Wednesday, 2 January 2013

O..O..O..BALIK KAMPUNG....

Cuti sekolah hampir ke penghujungnya.Saya mengambil kesempatan mengambil cuti sebelum dan selepas Hari Natal untuk membawa anak-anak balik kampung bertemu keluarga .Disamping itu ada juga program lain yang dirancang untuk mengisi kelapangan 4 hari di sana.Kiranya 10 in 1 dimuatkan dan sekali harung perjalanan balik kira-kira dalam 280 km sehala.
Jam 8.30 pagi saya mula bergerak bersama kakchik dan caca ,kebetulan kakchik cuti mid sem so bolehlah menemani saya memandu.Kami membawa bekal roti sandwich kerana saya malas berhenti bila dah mula driving.Dalam pukul 11.00 pg kami sampai di Manjung.Kami singgah di Tesco Extra Manjung untuk membeli gift for new baby Eva Nabiha ( Nabil ) and Birthday Gift for Adif.Selesai shopping dan makan-makan ,meneruskan perjalanan ke Hutan Melintang.New baby Nabil dah berusia 30 hari baru sempat nekcu mai melawat.Adif pula dibawa parentnya bercuti ke Penang.Selisih jalan ler..tapi 1 dalam 10 xtvt dah selesai.Melawat baby boy yang terlalu mungil..cute jer tapi suka melalak.Pesanan ole-ole dari Medan juga telah saya serahkan pada kakak untuk foward pada abang saya dan forward lagi untuk anak perempuannya yang bertugas di Kuala Lumpur.Xtvt 2 dalam 10 telah selesai.Xtvt seterusnya bermula jam 5 petang nanti.



