Friday, 14 December 2012

SENDIRI AKU DISINI

Sendiri.....dok bersendirian kadang boleh release tension boleh rehat panjang dapat tidur lena secukupnya ada banyak masa untuk melaksanakan hobi...hobi saya menulis..zaman saya anak dara dulu ada laa sekali dua tulisan saya keluar kat media cetak..salah satunya Cerpen...penulis muda katakan...ada lak foto dan biodata penulis...fuhhhh selepas itu hari-hari yang mendatang penuh keceriaan juga penuh jer peti surat dengan surat-surat peminat...owhhhh agak glamer saya waktu itu...sehingga posmen tak larat nak hantar surat kat saya...tapi itu dulu..sekarang ni nak membina ayat puitis dah berkurangan cuma apa sahaja yang terlintas diminda akan saya coretkan so kalau bersendirian banyak idea datang,tidak terganggu oleh aktiviti lain maklum sajalah saya tak perlu ke dapur memasak (dah seminggu saya tak nyalakan api dapur untuk memasak) saya tak perlu mesin pakaian kotor tiap hari dan saya tak perlu arah itu ini pada sibongsu saya.Sekarang ini sibongsu saya berada dengan keluarga pengasuhnya yang seperti keluarga dia juga.
Tapi bersendirian dalam jangkamasa panjang juga bahaya kerana menurut kajian sering duduk bersendirian akan mempercepatkan kita dapat penyakit nyanyuk (senile/deranged/dotage/doting) kerana tiada orang lain untuk berkomunikasi,imagine kita sentiasa melayang mengenang masa lalu tanpa batasan kerana tiada gangguan,kalau terkenang yang manis mulalah tersenyum senyum sendiri dan bila nostalgia duka maka akan merembes air mata.Ada juga yang terus berangan masa depan tanpa gannguan. Lama-lama mental terjejas...betul tak...ada logiknya akan jadi begitu.Ertinya tinggal bersendirian membahayakan kesihatan mental dan juga membahayakan diri (manalah tau sakit atau musibah datang hanya diri sendiri yang tahu)jika ditakdirkan matipun lambat diketahui orang...hehe..
Angu'zubillah....mudah-mudahan saya panjang umur....misi saya belum tercapai...anak masih memerlukan saya...berdoalah agar kita sama-sama panjang usia dan sentiasa dalam keberkatan dan dijauhi kemaksiatan.
Saya biasa hidup sendiri walaupun telah berumahtangga namun kerana kerjaya adakala kita tinggalkan suami buat seketika atau suami tinggalkan kita buatsementara sehingga dapat bertukar tempat yang sama.Biasalah adat kehidupan berkerjaya tetapi jangan sampai ada  'orang ketiga' membuat onar menyampaikan fitnah tak senang melihat ketabahan kita.Saya juga pernah merasa keadaan sebegini.Jauh dari suami...Hadir kursus dianggap berpoya-poya keluar masuk hotel san-sini.Pergi pasar malam beli barang dapur dianggap keluar dating.Oleh kerana dakyah-dakyah tidak berasas cenggini menyebabkan majikan simpati dan menghantar sendiri kemana sahaja arahan hadir meeting.Saya amat berterima kasih pada majikan yang berbaik sangka dan berhati mulia ingin mempertahankan mahligai anakbuahnya.Tapi fitnah senang dicipta dan seronok bila berjaya ..terfitnah pula boss mengahantar ke sini sana menyebabkan saya minta izin boss untuk duduk seat belakang dalam van yang dipandu oleh boss.Saya rasa boss ni dah lama bersara semoga beliau panjang umur bahagia seisi keluarga.Boss yang baik dikenang jua sampai bila-bila.
Biarlah apa sahaja orang yang berkata-kata kerana bagi saya Allah Maha Mengetahui segala-gala tentang kita dan kita kena jaga diri sendiri untuk lurus dijalan kebenaran yang disyariatkan."Hidup Matiku Hanya UntukMu Ya Rabb...Rabbana La Tuzi' Qulubana Ba' Da Iz Hadaitana Wahab Lana Minladun Karohma Innaka Anta Wahhab.....

Sejauh manapun kita memepertahankan sesuatu yang amat kita sayangi bila Allah mengkehendaki sesuatu terjadi maka jadilah....dan kita sebut ianya suatu Takdir bagi kita untuk menghadapinya.Biarpun sesedih mana hati dan jiwa tersayat pilu, kita kena menghadapinya dengan tabah dan kuat yang kita sebut Redha menerima Qada dan Qadar Allah SWT...mungkin sesuatu tidak kita ketahui disebalik kejadian yang kita hadapi dan orang biasa sebut mungkin ada hikmah disebalik ketentuan Allah berikan ini.

Kesabaran dan ketabahan harus diteruskan walau 'mereka' tahu apa yang saya ada telah punah tapi masih ingin terus menyakiti..hati dah tersayat sembilu luka diri pula mengalami sakit bagai terseksa .saya harungi jua sendirian dalam hati saya katakan ..semua ini dugaan Mu Ya Allah untuk menguji sejauh mana keimananku..Berusaha dan berdoa tiap masa tak kira wang yang keluar rawatan dimana-mana agar diri sihat sejahtera.Dengan takdir Allah Yang Maha Esa pada masa saya menunaikan solat zohor entah kenapa 7 kali terbersin sehingga berat hidung menanggung sesuatu akan keluar..solat diteruskan dengan bacaan surah pendek dan segera tertunai 4 rakaat setelah memberi salam saya segera mencapai tissu dan mengeluarkan sesuatu dari hidung.Subhanallah....Allahuakbar.....seperti seketul jelly keluar bersama benang hitam berbentuk huruf  YA (Hijaiyah ).Saat itu tubuh saya menggeletar tak mampu berbuat apa-apa.Panik dan takut kerana pada waktu itu saya sedang bersendirian..Dengan kekuatan yang ada saya sendiri telitikan benang tersebut ..cuba diluruskan..didapati panjang benang dalam 3 atau 4 cm dan dihujungnya bersimpul dan simpulan tersebut menjuraikan urat-urat halus benang.Hanya beberapa saat benang tersebut kembali ke bentuk asal HURUF 'YA' Hijaiyah..(sehingga hari ini saya tidak pasti apakah maksudnya perkara ini terjadi dalam hidup saya) saya simpan sendiri keanehan tersebut dan terlupa pula nak merakamkan gambar benang tersebut selama dalam simpanana saya sebelum saya buang ke sungai ,kerana sepanjang menyimpan benang tersebut berbagai seksaan perit saya tanggung sendirian.Pernahkah anda rasa sakit sepertimana isi nak tertanggal dari tulang? Istilahnya begitulah....Begitulah yang pernah saya alami.

Semuanya kekuasaan Allah ...agar hambaNya lebih mendekatkan diri padaNya.Bukan bermakna sendiri itu keseorangan tanpa sesiapa  tapi kita ada Yang Maha Esa yakni Allah sentiasa bersama kita .Tidak pernah meninggalkan kita walau sedetik pun jua...Berbicaralah denganNya melalui doa, bersyukurlah padaNya dan ikutilah perintahNya..
Ada juga kebaikan bersendirian kerana lebih khusyuk waktu bersolat,banyak masa untuk memahami maksud bacaan Al Quran,lebih masa untuk mempelajari dan memahami buku-buku ilmiah dan bak kata orang manfaatkanlah masa sendirian itu sebaiknya....begitulah adanya...sekian saja...coretan bersahaja dari saya yang sedang bersendirian...yg baik datangnya dari Allah SWT dan yang terkurang itu adalah dari diri saya. ....Pesanan saya...Jagalah diri ......

No comments:

Post a Comment