Friday, 23 November 2012

Last day at MEDAN POLONIA


Pagi ni aku cuma panaskan sup dan bersarapan dengan apa adanya sahaja.Putri-putri sudah keluar ke kuliah dengan supir USU. Air mula keluar sedikit-sedikit dapatlah aku tolong cucikan pakaian Ayong yang bertimbun dalam bakul.Membantu mengemas kamarnya selain packing bag untuk bertolak balik jam 14.25 petang nanti.Berbual dengan ibu pengurus rumah katanya di sini memang sering ketiadaan lestrik serta air dalam jangka masa lama.Nanti jam 10 pagi baru ada lestrik...biasanya gitu bu....ujarnya yang sedang mencuci pakaian secara manual.
Memang betul jam 10 ada lestrik.Segera aku iron baju dan mandi sepuasnya .Selesai mandi bekalan terputus lagi.Ada lagi selama setengah jam kemudian terputus kembali...Aduhhhhhh gawat sih duduk Medan.Mahu tempah taksi ke Bandara Polonia juga gawat...nggak ada taksi.Jam 12.25 telah masuk waktu zuhur.Kami segera menunaikan solat jamak dan terus buru-buru ke Bandara.Lagian Ayong mahu meneruskan kuliah jam 2 nanti. Usai bersalaman dengan putri-putriku lantas cepetan menahan becak.Mahu Rp 20 ribu satu becak.Becak nggak bisa sampai Bandara cuma sampe stesen Petronas aja...Boleh saja lah...Ayo...cepetan....Sebenarnya hati ku berbunga bila dapat naik becak kerena ianya lebih cepat sampai.2 buah speda beca meluncur laju membelok kiri kanan dan melintas sesukahati.Tiba-tiba sorang Pak Polisi yang menumpang speda orang awam menyaing becak.Hatiku mula ragu apa-apaan bakal terjadi.Pak Polisi menahan becak menyuruh berhenti ditepi.Konon-konon katanya pada Pak becak ....inikan speda nggak boleh diguna untuk becak kenapa diguna sebagai becak....bla bla...aku tak paham dan keadaan jadi panik bila orang awam yang membawa Pak Polisi itu mengajak aku naik spedanya untuk meneruskan ke Bandara.Aku termanggu terkedu nggak faham.Beg sudah di angkat dan mahu dibawa.Cepat bu naik speda ..becak itu nggak boleh hantar ibu..Rania dah dicempung letak atas speda lain kerana tiba-tiba 6 speda datang serentak selepas Pak Polisi sampai.Aku jadi gabra.Bimbang Rania dilarikan orang.Bingung jadinya...Aku masih tercengang ditepi speda..mana bisa naik speda bertiga lagian tanpa helmet..Mana helmet pura-pura menolak untuk naik speda lelaki tak dikenali..Lelaki itu menghulur helmet buruk ..aku pakai jer..takut lama-lama nanti Rania dilarikan...Baru nak naik speda...Pak becak neriak-neiak mahu uang upahnya..Rp20 ribu tanpa kurang dan ketika aku kalut nak membayar uang beca itu aku lihat Pak Polisi sudah senang lenang duduk dalam becak aku tadi..
Fuhhhhh...sudah pastinya ini komplot mahu duit pelancong Malaysia....pakatan beramai seperti mahu merampok ...mahu tidak mahu aku naik speda lelaki itu bersama Rania, Kakchik speda lain, Ayong speda satu lagi, beg besar dibawa speda lain dan lintas jalan je dalam 500 meter sudah sampai Bandara Polonia.Gesa-gesa lelaki itu mau Rp10ribu upah untuk 1 speda...4 speda jadi Rp 40ribu...Aduhhhh...RM 13.00 lebih untuk speda sambung perjalanan dalam 500 meter tu...Grrrrrr...geramnya aku.... Aku lihat kakchik dan ayong sampai Bandara tanpa helmet lagian Ayong duduk cara Indonesia (lunjur dua belah kaki)..tampak lucu tapi aku sudah nggak boleh senyum kerana gawat kejadian tadi..dup dap...ditahan Pak Polisi masih terasa dan duit habis bayarin gara-gara kejadian tadi.Sewaktu mau keluar rumah tadi aku dah siap Rp 300 ribu untuk tax airport dan lebihkan Rp50ribu untuk Rania membeli gula-gula .Selebihnya uang Rupiah sudah ku serah pada Ayong untuk belanja hariannya.Aku tidak mahu membawa wang lebihan terlalu banyak balik Malaysia kerana malas mahu pergi ke Money Changer di Butterworth.
Kenapa harus jadi begini...Sampai di Bandara aku masih tercari-cari signboard untuk berurusan tapi dokumen ditanganku telah direbut oleh 2 lelaki.Seorang berpakaian seragam ada kad identiti yang seorang lagi berpakaian biasa.Walau Ayong telah berpesan jangan bagi bag lepas kat orang ( ulat ) so kita jaga beg sahaja rupanya dokumen pulak yang dirampas dan diurus sepenuhnya.Mahu wang tax  nya bu..,aku dah takde wang secukupnya so bagi kat dia Rp300 juta untuk tax sebanyak Rp225 juta.Bakinya ada Rp 75 juta terus masuk poketnya..Bila aku mahukan uang kembalinya...katanya...itu uang kopi buk...Uihh..mana bisa uang kopi banyak gitu..bagi balik...gertakku tapi dia terus je masukkan dalam poket dan berlalu pergi..Kakchik dah marah-marah tak akan halal wang diambilnya kira-kira RM25.00 .Aku dah panik kejadian tadi ditambah dengan kejadian lagi satu di Bandara lagian panik..panik teruss......Wang rupiah cuma tinggal RM 10ribu sahaja.Duduk diam-diam sajalah di Bandara sementara sampai masa untuk melewati boarding masuk.Ada money changer di sini tapi kakchik dah melarang jangan tukar wang lagi dan dia kata tak akan datang lagi di sini kerana tindakan nakal orang-orangnya yang suka memeras wang pelancong.
QZ 8072~ Petugas telah membuat announce....sampai masa untuk terbang.Kami meninggalkan Bandara Polonia dengan rasa puas melancong ..dengan rasa terkilan ketiadaan letrik dan air... dengan rasa geram tindakan ulat-ulat yang mahu memeras... dan pelbagai rasa yang sukar digambarkan....




