Monday, 3 December 2012

DARI MUSIM DURIAN KE MUSIM RAMBUTAN

Sudah tiba lagi musim durian pada tahun ini.Musim pertama pada bulan Mei yang lalu.Masih terkenang lagi waktu hujan lebat sy membelah bukit bukau sekadar memenuhi jemputan Majlis Makan Durian di sebuah dusun di Balik Pulau.Kata orang Durian Balik Pulau The Best...entahlah...setakat ini mana-mana dusun durian ada kelebihannya sendiri.Makan setakat ala kadarnya..Orang utara jika makan durian mesti ada pulut , santan pekat bersari dan gula.Kemungkinan pula ianya menjadi wajib kerana setakat ini mana-mana majlis makan durian wajib ada pulut dan lain-lain bahan yang sewaktu dengannya.
Di utara ni lah saya belajar makan durian bersama pulut yang digaul mesra ulas durian ,pulut ,santan dan sedikit gula..Mulanya rasa takut-takut nak makan takut tak termakan tapi pujukan dan pelawaan rakan-rakan so mesti cuba....hehehe...sedap juga....tapi malangnya ianya bukan menjadi kegemaran.
Teringat kisah anak bongsu saya .Bila musim durian sikecik ni lah yang beria-ia suruh beli.Saya pun beli la dalam sebiji dua khas untuknya.Sampai rumah saya kopekkan buah untuknya.Namun dia buat tak tau sahaja sekadar menjengok dan berlalu...Dalam hati berkata beria-ria macam teringin sangat bila dah beli buat tak kisah pula.Macam tu lah dia setiap kali musim durian.
Satu hari saya balik dari ofis bawa buah durian yang telah dikopek bersama pulut dan santan.Buah ni dibekalkan oleh rakan ofis sebab buat makan-makan di ofis tak habis dan bawa balik ke rumah seorang sikit Saya letakkan atas meja makan.Kebetulan dia buka tudung saji dan.....'Aaaaarrrrr...inilah yang caca suka.....jeritnya tersenyum senyum dan mula makan sampai habis..
Saya pun bertanya....caca pernah makan pulut durian ke?...spontan dia menjawab...kat umah Makpah makan durian dengan pulut...makpah buat sedap...(dalam diam baru saya teringat anak bongsu ni kelahiran kedah dan diasuh oleh pure orang kedah patut la suka makan durian lagu tu) ...dan terjawab jugalah kenapa saya beli durian menghidangkannya tanpa pulut dan santan menyebabkan sikecik 5 tahun ni tak mahu menjamahnya walau dia suka durian.Mana tahan kalau tiba musim durian nak kena sediakan pulut untuk dia seorang jer.Lama-lama saya paksa sikecik makan isi durian tanpa pulut...kena cari ayat-ayat power untuk menarik minatnya makan begitu saja...berjaya juga akhirnya.


