat latihan menembak musuh.Kali ini saya orang pertama sahut cabaran.Mengambil senapang M16 berpeluru dan diarah menembak musuh sepanjang dalam hutan tanpa mencederakan orang awam.Musuh berpakaian seragam hitam atau hijau dan orang awam berpakaian berwarna warni..Sekiranya tertembak orang awam atau tidak menembak musuh, denda berat dikenakan.
Saya berjalan dengan penuh waspada dan fokus.Setiap musuh saya tembak dan harus berhati-hati juga takut tertembak orang awam yang berkeliaran mencari buah hutan.Setelah beberapa minit saya diarah menurunkan senjata dan diiring keluar hutan.Ingatkan gagal ujian rupanya saya salah seorang yang cemerlang dalam ujian ini kerana telah berjaya menembak semua musuh tanpa mencederakan orang awam...Apalagi keluar dengan mendabik dada..akulah wirawati...hahahaha...abang tentera bagi 5 bintang...successss bebbb.....
Kesian rakan-rakan yang tak berjaya,senjata kena rampas dan mereka direndam sepanjang giliran ujian tamat.Lewat petang kami dibawa pulang ke kem tengah hutan juga.Kami tidur dalam khemah tentera.4 orang dalam satu khemah.Macam tak bernafas.Malam itu air paip putus bekalan....nak tak nak kami terjun dalam sungai mandi beramai-ramai kerana tubuh badan dan pakaian penuh lumpur.Acara solat isya berimam dan kami beramai ramai solat ditepi tebing sungai dengan tanah tidak rata, penuh bonjol akar kayu.Disini kami dikawal bala tentera darat yang ramai.Selesai solat kami diarah berkumpul dalam bangsal.Siapa tak nak ikut serta ,rasa berbelah bagi, berani ke nak dok sorang dalam khemah????ikut juga ler berkumpul dengan jamuan makan sambil berkaraoke, berdansa dan tunjuk bakat bersama semua bala tentera dan pegawai tinggi mereka sehingga awal pagi..dah tak tahan mata dan takde tanda-randa konsert nak berakhir..maka kami pakat-pakat ajak kengakwan yang slow-slow ni balik khemah senyap-senyap...yang rock rockers tu masih melalak dan berdansa tak ingat diri dalam hutan belantara.Awal subuh wajib pula berjemaah dan selesai solat bersiap untuk junggle tracking di ketuai Mejar dan orang kampung yang mahir selok belok hutan.Sepanjang hutan tebal dilarang bercakap sebarangan dan menegur benda ganjil, jangan ingkar arahan ikut sahaja derap langkah orang didepan.Dilarang menyentuh pokok kerana dikuatiri berduri dan jangan berehat bawah dahan dikuatiri ada benda menjalar.Jalan terlalu licin kerana baru lepas hujan, kami terpaksa menuruni jurang yang curam, berbahaya dan sungainya berarus deras .Pak cik ketua junggle tracking memilih batu yang sesuai untuk dipijak diikuti semua peserta memijak batu yang sama dan tidak sesekali memijak batu yang lain dikuatiri licin atau tersilap langkah jatuh dalam air deras.
Seminggu berkampung dalam hutan dan seminggu lagi tinggal dengan keluarga angkat ,agak lega kerana berjauhan dengan En kem komanden.Walau diarah keluar masuk hutan dan membuat tugasan bersama masyarakat dan YB sewaktu dengan keluarga angkat tapi hati tersangat girang berjauhan dengan en kem komanden.Terasa bebas, lepas dari mendengar jeritan angkuhnya, tiupan wisel maut, tengking herdiknya dan macam-macam yang menjadi dendam dan benci.
Dua bulan berlalu pergi membawa berbagai kenangan manis dan pahit belajar jati diri, pemantapan kerjaya dan disiplin diri.Cukup sudah segalanya kami perolehi ,belajar pengucapan awam yang banyak menimbulkan kelakar, belajar protokol yang melibatkan hotel mewah kerana diajar cara duduk dan makan yang betul,cara susunan peralatan menghidang sehingga kami kekenyangan kerana menjamu selera makanan mewah dengan pelbagai cara.
Kini tiba masanya diumumkan penempatan bertugas.Setelah pengumumam kami diraikan dalam majlis makan tengahari istimewa sebelum berpisah untuk bertugas ditempat masing-masing.Maka bertaburanlah kami seluruh Malaysia untuk melaksanakan khidmat untuk masyarakat.Kini dah 9 tahun namun keakraban kami batch pertama masih utuh....maklum 2 bulan bersama menghadapi susah senang dalam kumpulan dah seperti saudara sendiri..macamana akrabnya semasa main eksplorer ,camana radangnya disuruh cuci bilik air dan camana kelamkabutnya menyusun waktu merebut bilik mandi, toilet dan cuci pakaian sebelum azan subuh.Siapa tidak hadir surau,nama dalam tahanan untuk terima denda.Selesai solat dengar tazkirah dulu barulah terburu-buru balik tukar pakaian untuk senampagi ,otak mula ligat fikir kot kena jadi jurulatih gerak macamana nak ditunjukkan untuk semua peserta ikut.Kemudian berbaris masuk dewan makan dan buru-buru pula balik tukar pakaian masuk dewan untuk modul seterusnya.Begitulah tiap hari. Hujung minggu pula berebut nak iron baju...siapa nak keluar shopping balik sebelum 5 petang sekiranya lewat...siap awak....kena tengking depan kengkawan..Begitulah kami seelum menjadi pegawai yang banyak berurusan dengan masyarakat dan YB....Alhmdulillah ramai kengkawan yang cepat naik pangkat...teruskan berjuang Gelombang Merah demi Bangsa Agama dan Negara kita.....
No comments:
Post a Comment