Friday, 14 December 2012

MEMORIES PORT DICKSON

Agak lama juga tidak ke sini..rasanya dah 5 atau 6 tahun lalu..tapi oleh kerana panggilan tugasan.."saya yang menurut perintah" 9 Dis 2012 telah membawa saya ke sini.Menginap di sebuah hotel bergelar Beach Resort yang amat mendamaikan.Kebetulan cuti sekolah maka ramai pengunjung datang bersama keluarga untuk bercuti dan bersantai  di sini.
Empat hari disini sungguh selesa sesuai dengan namanya Selesa Beach Resort.View dari bilik amat menyenangkan.Laut indah beralun mesra menyapa tepian pantai nan bersih tanpa jemu.Lambaian dedaun pohon nyiur ditiup bayu laut terasa menyegarkan.Cuaca bertukar silih berganti.Cerah mentari menyinar laut menjadi redup dan kelam.Awan mendung datang menandakan hari akan hujan.Pantai yang ceria dengan telatah manusia tetiba menjadi suram.Sunyi....
Beralih di dewan makan, tamu dilayan dengan mesra.Pelbagai hidangan terhidang dengn aroma menerpa..pastinya menu 'masak lomak cili api' telah tersedia.Makanlah sementara selera masih ada namun berhentilah makan sebelum kekenyangan...jangan diturut kata hati melihat menu semua enak sekali...
Bilik tidur cuma untuk melelapkan mata sekadarnya sahaja.Datang ke sini bukan untuk merehatkan minda tapi kerana kerja dan terpaksa akur untuk mendapatkan ilmu yang ditimba.
Hari-hari yang dilalui disini tanpa jemu..melihat sunrise dan sunset yang amat menarik hati.Subhanallah...indahnya alam ciptaanMu Tuhan.....serasa ingin mendiami dunia ini selamanya.
40 rakan bersatu dari seluruh negeri...bersedia menerima apa sahaja yang diberi.Manfaatkan segalanya setelah kembali ke negeri sendiri nanti.Dalam berat sarat ilmu yang dikongsi terselit telatah lucu sesama kami, menunjuk bakat dalam seni ,tidak ketahuan derap tingkah membuat fasi ketawa tak kering gusi....markah diberi mengikut sesuka hati fasi bukan mengikut kreativiti namun  kami tak ambil hati sebab juri buat kami ketawa geli hati..
Waktu belajar kami tekun,waktu teambuilding kami akur,waktu kuiz kami gerun kerana soalan sejarah dah kami tinggalkan berkurun.Penyelamat markah kuiz adik-adik pelapis ,soalan datang jarang ditepis begitulah hebatnya bila bekerjasama dalam satu team.
11 Dis` malam dinanti kedatangan Ketua Jabatan amat dirahmati..kerana siang tadi baru menerima anugerah Dato' sempena sultan negeri menyambut hari jadi...lalu beliau menyampaikan amanat kepada kami agar tugasan siap sedia direntasi jangan kita lalai lagi..
Sebelum itu..10 Dis..Timbalan Ketua Jabatan menemui kami..menyatakan hasrat agar kami sentiasa ingat Ilahi agar bekerja dengan bersih hati.Untunglah kami...Ketua tertinggi sudi menemui kami walau mereka sibuk sekali tapi kepada para pegawainya tidak dilupakan sama sekali...
Malam dingin menjengok rasa,ku buka jendela melihat angkasa.Taburan bintang berkerlip ceria,lintuk liuk daun kelapa ...indahnya ...namun tak larat membuka mata...jam sudah pukul dua...tidurlah esok kan terjaga tepat masa..lewat turun breakfast sukar mendapat meja kerana hotel penuh dengan warga pekerja dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.Maybe disini sangat selesa sebab itulah ramai tamunya....
Petang-petang lepak tepi pantai bersama rakan bercerita pengalaman sementara menunggu mentari menghilang dititik permukaan laut dan awan..memandang ke kolam renang,cerianya kanak-kanak berenang diawasi ibu bapa tersayang...Port Dickson....jatuh hati disini dengan view menarik dan santai menenangkan dan  menceriakan hati...Bila-bila masa saya akan mai ke sini lagi......






No comments:

Post a Comment