Musim kali ini saya bertanya padanya...nak tak durian...malu-malu menjawab...entah..ikut suka ibu  lah....dah itu jawapannya saya pun buat tak tau jer lah...lagipun anak kedua tak berapa sukakan durian.Dulu-dulu bila musim durian teruja juga ingin membeli maklum sahaja sana sini durian berlonggok.Bila beli seronok nak kopek jer tengok isi di dalam.Setiap biji yang dikopek hanya rasa seulas jer..yang lain buh dalam tupperware.Simpan dan simpan lama-lama jadi tempoyak...tempoyak suka pulak Ayong dan Kakchik makan...buat sambal tempoyak ,masak patin tempoyak dan asam pedas tempoyak.
Bila Kakchik balik semula ke hostel setelah habis cuti semester....terus jer si kecik berkias...ibu tak nak ke makan durian...banyak orang jual...maka fahamlah saya sikecik dah mula teringin...waktu ada kakchiknya dia malu alah la agaknya sebab kakaknya tak berapa gemar..naluri si ibu tak sampai hati bila mendengar anak nak makan walaupun dalam berkias.Terpaksalah siibu berpatah balik ke tempat orang menjual durian ditepi jalan.Waktu tengahari camni kurang orang lalu lalang so tak la kekok saya nak berhenti dan memilih buah durian.Turun je kereta cepat-cepat capai 2 biji dan suruh penjual timbang.Sipenjual pulak suka buat lengah, dok sapu-sapu bersihkan kulit, tebuk kulit suruh tengok isi dalam dan entah apa-apa lagi..Dik..ambik je lah mana-mana dan cepat timbang..kak nak cepat ni...
Tersenyum lebar sikecik nampak durian .Sampai dirumah buka plastik jadi 3 biji.Alhamdulillah dia sedekah kot...moga murah rezki penjual tadi.Si kecik terus makan tanpa olah nak pulut atau santan sebab dah pandai makan begitu sahaja..Makan sepuasnya....
Saya pula teruja sungguh nak mencuba resepi Durian Crepe.Semenjak dua menjak ni kat wall FB penuh dengan pic Durian Crepe.Petang tu juga saya cari En Google untuk mendapatkan resepi kegilaan ramai.Bahan juga telah ada...just bancuh je 3 biji telur + 500ml santan + 2 sudu teh pandan paste + 2 sudu teh pewarna hjau + 250 gm tepung dan setengah sudu teh garam....diblender dan ditapis.Dilempengkan dalam kuali apom lenggang.Dok kat utara kena ada kuali apom lenggang yang memang ada dijual khas .Kuali tidak melekat dan amat mudah untuk membuat kuih dadar apalagi untuk mendadar crepe .2 cawan whipping cream diputar sampai pekat dan isi durian dilecek lumat.Bentang sekeping lempeng buh whipping cream dan ditengahnya buh isi durian.Tutup semula dengan whipping cream..bungkus macam bantal....jadilah 15 keping lebih kurang Durian Creape tapi saya buh nama PANDAN PILLOW (DURIAN FLAVOUR)...sesuai le dengan rupanya seperti bantal sutera nan lembut dan halus...simpan peti sejuk sebentar. Tak sabar nak rasa....gigitan pertama...ermmmmmmmm sedapppppp lemak manis....sampai habis sebiji....sebiji lagi.... pastu rasa muak ...entah siapa nak makan simpan selebihnya dalam peti sejuk mana tau ada tetamu mai atau jiran buka pintu belakang boleh saya suakan Pandan Pillow saya tu.





Musim durian hampir berlalu, musim rambutan pula sampai....dalam rumah ni saya sorang jer yang suka rambutan...tapi tak pernah beli...ada sahaja kengkawan menghulur...sejak bertugas disebelah utara ni rambutan dapat free jer...kadang terlalu banyak dapat free macam saya sendiri yang ada dusun...kalau tak habis makan ,saya buat jem...sebab tak nak membazir atas pemberian orang...adakala kalau rajin saya buat kerabu rambutan...Bahannya isi rambutan yang dah dikopek dan buang biji, hiris memanjang + hirisan bawang besar + hirisan cili padi + hirisan buah tomato + buh udang kering goreng + sedikit sambal belacan...siap untuk dimakan.
Pernah terjadi waktu saya dalam pantang melahirkan anak bongsu adalah musim buah.Walaupun saya tak pergi ofis tapi kengkawan datang ke rumah bawa buah, buah dukung, manggis, rambutan, cempedak dan durian..Tanpa memikirkan kesan sampingan dengan lafaz Bismillah.....saya makan semua buah termasuk buah dukung kerana kononya taknak membazir.Bayangkan lah setelah umur anak saya 4 tahun, saya dilanda sakit seluruh badan yang belum pernah saya rasa sebelum ini.Bagai nyawa dihujung tanduk, kaki saya kejang ,tulang belakang saya teramat ngilu, jari jemari terasa sejuk dan sering menggigil.Macam-macam rawatan saya jalani namun hampa...Akhirnya saya cuba proses perubatan seperti orang baru lepas bersalin sebagai pilihan terakhir setelah tak berdaya menanggung sengal sendi ,kebas dan tulang saya seperti nak tanggal ...Saya diurut/massage seluruh badan selama 3 jam dan 3 malam berturut, siap bertungku ,minum air kelapa muda  + jus asam jawa + madu dan terpaksa mengamalkan minum jamu....air kunyit hidup + jus asam jawa....perggghhhh.....tapi Alhamdulillah saya semakin pulih....so ibu-ibu yang bersalin kalau dah disebut dalam pantang mesti kena berpantang sungguh-sungguh dari segi pemakanan bimbang kesannya dikemudian hari.Oleh kerana sekarang musim buah jom dengarkan lagu ini .....OS - Durian Dah Berbunga ( Loghat Perak)




No comments:

Post a Comment