Sunday, 16 December 2012

JANGAN TUNGGU LAGI


Jangan tunggu lagi sebuah cerita yang agak menakutkan yang akan dipaparkan sebentar lagi.Kalau rasa-rasa takut tak perlu meneruskan bacaan ...dan jangan tungu lagi...offline....hehe...Kalau rasa nak tau cerita seram ini, jom...jangan tunggu lagi teruskan membaca....

Rasanya tak lengkap sebuah kehidupan kalau tak pernah merasa diri diganggu gugat oleh sesuatu yang scary..ye lah...situasi bahagia dah dirasa, suasana sedih juga kemungkinan telah mengalami ..tapi amat jarang orang merasa keadaan serammm...hanya orang-orang terpilih jer yang kena gangguan ni...samada 'ia' ingin bergurau atau untuk menakutkan orang-orang yang penakut....saya memang seorang yang amat penakut tapi oleh kerana kerap diganggu macam dah lali....perasaan takut dah mula hilang dan boleh menonton cerita hantu yang seram....Gangguan pertama saya hadapi ketika umur 14 tahun....tapi opppss dah pukul 12.00 malam nih...sambung esok la erk....seram lak nak menulis tengah-tengah malam ni.....

Haa...sekarang 12.00 tengahari, 16 Dis...kita sambung semula cerita yang terhenti...lewat sikit lawat blog hari ini sebab rutin hujung minggu awal pagi kena warm-up dulu, jogging 45 minit  untuk menjaga kesihatan terutama jantung. Then siapkan semua 'housekeeping' barulah relax ...kan....

Malam tu kakak saya terlalu ceria dapat tiket free untuk konsert artis yang datang ke kampung saya.Katanya dia akan pergi dengan teman lelaki sekolahnya.Semua jiran-jiran pun sibuk nak pergi tengok konsert tersebut.Saya teringin juga nak joint tapi tak ada teman.Mak kata duduk rumah je temankan dia.Tetiba dah dekat jam 9.00 malam my cousin datang ajak menemaninya ke konsert itu.Katanya ramai artis popular datang.Saya yang taktau apa-apa ikut jer setelah diizinkan oleh emak..Itupun jenuh pujuk mak yang tak berapa nak bagi kebenaran.. Sampai ke pintu masuk konsert penjaga tiket terus membenarkan kami masuk tanpa membayar harga tiket...dah rezeki kami kot ataupun penjaga tiket tu kenal my cousin..maklumlah my cousin tu terbilang juga cantiknya di kampung saya.

Pertunjukan dah bermula,.saya dan cousin berdiri dicelahcelah orang ramai.Asyik dengar lagu-lagu yang mempesona cousin saya menghilang...Adusss...mana nak cari tengah orang ramai ni..camana nak balik nanti..saya tak berani balik sensorang dalam gelap malam dan 2 km jauh dari sini.Saya hilang fokus pada pertunjukan sebab hati saya berdebar tak tentu arah lalu ambil keputusan untuk balik.Keluar dari kawasan pertunjukan saya mencari kat mana paking basikal tadi.Teraba-raba sebab gelap sangat. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya tanpa amaran.Saya meneruskan niat untuk balik walaupun  hujan lebat .Keadaan sepanjang jalan sunyi dan gelap pekat.Orang kampung masih belum bergerak balik walaupun hujan.Mereka masih setia bersama artis yang mereka minat.Sepanjang jalan saya membaca semua surah yang saya hafal sambil mengayuh laju-laju.Basah kuyup dah....menggigil kesejukan...Penyesalan mula menjelma,tadi kalau ikut cakap emak taklah saya jadi begini.Dari jauh saya lihat ada cahaya lampu .Hati lega seketika sebab saya fikir ada orang kampung lalu jalan yang sama.Semakin mendekat baru saya perasan ..ehh siapa pulak dalam hujan lebat begini bawa lampu pelita..kenapa lampu tak padam dek air hujan...Api pelita melintuk liuk buat saya seram sejuk..semakin hampir dengan pelita itu...jangan tunggu lagi...saya turun dari basikal dan bawa basikal lari sekuat hati....saya toleh belakang api pelita dah tak ada, lagi laju saya lari lintang pukang dan terus masuk dalam rumah dengan keadaan basah dan wajah pucat lesi.Setelah mandi dan tukar pakaian saya cerita semua pada mak.Mak kata biasalah kat pokok mempelam yang sebesar pemeluk tu area Hantu Lampor ...Taubat taknak keluar merayau malam hari lagi.