Sampai di Malaysia  terasa amat lega...walaupun beg diminta dibuka oleh petugas kastam dengan penuh kesopanan dan berwajah manis aku menjadi lebih lega..Ada membawa buah-buahan tak...sapanya sambil menunjukkan banner barang larangan dibawa masuk seperti buah mangga dan daging..

Bila duduk sendirian...Aku tebayang kekecohan bersama Pak Polisi  hari tu ,aku ketawa sekuatnya...lucu ..geram dan moralnya jangan p Indonesia bersendirian..pergilah secara trip akan selamat tanpa gangguan ulat-ulat sebegitu....Hati-Hatilah.............




4th days ` SAMBUTAN HARI LAHIR AYONG`

20 Nov 2012~ Usai solat subuh aku bersiap untuk ke market bersama Ayong.Kuliahnya jam sepuluh pagi nanti dan masih sempat menghantar ibu ke pasar..melihat-lihat pasar di sini.Sekali lagi kami menaiki speda becak..laju aja speda ni membelah dingin pagi menuju pasar.Kelihatannya disepanjang jalan anak-anak sekolah berpkaian seragam rapi menaiki angkut-angkut, speda, becak ke sekolah.Disini belum musim sekolah libur.Kebanyakan pekerja yang bertugas di kantor rame yang berpakaian seragam..anggun dan kemas kelihatannya.
Sampai dah di pasar.Kanan kiri jalan adalah pasar.Seronoknya pasar ini...macam-macam ada .Pisang untuk digoreng segar-segar dan gemuk-gemuk.Daun pisang juga ada.Pucuk ubi dan yang paling banyak adalah tempe.Tempe dijual dalam pelbagai siz dan bentuk.Ada yang dibungkus daun pisang, ada yang dibungkus plastik dan ada yang di packeging cantik siap ada logo ,jenama dan barcode.Harganya juga berbeda-beda.Cili merah disini sebesar cili padi tetapi panjang-panjang dan berwrna merah.Ada jual bawang merah dan bawang putih yang dah siap dikupas.Tauge disini bukan daripada kacang hitam tetapi daripada kacang hjau.Nampak bersih.Sayurannya segar dan ikannya bersaiz besar .Ikan masih berdarah merah tanpa ada dingin beku.Keropok mentah berbagai jenis terjual di sini.Keropok ubi , kerepek belinjau , Opak, Keropok Tempel dan Keropok Palembang .Aku membeli kerepek belinjau.Anak-anakku gemar makan kerepek tersebut kerana mereka biasa makan dirumah mbah-mbah saudara mereka di Sabak Bernam.
Bila ditimbang difikir-fikir nggak cukup maka aku membeli lagi kerepek belinjau sabagai tambahan untuk menghulur jajan Medan kepada tetangga di Malaysia.Mau ditambah setengah kilo lagi.
Pagi ini aku tidak menyediakan sarapan pagi kerana masing-masing ada kuliah.Aku cuma membeli kuih Apom Balik yang dijual oleh seorang Nenek...Aduhhh...kurang dari segi kebersihannya.Papan potongnya adalah kayu yang dah lama..Pejam mata sajalah..Nenek itu membungkus 2 keping Apom Balik yang telah dipotong dan dibungkus kertas alas daun pisang dan ditutup daun pisang lagi.Sebenarnya aku ke sini pasar pagi ingin membeli barang dapur untuk masakan menyambut ulang tahun putri sulungku.Mahu buat soto ayam.Ayong dah tau tempat ayam halal dan sebagainya so tidak menjadi kebimbangan dihati ini.
Selesai membeli belah bersekali dengan lauk pauk untuk makan tengahari, kami segera meninggalkan pasar dengan menaiki becak pulang ke rumah.Ayong mahu bersiap ke kuliah.Berebut kuih Apom Balik .Aku segera ke dapur menyiapkan makan tengahari Ikan Kembung Fresh Goreng Cicah sambal Kicap dan Sambal Goreng Tempe.Siap masak anak-anak student balik ke rumah sebelum meneruskan kuliah kedua.Seronoklah mereka ada makanan tengahari terhidang.Kami makan beramai kecuali Ayong tidak berkesemptan balik kerana kelas full hari ini.
Aku mula mengemas dan packing barang yang berselerak dalam kamar.Kerepek Belinjau  tambahan setengah kilo tadi aku buka bungkusannya untuk di satukan .Alangkahnya terkejut dan kecewanya kerana bungkusan yang ku bawa balikbukannya Belinjau tapi bawang putih yang siap di kupas.Lama aku termenung..di kedai tu tadi tiada pun jualan bawang putih kupas.Pelanggan lain juga tidak ada sewaktu aku membeli di kedai itu tadi.Jadi siapa yang menukar ganti kerepek belinjau ku itu...atau orang yang lalu lalang sempat menyambar dan menukar ganti....fuhhhh...sebel lagi...
Untuk menghilangkan rasa gundah aku segera ke dapur menyediakan menu soto untuk makanan special malam nanti.Sup telah tersedia, Ayam telah disiat isinya, kacang tanah telah digoreng, bawang goreng dah siap, tauge telah dibuang ekor,daun sup telah dihiris,bergedel telah siap sepenuhnya dan nasi impit (ketupat adabi)telah direbus.Cuma tinggal menggoreng suun sahaja.Sementara itu aku melayari internet sebentar menghilangkan penat didapur.Tiba-tiba tupp lampu,kipas terpadam....blackout....Kebetulan Naim baru balik dari kuliah segera memberitahu agar menadah air dengan semua timba yang ada kerana di sini bila lestrik terputus maka airnya juga nggak ada bekalan.Hujan renyai..kakchik cepetan mengangkat kain jemuran.(Bila mengambil baldi palstik tadi terpaku sekejap melihat baldi cantik berwarna pink dan ada bunga-bunga.Disini lampu tidur pun didalamnya warna warni,becak warna warni,angkut-angkut juga...)
Bosan bila lestrik nggak ada...kepanasan...Solat jemaah maghrib di dalam kesamaran cahaya lampu suluh sahaja.Tazkirah dibacakan melalui ipad sahaja..Syukur Alhamdulillah putri-putri di sini mengamalkan kehidupan muslimah sejati.Mandi dan mengambil wudhuk tadi ala kadar sahaja kerana tiada air.
Tiba-tiba hujan turun dengan amat lebat.Air mengalir masuk dalam rumah.Kamarku jadi mangsa.Tanter yang mengurus rumah sibuk menahan air.Katanya diluar sana air naik.Aku dan anak-anak kedapur untuk membuat persiapan makan special..Aduhhh gawat...lantai dapur berair..lestrik belum ada.Kemana-mana guna lampu suluh.Hujan semakin lebat.Kami menghidang makanan dalam gelap.Piangggg....cerah dan berangin setelah 5 jam terputus..lestrik sudah ada...tepat pada waktunya....Kami sudah mengelilingi hidangan termasuk Izat .Entah apa yang ditungu yang lain-lain ...lama sekali mahu muncul.Rania bilang ada kejutan...ibu dan Ayong tunggu saja...teman-teman Ayong keluar membawa sebiji kek besar. Mereka membelinya selepas kuliah dan hanya Rania sahaja yang tahu.Selesai memotong kek sambutan ulang tahun Ayong yang ke 21 kami mulakan acara makan. Makan Soto panas-panas diiring hujan lebat...enak banget....