Selesai semuanya saya bersiap dan xtvt ptg ni adalah bebas...tanpa anak-anak.Perancangan dah dibuat beberapa bulan lalu dan pengesahannya baru kelmarin dapat kepastian yang sebenar-benarnya.Saya memandu seorang diri ke arah Sungai Sumun Bagan Datoh untuk mengambil rakan .Dah agak lama tidak melalui jalan ke rumahnya teragak-agak juga yang mana satu rumah miliknya yang ditingglkan oleh arwah bapanya seorang tauke kelapa kering.Zaman persekolahan dulu rumah itulah tempat yang sering saya kunjungi.Keramahan keluarganya menyebabkan saya mengenali semua ahli familinya.Kini hanya tinggal kenangan.Kedua ibu bapanya pergi buat selamanya dan beliau telah bekerja di Kuala Lumpur.Balik kampung kali ini adalah atas desakan saya untuk menemui beberapa orang lagi rakan.Dari jauh terlihat kelibat rakan yang dimaksudkan.Aduhai..rumahnya semakin cantik dan ceria.Atas tangga batu kelihatan seorang pemuda..maybe itulah anak bujangnya yang telah ditinggalkan bapa buat selamanya semasa usia 5 tahun ( meninggal kerana sakit) Seorang wanita berseluar jeans dan berbaju blaus hitam berlari anak menuju ke arah kereta yang yang berhentikan di tepi jalan raya. Dia terhenti sambil berkata perlahan..itu Ani  ye..Saya keluar sebaik dia sampai ke kereta.Kami berpelukan dan bersalam erat.30 tahun tanpa ketemu..jumpa kali ini wajah masing-masing semakin matang,usia semakin bertambah ,berbeza zaman remaja di alam persekolahan dulu.Saya menjemputnya masuk ke kereta dan sepanjang perjalanan ke Teluk Intan banyak berbual tentang suka duka kehidupan yang dilalui.Sesekali handphone saya menerima mesej.Liza memberitahu dia dah sampai manakala Wawa mesej maklumkan dia masih on the way.Leeza pula sedang berhenti solat dan sedang menuju ke destinasi yg kami rancang.Saya memandu dengan dibantu co-pilot yang duduk disebelah maklum sajalah saya amat jarang turun bandar T.Intan yang serba-serbi telah berjaya mengejar kemajuan.Saya juga tidak hafal selok belok liku-liku jalan dibandar ini.Nasib baik ada Jita,saya sanggup mengambilnya pergi dan balik sebab dialah yang mahir dimana lokasi McD,Giant,Dominos dan lain-lainnya.
Sampai di McD ( Sorry ayong ibu ke McD walaupun kita boikot sebab bukan ibu yang mencadang tempat tu)Wawa mesej dia menunggu di pintu depan.Masing-masing mencari akhirnya terjumpa wajah anggun yang sedang berjalan menghampiri kami.Senyuman saling berbalas dan sekali lagi kami berpelukan.Alhamdulillah dapat juga Wawa hadir walau beliau sukar meninggalkan anak bongsunya yang istimewa.Kami bertiga mengambil tempat disuatu sudut.Jita rakan yang paling banyak bercakap dan keadaan menjadi gamat apabila Liza masuk bersama hubby serta anak daranyanya.Masing-masing bertanya kabar dan kami ketawa tak berhenti kerana Jita menjadi penglipur lara kami.Keadaan semakin ceria bila Leeza sampai ,orang yang paling kami nanti-nantikan kerana beliau baru pulang bertugas dari Australia.Beliau menghilangkan diri dan FB menemukan kami semula dan hari ini membawa pertemuan kami semua.Seorang lagi rakan ,Ann sudi joint us.Mereka buru-buru balik dari majlis kenduri kahwin dan menyertai kami.Suasana bertambah gamat dengan gelak ketawa, jenaka dan very enjoy petang itu...santai-santai sambil makan aiskrim, dan lain-lain makanan ringan.2 jam kami habiskan masa dengan berbual berbagai topik dan bergelak ketawa tanpa memperdulikan customer lain.Biarkanlah...hari ini hari kami..30 tahun tak berjumpa...mereka adalah rakan sejak saya  berumur 7 thn sehingga 17 thn..sama-sama main jengkit, main galah panjang,main biji saga dan segalanya dikongsi bersama pengalaman bersekolah rendah dan menengah yang sama.
Kami beredar dari McD untuk ke rumah Wawa.Kami tak nak mengecewakan jemputannya apalagi rumahnya hanya dipersekitaran bandar ini jer..Kami konvoi 3 buah kereta dan berhenti depan masjid Jalan Changkat Jong.Kagum dengan rumah Banglo atas bukit..Wawa mempersilakan kami masuk.Alhamdulillah rakanku walau hanya suri rumah telah memiliki sebuah banglo.Suaminya seorang pegawai di pejabat pelajaran daerah.Rakan mereka semasa F6 dulu.Begitu juga dengan Liza yang amat bahagia bersama suaminya juga rakan F6 mereka di SMK Seri Perak.Hubby Liza baru dinaikkan pangkat dan bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri.Jita dan An juga sama-sama belajar dalam F6 di sekolah yang sama kecuali saya jauh terasing menyambung pelajaran dalam F6 di Ipoh.Perbualan bersambung dan lebih gamat lagi suasana di rumah Wawa.Namun jauh disudut hati saya kagum dengan ketabahan Wawa dan sabar menjaga anak bongsunya yang 'istimewa'.Walaupun lahir normal maybe Allah ingin menduga Wawa dan suaminya.Anaknya mengalami demam panas sehingga membawa kepada insan kelainan upaya.Tabahnya mereka....

Jam 7 petang Ann pula mempelawa kami ke rumahnya di Taman Delima Padang Tembak.Kami juga tidak menghampakan Ann dan Follow jer kerana masih belum puas bertemu rakan dan berbual.Diluar rumah kami posing snap pic like kanak-kanak ribena...ikut suka dan ikut kepala masing-masing tanpa memperdulikan anak Liza dan anak Ann yang tersengih memerhati telatah kami.Tak ubah sama seperti kami masih di tingkatan 5...sentiasa ceria...
Sampai di rumah Ann kami terus menunaikan solat Maghrib.Ann dah menyediakan bihun sup dan hubbynya menambah hidangan dengan membeli bihun tomyam.Suasana bertambah kecoh apabila Jita membuat lawak yang sangat kelakar hingga lenguh pipi ketawa tak berhenti.Lebih-lebih lagi suami masing-masing turut sporting dan tidak mengambil kesah atas gurauan dan usik mengusik.Sekali lagi saya terdiam bila terlihat ibu mertua Ann baring atas katil tepuk-tepuk tangan .MasyaAllah...Tuhan sekali lagi memeperlihatkan kepadaku ketabahan rakanku menjaga seorang ibu mertua uzur dan kurang waras.Jauh di sudut hati berkata~walaupun mereka bahagia bersama pasangan masing-masing namun Allah masih menduga dan menguji mereka dengan pelbagai masalah yang lain~....Begitu juga dengan Leeza, hidup bahagia hingga ke hujung dunia berjaya dengan kerjaya namun masih bersendirian.So saya dapat membuat conclusion bahawa hidup ini adalah suratan yang mengandungi pelbagai keadaan yang tersirat..bersyukur dengan apa adanya dan redha dengan segala ketentuanNya...