Suatu hari  setelah terlupa peristiwa Hantu Lampor, sekali lagi saya teruja ingin mengikut cousin saya menangguk udang kat taliair tak jauh dari rumah.Seperti yang dijanjikan selepas maghrib kami ramai-ramai 5 orang membawa kelengkapan menangguk dan yang penting lampu suluh kuasa bateri selkering 4 biji.Cerah dan terang benderang.Cousin saya walaupun semua perempuan tapi tahan lasak.Saya cuma terikut-ikut sahaja kerana menurutnya malam sebelumnya dia dapat udang yang banyak.Sampai ditepi taliair dia mula menangguk.Saya tengok jer.Kakak saya tukang pegang lampu picit.Bila tangguk diangkat...tergedik-gedik udang atas jaring halus.Itulah pertama kali tsaya tengok udang hidup.Jernih dan aktif melompat.Sepupu yang lain tukang kutip udang dan letak dalam bekas.Saya tolong buka dan tutup bekas tersebut sebab takmau udang melompat keluar.Dua tiga kali menangguk hampir penuh udang.Tiba-tiba lampu picit terpadam.Jenuh kami ketuk bagi menyala tapi ternyata ia tak berfungsi.Kami tak peduli hal lampu dan terus mengutip udang dalam kesamaran cahaya bulan.Dalam kesibukan itu terdengar bunyi suara anak kucing kat tepi kami..jenuh cari tapi tak jumpa anak kucing.Bila buka penutup bekas udang..bekas dah kosong seekor udang pun tak ada.Kami saling berpandangan..serentak dengan itu kami sama-sama sepakat jangan tunggu lagi dan terus lari balik sekuat hati seperti lumba lari..Sampai rumah ,kami tertanya-tanya di mana udang yang kami tangguk.Nak kata anak kucing makan takkan bekas masih bertutup rapi ,boleh ke anak kucing membuka dan menutup bekas dan takkan anak kucing boleh habiskan udang sekelip mata tanpa tinggal seekor pun.Anak kucing tu datang dari mana.Kami cari anak kucing tapi tak jumpa.Akhirnya Mak Sedara kata agaknya kamu semua dikacau oleh Hantu Air.


(Pada masa saya menulis ni terdengar suara lelaki memberi salam dengan kuat dan lantang depan rumah,saya lantas menoleh kerana saya duduk ditepi tingkap,bila dijenguk menjengah sana sini tiada sesiapa pun.....)
Nasib baik saya tak meneruskan coretan ini malam tadi...Teringat arwah mak kata kalau waktu tengahari camni ada Hantu Weywey hantu tu suka sorokkan kanak-kanak dan hidangkan masakan mee goreng....sebenarnya hidangan cacing...gulp....wekkk....Kakak ipar saya waktu kecil semasa balik sekolah pernah dibawa Hantu Wei Wei bersembunyi dalam semak bawah jambatan.Katanya dia nampak air sungai mengalir tapi macam diawangan, yang jelas dia nampak kawan-kawannya ada sama tapi tak pasti apa yang sedang dilakukan sehingga ada orang menarik tangannya bawa balik ke rumah.Pada waktu subuh atau maghrib pula sekiranya kanak-kanak tiba-tiba ghaib ,orang tua-tua kata dibawa dan disorok Hantu Lemper dan Hantu Cepet..sebab itu pesan orang-orang tua jangan bermain waktu berlabuh senja.
Anak saudara saya pernah dibawa lari Bunian masa umurnya 4 tahun.Mereka sekeluarga tinggal dikuaters sekolah kebangsaan yang dibina semasa British memerintah,tak ingat  tahun bila. Selepas minum petang anak saudara saya bermain bersama kakaknya yang brusia 5 tahun didepan tangga rumah.Tiba-tiba anak saudara saya hilang.Kecoh mencari dan berita cepat tersebar ,satu kampung mencari sementara ayahnya pula pergi ke rumah Tok Moh pakar ilmu ghaib.Setiap ceruk dan sudut dicari namun hampa.Ayahnya call dari rumah Tok Moh supaya gerakan terus mencari kerana menurut Tok Moh dia belum pergi jauh masih ada disekitar rumah.Ibunya bagai gila mencari dalam rumah dalam almari dalam mesin basuh dalam peti sejuk bawah katil dan dicelah-celah ,semua diselongkar.Akhirnya ternampaklah oleh seorang jiran ,anak saudara saya ditemui disuatu sudut luar rumah sedang bertenggong seperti berkhayal.Walhalnya berpuluh kali telah dijengok sudut tu sebelumnya.Dipanggil namanya berkali-kali dia tetap diam membisu dan tak menoleh.Ibunya menerpa memeluk membacakan sesuatu dan memandikannya kerana terlalu comot.Setelah tenang,ibunya bertanya lalu dia menjawab..dia diajak naik kuda terbang berwarna kuning tapi bapanya tidak membenarkan.Sejak itu dia mula murung dan tidak ceria.Selalu berkhayal dan tidak fokus.Sekali lagi bapanya berusaha merawat secara tradisional.Menurutnya Bunian berkenan pada anak saudara saya kerana namanya sama dengan anak Bunian dan ingin membawa anak saudara saya ke alamnya sebagai kawan sepermainan anak bunian tersebut.
Sebelum kakak saya tinggal dalam rumah kuaters tersebut ada keluarga Guru Besar tinggal disitu.Anak sulungnya hilang dalam kandungan isterinya pada malam jumaat.Menurut isterinya dia selamat bersalin dan anaknya disambut dengan kelengkapan berwarna kuning bersama beberapa orang berpakaian kuning, cuma beliau tak dapat membuka mulut untuk wake-up suaminya yang tidur disebelah.Menurut kepercayaan orang terdahulu anak Guru Besar itu diambil Bunian.Setiapkali ulang tahun kelahiran anak itu maka akan ditunjukkan kepada ibunya pada malam jumaat setiap tahun. Ini diceritakan sendiri oleh adiknya yang sama sekelas dengan saya waktu itu kami masih disekolah rendah.Menurut cerita ibunya ,beliau nampak jelas anaknya membesar setiap tahun cuma tidak dapat berkata-kata .

