Sunday, 10 February 2013

KARAM DI LAUTAN TIDAK MENGAPA JANGAN KARAM DI DASAR HATI TIADA SIAPA MENGETAHUI

Sekitar usia 10 tahun masih samar-samar untuk mengerti apa-apa tentang kehidupan.Cuti sekolah yang panjang cuma dihabiskan dengan bermain pondok-pondok dengan kawan-kawan.Sepupuku M yang lebih berusia 7 tahun dari saya membinakan pondok indah daripada batang pokok nipah dan daun nipah.Lengkap ada lantai, dinding tangga dan atap.Dia mencari tanah liat dan diuli lembut membuat bentuk dapur lalu dikeringkan.Bila dah cukup kering ia cukup kuat digunakan untuk memasak.Dia mencari seludang kering dan dipotong kecil-kecil untuk dijadikan kayu api.Kami mula masak ubi rebus,mencabut ubi yang omak tanam, goreng ikan masin yang diambil dari dapur makcik termasuk minyak, sayur pucuk paku yang kami kutip dikebun dan akhir sekali masak nasi ambil beras dari dapur omak.Kami makan ramai-ramai.

Suatu hari terdengar kecoh-kecoh dan saya dipaksa mengikut ibu saudara yang  datang dari seberang untuk pulang ke kampungnya di Sungai Lang. Seberang bermaksud seberang sungai. Ibu saudara memujuk saya menemaninya  balik setelah datang berbincang sesuatu dengan omak.Masa datang elok je naik bas tapi masa balik nak ikut jalan sungai pula.Kami berjalan kaki ke jeti sungai.Sampai dijeti sudah ada bot yang menunggu masa untuk bertolak.Mungkin awal pagi penumpang cuma ada 2 orang lelaki sahaja.Saya dah biasa menaiki bot ini sejak kecil kerana ikut omak balik ke kampungnya.Adakala ombak kuat dan air adalah paras bot tetapi setakat ini tidak pernah lagi mengalami kejadian karam .Tapi hari ini kami kurang bernasib baik.Enjin bot terhenti bila kami sampai di tengah-tengah sungai.Apabila diperiksa bot kehabisan petrol.Ibu saudara nampak cemas.Pemandu bot dan seorang penumpang lelaki mengambil 2 keping papan cuba berkayuh namun arus deras terus menghanyutkan bot kami ke muara sungai.Berkilo meter bot hanyut sehingga terjumpa sampan nelayan yang sedang menangkap ikan. Sampan nelayan itu baikhati membantu menunda bot kami ke tepi sungai dan bot ditambat pada dahan pokok bakau.Sampan nelayan itu membawa pemandu bot dan sorang lagi penumpang berpatah balik ke pengkalan untuk membeli petrol.

Persekitaran tambatan bot sunyi sepi cuma deburan ombak sahaja yang kedengaran.Pakcik penumpang telah mula bercakap sendirian semakin lama semakin bising meracau yang saya tidak faham butiran percakapannya.Ibu saudara berkumat kamit membaca sesuatu tidak putus.Hutan bakau dan persekitaran tepian sungai sangat menakutkan.3 jam menunggu dalam bot terumbang ambing bersama lelaki kurang waras...bayangkanlah....Saya pun ikut membaca dalam hati apa sahaja yang saya tahu dan hafal..sepatahpun kami tak bercakap.Matahari dah tinggi baru sampan nelayan sampai membawa petrol.Pemandu bot meneruskan perjalanan dan kami sampai rumah ibu saaudara jam 2.30 petang.Lapar dan letih tidak terkira.

Di rumah ibu saudara ini saya ditemani sepupu,wajah kami hampir serupa dan umur kami hampir sebaya namun sepupu saya ni tak suka bermain.Dia lebih suka membaca buku dan bersendirian.Nasib baik keadaan ini cuma 3 hari sahaja.Kebosanan hilang apabila M datang mengambil saya untuk dibawa ke rumah makwa sebelah bapa yang mengadakan kenduri kahwin.Sepanjang jalan kami bercerita hal cikgu dan sekolah sehingga sampai tempat yang dituju.