Jam 8.30 saya mula minta diri sebab nak hantar Leeza balik ke bandar Teluk Intan (keretanya park kat McD) dan nak menghantar si mulut becok sejak zaman sekolah dulu smpai hari ini, kawan baikku Jita yang tidak pernah marah.. Kami amat enjoy dengan lawak jenakanya...Leeza juga akan kembali ke Manjung tempat bertugasnya..Terasa singkat masa..Terharu dengan kesudian rakan yang sudi joint gathering la-ala pra reunion..Tapi kami rasakan hari ini pertemuan yang tidak dapat dibariskan dengan kata-kata dan tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya betapa mesranya dan betapa syahdunya menghayati perjumpaan kami sepanjang petang bersama 5 rakan sejak sekolah rendah dan menengah...Syukur padaMu Tuhan merestui pertemuan ini.Tamatnya pertemuan rakan sekaligus mengisikan 3 in 10 program Balik Kampung saya kali ini.Penuh makna penuh ceria...Terima kasih rakan-rakanku Liza,Ann dan Jita yang berjaya menjadi warga Pendidik.



Saya memandu dengan perintah co-pilot dalam perjalanan balik.Misi saya ingin memanjat Menara Jam Tinggi Teluk Intan masih tidak kesampaian kerana tidak cukup masa.Sebelum menghantar Jita ,saya singgah ke rumah kakak untuk mengambil Kakchik dan Caca dan membawa mereka ke Kg Sungai Sumun. Rumah Jita di Pt 5 dan saya patah balik ke Pt 7.Kampung halaman saya masa kecik-kecik dulu.Disini memang betul-betul kampung.Udara bersih dan nyaman.Air kolah sejuk menyucuk hingga ke tulang.Tidur berselimut kesejukan dan terbangun apabila dengar ayam berkokok dan kicauan burung...Ohhhh indahnya...lama benar tak merasai semua ini.Mengharap ingin mendengar sahutan burung hantu namun gagal,tiada seekorpun burung hantu berbunyi.Sarapan pagi ini bersama semua ahli keluarga yang ada,sementara kakak sibuk urusan mesyuarat sana sini, saya mengambil kesempatan untuk balik ke kampung Hutan Melintang mengimbas rumah peninggalan arwah emak.Saya terus membawa anak-anak ke tepi sungai untuk membeli ikan fresh hasil tangkapan laut nelayan .Walaa...bestnya dapat ikan segar,sotong dan ketam dengan harga paling murah beza sangat dengan harga di Penang.Memborong ikan dan membeli ulam buah putat sungai.Cantik bentuknya tapi tak sempat ambil gambar untuk paparan dan merasa kelazatannya.Pusing dalam Taman untuk mengimbas rumah sendiri yang dibeli tahun 2000...ermmm masih kelihatan ceria dan terjaga dengan baik.
Saya sempat menziarah Tok Guru Mengaji Quran zaman saya kecil dulu.Kesihatannya kurang memuaskan dan beliau tidak mengenali saya lagi.Along anak Tok Guru memelukku erat ,saya mengucapkan TAKZIAH kerana pemergian hubbynya sehari sebelum bulan puasa lalu tanpa sakit.Meninggal dalam duduk berehat.Kami berbual panjang berkisar kisah dulu-dulu sehingga tidak sedar waktu dah tengahari.Kakakku menyusul dan mengajak menziarah bapa saudara kami yang baru keluar hospital yang mengalami sakit jantung kesukaran bernafas.
Tengahari itu kakak menghidangkan menu kegemaran kami 'pecal' .Saya makan sepuasnya.Sebelum pergi menziarah bapa saudara kakak sempat memberikan pengalaman baru kepada Caca memancing ikan darat.Batang joran kampung jer..buluh, tali tangsi, mata kail dan umpannya udang.2 ekor ikan haruan besar berjaya di daratkan...(dikail laa maksudnya tu)Seronoknya Caca mengail cara kampung.Ibunya pun tumpang sekaki mengenang zaman kanak-kanaknya dulu.Menziarah bapa saudara dirumah anaknya ( sepupu ) .Seronoknya bertemu berbual dengan sepupu -sepupu dan emak saudara tersayang sambil makan keropok udang tak sedar sampai lewat petang.Sepupu menghadiahkan Kalendar 2013 kerana saya sukar mendapatkan kalendar di Penang.Tamatnya hari ini bererti  dah 6 xtvt in 10 terlaksana.