Disini tidak perlu membuat sambal kicap kerana telah ada sambal kicap siap dalam botol plastik yang comel dan mudah dibawa ke mana aja..begitu juga dengan saus cili , kicap ,botol plastiknya cantik-cantik dan yang paling cantik gula dalam plastik bag seperti bag air ribena.Selesai diguna ,gula tersimpan rapi dengan menutup muncung dengan penutupnya (owhhh lupa mahu ambil foto-fotonya) so gula selamat daripada sang semut.Packegingnya menarik..Belacan di sini juga menarik pembungkusannya.Aku beli 2 peket kecil belacan sampai rumah Rania sangka gula-gula.Berebut mahukan gula-gula dengan Kakchik...Ayong senyum je...tu belacan la...(Paket kecil tu tertulis terasi mereka fikir gula-gula perisa sarsi)
Sebaik selesai makan...oppssss....gelap lagi...Nasib baik telah selesai mengemas.Cuma mahu masuk tidur jer...Sepanjang malam itu kami semua mengharap segera ada lestrik kembali.Tak tahan....nyamuk banyak sangat.Waima hujan namun keadaan dalam rumah cukup panas. Nggak bisa tidur.....Jam 12 malam Ayong  minta ditemani ke kamar mandi.Justeru melalui kamar tidurnya Ayong terlihat ada bungkusan atas meja studynya....Hadiah birthday mungkin...Terkelip-kelip kami nggak bisa melelapkan mata.Rania mengeluh gatal digigit nyamuk.Kakchik dah terlentang atas tile mencari kesejukan.Akhirnya Ayong kembali ke kamar mengambil hadiah-hadiahnya dan kami mula membuka satu persatu bersuluhkan lampu picit.
Sehingga pagi lestrik nggak ada.Solat berjemaah Subuh berteman lampu suluh...lagian gawat...mau ambil wudhuk juga repot...airnya habis terus..







Thursday, 22 November 2012

3rd days ~SHOPPING`at pajak Ikan

 19 Nov 2012~ Tidur semalam agak lena kerana keletihan mendaki dan menuruni tangga serta bukit Brastagi.Lagipun nyamuk agak berkurangan.Terima kasih pada Jiji yang memberikan khidmat semburan nyamuk.Lega ...Jam 4 subuh mata telah terjaga dengan segar.Hari ini putri sulung serta rakan-rakannya tidak ke kuliah kerana baru sahaja selesai exam block.So Acara pada hari ini berlibur lagi...
 Sarapan untuk pagi ini hanya ubi keledek manis rebus, bingka roti dan tea 0 sahaja.Itulah yang sempat ku sediakan .Putri sulung yang biasa kami panggil Ayong telah menempah sebuah teksi untuk ke Pajak Ikan. Pajak Ikan beroperasi jam 11 pagi.Waktu kami keluar jalan macet lagi.Huhhhh....lagi sebel....pusing kepala dengan kesibukan lalu lintas,Mobil-mobil  jenis Avanza, Rush , Kijang, Nissan Livina, Honda CRV berasak perlahan membiarkan penunggang motorsikal(speda) mendahului.
Turun dari teksi juga kena cepetan..Bunyi bingit hon mobil di belakang ingin segera meneruskan perjalanan tidak mahu terganggu.Masalahnya disini tiada bahu jalan, jika ada pun bahu jalan digunakan sebagai laluan juga.Ayong membawa kami jalan memasuki  tempat peniaga yang berjualan Gamis (Jubah), Batik Indonesia, Kain Lace pelbagai rupa, Mukena ( Telekung) , Pelekat ( Kain pelikat) Kain Batik Sarung dan pelbagai jenis baju sulam.Bergantungan berbagai rupa.Seperti Bazar Pakaian tapi disini disebut pajak ikan.Jika tersalah tafsir kita fikir pasar berjualan ikan.Ayong terus membawa kami ke KEDAI DUNIA ADIK TEXTILE yang dipunyai oleh tauke keturunan cina.Ayong telah mengenali lelaki itu agak lama kerana sering berurusan membeli disini.Tauke yang berumur linkungan awal 40an itu amat peramah dan tak jemu-jemu menunjukkan jenis kain yang terkini.Menurutnya ex-student USU yang telah praktikal di Hospital di Malaysia saban hujung minggu datang membeli kain mengguna kredit kad.Tauke menunjukkan gambar student tersebut pada ayong melalui telefon bimbitnya.Ayong tersenyum kerana amat mengenali pelajar lelaki itu sebagai seniornya.Tauke tu berbasa basi mengenalkan dirinya dan memberitahu ketiga-tiga anaknya lelaki , sambil berjenaka beliau inginkan my lil princess kerana ingin punya anak perempuan...huhhh...enak aja mau ambil anak orang sih...
Aku membuka list yang mana anak-anak saudara kirim dan jenis kain bagaimana yang mereka inginkan.Pening kepala kerana semuanya cantik-cantik pada pandangan mata.Pilih-pilih habis Rp sejuta lebih.Ayong juga membeli untuk jualan kerana jualan percubaan pertamanya pada bulan Ramadhan lalu laris seperti goreng pisnag panas.Aku hanya membantu menjualkan dan mengutip bulanan daripada pelanggan.Putri kedua ku juga teruja dengan pakaian yang cantik-cantik dan membelikan sepasang dua sebagai cenderamata kepada teman-teman rapatnya.Little Princess ku yang kelihatan bosan...berkali-kali minta aku membelikan Makpahnya kain batik.Aku berminat membelikan kain pasang untuk Makpah ,Pengasuh Rania kerana kain batik hanya dipakai ke dapur sahaja.Sedikit mencuka wajahnya kerana berhajat benar ia pada kain batik sarung untuk mak angkat kesayangannya itu.
Kakchik memilih 2 jenis jubah dan sehelai ingin dihadiahkan kepada Ayong sempena Hari Jadinya esok hari.
Kami tidak lama disini kerana mukena di sini kurang berkualiti.Meninjau lain-lain kedai tetapi tidak berkenan dihati.Lantas Ayong ingin membawa kami ke pusat membeli belah di pasaraya.Menanti teksi bagai menanti buah yang tidak gugur.Kesibukan lalulintas dan keletihan berdiri dikakilima memaksa kami membatalkan hasrat ke pasaraya Sun dan Carrefour.Kami mengambil becak dan ingin pulang terus.Pertama kali menaiki becak alangkah seronoknya kerana tidak perlu menginsut perlahan menempuh jem.Kenderaan becak diberi keutamaan dan boleh melintas sesuka hati juga boleh melalui laluan bertentang arus atau boleh melanggar isyarat merah jalanan..Bagus banget naik becak...cepetan sampai di rumah...nggak perlu pusing kepala.Dalam perjalanan naik becak, bapak yang membawa speda becak bercerita hari ini ada demo buruh seluruh medan.Ada kira-kira sepuluh ribu buruh membuat demonstrasi jalanan.Rame tu pak..sapaku berbasa-basi sekadarnya.Ohhhh belum cukup banyak tu bu...maunya 50 ribu buruh..sebab itu speda becak nggak bole melintas sana..jalan macet buk..lagian bimbang speda ini di rosak in ,di baling-baling batu sampai rusak ..Patutlah aku tengok ramai sangat Pak Polisi berkawal keamanan kat tiap simpang jalan.
Sampai dirumah lapar banget...nasib baik pesanan Ayam Penyek pun sampai..ewahhh macam pizzahut laaa....boleh oder melalui telefon dan ada penghantaran segera.8 bungkus Nasi Ayam Penyek...Nasi berperisa seperti Nasi Ayam Malaysia dibungkus asing beralaskan daun pisang.Ayam gorengnya di penyek letak cili padi tumbuk.Bungkusan kecil plastik pula mengandungi 2 potong timun, sehelai daun salad , sepeket sambal belacan dan sepeket smbal kicap.Bila diadun semua huwaa..huwaa...pedassssnya.....namun enak sekali nasi ayam penyek ni...
Selepas makan...kumpul empat beranak bersembang, bergossip dari satu bab ke satu hal tapi jika ter over adalah yang saling membetulkan dan tidak terlalu mengikut emosi mengumpat tidak ada batasan.
 Sore berlalu dengan pantas.Gelap malam segera menjelang.Rasanya masih kenyang makan ayam penyek tapi sebagai ibu aku harus memasak makan malam untuk semua putri-putriku, ayong,kakcik, lil princess, Jiji, Rowm, Raihan, Naim..sesekali biarlah mereka berehat biarlah ibu yang masak buat kalian.
Ikan merah yang aku kirim pada mereka ke pasar pagi tadi telah ku potong 4 bahagian.Goreng dan menyediakan ramuan untuk sweet sour..sayur terung goreng salut sambal.Aku menemani mereka makan dengan penuh nikmat atas rezeki ini.Tidak lupa sepotong ikan sweet sour untuk jiran, satu-satunya student lelaki tajaan dari Malaysia.
Malam itu kami berkongsi ilmu dengan mengadakan usrah/tazkirah oleh student Malaysia.Aku tumpang meraih ilmu yang dikongsikan.Menterjermah ayat-ayat AlQuran dan dibincang maksudnya agar kita semua jangan lalai melalui kehidupan ini kerana bila keluar dari kubur akan dinilai segalanya.




































































































































































































































