Berbalik pada kisah saya, pada usia  mencecah 18 tahun hingga 20 tahun banyak mengalami keanehan dirumah saya sendiri..Semasa saya kecil rumah saya sentiasa ceria kerana toknek, mak sedara dan ramai jiran-jiran dok sekeliling rumah saya.Selepas nenek saya meninggal emak saudara saya berpindah ke penempatan baru diikuti oleh jiran-jiran yang lain.Ayah saya meninggal waktu usia saya 18 tahun,emak saya tidak mahu berhijrah kerana banyak kenangan di rumah kampung yang amat selesa baginya.Maklumlah rumah itu ayah saya yang membinanya sendiri.Boleh ditambah ruang sesuka hati tak perlu plan atau kelulusan Majlis.Lagi pun emak saya suka bercucuk tanam,apa sahaja yang ditanam akan tumbuh segar.Emak saya juga suka menternak ayam kampung, itik dan burung puyuh.Tapi apa kan daya ,seorang demi seorang jiran berpindah maka tinggallah kami 3 buah keluarga sahaja dikawasan tersebut tak jauh dari kawasan sekolah. Saya tinggal berdua dengan emak dirumah pusaka arwah ayah.Masa itu saya baru sahaja menduduki exam STPM dan bertugas sebagai guru sandaran di kampung lain.Suatu malam saya tidur dengan lena tetapi terkejut terjaga bila tubuh saya ditindih begitu berat oleh sesuatu benda berbulu.Saya tak dapat membuka mata tapi terasa jelas ibu jarinya yang besar dan kasar juga berbulu membelai pipi saya. Saya cuba membaca ayat kursi dengan susah payah dan sedaya upaya saya...Alhamdulillah...perlahan benda berat semakin hilang.Sejak itu saya tidak berani tidur seorang diri .Dimana emak saya tidur saya pasti disebelahnya.Bila cerita pada kawan-kawan kisah itu,mereka juga pernah alami perkara yang sama.Emak mereka kata kami diganggu Hantu Tindih.Hantu Tindih suka ganggu anak-anak  atau remaja berusia anatara 17 hingga 20 tahun.
Walaupun saya dah melebihi usia 20 tahun tapi gangguan tetap ada.Kali ini gangguan talian telefon.Telefon di rumah saya sentiasa tergendala mulai jam 8.00 malam sehingga waktu subuh.Tepat jam 8.malam telefon akan berdering dan bila diangkat hanya kegengaran bunyi air berkocak atau bunyi detik jarum jam atau bunyi desus nafas tanpa suara.Talian jadi hanging...tak terputus bila diletak dan tak dapat digunakan untuk mendail keluar.Kes ini berlarutan sehingga menyebabkan adik beradik yang tinggal berjauhan berkeluh kesah marahkan saya bergayut  telefon semalaman suntuk walhalnya telefon yang buat masalah.Kemuncaknya bila ada saudara terdekat meninggal, kami orang yang paling lewat dapat perkabaran kerana talian tidak dapat digunakan dalam tempoh masa tersebut.Akhinya saya membuat aduan kerosakan.Setelah diperiksa oleh pihak Telekom tiada apa-apa masalah.Semuanya dalam keadaan berfungsi dan tiada sedikit pun kerosakan.Saya mula beranggapan mungkin kejadian itu angkara pemuda-pemuda kampung yang ingin mengusik.Boleh jadi mereka menggunakan teknik luar jangkaan yang membolehkan talian 'hang' sepanjang  masa.
Suatu hari kawan sekolah saya masa Form6 dulu datang ke rumah.Dia berada seminggu di rumah saya kerana  beberapa bulan lagi dia akan berumahtangga.Waktu telefon berbunyi sekitar jam 8 malam dia mencadangkan agar saya membacakan surah yassin waktu mengangkat talian.Saya tidak berapa setuju dengan cadangannya kerana saya amat percaya itu cuma perbuatan pemuda-pemuda kampung.Kalau dah jemu nanti pulihlah semula  keadaan ini.Tapi kawan saya mengambil surah yassin yang berada dimeja telefon dan membacakannya ditepi corong telefon.Seketika itu talian putus, gagang diletakkan dan Alhamdulillah telefon boleh berfungsi seperti asal.Apa lagi.. kawan saya terus menganggap 'hantu' yang kacau.Terpulanglah pada dia.Esoknya bila talian berbunyi lagi dia cepat-cepat angkat dan berkata "hoi hantu..dengar ni."..sambil baca surah yassin....Alangkah terkejutnya dia bila terdengar suara lelaki garau dan kasar menjawab ditalian.."saya bukan hantu...siapa baca yassin tu" dengan nada garang dan marah....dan telefon kembali hang sampai ke pagi.Selepas itu setiapkali dering telefon waktu malam,saya terpaksa membacakan surah Yassin.Sejak itu talian telefon kembali pulih seperti biasa.

Peristiwa kemuncak yang paling menakutkan apabila emak terpaksa pergi ke rumah kakak saya yang baru bersalin.Saya menumpang tidur di rumah kakak di kuaters guru sebab takut sendirian di rumah.Awal pagi saya terus pergi mengajar dan sebelah petang baru saya balik ke rumah untuk mengemas.Alangkah terkejutnya kerana saya dapati didepan rumah penuh dengan bekas tapak kaki besar sepanjang lebih sekaki.Jari jemarinya bulat-bulat .Yang anehnya ibu jari kaki berada ditempat jari kelingking...terbalik sudah....siapa pulak nak main-main kat depan rumah kosong ni semalam?..saya cuba mengikut jejak tapak aneh dan ganjil ..mudah menjejakinya kerana tanah lembut selepas hujan lebat semalam sebab itu nampak jelas tapak itu dimana-mana..juga ada dibawah pohon jambu yang rendang...sekiranya orang ni besar (berdasarkan tapak kaki yang cukup besar)tapi kenapa masa melalui pohon jambu tiada dahan yang patah, saya turuti lagi tapak besar itu tapi tapak tersebut hilang begitu sahaja tanpa kesan seterusnya...masa itu barulah saya terasa seram sejuk dan tidak menoleh dan jangan tunggu lagi... saya terus berlari balik ke  kuaters guru.Kakak saya yang paling berani dalam family juga nampak ketakutan.Dia tak berani nak pergi melihat sendiri apa yang telah saya ceritakan.( Waktu saya menulis sampai ayat ini tiba-tiba laptop saya terpadam ,dan rosak )

17 Dis.... continue..(Laptop sedang diperbaiki) Guna komputerdesk pula...
Keluarga menjadi kecoh.Abang-abang saya bimbang keselamatan kami berdua.Masing-masing ada cadangan untuk kami berhijrah tapi emak saya masih dapat alasan kuat dan mematahkan usul mereka.Saya semakin bosan kerana kerap terlihat ular putih, ular senduk menjalar dalam rumah.Adakala terjumpa ular besar berwarna emas melingkar tiba-tiba di depan mata menghalang perjalanan.Haha.. apakah itu ular jelmaan putera raja? sengaja saya bergurau dengan emak untuk menghilangkan rasa bosan dengan gangguan sebegitu.
Tidak lama selepas itu,suatu petang ,emak kelihatan terlalu cemas sebaik pulang dari surau berdekatan setelah selesai mendengar tazkirah jumaat.Emak banyak berdiam diri.Emak seperti sedang memikirkan sesuatu.Esoknya emak memberitahu saya supaya cepat berkemas untuk segera berpindah.Terkedu dan terduduk saya mendengar arahan emak sedangkan lusa dah masuk bulan puasa.'Tak mengapa,bawa barang perlu dulu sikit-sikit ,emak nak pindah dalam minggu ini juga".Saya pun mula berkemas siang dan malam.Saya mengajak anak saudara mencuci rumah baru kami yang terletak berhampiran sungai, sekolah,klinik dan ramai jiran tetangga di kawasan tersebut Jauhnya lebih kurang 12 km dari rumah asal.Semasa proses berpindah saya pernah tersesat jalan .Waktu perjalanan balik dari mencuci dan mengemas rumah baru,hujan turun tersangat lebat.Anak saudara menyarankan agar lalu jalan shortcut agar cepat sampai rumah kerana hujan teramat lebat dan mendung gelap.Hari pun semakin senja.Tiba-tiba motorsikal kami terbenam.Enjin mati.Kami turun dan menolak motor tersebut.Kanan kiri jalan yang sempit itu baru kami perasan terdapat banyak batu-batu nisan lama yang hampir terbenam.Kami mempercepatkan menolak motor laju-laju dan start enjin cepat-cepat meninggalkan kawasan itu, jalan ini seperti tidak pernah digunakan orang. Sampai dirumah kami beritau pada abang ipar macamana kami tersesat hingga terjumpa kubur lama.Lama abang ipar saya termenung dan memberitahu,selama ini dia pun tak pernah jumpa jalan yang kami lalui sebentar tadi.Entahlah...saya pun bingung dan smpai hari ini tak jumpa jalan itu lagi. Sebenarnya  rumah yang kami nak pindah itu sebelum ini disewakan kepada seorang guru ,kini telah dikosongkan.Maka dalam bulan Ramadhan kami berpindah rumah.Di rumah baru barulah emak menceritakan semasa tazkirah di surau tempohari kawannya memberitahu rumahnya didatangi Hantu Jepun Tanpa Berkepala.Hantu itu lengkap berpakaian tentera berjalan mundar mandir dalam rumah dengan lehernya menyemburkan darah.Semalaman kawan emak itu tidak tidur,darah yang menyembur jatuh mengotorkan tikar mengkuangnya.Darah itu masih terlekat pada tikar hingga ke pagi.Hehe...patutlah emak ketakutan..jangan tunggu lagi...bulan puasa pun sanggup angkat barang berpindah.