Seterusnya xtvt ke 7 belajar membuat Mini Murtabak resepi rahsia kakak yang kini sedang terlaris dipasaran.Ramai pelanggan dalam dan luar kawasan order sebagai sarapan pagi, minum petang, juadah majlis kecil-kecilan ,kuih hidangan dalam kenduri kendara dan sebagai buahtangan apabila saudara mara mereka berkunjung. So kakak aku tak cukup tangan untuk menghasilkan Mini Murtabaknya secara fresh dari dapurnya.Beliau tidak mahu menerima cadangan saya untuk memfrozenkan mini murtabaknya kerana ingin menjaga kualiti kesedapannya.Ermmmmm cayalah kakakku...caiyok..caiyok...Malam itu mulalah saya belajar membuat kulit murtabak, uli-uli dan simpan semalaman.Lepas tu cara membuat intinya bersekali dengan tekniknya.Simpan..
Esok pagi-pagi kakak suruh saya mencuba mencanai setelah dia menunjukkan cara membuatnya.Dengan penuh confident saya mula menebar pada sangkaan saya ianya amat mudah sepertimana melihat kakak buat.Rupanya susah dan janggal.Terkial-kial...tangan keras...Hohoho...tapi saya tak akan mengalah..cuba dan terus mencuba sehingga habis dan berjaya akhirnya..Pasti sedapppp......nyummy....
Saya bersiap berkemas dan packing bag, giliran tidur rumah kakak ke 3 pulak.Dah banyak kali dia ajak nanti dikatakan tak sudi so follow je lah..walaupun kurang selesa maklumlah dia ada hubby, lainlah kakak ke2 saya ni...dah menjadi balu sejak 18 tahun dulu .Lagi pun dia suka bercerita, semasa saya bersamanya 2 malam habis semua dia ceritakan dan mengadu hal...kesian gak...


