Sunday, 22 June 2014

EXPLORACE KEMAS SELANGOR D PORT DICKSON

18 Jun dengan berat hati terpaksa meninggalkan anak dara kecil saya untuk menyahut "Saya Yang Menurut Perintah" menghadiri kursus Teambuilding. Bukan first time hadir kursus sebegini tapi lain-lain anjuran lain arahan , jika terpaksa , ku relakan....

Sampai di sana..Puteri Beach Resort...macam pernah ku kenal...owhhhh baru teringat dulu dikenali sebagai Permaisuri Beach Resort...hehe..dah turun pangkat hotel ni...keadaannya pun ..sian...swimming pool dah macam jadi kolam kura-kura hijau berlumut...Hotel puteri ni di jaga oleh nenek kebayan yang selalu menakutkan bila naik lif sorang-sorang..Bayangkan saya dalam lif naik tingkat 7 tiba-tiba timbul suara pempuan tua garau ketaq-ketaq- " seventh floor "...tekejut teman...hahaha... tergelak sorang-sorang rupanya annaounce dalam lif...

Masuk apparrment ada 3 bilik besar dalam tu...saya cari tingkap yang menghala laut...nyaman sih...tapi katil ada sebuah jer..oleh kerana tak mau tidoq sorang-sorang saya berusaha gigih menarik tilam dan katil dari bilik sebelah letak kat sebelah katil saya...nanti ada kawan dok sebelah...

Sampai bab kursus...saya masuk lewat sebab luruskan pinggang sat atas katil sampai terlelap .Masuk je kelas slot taklimat kursus dah separuh mula....baru nak consentrate tetiba pintu ternganga...masuklah sepasang suami isteri..yang lelaki nampak famous jer..macam selalu nampak la lelaki tu ..bisik saya kat teman sebelah..Ha ah laa...macam biasa nampak tapi siapa ye...

Taklimat kursus pun tamat.Masuk bab slot Kerja Itu Ibadah di sampaikan oleh lelaki tu...CR Tn Hj Hushim bin  Hj Salleh pakar kaunseling dan motivasi yang biasa keluar kat TV3....patut la popular..beliau amat kelakar dalam ceramahnya boleh hilang mengantuk dan terasa singkat masa diberi.Beliau akan ke Muar petang itu juga urusan kerjaya ditemani isterinya yang peramah dan mesra.


Slot diteruskan malam itu bersama anak lelaki Tn Hj Hushim iaitu En Fauzan, juga agak kelakar orangnya..Malam tu kami balik ke bilik jam 12.30 mlm kerana asyik mencipta bendera kumpulan.Seramai 40 peserta terdiri daripada pelbagai gred dibahagikan kepada 5 kumpulan.Semua kumpulan wajib menggunakan tajuk filem P.Ramlee.Kumpulan saya memilih tajuk Labu-Labi, yang lain ialah Seniman Bujang Lapok , Nujum Pak Belalang (NPB), Madu 3 dan Do Re Mi.

Sebelum tu kami di minta oleh pihak consultan untuk mengenal diri.Kami diberi sekeping kertas dan diminta melukis rumah, pokok kelapa, matahari , bukit , ibu ayam dan anak-anaknya , sebilah parang , sebakul buah dan seekor ular.Selepas melukis kami di beri penerangan cara dan gaya lukisan masing-masing.Ada juga yang betul mengenai sikap diri saya melalui lukisan saya.

Esoknya 19 hb kami mulakan aktiviti dengan solat subuh berjemaah, senamrobik dan membuat aktiviti berkumpulan.Yang paling lucu membuat gerakan mengikut alunan lagu sentimental yang diketuai oleh En Saiful.Dalam senamrobik juga kami dapat mengumpul markah berkumpulan..Peluh yang paling banyak keluar mendapat markah tertinggi...hahaha...ada juri yang memeriksa peluh!!!!

Kami dibekalkan T.Shirt yang seragam.Sebelum memulakan explorace kami mengutip markah lagi dengan kemahiran bertajuk win-win situation.Gerakan pantas, berfikir cepat , mencongak dan meneliti arahan dengan betul.Markah terbanyak dalam kuiz negara luar dan ibu negerinya..Yang lucu ibu negara Brazil ialah Sao Paolo..kih..kih..maklum laa...musim bola piala dunia.

Tepat jam 12 tengahari dibawah terik panas mentari kami memulakan explorace...Kumpulan awal keluar dari Puteri Resort ialah Seniman Bujang Lapok dengan menaiki Toyota Wish peserta kursus dari Jabatan Pelajaran yang selesai berkursus.

Kumpulan kami yang terakhir kerana lewat ambil gambar berkumpulan.Sementara kumpulan lain sibuk bergambar, ada diantara ahli kumpulan kami yang usha-usha lori yang sedang menurunkan karton-karton air minuman di hotel tersebut. Pemandu lori tersebut tidak berani menumpangkan kami seramai 8 orang.Pelbagai alasan diberi maka kami pun berjalanlah keluar Resort.Baru dalam 500 meter berjalan kaki lori tersebut berada di belakang.Sekali lagi kami menahan beramai-ramai hingga lori itu berhenti dan memberi kami tumpang.Tanpa membuang masa kami memanjat lori tersebut dan berlonggok dalam kabinet lori bersama berjenis air minuman.Setelah dikunci dari luar keadaan dalam peti terlalu gelap..tapi kami pasrah asal tidak berjalan kaki sejauh lebih 5 km.Kami mendiamkan diri sahaja kerana bimbang lori ditahan polis sebab pemandunya macam warga Indonesia manakala pembantunya India.En Zul kami letak duduk bersama pemandu dan kelindan untuk berhubung arah mana kami nak tuju maklum la kami dok dalam peti tak nampak apapun.



Sampai di satu simpang lori berhenti.Kami merasa lega dan dapat bernafas.Ingatkan dah sampai rupanya lori minta kami tunggu dibawah pokok sementara mereka nak hantar air minuman ke Teluk Pelanduk.Tunggu sekejap nanti kami ambil.Itu pesanan driver lori..10 minit tunggu lori tak muncul.Kami sepakat meneruskan perjalanan mana tau lori itu ikut jalan lain ..Jalan kaki dalam beberapa meter kami berteduh di bus stop usang.Cuaca terlalu terik.Akhirnya lori yang ditunggu muncul semula.Kami naik semula dalam lori yang gelap gelita.Pemandu lori taktau tempat yang kami nak tuju iaitu Extreme Park untuk gokart race.Bila En Zul bagitau gokart tu kereta kecik baru mereka tau dan kami dihantar ke tempat tersebut.Kumpulan kami adalah yang kedua sampai di situ dan tanpa membuang masa kami membuka bekalan lunch yang disediakan oleh pihak hotel.Selepas makan masing-masing solat jamak sementara menanti 3 kumpulan lagi.2 kumpulan sampai dengan menaiki bas tambang.1 kumpulan lagi paling akhir dengan menaiki van RISDA.

Satu pengalaman baru bagi saya untuk racing gokart juga pengalaman baru bagi ramai peserta kami.Masing-masing takut.Saya ditugaskan mengambil pusingan kedua selepas ketua kumpulan pecut.Elok je dapat stering saya lupa diri..pecut bersama pesaing lelaki..stamina kena kuat sebab bukan power stering.Stering keras kedegang.Jalan tak rata dan kena pandai agak untuk mengambil coner.8 peserta selesai walaupun ada antara kami bawa gokart macam nak p pasar atau jenjalan santai akhirnya kami dapat pingat gangsa jer.Ok la tu sebab ada peserta kami yang tidak pernah ada lesen kereta .Mencabar sungguh sebab wajib pandu gokart bagi setiap peserta.



Oleh kerana dapat tempat ketiga maka kami kumpulan ketiga dilepaskan ke checkpoint ke 2 iaitu ke Polly Mall Kedai Man Bundle untuk bertemu Pn Ana.Sebelum berlepas kami diminta menikmati 2 biji telur mentah untuk dikongsi bersama.Kulit telur ditebuk sedikit dan kulit tersebut disimpan sepanjang explorace tanpa pecah.Panas semakin terik.Kami tak mahu membuang masa meneruskan perjalanan.Apa sahaja kenderaan yang melintas kami tahan ramai-ramai termasuk lori pasir. Dah 1 km berjalan kami ternampak van "bas persiaran" menghala ke Melaka.Kebetulan ada traficlight boleh U turn suka-suka jer kami arah dgn bagi isyarat minta van tu u turn.Berkat doa yang kami lafaz di pertengahan jalan maka van tu u turn dan berhenti kat kami.Mulalah sesi mengayat.Sanggup bayar asal abang pemandu sudi tumpangkan kami.Dah puas pujuk akhirnya abang driver pun setuju membawa kami ke pekan Port Dickson.Dari jauh kami nampak kumpulan NPB keletihan jalan kaki.Kami melambai mereka agar dapat tumpang bersama.Jauh juga nak sampai Polly Mall tu.Sementara Setiausaha berjumpa Pn Ana yang lain ada tugasan mengutip seberapa banyak nama, no kp dan tandatangan orang awam.Jika dapat foreigner lagi banyak markah diberi.Van persiaran yang menghantar kami tadi pemandunya di kidnap oleh kumpulan pertama selesai dan sedang mencari kenderaan untuk ke destinasi seterusnya.Jadi kami sempat melambai Truk tentera yang kebetulan slow untuk berhenti di Trafic light.Rezeki.... kami menyerbu truk tersebut walau belum dapat kelulusan ada yang dah panjat tangga truk dan membuka pintu bagi laluan kepada kami.Sekali lagi kami minta kumpulan NPB segera naik tumpang sekali tapi ahli-ahli mereka ada masalah sedang membeli air minuman dan sedang ambil tandatangan , sedangkan lampu trafic dah hijau truk nak jalan dah.Kecoh jadinya yang dah naik nak turun semula sebab takmau tinggalkan kengkawan.Hahahaa...kecohhh.

Truk tentera menghantar kami ke Balai Bomba checkpoint ke3.Kumpulan kami Labu Labi dan NPB berganding bahu membuat latihan memadam kebakaran.Staf Bomba ramai handsome handsome bertambah gagah bila didatangi pelatih pelatih wanita .Terus bersemangat membantu kami sampai akhir sesi latihan.CP seterusnya ialah Balai Polis Port Dikson.Katanya dekat.Kami pun jalan kaki tapi tak boleh tahan.Ahli kami ada yang baru lepas operation bersalin jadi kena jalan perlahan-lahan.Allah sentiasa bersama kami dan kami di datangkan van persiaran tadi.Bersyukur sangat kerana abang pemandu rela membawa kami ke Balai Polis yang agak jauh dari Balai Bomba.Kami doakan pemandu itu murah rezeki panjang umur dan mohon kat abang driver tu agar menghantar kami kemana sahaja sehingga selesai explorace.Kami janji nak bayar perkhidmatannya.En Hassan driver bersetuju dan tak jadi balik ke Melaka.

Sampai di Balai kumpulan pertama tadi nak ambil van kami lagi tapi kami dah berjanji sungguh-sungguh jangan berpaling tadah kat kumpulan lain kata kat pemandu tu.D Balai kami diminta bergambar dengan abang-abang Polis.Walaupun sibuk tapi kami respect mereka menghormati permintaan explorace.Tetiba ada seorang uncle India datang kebalai dengan kepala berdarah akibat kena tetak.Polis bawa ke hospital.Kami bertemu semula di hospital sebab hospital adalah checkpoint kami ke 5.Selesai itu kami pun dengan senang hati sebab dah caterd van dan mudahlah urusan kami bersama kumpulan NPB.Seterusnya kami kena p Hotel Selesa.Saya pernah berkursus kat hotel ni tapi pengurusan hotel swasta ni berbeza .Mereka tidak membenarkan kami masuk untuk mendapatkan cop malahan untuk mendapatkan berapa ratus bilik penginapan yang ada pun mereka tak layan.Lama kami berkomunikasi akhirnya kami mengambil gambar sebagai bukti dah sampai hotel Selesa.CP seterusnya ialah Hotel Seri Malaysia.Hotel Seri Malaysia kami mendapat layanan terbaik tanpa masalah walaupun hanya sekadar mendapatkan cop hotel.CP ke 8 adalah Masjid Jamek Port Dickson.Sebelum meneruskan perjalanan kami terpaksa berjumpa urusetia Pak Abu .Pak Abu beri kami sebiji Bawang Besar untuk di makan kongsi sorang sikit sampai habis.Tiba giliran saya saya gigit banyak banyak dan simpan dalam beg.Tak lalu makan.Jadi mereka makan sikit jer yg saya gigit ada dalam beg tanpa disedari sesiapa pun. Van caterd pun membawa kami 19 orang ke masjid jamek untuk berjumpa Imam, Bilal atau petugas Masjid. Kami diarah untuk bersolat sekiranya tidak layak untuk membuat solat jamak.Masjid ini indah kerana dibina di atas bukit tapi kurang popular kerana masyarakat setempat lebih menggemari masjid qariah yang berhampiran hotel Seri Malaysia.

CP terakhir ialah di stesen bas Port Dickson.Kami ingat kat sini la kami pulun nak mendapatkan tandatangan orang awam tapi jangkaan meleset sebab tiada orang awam kat sini.Stesen bas lapang dan kami dapat juga cop tandatangan wakil syarikat bas.Tepat jam 6 petang kumpulan kami Labu Labi menjuarai explorace diikuti oleh kumpulan NPB. Pak Hassan driver van sudi pulak menghantar kami minum di pantai Port Dickson sambil memenuhkan borang tandatangan orang awam.Kami menjemput Pak Hassan turun van dan belanja minum.Setelah puas berehat Pak Hassan baik hati menghantar kami balik ke Hotel semula.Pengalaman baru yang tak mungking dilupakan kerana Teambuilding kali ini memang berbeza dengan yang pernah saya hadir 3 tahun dulu.Kali ini lebih mencabar lebih spontan dan lebih seronok.Terima Kasih kepada KEMAS Negeri Selangor.

Sunday, 2 March 2014

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

Walaupun dah berumur inilah pertama kali masuk ke negara jiran Singapore.Negara yang terkenal dengan 'compaund'.Tapi bagus juga untuk melatih rakyatnya berdisiplin..rakyat berdisiplin barulah negara cepat membangun.Sistem radar yang canggih boleh mengesan kemana sahaja gerak tiap kenderaan luar yang memasuki negaranya.Tiap kenderaan rakyatnya dilabel dengan beberapa kategori mengikut warna plat.Jika warna kuning hanya untuk perjalanan di siang hari ,jika plat warna merah hanya untuk kenderaan yang keluar malam sahaja dan jika mendapat warna hitam, kenderaannya bebas bergerak waktu siang dan malam.

Pada mulanya saya terfikir tambak johor tu panjang tapi ternyata jambatan pulau pinang lagi panjang Ada laluan train dan terdapat 3 gelendung besar saliran air ke Singapura.Sebut pasal air alangkah siksanya berada di negara ini.Washroom disediakan tetapi tiada air untuk bersuci. Nasib baik saya membawa bekalan air minuman dan air khas untuk bersuci.Air mineral untuk minuman juga mahal harganya anggaran RM10 duit kita.

Nak masuk ke sana kebetulan passport saya dah nak expired date. Tak cukup 6 bulan. Tanya kawan-kawan ada  2 pendapat ada yang kata boleh lepas dan ada yang kata tak boleh sebab law Singapore sekarang terlalu ketat. Bos bagi pelepasan maka saya pun pergilah ke pejabat imigresen kat wisma persekutuan tapi takda orang.Rupanya pejabat ini dalam proses nak pindah ke Setia Tropika.Ada la 2 pegawai di kaunter dan saya ambil kesempatan untuk bertanya tentang isu yang dihadapi.Hehe... leceh ..antara dema pun ada 2 jawapan.Sorang kata boleh sorang lagi kata tak boleh, so bila tanya nak renew passport camana, dia kata kena ambik nombor awal pagi dan d hantar ke Setia Tropika , then dalam 3 hari baru boleh siap. Orang kata Setia Tropika tu jauh juga perjalanannya ,kalau nak p dalam setengah jam so saya ambil keputusan cari dulu kawan-kawan di JB..sambil mencari penyelesaian masalah tu dapat juga menziarah mereka kat ofis yang sama cuma  branch je lain-lain.Liza yang baikhati ingin menghantar saya ke Setia Tropika untuk tujuan tersebut tapi   sebelum itu Liza try contact warga Singapore ,katanya boleh masuk ke sana bila bila masa sebelum sebulan tamat tempoh.Legaa tapi bimbang juga kerana kita tak tau law sebenar pihak tertentu di sempadan sini dan sana.Apapun terima kasih pada Liza yang sudi membantu tapi lebih baik saya bertawakal jika ada keizinanNya InsyaAllah boleh sampai dan jika tidak saya redha dengan ketentuanNya so tak jadi p Setia Tropika lalu Liza bawa kami singgah makan tengahari di restoran ...lupa la namanya dan takde rezki nak makan asam pedas periuk besaq, gerai tu tutup rapat..so Liza pun pusing patah balik bawa kami ke restoran Jom Singgah.. kat sini terdapat berbagai jenis lauk pauk  sayur dan ulam hingga tak tau nak pilih.Kat restoran ni ada juga asam pedas tp sikit je tak lah dimasak berperiuk besar-besar.Ambik juga la asam pedas ikan patin sepotong, 2 ekor ikan tilapia goreng panas-panas cicah sambal kicap, 3 ekor sotong goreng dan dendeng daging.3 orang makan mencecah RM86.80...Agaknya apa yang saya ambil sehingga mencecah sebegitu harganya.Tak apalah dah niat nak belanja kawan.Lupakan...

Hari yang dijanjikan pun tiba.Saya bersiap seperti rakan lain tapi persiapan saya lebih sedikit daripada mereka kerana pelbagai kemungkinan akan berlaku .Perjalanan awal pagi tu bersesak dengan jem.Nak melintas border kami terpaksa jadi lipas kudung kerana terikut-ikut budaya mereka yang terkejar-kejar masa dan mengejar vehicle ke seberang tambak...Alhamdulillah..Border Malaysia lulus boleh lepas dan tunggu satu lagi di sebelah sana. Tiba di boder sebelah sana pegawai tu senyum dan cop dokumen...Alhamdulillah syukur...selamat...

Tepat jam sepuluh bas kami Travel & Tour pun sampai ke destinasi...Wow besarnya USS nih...patut la pemandu pelancong kami  bagi masa sampai jam 5 petang berkumpul semula di base.Masuk ke sini ragam pun dah jadi macam kanak-kanak 10 tahun .Globe besar jadi sasaran utama untuk bergambar.Tiap sudut nak ambil gambar.Pastu berlari-lari nak naik floating boat , beli baju hujan MYR 4 kira-kira RM12 untuk masuk alam Jurassic Park advanture,berbaris melalui liku-liku pagar hanya kerana ingin mengetahui pengalaman hyper real 3D battle dalam Transformers .Hampir 1 jam baru Transformers ride..Fulamak...dapat tengok real  mereka 'berperang' seolah-olah kita sekali berlakon .Mencabar sungguh .Lagi mencabar naik roller coster walau mini tapi cukup buat jantung macam nak tercabut.Apalagi yang tinggi tu..taubat taknak naik...
Kereta zaman dulu pun saya nak cuba naik kat Lost World.Paling best pakai cermin 4D masuk panggung tengok cerita Shrek.Tapi kurang selesa sebab bangku saya asyik bergegar je kena lak renjisan air tempias sesuai dengan jalan ceritanya ..Seronok juga dapat menghayati setiap watak kartun popular kat TV. Antaranya Minion, Kungfu Panda, Woody Wood Peacker dan Sesame Street, kami tak lepas peluang untuk bergambar dengan mereka setiap kali mereka muncul.

Pengalaman baru bila berpeluang macamna penggambaran filem ala-ala Titanic...memang kagum dengan teknik mereka gunakan, betul-betul seperti kita ada bersama .Laut terbakar bahangnya amat terasa,bila angin kencang dan suasana kelam terasa terlalu sejuk dan bila sauh besar jatuh dalam laut percikannya terasa kat kita.Kami juga berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung dalam panggung lagu-lagu hits yang menyegarkan.Sebelum itu kami dapat juga menyaksikan kat small stage oleh jejaka jejaka yang mantap persembahannya.

Macam-macam yang kami lawati dalam USS.Walaupun harga tiket RM205 namun ianya amat memuaskan hati.Ada kupon makan free , parking percuma dan diskaun 30% untuk membeli barang.Saya cuma membeli TShirt SESAME STREET untuk my little princess.Kat luar takde jual kalau nak kena p Hollywood...heheh...tapi sayang masa meneroka setiap kejadian tak sempat nak ambil gambar takut camera terpelanting sebab perjalanan penuh dengan cabaran.

Bawalah anak-anak ke sana kalau nak p Disneyland tu jauh dan banyak belanja..Di USS boleh santai dan boleh memberi pengalaman baru yang menarik kepada anak-anak.Mereka usaha nak dapat markah terbaik dalam peperiksaan apa salahnya kita menghargai mereka.ENJOY IN USS



Tuesday, 18 February 2014

AKU MENCARI DIRI AKU SEBENAR

Alhamdulillah  pagi ni membuka mata dari mati kecil (tidur) dengan lafaz syukur kerana masih bernyawa dan diberi kesihatan yang baik..wish happy birthday dan doa panjang umur serta murah rezeki datang melalui  handphone samsung dan sony serta instergram, wechat , fb dan whatsapp...terima kasih Allah...terima kasih kawan-kawan. ..dah hampir 5 siri kehidupan tapi apa yang selama ini aku lakukan?adakah solat 5 waktu tiap hari diyakini diterima oleh Allah swt.Adakah puasa sunat ,solat sunatku, sedekah ku benar-benar dikira ikhlas dan tidak dicemari oleh riak??
Adakah aku bersih dari dosa-dosa terhadap kedua ibubapaku? Andai ku tau bila kan tiba ajalku nescaya aku boleh jadi gila tapi sepanjang umurku ku ini adakah cukup usaha ku mencari bekalan .

Baru nak belajar kuat iman datang pelbagai ujian...

Pada hari isnin lalu sedang dalam puasa sunat, aku terlihat seorang makcik dalam lingkungan usia 80an di kakilima sebuah bank.Beliau sedang bertinggung dan seperti sedang mencari sesuatu di dalam beg plastik lusuhnya..Ingin ku beri sedekah tapi sat lagi laa sebab baru nak masuk bank dan keluarkan tunai untuk settle berbagai bil yang menyinggah dalam bulan ni.Keluar bank makcik tadi dah memimpin basikal tuanya melintas jalan.Aduhhh...hahaha.. benarkah apa yang ku lihat? Aku cuba memperhatikan dia ,  seorang tua yang amat bergaya dengan sepasang kasut hitam bertutup dan bertumit 2 inci menaiki dan mengayuh basikal tuanya dengan gaya biasa bersaing dengan seorang lagi makcik , mungkin kawannya.Boleh tahan makcik tu....tapi apa yang saya dapat? ...hanya dosa kerana tertawa gelihati melihat makcik tu berkasut tumit tinggi dan kerana menyangka makcik itu seorang pengamen.Seb baik aku tak menghulur RM ,kalau tak maybe perbuatan saya akan memalukannya. 

Sebuah lagi kisah yang saya terpandang...
(baru je saya mendengar ceramah tentang keibubapaan dan saya ni banyak alpa tentang sensitiviti anak-anak.Saya berazam untuk membaiki amalan yang negetif ke arah positif tentang mendidik anak-anak ni.)
Malam tu saya p pasar karat bukan untuk membeli tapi sekadar ingin tahu peniaga akan berniaga apa di pasar malam bermula jam 6 petang sehingga lewat pagi.Sesudah penat berjalan menyusuri pasar saya berhenti dan duduk ditembok sementara menunggu kawan sedang mencari saiz kasut.
Disini lah mata saya memerhati dan terpandang sebuah keluarga bolzer. Suami isteri anak lelaki anak perempuan adik abang semua bertubuh sasa.
Si anak lelaki maybe dalam lingkungan umur 15 tahun menyakat si adik nya (perempuan) dalam lingkungan umur 6 tahun.Lagak si abang seperti menakut-nakutkan adik..Si adik tak menangis tapi mulut becok mengata sesuatu pada si abang. Tiba-tiba si ayah berbadan sasa, botak lalu bangun dari tempat duduk terus selak lengan baju terus menampar bertubi-tubi pipi si anak lelaki tadi .Anak tadi diam kaku tidak mengelak atau melawan .Bukan sekadar menampar tapi kecoh memarahi si anak dan seperti diajak bertumbuk.Abang kepada si ayah (maybe kerana beliau agak berumur tapi wajah hampir serupa) terpaksa menarik tangan si ayah untuk bertenang dan berundur.Si ayah masih tak puas hati dan menghalau si anak tadi keluar dari kumpulan mereka.Si ibu hanya tunduk diam membisu tak terkata apa-apa. Si anak lelaki tadi berjalan perlahan-lahan duduk di tembok dihujung sebelah aku kira-kira 50 meter dari keluarganya..Dia duduk membelakangkan keluarganya lalu menangis teresak-esak.Maybe adik kepada ayahnya juga berbadan sasa berjalan perlahan meninggalkan juga kelompok tersebut dan duduk disebelah anak yang sedang menangis tadi.Adik paling bongsu kira-kira 2 tahun keluar dari stoler juga mengikut abangnya yang sedang menangis..
Moralnya jika mengajar anak jangan sampai naik penampar di depan ahli keluarga lain..Anak akan terasa malu dan tertekan kerana dia dah remaja.
Anak lingkungan usia 15 tahun ni memang banyak perubahan dalam diri mereka.Kuat mengganggu,memberontak, ingin disayang lebih dari orang lain dan suka menarik perhatian.

Anak-anak adalah amanah kita dan tanggungjawab kita mendidik mereka..seperti yang selalu saya ucapkan dihadapan  parent 'anak-anak adalah permata kita, mereka juga adalah permata negara"

Adakah aku telah melunaskan tanggungjawabku yang sebaiknya terhadap anak-anak?