Sejak itu kami semakin rapat.Jika M ingin pergi kedai waktu malam pasti dia datang ajak naik motor norton  untuk menemaninya.Saya paling meluat dengan motor  kebanggaannya tu.Bunyinya memekakkan telinga, Bila saya sering mengelak naik motor bingit tu dia menukar motor scramble purple pula.Alahai lagi malu naik motor kaler purple.Dah la penakut..asal malam je ajak p kedai beli itu ini ada saja yang nak dibeli.Last sekali baru dia beli kapcai...bila ada kapcai boleh jalan jauh sikit .Dia pun asyik ajak menemaninya ke rumah sepupu-sepupunya di kampung lain... kadang bila masa lapang dia ajak duduk berbuai kat batang pokok kelapa condong bersembang sambil makan jambu batu..Kadang main kejar-kejar dan saya selalu bersembunyi bila dia sering ambil peluh diketiaknya dan meraupkan di wajah saya.Pengotor.. kadang M sengaja mengorek hidung dan mencalit sesuka hati kat saya.

Akhirnya kami terpisah.Dia meneruskan pengajian kat sebuah maktab perguruan di Kota Bharu. Hanya surat berjela-jela datang mengunjungi.M hanya berkirim salam sahaja pada emaknya melalui saya.Cara M tidak digemari emaknya.Emak dia makcik saya , mula menyelidik.Selepas itu tiada lagi surat.Bila M balik kampung, seronok sangat dia bercerita ,katanya dia berjumpa seorang murid semasa praktikal di Pasir Putih mirip wajah saya.Kemudian dia ajak saya memproses keropok lekor yang dipelajarinya di sana tapi tak jadi...Dia juga sering mmeriksa kerja sekolah saya.Sesuatu yang agak ganjil tiba-tiba berlaku antara saya dan M. ...Sejak balik bercuti dia mengurung diri...tidak ada bungkusan hadiah darinya.Maybe dia letih kerana jalan jauh dalam bulan puasa.Esok nak raya.Dalam kesibukan saya memasang pelita sekitar rumah dia membaling mercun dikaki saya dan bila saya lari masuk rumah dia kejar dan dia main mercun tarik dan diletupkan dekat telinga saya.Menangis semalaman dik kerana dibuli M.Dia nampak begitu marah tapi kenapa?Ahh biar je lah..Esok lusa okay la tu...dalam masa yang sama R rakan saya dari utara telah memilih bandar terdekat iaitu Teluk Intan untuk posting mengajar dan sering berkunjung ke rumah.R banyak takecare diri saya sabagai adik.

Selepas hati raya M meminta ibunya merisik sepupu yang mirip wajah saya.Sekali lagi makcik menyelidik melalui saya dan saya tersepit antara mendekatkan M dengan sepupu dan antara emak sudara dan makcik ni yang masing-masing tidak berapa gemar jodoh dalam keluarga.Akhirnya M berkahwin dengan gadis luar dan hubungan kami kembali akrab.Namun usianya tidak panjang.Berbulan-bulan M dalam kesengsaraan menanggung derita sakit di wad icu hospital tentera, saya baru berkesempatan menziarahnya.. menatap wajahnya yang terlena layu.Tanpa disedari menitik airmata saya membasahi selimutnya lalu dia membuka mata dan terus bersuara sepatah...." naniii"....smbil tersenyum  lalu memejamkan matanya semula....saya memintanya berehat,minta maaf dan minta izin untuk beredar.. dia mengangguk tanpa membuka mata. Menurut isterinya yang berada diluar wad keadaannya agak lemah dan tidak kenal sesiapa lagi.....saya hanya mengangguk dan terus berdoa agar beliau diberi keselesaan.Seminggu selepas itu  saya dapat kabar beliau telah menghembuskan nafas terakhir. Saya tidak dapt pulang menziarah jenazah cuma menitipkan bacaan surah Yassin moga rohnya mendapat rahmat.

Berbalik pada kisah R , setelah  saya bertunang beliau serta-merta bertukar mengajar  ke Sabah bertahun-tahun.Balik ke utara untuk menjaga ibunya dan menjemput hadir majlis perkahwinannya yang bertemu jodoh anak murid sendiri .Kami juga akrab semula, setahun sekali beliau mengunjungi saya membawa kabar tentang keluarganya .Entah kenapa saya tiba-tiba menjadi rindu dan asyik teringatkannya kerana lama sudah tidak menghubungi saya dan bagi diri saya niat untuk menghubunginya tertangguh dan akhirnya dia telefon....tapi cuma terdengar  suara wanita....dik...ini isteri abang R...nak maklum pada adik , abang R dah meninggal seminggu yang lalu........

AL FATIHAH untukmu M dan R moga ditempatkan dikalangan muslimat beriman.........

No comments:

Post a Comment