Agenda bersama kakak ke3 adalah bershopping di Jakel.Tapi sebelum tu saya nak melunaskan xtvt ke 8~ berjumpa rakan karib semasa menjadi student PJJ dulu.Susah senang kami bersama bertiga. 3 Idiots...Dah terlalu lama tak ketemu so balik kali ini ambil kesempatan untuk menemui mereka.Janji jam 2 petang di Sutera Bayu Teluk Intan...waaa Teluk intan lagi...aku datang padamu....kali ini kena bawa anak-anak tujuannya nak shopping peralatan sekolah tapi oleh kerana takut tersesat tersalah jalan maka kami tundakan shopping back to school tu anti-nantilah...walau caca dah muncung tapi dia still ok bila dipujuk-pujuk.Masa yang ditunggu sudah tiba...Gaya call maklumkan dia dah sampai di restoran tersebut dan saya juga masuk restoran yang sama. Lama kami saling berpandangan.Ermmm cumelnya dia...Gaya jauh lebih muda berbeza dengan zaman kami study dulu.Wajahnya ceria dan bertambah seri.Dari perbualan kami beliau memberitahu telah mendapat seorang cucu dan akan menerima menantu kedua bulan Februari depan.Sekarang beliau adopting baby lelaki yang diambilnya dari hospital dan sekarang berusia 3 tahun.Maybe beliau teringin anak lelaki kut sebab kesemua 5 anaknya adalah perempuan.Gaya sekarang menyandang jawatan ADO T.Intan.Saya tumpang gembira kerana walaupun berusia namun masih gigih meneruskan belajar sehingga mendapat Deggree.Dendam ditinggalkan suami dengan menyara 5 anak tidak mematahkan semangat untuk menyaingi xhusband seorang peguam.Susah payahnya waktu itu saya je yang tahu kerana kami rakan baik.Antara kami 4 tahun beza umur tapi kami sama-sama berkongsi masalah dan sama-sama menghadapinya.Perbualan terhenti apabila seorang lagi rakan Tira menghampiri kami.Maafkan saya lambat kerana hadir majlis perkahwinan dan adik beradik ada di rumah saya..ramah beliau membuat keterangan sambil bersalam dan memeluk kami seorang demi seorang.Sebenarnya kami bertiga rakan baik semasa belajar di Uitm Cawangan Perak di Manjung.Extra class pada waktu malam kami hadiri dengan menumpang kereta Gaya.Dia masih beruntung kerana mempunyai suami baru yang penyayang.Sering menghantar kami ulang alik tiap hujung minggu.Sekiranya Gaya tiada class maka terpaksa saya membawa Tira merempit menaiki motor Yamaha 100 saya sampai sakit pinggang..sejam perjalanan..kadang Tira menumpang bermalam di rumah saya kerana dah terlewat untuk balik ke Bagan Datoh.Tira sekarang menjadi suri rumah fulltime menjaga suami dan mendidik anak nan seorang setelah berumahtangga beberapa tahun setelah tamat U.Kerjaya beliau ditinggalkan demi kebahagiaan keluarga.Tapi kami saling berhubung walau jarang berjumpa.Begitulah keakraban kami bertiga, so hari ini kami mengenang jasa masing-masing dan mengatur pertemuan ini.Alhamdulillah...hilang rindu terhadap teman-teman seperjuangan.



Selepas Asar kakak ke3 bersiap mengajak saya ke pekan Sungai Besar Selangor.Tujuan utama ke Jakel.Caca ikut kerana nak shopping back to school.Saya dah terikut shopping kain pasang walaupun jenis kain kebanyakannya agak ketinggalan dan agak mahal.. biasanya hujung tahun ada sale tapi Jakel sini macam biasa jer.Apapun dah beli...simpan untuk stok tahun 2013...Kakak saya laa pilih punya pilih dah gelap malam tak sempat shopping untuk caca.Muncung lagi tapi Kakchik pujuk masih ada masa untuk shopping...esok OTW balik kita singgah Aeon/Jusco baru buka di Manjung.Sebenarnya Kakchik yang teruja sangat nak masuk Jusco besar tu.
Hari last nak balik baru terlihat sepasang burung Enggang terbang rendah hinggap didahan kelapa sawit  sebelah rumah kakak.Walaupun rumahnya dalam taman sebelahnya ada kebun kosong yang digelar 'Taman Negara' oleh anak-anaknya kerana kemungkinan sesekali terlihat babi hutan.Kali ini sepasang Enggang yang berkilau bulunya mempamerkan dirinya.Sedang berkemas anak saudara dari Sg Sumun menyerahkan 3 ekor ikan puyu untuk caca bela kiriman orang kampung yang sedang menjala dan yang saya sapa tempohari .' Abg...pe kabar..menjala ikan?..Sapaan saya tu tidak dicamkan siapa saya kerana beliau bertanya 'siapa ni ye'... Haha..maybe sebagai membalas ingatan darinya dia memberikan 3 ekor puyu hasil menjala yang Caca namakan Kiki, Kila dan Kiko.
Caca pun dah tersenyum lebar bila dah dapat kasut sekolah Barbie dan Swan yang diidamkan daripada Jusco baru selain peralatan lainnya.Jusco sini lebih besar dari Quensbay la agaknya sebab tak habis round.Penat dah..9 dalam 10 dah selesai.Selesai jugalah 10 in 1 kerana sempat berbincang dengan kakak ke2 untuk membuat Majlis Berkorban  sempena Aidil Adha 2013 nanti.InsyaAllah moga murah rezeki dan dah ada anak-anak saudara yang akan turut serta..



No comments:

Post a Comment