Walaupun dah berumur inilah pertama kali masuk ke negara jiran Singapore.Negara yang terkenal dengan 'compaund'.Tapi bagus juga untuk melatih rakyatnya berdisiplin..rakyat berdisiplin barulah negara cepat membangun.Sistem radar yang canggih boleh mengesan kemana sahaja gerak tiap kenderaan luar yang memasuki negaranya.Tiap kenderaan rakyatnya dilabel dengan beberapa kategori mengikut warna plat.Jika warna kuning hanya untuk perjalanan di siang hari ,jika plat warna merah hanya untuk kenderaan yang keluar malam sahaja dan jika mendapat warna hitam, kenderaannya bebas bergerak waktu siang dan malam.
Pada mulanya saya terfikir tambak johor tu panjang tapi ternyata jambatan pulau pinang lagi panjang Ada laluan train dan terdapat 3 gelendung besar saliran air ke Singapura.Sebut pasal air alangkah siksanya berada di negara ini.Washroom disediakan tetapi tiada air untuk bersuci. Nasib baik saya membawa bekalan air minuman dan air khas untuk bersuci.Air mineral untuk minuman juga mahal harganya anggaran RM10 duit kita.
Nak masuk ke sana kebetulan passport saya dah nak expired date. Tak cukup 6 bulan. Tanya kawan-kawan ada 2 pendapat ada yang kata boleh lepas dan ada yang kata tak boleh sebab law Singapore sekarang terlalu ketat. Bos bagi pelepasan maka saya pun pergilah ke pejabat imigresen kat wisma persekutuan tapi takda orang.Rupanya pejabat ini dalam proses nak pindah ke Setia Tropika.Ada la 2 pegawai di kaunter dan saya ambil kesempatan untuk bertanya tentang isu yang dihadapi.Hehe... leceh ..antara dema pun ada 2 jawapan.Sorang kata boleh sorang lagi kata tak boleh, so bila tanya nak renew passport camana, dia kata kena ambik nombor awal pagi dan d hantar ke Setia Tropika , then dalam 3 hari baru boleh siap. Orang kata Setia Tropika tu jauh juga perjalanannya ,kalau nak p dalam setengah jam so saya ambil keputusan cari dulu kawan-kawan di JB..sambil mencari penyelesaian masalah tu dapat juga menziarah mereka kat ofis yang sama cuma branch je lain-lain.Liza yang baikhati ingin menghantar saya ke Setia Tropika untuk tujuan tersebut tapi sebelum itu Liza try contact warga Singapore ,katanya boleh masuk ke sana bila bila masa sebelum sebulan tamat tempoh.Legaa tapi bimbang juga kerana kita tak tau law sebenar pihak tertentu di sempadan sini dan sana.Apapun terima kasih pada Liza yang sudi membantu tapi lebih baik saya bertawakal jika ada keizinanNya InsyaAllah boleh sampai dan jika tidak saya redha dengan ketentuanNya so tak jadi p Setia Tropika lalu Liza bawa kami singgah makan tengahari di restoran ...lupa la namanya dan takde rezki nak makan asam pedas periuk besaq, gerai tu tutup rapat..so Liza pun pusing patah balik bawa kami ke restoran Jom Singgah.. kat sini terdapat berbagai jenis lauk pauk sayur dan ulam hingga tak tau nak pilih.Kat restoran ni ada juga asam pedas tp sikit je tak lah dimasak berperiuk besar-besar.Ambik juga la asam pedas ikan patin sepotong, 2 ekor ikan tilapia goreng panas-panas cicah sambal kicap, 3 ekor sotong goreng dan dendeng daging.3 orang makan mencecah RM86.80...Agaknya apa yang saya ambil sehingga mencecah sebegitu harganya.Tak apalah dah niat nak belanja kawan.Lupakan...
Hari yang dijanjikan pun tiba.Saya bersiap seperti rakan lain tapi persiapan saya lebih sedikit daripada mereka kerana pelbagai kemungkinan akan berlaku .Perjalanan awal pagi tu bersesak dengan jem.Nak melintas border kami terpaksa jadi lipas kudung kerana terikut-ikut budaya mereka yang terkejar-kejar masa dan mengejar vehicle ke seberang tambak...Alhamdulillah..Border Malaysia lulus boleh lepas dan tunggu satu lagi di sebelah sana. Tiba di boder sebelah sana pegawai tu senyum dan cop dokumen...Alhamdulillah syukur...selamat...
Tepat jam sepuluh bas kami Travel & Tour pun sampai ke destinasi...Wow besarnya USS nih...patut la pemandu pelancong kami bagi masa sampai jam 5 petang berkumpul semula di base.Masuk ke sini ragam pun dah jadi macam kanak-kanak 10 tahun .Globe besar jadi sasaran utama untuk bergambar.Tiap sudut nak ambil gambar.Pastu berlari-lari nak naik floating boat , beli baju hujan MYR 4 kira-kira RM12 untuk masuk alam Jurassic Park advanture,berbaris melalui liku-liku pagar hanya kerana ingin mengetahui pengalaman hyper real 3D battle dalam Transformers .Hampir 1 jam baru Transformers ride..Fulamak...dapat tengok real mereka 'berperang' seolah-olah kita sekali berlakon .Mencabar sungguh .Lagi mencabar naik roller coster walau mini tapi cukup buat jantung macam nak tercabut.Apalagi yang tinggi tu..taubat taknak naik...
Kereta zaman dulu pun saya nak cuba naik kat Lost World.Paling best pakai cermin 4D masuk panggung tengok cerita Shrek.Tapi kurang selesa sebab bangku saya asyik bergegar je kena lak renjisan air tempias sesuai dengan jalan ceritanya ..Seronok juga dapat menghayati setiap watak kartun popular kat TV. Antaranya Minion, Kungfu Panda, Woody Wood Peacker dan Sesame Street, kami tak lepas peluang untuk bergambar dengan mereka setiap kali mereka muncul.
Pengalaman baru bila berpeluang macamna penggambaran filem ala-ala Titanic...memang kagum dengan teknik mereka gunakan, betul-betul seperti kita ada bersama .Laut terbakar bahangnya amat terasa,bila angin kencang dan suasana kelam terasa terlalu sejuk dan bila sauh besar jatuh dalam laut percikannya terasa kat kita.Kami juga berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung dalam panggung lagu-lagu hits yang menyegarkan.Sebelum itu kami dapat juga menyaksikan kat small stage oleh jejaka jejaka yang mantap persembahannya.
Macam-macam yang kami lawati dalam USS.Walaupun harga tiket RM205 namun ianya amat memuaskan hati.Ada kupon makan free , parking percuma dan diskaun 30% untuk membeli barang.Saya cuma membeli TShirt SESAME STREET untuk my little princess.Kat luar takde jual kalau nak kena p Hollywood...heheh...tapi sayang masa meneroka setiap kejadian tak sempat nak ambil gambar takut camera terpelanting sebab perjalanan penuh dengan cabaran.
Bawalah anak-anak ke sana kalau nak p Disneyland tu jauh dan banyak belanja..Di USS boleh santai dan boleh memberi pengalaman baru yang menarik kepada anak-anak.Mereka usaha nak dapat markah terbaik dalam peperiksaan apa salahnya kita menghargai mereka.ENJOY IN USS
No comments:
Post a Comment