Wednesday, 12 December 2012

PENGENALAN QASEH QIESYA

Pastinya pembaca yang terbaca blogger saya ni tertanya-tanya mengapa saya menggunakan title Qaseh Qiesya disini.Dimulakan mukadimah~ permulaan saya membuat blog adalah untuk membuat catatan rentetan kehidupan kami sekeluarga..Terutamanya mengenai kisah anak-anakku..Bak kata orang "Kenangan lalu sebaiknya di baitkan dalam laman untuk generasi akan datang"..Tujuannya..Yang baik jadikan teladan dan yang kurang jadikanlah sempadan agar tidak mengulangi kesilapan lalu..Maybe juga sebagai  rentetan sejarah keluarga.Almaklum sahajalah berbagai situasi boleh kita alami sepanjang kehidupan kita...
Sepanjang kehidupan bersama puteri-puteri saya yang tersayang , terlalu banyak kegetiran, kepahitan , kepayahan yang dilalui bersama ,namun kita kena redha kerana segalanya adalah ketentuan Allah SWT .Kami yakin apa sahaja yang berlaku ke atas kami ada hikmah disebaliknya dan kemungkinan juga ianya sebagai menguji sejauh mana keimanan hambaNya.Sabarlah anak-anakku....Ibu ilhamkan bait-bait puisi spontan khas buatmu,  bacalah....

Anak-Anakku.....
sembilan bulan dalam kandungan
ayat-ayat suci Al-Quran telah ibu perdengarkan
surah Luqman, surah Yusuf dan surah Maryam ibu ditekankan
agar anak-anak ibu bijak, cantik paras rupa dan tabah sentiasa...

sampai usia boleh menyebut sukukata
ibu ajarkan iqra'
sampai masa boleh membaca
ibu hadiahkan pelbagai jenis buku cerita
sampai masa mengenal bersih , suci dan kekotoran
ibu ajarkan puasa dan sembahyang

Anak-anakku
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.....
usia 5 tahun sebulan penuh
puasa ramadhan dapat dilaksanakan
usia 7 tahun solat penuh lima waktu dalam latihan
sebelum 10 tahun ayong dan kakchik
telah khatam Al Quran....

Anak-anakku
Ibu telah didikmu dengan penuh kasih sayang
mengejar kejayaan duniawi demi masa depan
namun bekalan akhirat jangan dilupakan
untuk kesejahteraan dalam alam yang berkekalan ...

AYONG....Lahirmu 21 haribulan
sebagai anak sulung
penuh tanggungjawab berat
ambil alih tugasan setelah ketiadaan ibu kelak
contohilah kepada adik-adikmu
muslimah sejati.........
sejahteralah ibu di sana nanti

KAKCHIK...Lahirmu 22 haribulan
sebagai anak tengah
bantulah kakakmu mengeratkan siltulrahim
antara kalian
pautan kasih sesama adik beradik
menyejukkan ibu di sana nanti...

MY LIL PRINCESS...Lahirmu 23 haribulan
Ibu amat takjub dengan kekuasaan Allah
melahirkan anak-anak ibu ikut susunan nan teratur
walaupun kalian adalah perempuan
ibu berbangga dengan pencapaian kalian
teruskan anak-anakku..
Kasih pada Yang Maha Esa kekalkan selamanya
Kasih pada ibu membawa ke syurga.......
Kasih dan menghormati kakak-kakakmu
membawa keakraban tiada penghujungnya.....

Tiada harta yang dapat ibu himpun untuk diwariskan
hanya ilmu ibu bekalkan
sebagai perintis masa depan nan gemilang

MOM LUV YOU........



Ketiga-tiga puteri saya bermula  dengan panggilan Nur....bermaksud "Cahaya" ....dan masing-masing mempunyai huruf Q  pada nama mereka..Paling istimewa pada nama si bongsu sempena mengambil nama mbah(opah) yang pergi dahulu menyahut seruan Ilahi 22 hari sebelum si bongsu dilahirkan...antara ramai-ramai cucu emak saya, si bongsu sayalah yang tidak berkesempatan melihat wajah opahnya.Hanya pada gambar sahajalah ia mengenali arwah .Usianya 6 tahun, saya baru berkesempatan membawa sibongsu ke rumah pusaka peninggalan arwah...Walaupun tampak sayu tapi ia mengadaptasi dan menghayati sepenuhnya kenangan masa lalu kami ....seolah-olah hati kecilnya berkata...kenapa saya lewat dilahirkan...tidak dapat berkongsi kenangan bersama di rumah pusaka yang kian usang ini....
Beza usia anak-anak saya antara yang sulung dengan yang kedua 3 tahun manakala kedua dengan sibongsu  adalah 11 tahun.Ayong dengan kakchik sangat akrab sejak kecil, membesar dan bermain bersama manakala sibongsu ???? Keseorangan ...sebab itu terlebih mengada dan manja.Kakak-kakaknya dah tamat sekolah ia baru melangkah ke alam persekolahan .Anak-anak saya masing-masing mempunyai impian ..tugas mereka sekarang sedang mengejar impian yang dicita-citakan sejak kecil.Lorong mereka semakin nampak jelas kecuali sibongsu yang sering bertukar-tukar impian.Masih samar-samar dan setiap bidang yang ingin dijadikan impian,biasanya ia akan bertanya 2 soalan wajib.Soalan pertama adakah bidang tersebut bermula jam 8 pagi dan balik waktu petang.Soalan kedua adakah menceburi bidang itu ada kemudahan bersolat.
Selepas saya membawa sibongsu menaiki pesawat baru-baru ini, ia mula berangan dan menukar impian ingin menjadi pilot.Soalannya  macamana nak solat waktu memandu kapalterbang?Waktu saya membawanya menaiki kapal terbesar di Pengkalan Lumut tahun lalu, nasib baik juga ia tak berminat untuk menjadi kapten .Anak sulung sejak kecil ingin menjadi doktor kerana suatu sebab..anak kedua pernah menyatakan pada keluarga ingin menjadi Pegawai Pembanci setelah melihat pegawai banci berkunjung ke rumah menjalankan tugas bancian...Camtulah kerenah anak-anak masa kecil...bila dikenang tersenyum sendiri...
Ibu akan abadikan kenangan-kenangan kita di laman ini anak-anakku...Jika ada terluang waktu, intai-intailah blog ini  ...ibu juga punya impian ....tapi biarlah ia RAHSIA.....cuma ketahuilah Mom Love You Much....


1 comment: