Kes penculikan kanak-kanak sering berlaku.Adakala kejadian berlaku tanpa kita sangka.Justeru semua ini memaksa ibu bapa dan keluarga sentiasa perlu berwaspada kerana kelalaian sebentar akan mengundang bencana.Kehilangan mereka sukar ditemui semula dan perkara sedemikian amat menakutkan dan menjadi kebimbangan .Apa motif sebenar penjenayah menculik kanak-kanak tanpa belas kasihan, memisahkan anak-anak daripada ibu bapa mereka.Tidakkah mereka terfikir dan merasa bagaimana sekiranya anak mereka yang hilang atau adakah jiwa mereka kosong dan tidak mempunyai perasaan.Naluri kemanusiaan telah musnah kerana kepentingan diri sendiri.
Kejadian seumpama itu telah saya alami sendiri.Kejadian berlaku bukan dibandar besar bukan di kawasan lengang dan bukan tiada cctv namun kesanggupan mereka berbuat demikian mengundang pertanyaan.Adakah nekad? Adakah mereka terdesak memerlukan wang atau adakah itu habit mereka atau kerjaya mereka sebenar walhal Balai Polis tidak jauh dari tempat kejadian.Tanpa disedari aktiviti saya pada awal pagi tersebut diawasi diekori dan sedikit alpa akan hilanglah segala.
Pagi itu selepas check-out hotel saya pergi bank berdekatan sebelum meneruskan perjalanan.Setelah mengambil wang untuk keperluan, saya singgah di sebuah kedai berdekatan untuk membeli barang.Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Saya memberitahu anak kecil saya supaya menunggu sahaja dalam kereta dan berpesan sebaik ibu keluar jangan lupa terus kunci pintu kereta dari dalam.Saya terus berlari masuk dalam kedai.Oleh kerana ada dua tiga pelanggan di kaunter bayaran menyebabkan saya sedikit lambat.Bila saya berpatah balik ke kereta anak saya menggigil ketakutan dan menangis.Belum sempat saya bertanya anak kecil saya memberitahu ada dua lelaki berjaket dan bertopi keledar menutup muka memberhentikan motorsikal di belakang kereta saya.Salah seorang lelaki itu meluru masuk dalam kedai dan sebentar kemudian keluar terus keduanya meluru arah kereta saya.Seorang cuba membuka pintu sebelah kanan dan seorang lagi cuba membuka pintu sebelah kiri serentak.Bila kedua pintu tidak dapat dibuka, mereka kelam kabut menunggang semula motor menuju ke jalan utama.Saya termenung seketika dan tidak meneruskan perjalanan sebaliknya saya terus memandu ke rumah kakak yg berdekatan dalam kebimbangan sekiranya masih diekori lelaki tersebut.
Anak saya terus menangis kerana trauma.Ahli keluarga diberitahu dan mereka melarang saya meneruskan perjalanan dalam masa terdekat.Beberapa jam kemudian ,setelah anak kecil saya tenang ,barulah ahli keluarga berkonvoi menghantar saya keluar dari kawasan tersebut untuk meneruskan perjalanan.Kami tidak membuat laporan polis kerana saya kesuntukan masa.
Sepanjang perjalanan saya teringat semula kisah yang berlaku di Batu Feringgi.Saya membawa anak-anak dan anak saudara berkelah.Kami meninggalkan handbag dalam kereta dan tersorok dari pandangan ramai.Sebelum turun ke pantai saya terperasan seorang mamat kurus kering parking motor dibelakang kereta saya.Beliau hanya menunggu diatas motorsikalnya sahaja.Seakan rimas dengan kehadiran mamat itu saya hanya berligar di tepi jalan sahaja memerhati gerai-gerai jualan.Setelah mamat tu memecut dari situ barulah kami turun ke tepian pantai..tak lama cuma dalam 45 minit sahaja. Sebaik kami naik semula, tiba-tiba terdengar ramai orang sedang berbual ada cubaan pecah masuk kereta.Saya tak kisah dan terus menuju ke kereta.Tiba-tiba abang yang berniaga di gerai seberang jalan menegur saya..ini kereta awak ke...tadi ada seorang lelaki cuba pecah pintu kereta ni..tengok ...lubang kuncinya dah dikopak.Saya amat terkejut dan terlopong melihat lubang kunci pintu kereta sebelah kiri telah rosak.Orang ramai yang ada disekitar pinggiran jalan yang sedang berbual tadi menghampiri dan menyarankan kepada saya agar segera membuat police report kerana berlaku kerosakan pada kereta.
Saya segera meninggalkan Pantai Batu Feringgi dan segera ke Balai Polis Tanjung Bungah.Nombor pendaftaran motorsikal pemangsa yang sempat diambil oleh orang ramai saya serahkan pada pihak polis.Memang lambat la prosedurnya.Nak kena tunggu pegawai penyiasat dan menunggu jurugambar. lebih kurang 2 jam baru selesai.Kebetulan ada kenalan rakan polis so minta bantuan mereka untuk mengesan siapa pemilik no.pendaftaran motorsikal tersebut.Lelaki itu berasal dari Permatang Pauh dan saya doakan semoga 'dia' bersih hati dan tidak meneruskan kerjaya jenayah itu untuk selamanya.
Teringat juga zaman remaja saya.Cobaan memukau sebelum menculik tidak berjaya kerana saya diselamatkan oleh sekumpulan remaja lain.Suatu hari saya menaiki pengangkutan awam,kenderaan bas untuk berulang alik dari tempat kerja.Di stesen bas memang ramai orang.Saya telah duduk dalam bas menanti jadual perjalanan .Bas pun telah penuh.Disebelah seat saya seorang lelaki duduk dengan gelisah.Tiba-tiba dia menyapa saya.Bas ini nak ke mana.... sambil merenung tepat mata saya dan menghembuskan asap rokok ke wajah saya.Masa itu saya itu saya terasa seperti terawang-awang ...siapa saya..saya nak ke mana...kenapa saya berada di sini....lantas mengikut lelaki tersebut yang menarik tangan saya turun dari bas.Saya dibawa berjalankaki jauh dari pusat bandar.Sampai di deretan kedai lama yang tidak berpenghuni, saya diminta menjaga beg sandangnya .Kemudian dia masuk dalam salah sebuah kedai yang tidak berpenghuni.Masa itu sekumpulan remaja datang dan menarik tangan saya bawa lari.Salah seorang mengambil beg lelaki itu yang masih ditangan saya dan melemparkannya.Saya tersedar...dan menjerit tapi mereka kata jangan takut...kita lari cepat...jangan percaya lelaki itu...kami dah pernah terkena.Lelaki tu kaki pukau dan membawa lari perempuan...Saya terpinga-pinga dan berkali-kali mengucap syukur kerana terlepas daripada lelaki penjenayah itu.Sekumpulan remaja itu menghantar saya ke stesen bas tapi saya minta mereka menemani saya ke stesen teksi sahaja untuk segera pulang.Kaki saya terasa lemah dan gementar .Remaja itu sempat berkata nasib baik kami ternampak dan mengekori kerana lelaki itu pernah lakukan perkara yang sama terhadap kawan kami..Saya mengucapkan berbanyak terima kasih pada kumpulan remaja tersebut dan meminta pemandu teksi segera pergi.Sejak itu emak berpesan sekiranya jalan berseorangan sentiasalah berzikir dalam hati untuk menghindar benda-benda sihir.
Satu lagi cubaan penjenayah yang paling menakutkan sewaktu saya balik pada waktu malam setelah selesai menguruskan restoran.Semasa saya bertugas di kampung saya berkesempatan untuk menguruskan restoran kepunyaan abang saya.Saya ambil giliran malam .Lama kelamaan abang saya menyerahkan semua restorannya kepada saya untuk saya menguruskan sepenuhnya.Seperti biasa lewat jam 11.30 saya akan bersiap untuk pulang ke rumah.Beberapa hari kebelakangan ini hati saya rasa tak selesa kerana jalan semakin lengang.Ada pula sebuah kereta berhenti ditepi jalan dan bila saya telah hampir padanya kereta itu meneruskan perjalanan.
Saya cuba berhati-hati.Wang pendapatan harian saya simpan rapi.Saya berpakaian serapi mungkin untuk memudahkan pergerakan saya apabila menghadapi sesuatu yang tidak terduga.Jangkaan saya tepat,pada hari keempat dalam jam 12 malam saya dikejar penjenayah.Dari jauh saya terasa seperti diekori kerana sepanjang jalan tiada kenderaan lain melainkan sebuah kereta datsun model lama bergerak perlahan. Saya pun memeprlahankan motorsikal saya tiba-tiba kereta itu berhenti dihadapan sekolah.Saya meneruskan perjalanan dan membelok memasuki perkarangan rumah.Sebaik saya meletak motor dan menoleh kebelakang kereta tersebut telah masuk kepekarangan rumah saya.Sepantas kilat saya menjerit memanggil emak untuk membuka pintu.Kebetulan anak saudara yang membuat praktikal di MARDI menumpang bermalam dengan kami.Dialah yang membukakan pintu.Saya melompat masuk sebaik pintu dibuka dan saya tak sempat mengunci pintu ,beberapa lelaki telah menerpa dan cuba menolak daun pintu.Saya menahan pintu sekuat hati sambil menjerit sekuat-kuatnya meminta tolong sambil menekan punat pintu.Lelaki-lelaki itu menendang pintu dan pintu hampir pecah.Emak saya terbangun dan anak saudara saya terpinga-pinga.Anak-anak saya juga terjaga dengan kekecohan yang berlaku.Saya terus menjerit jerit minta tolong.Akhirnya abang (jiran sebelah) datang.Dari jauh dia tersuluh-suluh dengan touchlight nya dan memanggil manggil nama saya.Lelaki-lelaki tersebut berhenti menendang dan berkata.'tak ada apa-apa bang...kami ni polis sedang mengejar pencuri...' Bila saya dengar suara lelaki lelaki itu, saya buka pintu dan berkata..awak semua polis apa,tak usul periksa menendang pintu rumah sampai nak pecah..kenapa polis tak naik kenderaan polis dan tak memakai uniform...saya menyergah marah-marah kerana sakit hati dan terperanjat dengan tingkah laku mereka yang tidak ketahuan itu.Saya dapat lihat jelas wajah salah seorang lelaki tersebut dan saya ingat sampai hari ini wajah itu....yang sentiasa saya cari siapa dia sebenarnya...Oleh kerana penjelasan itu abang jiran itupun berpatah balik.Saya masih menyeranah lelaki lelaki yang tidak pernah saya kenal itu.Oleh kerana sakit hati saya jadi berani, saya minta ditunjukkan kad penguasa polis tapi yang ditunjukkannya ialah kad identiti sahaja itupun sebagai mengaburi saya sahaja.Oleh kerana lelaki-lelaki tersebut masih tidak beredar, Jiran saya tidak berpuas hati dan datang semula menghampiri saya.Lelaki-lelaki itu berkata pada abang jiran...jangan salah faham bang..saya tadi mengejar pencuri yang lari ke belakang rumah ni...saya terus menjerit ..jangan menipu...abang jangan percaya dia orang nih...Jiran-jiran yang lain tak berani keluar kerana bimbangkan keselamatan mereka.Abang jiran naik angin meminta semua lelaki tu balik...dengan hairannya saya lihat mereka menolak kereta buruk keluar dari rumah saya.No pendaftaran dilindung oleh mereka dalam lebih kurang 5 orang dan saya tak kuasa lagi ingin tahu kerana terus menggubungi talian balai terdekat , adakah mereka mnghantar anggota untuk mengejar pencuri tanpa beruniform dan menggunakan kereta sekian..sekian...5 lelaki sekian sekian wajah dan suara loghat sekian sekian...Jawapan dari balai amat mengejutkan...tiada anggota mereka yang terlibat dan mereka juga tidak dapat mengesahkan walaupun penjenayah itu ada menyebut ~mereka berkasar dengan saya kerana mengejar pencuri atas arahan salah seorang nama anggota balai...~.Apabila suasana semakin rumit ,salah seorang anggota bekejar ke rumah saya untuk mengambil maklumat yang telah menjejas reputasi anggota mereka.Oleh kerana hari telah lewat anggota polis minta saya membuat laporan dibalai pada keesokannya.Kes disiasat sehingga ke daerah namun sampai hari ini saya tidak tahu perkembangan selanjutnya.Saya masih mencari dan terus mencari wajah lelaki yang saya tidak kenal dan menyerang saya malam itu...Apa agaknya tujuan mereka.
Allah Maha Berkuasa dan Melindungi....syukurlah walau beberapa cobaannnn terhadap diri saya, Allah sentiasa memberikan perlindunganNya.Semoga semuanya menjadi iktibar serta pengalaman sedemikian dikongsi bersama untuk kita waspada selalu....
No comments:
Post a Comment