Dipendekkan cerita tidak lama selepas itu saya pun berkahwin.Setahun lebih ,ibu mertua saya meninggal.Suami saya adalah anak bongsu dan diwasiatkan untuk menjaga rumah pusaka peninggalannya.Kami sepakat berpindah dari Ipoh dan balik menetap di kg ibu mertua. Saya tidak berapa selesa di rumah tersebut..entahlah..Gangguan di mana-mana tetap ada.Jam 3 pagi saya terjaga apabila cermin tingkap rumah tetiba menjadi cerah.Ada bayangan jelas pokok-pokok bunga yang biasanya terdapat di tanah perkuburan satu persatu menjelma seperti tayangan slide.Bila saya gerak suami perlahan-lahan slide hilang sedikit demi sedikit.Esok malam pula apabila suami kerja shift malam, sekali lagi saya diganggu.Kali ini jam 3.30 pagi.Tetiba diluar pintu bilik tidur saya, ada orang meniup harmonika.Semakin lama semakin dekat dan membingitkan telinga.Saya menjadi ketakutan dan sangat cemas..jangan tunggu lagi...saya menarik meja TV dan merapatkan ke pintu dan apa sahaja benda berat untuk menghalang pintu daripada ditendang orang.Saya beranggapan ada orang pecah masuk ke rumah.Tiupan harmonika sekejap menjauh sekejap mendekati pintu bilik tidur beralun-alun .Saya mengambil Quran dan memeluk erat ..menggeletar seluruh badan.Saya ceritakan kepada suami tapi dia tak percaya.Saya mengemas rumah sambil mencari-cari kesan lain kalau-kalau boleh membantu saya mencari jawapan bunyi apakah semalam.Di bilik sebelah saya menjumpai beberapa ketul najis manusia dibawah katil.Suami saya tidak mengendahkan apa yang saya jumpa.Saya terpaksa mencuci sendiri najis siapakah itu..
Tidak lama selepas itu saya menerima tawaran bertugas di Shah Alam.Saya membawa bersama emak untuk tinggal bersama menemani saya kerana suami belum terbuka hati untuk berpindah ke Shah Alam.
Berpindah rumah bukan bererti selamat dari gangguan ,selepas solat subuh,emak terjumpa cincin besar diperbuat daripada tembaga putih berbatu kelabu atas katil. Puas dia tanya kepada semua anak cucunya siapa punya cincin dan masing-masing tidak pernah melihat cincin tersebut.Cincin itu adakala hilang adakala dijumpai semula.Sehingga sampai pada satu ketika, rumah saya didapati dalam keadaan aneh.Sewaktu bangun tidur, saya dapati semua perabot yang berpintu dalam keadaan terbuka dan ternganga luas.Benda bertutup semua terbuka.(Kabinet, almari pakaian, almari cermin hiasan, laci , pintu, tingkap semua terbuka.Saya pasti mesti rumah saya dipecah masuk orang tetapi setelah diperiksa tiada satupun barang yang hilang atau tiada sedikitpun tanda-tanda penyelongkaran.Semua dalam keadaan tersusun rapi.Saya bertanyakan hal ini pada rakan sekerja dan seorang ustaz telah memberitahu bahawa jangan kita cuba menyimpan barang berupa cincin kerana benda seperti itu ada 'tuannya'.Beliau menasihatkan saya agar meletakkan cincin yang dijumpai itu dimana-mana yang sesuai atau dibuang...Jangan tunggu lagi...Tanpa pengetahuan emak ,saya mencari cincin itu berbulan-bulan.Akhirnya ia menjelma sendiri depan mata.Saya bungkus dan meletakkannya didalam kotak cadangan di masjid berdekatan.
Sejak itu saya tidak lagi menerima sebarang gangguan cuma baru-baru ini sewaktu saya terbangun awal pagi terdengar seperti suara berdengkur yang kuat ditepi pintu dapur.Saya teliti dan mengamati..sah..dengkuran lelaki...Tidurlah awak....asal jangan ganggu saya..bila terdengar azan subuh...dengkuran hilang begitu sahaja...
....jangan tunggu lagi...dah habis...setakat ini..sebuah kisah real tapi aneh yang pernah saya alami...

1 comment: