Wednesday, 12 December 2012

GATHERING IN HAPPENING

Perayaan Deepavali untuk kaum India merayakannya tapi oleh kerana hari tu cuti umum maka kami juga beraya bersama adik-beradik.Maksudnya beraya cara kami laa....Abang sulung saya dah berusia lebih kurang 66 tahun, mempunyai 5 orang putera dan puteri dan kini telah mempunyai 7 orang cucu.Perbezaan umur kami yang agak jauh menyebabkan dia dan saya tidak begitu rapat....iyalah lagipun masa saya kecil dia dah bekerja masa saya sekolah rendah dia dah berumahtangga dan sekarang dia di Selangor manakala saya di P.Pinang.Bila raya Aidil Fitri jer kami bertemu dalam sejam dua sahaja.Selepas itu entah bila-bila lagi nak terjumpa.
Cuti Deepavali baru-baru ini membawa tuah kerana ikatan silatulrahim antara kami mula bertaut dan bertambah erat.Abang sulung saya berkesudian meluangkan masa datang menziarah adik perempuan bongsunya.Teruja sangat ingin menerima kedatangan abang sulung ,saya telah merancang sesuatu agar pertemuan ini adalah yang terbaik untuk menjadi kenangan manis antara kami.
Sehari sebelum Deepavali , saya telah membeli kudapan termasuk maruku,pergi pasaraya membeli persiapan secukupnya maklumlah abang sulung akan datang bersama isteri,4 anak-anaknya termasuk menantu dan cucu-cucunya.Teruja sungguh saya ...jam 4.30 petang 13 Nov 2012, anaknya ,Dr Liza call bagi info bahawa mereka dah sampai di homestay yang di sewa melalui pencarian En Google..kebetulan berhampiran rumah saya ...Dengan rasa tidak sabar saya terus mencari rumah tersebut melalui panduan yang diberikan.Sampai di rumah teres 2 lapis semua ahli konvoi kelihatan keletihan kerana seharian dalam perjalanan dan berada di tapak projek ternakan udang anak bongsu beliau...Acik Man.Anak muda ini menunjukkkan minat untuk menjadi usahawan walaupun niat suci murninya  tidak berapa mendapat restu bondanya.Almaklum sajalah bondanya tak perlu ke Universiti pun berjaya sebagai usahatani di kampungnya.

Saya membawa Konvoi tersebut untuk minum petang di rumah. Minum petang lewat jam 6.30 menyajikan maruku dan kudapan lainnya bersama jus limau kasturi  asam boi.Tak sangkalah semua ahli konvoi menggemari jus tersebut yang saya peram selama 4 bulan sebelum boleh digelar jus.Abang sulung saya paling suka jus tersebut dan nak berkongsi cara membuatnya...1 kg buah limau kasturi cuci bersih dan potong separuh bulat (jangan putus ),perah airnya dalam bekas dan buang bijinya .Buat sehingga selesai.Air limau tadi ditapis dan masukkan 1 kg gula.(jangan campur air )Masak air gula ini sehingga mendidih dan sejukkan.Limau yang telah kosong isikan pula dengan sebiji asam boi putih.Isikan asam boi dalam setiap buah limau kasturi sehingga habis.Susun dalam balang kaca kedap udara.Bila aiar gula telah sejuk curahkan dalam balang yang disusun limau tadi.Tutup rapat dan labelkan tarikh genap 4 bulan dari tarikh pembuatan.Setelah genap 4 bulan atau lebih baru boleh dibancuh untuk jus.Riuh rendah suasana rumah maklumlah adik beradik anak beranak dapat berkumpul.
Selesai solat Maghrib tugas untuk anak-anak sudara lelaki adalah untuk menyalakan bara api..Acara gathering malam ini adalah Barbeque.Anak-anak saaudara perempuan menyiapkan udang ( Acik Man bawa fresh dari ladang ternakannya), ayam ,sotong , sosej dan daging burger untuk BBQ sementara yang lain menyiapkan bahan untuk steamboat.Saya menyediakan Jus Mirinda Hijau.Meriahnya....anak cucu serta menantu sama-sama menggrill ayam.Abang sulung saya dah siap duduk bersila depan dapur steamboat dan dia lebih berminat menikmati steamboat perisa tomyam putih dan pencicah Sos Cili Extra Hot Nando's.Suasana lebih ceria kerana kakak ipar saya banyak bercakap serta peramah berbanding abang saya yang sangat pendiam.Gathering malam ni mengenali lebih dekat ahli-ahli keluarga baru (menantu-menantu)  dalam keluarga ini..Alhamdulillah mereka semua boleh ngam dan tidak kekok bila bersama kami.Happy sungguh apabila kami sibuk bercerita mengenai kerjaya masing-masing,perkembangan anak-anak mereka dan berbagai topik sehingga kekenyangan..Selesai makan-makan masing-masing sibuk membantu mengemas sebelum balik ke homestay untuk berehat.


14 Nov ~ saya ambil cuti rehat kerana menghormati tetamu datang menziarah.Pagi-pagi saya dah bangun solat subuh dan menyiapkan sarapan pagi.Menu pagi ini Nasi Lemak Kukus ,Sambal Ikan Bilis serta Udang Goreng.Untuk cucu-cucunda tersayang, saya buatkan kuih Dorayaki.Siap sedia dihidang,saya call Liza untuk maklumkan kepada ahli konvoi supaya datang bersarapan .Sementara menanti mereka, saya sempat menunaikan solat Duha semoga Allah memperluaskan lagi ruang rezeki saya sekeluarga.Sekali lagi ruang rumah comel saya meriah dengan gelak tawa ahli keluarga diiring ceria pagi nan indah seindah hatiku yang sedang berbunga-bunga meladeni keluarga besar kami...Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan pagi ini habis tanpa pembaziran.Seterusnya agenda hari ini adalah perancangan mereka sekeluarga.Tak jemu-jemu kakak ipar saya memujuk kami tiga beranak untuk menyertai mereka Jalan-Jalan Ke Penang.Mereka telah mengatur siap tempat duduk dalam kereta dan tidak membenarkan saya driving.Sebagai menghormati mereka, kami bersiap dan sebanyak 3 buah kereta sahaja yang digunakan kerana masing-masing tidak mahir dengan jalan di seberang sana termasuk diri saya.Walaupun hampir 6 tahun bertugas di sini namun saya hanya tahu jalan pergi dan balik ke ofis sahaja.Sewaktu pergi kami menggunakan feri kerana ingin memberikan pengalaman baru kepada cucunda-cucunda.Gembira tak terkata nampaknya mereka....
Tujuan kami ingin menaiki train ke puncak Bukit Bendera tapi masing-masing tak tau jalan.Saya gunkan talian hayat dengan telefon staf pejabat ,setelah berpusing merata baru jumpa ....dah sampai,.. masalah paking pula.Bertawaf berkali-kali baru dapat paking .Terpaksa berjalan kaki .Walaupun hari ini hari bekerja tetapi terlalu ramai pelancung di kaki bukit berbaris untuk membeli tiket menaiki train.Acik Man yang masih single ditugaskan untuk mencari tempat duduk untuk ayahnya dan tukang beli tiket.Sementara Acik Man beli tiket saya ternampak kelibat seseorang.Bila diperhati sah...dia anak saudara saya juga..kerana terlalu gembira lama tidak bersua ,saya terjerit-jerit memanggil namanya...kami bersalam dan berpelukan....


...dalam masa yang sama keluar lagi anak-anak saudara yang lain (group Ipoh) menemui kami.Mereka baru turun dari puncak.3 bersaudara ni adalah anak-anak  kakak saya..mereka berkumpul di Ipoh pada masa cuti sekolah dan punya naluri sama 'naik bukit bendera' pada hari yang sama.Anak-anak saudara saya setelah bekerjaya dan berumahtangga amat jarang kami ketemu...masing-masing di merata tempat namun di "Bukit Bendera kami bertemu jua" Namun kami tak dapat berbul panjang...cukuplah sekadar dapat melepas rindu pada cucu...gomol-gomol sicomel ,bertanya kabar , snap pic dan berlalu....


Giliran kami naik train pula...Kak Noorul punya kecoh ....hehe...disamping memberikan pengalaman baru untuk anak-anak, ibu-ibu pula yang seronok lebih maklumlah masing-masing mengulangi sejarah masa kecil dulu.Pertama kali saya naik train semasa berumur 15tahun selepas SRP..kemudian kedua kalinya semasa umur 19 tahun bersama arwah abang kedua saya.Ini kali ketiga ~perubahan berlaku~ train lebih laju.Ini juga pengalaman pertama kakchik dan my lil princess.Mereka berbunga riang sepanjang perjalanan.Sampai dipuncak masing-masing mencari apa yang sesuai untuk mengalas perut.Saya tiga beranak mencari masjid kerana kami tak boleh melakukan jamak..Opppsss naik bukit lagi....menuju Rumah Allah......
Kami berehat-rehat dipuncak sambil bersembang dan melihat telatah anak-anak berkejaran.Acik Man jadi mangsa..Mereka membayar tiket untuk Acik Man pegang ular sawa kuning...yang lain-lain menempek tumpang bergambar disebelah menyebelah acik man kononnya mereka pegang anak tapi sebenarnya mereka takut dengan ular...kelakar melihat anak-anak saudara nih..
Dah puas dok atas bukit kami turun dan destinasi seterusnya ialah Padang Kota Lama.Mereka nak menikmati Pasemboq...Kami tumpang surau disitu bergilir solat asar sebab ruang muat untuk 4 orang sahaja. Sederet meja panjang, penuh kami anak beranak 16 orang...masing-masing oder makanan dari satu menu ke menu kegemaran masing-masing terutama sotong bakar , sotong kangkung dan pasembur.Setelah itu kami ambil angin laut sambil memerhati cucu-cucu yang sibuk bermain bubble buih-buih sabun .Oleh kerana esok adalah Awal Muharam ,menantu dalam kelurga ini, Zahari (Akauntan) suami Dr Liza mengimamkan bacaan Doa Akhir Tahun di tepi laut.Pasangan baru mendirikan rumahtangga setahun lalu Abg Mie ( Arkitek) dan pasangannya Kak Fisyah (Guru) teringin naik lanca...memilih beca penuh bunga-bungaan mengeliling padang kota dalam samar senja penuh romantiknya menyebabkan kecemburuan pasangan abangnya Abg Izam ( jurutera) dengan pasangannya Kak Noorul (juga Guru )tidak ketinggalan mahu juga merasa naik beca...meninggalkan anak-anaknya pada Dr Liza...berdua-duaan ..kemudian ketawa pecah perut bila menyedari pengayuh beca dah berumur dan kurus menyebabkan mereka memberi wang lebih 'sendiri faham' kerana berat keduanya berlebihan.....
Selesai solat maghrib kami berkonvoi balik.Kakak iparku sentiasa bussy walau pergi bercuti.HP nya sering berdering atas urusniaga pusat pengumpulan pisang ,jantung pisang dan sayuran kampung....hebat kakak ipar ni.Kereta saya mendahului yang lain.Sampai sahaja di rumah saya sempat masak tomyam udang sebagai kudapan malam mereka di homestay.



Awal Muharam 1434 H.....sebelum mereka meninggalkan P.Pinang saya menyediakan sarapan pagi Bihun Goreng dan Kuih Hippo ( Cucur Badak) kepada seluruh ahli keluarga saya.Sekali lagi suasana meriah kerana masing-masing memilih yang mana fabrik berkenan dan berkirim kain sut dari Medan kerana lusa saya dan anak-anak akan menemui anak sulung di sana....Cucu-cucu pula seronok bermain dan melayan Qissy ( kucing kacukan) peliharaan kami...Pagi tu berakhir sudah kemeriahan pertemuan keluarga abang sulung bersama kami di Pulau Pinang...Selamat Pulang ke destinasi masing-masing......jumpa lagi....InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment