Tuesday, 18 February 2014

AKU MENCARI DIRI AKU SEBENAR

Alhamdulillah  pagi ni membuka mata dari mati kecil (tidur) dengan lafaz syukur kerana masih bernyawa dan diberi kesihatan yang baik..wish happy birthday dan doa panjang umur serta murah rezeki datang melalui  handphone samsung dan sony serta instergram, wechat , fb dan whatsapp...terima kasih Allah...terima kasih kawan-kawan. ..dah hampir 5 siri kehidupan tapi apa yang selama ini aku lakukan?adakah solat 5 waktu tiap hari diyakini diterima oleh Allah swt.Adakah puasa sunat ,solat sunatku, sedekah ku benar-benar dikira ikhlas dan tidak dicemari oleh riak??
Adakah aku bersih dari dosa-dosa terhadap kedua ibubapaku? Andai ku tau bila kan tiba ajalku nescaya aku boleh jadi gila tapi sepanjang umurku ku ini adakah cukup usaha ku mencari bekalan .

Baru nak belajar kuat iman datang pelbagai ujian...

Pada hari isnin lalu sedang dalam puasa sunat, aku terlihat seorang makcik dalam lingkungan usia 80an di kakilima sebuah bank.Beliau sedang bertinggung dan seperti sedang mencari sesuatu di dalam beg plastik lusuhnya..Ingin ku beri sedekah tapi sat lagi laa sebab baru nak masuk bank dan keluarkan tunai untuk settle berbagai bil yang menyinggah dalam bulan ni.Keluar bank makcik tadi dah memimpin basikal tuanya melintas jalan.Aduhhh...hahaha.. benarkah apa yang ku lihat? Aku cuba memperhatikan dia ,  seorang tua yang amat bergaya dengan sepasang kasut hitam bertutup dan bertumit 2 inci menaiki dan mengayuh basikal tuanya dengan gaya biasa bersaing dengan seorang lagi makcik , mungkin kawannya.Boleh tahan makcik tu....tapi apa yang saya dapat? ...hanya dosa kerana tertawa gelihati melihat makcik tu berkasut tumit tinggi dan kerana menyangka makcik itu seorang pengamen.Seb baik aku tak menghulur RM ,kalau tak maybe perbuatan saya akan memalukannya. 

Sebuah lagi kisah yang saya terpandang...
(baru je saya mendengar ceramah tentang keibubapaan dan saya ni banyak alpa tentang sensitiviti anak-anak.Saya berazam untuk membaiki amalan yang negetif ke arah positif tentang mendidik anak-anak ni.)
Malam tu saya p pasar karat bukan untuk membeli tapi sekadar ingin tahu peniaga akan berniaga apa di pasar malam bermula jam 6 petang sehingga lewat pagi.Sesudah penat berjalan menyusuri pasar saya berhenti dan duduk ditembok sementara menunggu kawan sedang mencari saiz kasut.
Disini lah mata saya memerhati dan terpandang sebuah keluarga bolzer. Suami isteri anak lelaki anak perempuan adik abang semua bertubuh sasa.
Si anak lelaki maybe dalam lingkungan umur 15 tahun menyakat si adik nya (perempuan) dalam lingkungan umur 6 tahun.Lagak si abang seperti menakut-nakutkan adik..Si adik tak menangis tapi mulut becok mengata sesuatu pada si abang. Tiba-tiba si ayah berbadan sasa, botak lalu bangun dari tempat duduk terus selak lengan baju terus menampar bertubi-tubi pipi si anak lelaki tadi .Anak tadi diam kaku tidak mengelak atau melawan .Bukan sekadar menampar tapi kecoh memarahi si anak dan seperti diajak bertumbuk.Abang kepada si ayah (maybe kerana beliau agak berumur tapi wajah hampir serupa) terpaksa menarik tangan si ayah untuk bertenang dan berundur.Si ayah masih tak puas hati dan menghalau si anak tadi keluar dari kumpulan mereka.Si ibu hanya tunduk diam membisu tak terkata apa-apa. Si anak lelaki tadi berjalan perlahan-lahan duduk di tembok dihujung sebelah aku kira-kira 50 meter dari keluarganya..Dia duduk membelakangkan keluarganya lalu menangis teresak-esak.Maybe adik kepada ayahnya juga berbadan sasa berjalan perlahan meninggalkan juga kelompok tersebut dan duduk disebelah anak yang sedang menangis tadi.Adik paling bongsu kira-kira 2 tahun keluar dari stoler juga mengikut abangnya yang sedang menangis..
Moralnya jika mengajar anak jangan sampai naik penampar di depan ahli keluarga lain..Anak akan terasa malu dan tertekan kerana dia dah remaja.
Anak lingkungan usia 15 tahun ni memang banyak perubahan dalam diri mereka.Kuat mengganggu,memberontak, ingin disayang lebih dari orang lain dan suka menarik perhatian.

Anak-anak adalah amanah kita dan tanggungjawab kita mendidik mereka..seperti yang selalu saya ucapkan dihadapan  parent 'anak-anak adalah permata kita, mereka juga adalah permata negara"

Adakah aku telah melunaskan tanggungjawabku yang sebaiknya terhadap anak-anak?


No comments:

Post a Comment