2nd days ~at BRASTAGI~

18 Nov 2012~ Pagi-pagi lagi aku dah bangun...mungkin tak dapat melelapkan mata semalaman....selesai sholat Subuh Rania menceceh...kat sini banyak nyamuk...tak boleh tidur...camana Ayong boleh duduk sini.
Aku cuma mendiamkan diri hanya melihat nyamuk-nyamuk berterbangan dengan penuh kekenyangan .Aku bingkas ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.Nasi Lemak...Ikan Bilis yang ku bawa khas dari Malaysia.Menyediakan sambal ,merebus telur dan memotong timun.Nasi Lemak siap dihidang. Sembilan orang mengelilingi sarapan pagi termasuk sorang student tajaan sendiri tumpang sekaki kerana beliau ada aktiviti di USU pada pagi itu.
Masing-masing seronok bersarapan kerana terlalu lama tidak menjamah Nasi Lemak.Selesai sarapan kami berempat sekeluarga bersiap untuk berjalan-jalan sekitar Brastagi.Teman serumah Qistina menyertai kami.Kereta sewa khas agensi pelancungan telah ditempah oleh Qistina 2 hari sudah.Tepat jam 8 pagi kenderaan Rush menjemput kami.Lewat setengah jam seperti yang dijanjikan.Kelihatannya baru lagi Pak mobilnya...Sapa Jiji pada supirnya Pak Anuar.Orangnya bersopan dan berhemah...makanya ramai student Malaysia menyukai Pak Anuar.Jika ada program luar pasti mahukan perkhidmatan mobil Pak Anuar.Iya... jawab Pak Anuar sambil tersenyum...mengiayakan soalan Jiji yang juga bukan soalan sebenarnya kerena masing-masing sudah melihat mobil baru lagian masih berbungkus plastik seat nya..Oder..di sini harga mobil murah bu...
Sepanjang perjalanan,aku mengamati keadaan persekitaran dan memerhatikan alam semulajadinya.Disini masih terdapat gubuk-gubuk daripada dinding bertam dan beratap nipah.Aktiviti menjual atap nipah dan dinding bertam masih ada tetapi jauh sedikit dari bandar Medan.Jalan rayanya kurang memuaskan namun pemandu-pemandu di sini berhemah dan mengutamakan orang yang menaiki motorsikal serta beca.Hon-hon dibunyikan membingitkan lagi suasana jalanraya.3 jam perjalanan ke Brastagi lebih kurang seperti jalan ke Cameron Highlands.Jalan yang sempit tetapi banyak kenderaan berderetan mendaki dan menuruni bukit bukau.Mungkin hari ini hari minggu ramai yang mahu berlibur di puncak sana.Sepanjang jalan juga terdapat gerai terbuka BABI PANGGANG..Aduss...jeleknya terlihat paha,kepala babi bergelantungan depan kedai tepi jalan.Uniknya di sini papantanda adalah buatan manual tangan.Tiada banner, tiada papantanda mengguna kecanggihan digital atau papantanda yang disewa dari Majlis Perbandaran.Papantanda juga sesuka hati diletak merata tepi jalan.Banyak terdapat perkataan Pangkas ditepi-tepi jalan.Rupanya ia kedai gunting rambut.Papan yang paling menarik ialah TENDA..ucap selamat dan tahniah kepada orang yang berkahwin.Papan seluas anggaran 8x4 kaki dibalut kain baldu ikut warna kegemaran.Tulisan ucap selamat adalah menggunakan bunga-bunga hidup berwarna-warni..Unik, cantik dan meriah bila papan-papan tanda itu diletak dan di pamer ditepi-tepi jalan raya.
Pak Anuar baru melancong ke Malaysia beberapa bulan yang lalu memenuhi undangan majlis bekas student USU di Penang.Terlanjur ke Penang Pak Anuar terusan ke Perak , Melaka dan Johor menziarah teman-temannya yang ada di Malaysia.
My Little Princess Rania dah mula gelisah...lelah dan mual menempuh perjalanan berliku dan naik turun bukit.Akhirnya Rania termuntah-muntah.Seperempat perjalanan lagi terihat perkebunan buah jeruk, batas-batas sayur karet, kobes, buah tomat dan terdapat pokok-pokok bunga cantik yang dipanggil bunga loceng.Indahnya terlihat bukit tunggal yang dipanggil bukit Bayak.Bukit Bayak tiada puncak.Puncaknya berupa kawah.Bukit -bukau yang lain di sini tiada berpokok.Hanya bukit yang dilitupi rerumput serta pohon-pohon rhu sahaja.Sampai sahaja di Brastagi, sudah 2 kali mobil kami didekati orang untuk membayar uang kopi kononnya pas masuk atau penjaga pakir.Disini terlalu banyak kuda.Sesiapa teringin menaiki kuda pilih saja yang mana mau atau pilih kereta kuda.Little Princess Rania tak sabar-sabar mohon mau tunggang kuda putih.Datang kuda putih yang tinggi segak dan besar.Ternyata Rania ketakutan...tetiba menolak dan nggak mau menunggang kuda putih impiannya cuma memilih kuda berjambul warna brown.lalu meminta ibunya pula menunggang kuda putih segak itu menemaninya keliling Brastagi.Satu kepuasan dan pengalaman baru baginya menunggang kuda...Asyikkk....



Selesai menunggang kuda Rania meminta mau dibelikan keychain kenangan untuk teman-teman sekolahnya.T.shirt Brastagi untuk keluarga pengasuhnya, abang min, anang ngah dan kak mimie nya.Semua sudah diingat dalam memorinya.Ikut saja lah kemahuan anak ingusan 7 tahun ini.Kelmarin sebelum tidur,berangan-angan mau jadi pilot .Lagi nanya pada ibunya...ibu.. kalau nak jadi pilot baliknya jam berapa..dalam kapalterbang ada tempat sholat?...pertanyaan Rania dan cita-citanya ingin jadi juruterbang sedikit merembeskan air mata ibu...Mudah-mudahan anakku...moga engkau cemerlang mengejar impianmu...doaku dalam hati menyuruhnya membaca doa tidur.
Jalan-jalan di atas bukit Gundaling terasa nyaman dan sejuk.Kak Jiji membelikan gula-gula kapas yang besar.Seronoknya melihat orang ramai berehat-rehat di bawah khemah sewaan beralas tikar plastik santai dan berpicnic bersama keluarga.


Kami meneruskan perjalanan ke Bukit Sipiso-piso untuk melihat air terjun tinggi di sana.Dari atas Bukit kelihatannya Danau Toba yang indah.Air terjun yang sangat menarik..Ya Allah sungguh indah bumi ciptaanMu...nyamannya udara anugerahMu di sini..kelompok-kelompok awan yang berkepul menutup puncak gunung...menghijau rerumput di gunung tampak jelas lereng-lerengnya tanpa pepohonan yang merimbun..janganlah ada tangan-tangan rakus yang akan membinasakan alam seindah ciptaanMu ini Tuhanku...Airnya amat dingin...ditambah renyai-renyai hujan memaksa aku dan Rania menumpang teduh di bawah pondok paling puncak sementara 2 putriku dan Jiji menyusur tangga menuruni lembah jauh di bawah sana mendekati air terjun..kuatkanlah putri sulungku Ya Allah kerena beliau menghadapi risiko tulang belakangnya yang kurang normal sejak lahir.
Berehat sebentar atas bangku batu bawah pohon besar menatap nyaman alam ciptaan Tuhan yang amat indah.Tidak puas bagiku mengambil foto mengguna kamera biasa kepunyaanku.Namun jauh disudut hati bersyukurlah dengan apa adanya.Belajar mensyukuri nikmat yang diberikan..berusaha untuk ke arah yang lebih baik..itu sebaiknya...











Puas menikmati keindahan alam semulajadi di Sipiso-piso kami berangkat pulang.Dalam perjalanan turun ke Brastagi hujan turun.Sebuah pacuan 4 roda terbalik dengan 4 rodanya ke atas.Tergolek tepi tebing..Pak polisi sedang berurusan menyelesaikan kasus.Tiada jalan sesak dengan kenderaan lain yang memperlahankan untuk melihat.Perjalanan lancar seperti biasa waima jalan sempit.Sebuah motorsikal dengan lajunya mencelah dan memotong mobil kami.Sebentar kemudian dilihat penunggangnya sudah dipapah orang kerana motosikalnya terlanggar motorsikal lain.Namun tiada jem atau macet disini.Atau tiada pula kemalangan bertimpa sudah jatuh digilis kenderaan lain , kerana di sini pemandu mengutamakan kenderaan motosikal, mereka kena mengalah.
Kami singgah makan di sebuah restoran islam.Lebih mirip seperti masakan padang.Kami dilayan istimewa seperti dihotel 5 bintang.Pelayan terus memberikan bekas ais tangan sorang satu , diikuti dengan segelas minuman suam,semua lauk pauk yang ada dihidang mengikut bilangan kelompok pelanggan yang datang.Hampir sepuluh jenis masakan terhidang atas meja.Putri sulungku memberitahu jangan usik hidangan yang tidak dikehendaki.Contoh..sekiranya pekedai meletakkan 3 ekor ikan goreng dlam pinggan dan sekor telah dicubit sikit oleh pelanggan maka dikehendaki membayar sepinggan ikan itu.Jadi jangan coba-coba merasa semua lauk pauk yang dihidang kelak tidak cukup rupiah mahu membayarnya.
Selesai makan perjalanan diteruskan .Kami mahu ke pasar buah /pajak buah di Setia Budi.Sampai sahaja telah menunggu sorang lelaki mahu uang pakir tapi beliau tak pun mencarikan paking untuk kami.Kami cari sendiri.Disini juga banyak terdapat perkhidmatan menaiki kuda tapi kudanya macam tak berapa sihat.Kurus-kurus dan kerdil, lagian comot.Tak sampai hati nak menunggangnya.Sebaik masuk pajak, waaaahhhh...mata bersinar-sinar terpaku melihat cantiknya bunga-bungaan segar yang berwarna-warni, buah-buahan segar serta sayuran segar bertimbun tersusun rapi.Aku teruja membeli keledek manis seperti yang aku pernah makan di Songkhla dulu.Keledek berkulit ungu..membeli petai untuk sambal tumis ikan bilis menu makan malam nanti sebab ada lebih sambal nasi lemak pagi tadi. Buah avocado yang orang sini sebut buah polka, mangga yang manis ,buah limau yang disebut buah jeruk yang segar dan manis, buah pisang kaki, buah markisa, buah salak dan berbagai sayuran segar tanah tinggi.Terdapat pumpkin cantik namun sebiji harganya Rp 40 ribu.Nak beli limau.. telah disiapkan bakulnya yang cantik bentuknya serta bertutup.









Kesegaran sayurannya macam nak beli semua jenis sayur ...eee geramnya...tapi teringat....kawal nafsumu...jangan membazir...lalu aku cepat-cepat berlalu untuk membelikan snek ringan berupa jagung bakar yang popular di Brastagi.Jagung bakar terdapat 2 perisa pedas dan biasa juga ada jagung rebus.Kami memilih tuan gerai yang beragama islam kerana tersalah beli dikuatiri terkena jagung bakar yang disapu minyak babi...cehhhh...meloyakan....
Harus singgah solat jamak taqkhir dimana-mana mesjid.Usai sholat sepatuku sudah diterbalikkan menghadap keluar.Terompah untuk mengambil wudhuk juga telah tersusun rapi.Sementara menunggu Balqis usai solatnya aku duduk memerhati .Seorang bapak separuh umur petugas mesjid yang berusaha menjaga kebajikan ummah yang mampir bersolat.Rupanya beliau yang menyusun kedudukan kasut jemaah menghala keluar.Besar pahala bapak ini...Waktu mobil bergerak keluar mesjid sorang lelaki buru-buruan mengejar mobil konon-konon ingin melepaskan mobil melintas jalan walhal tiada kenderaan pun menyebabkan mobil Pak Anuar meluncur laju meninggalkan lelaki yang sempat neriak-neriak..duit kopinya pak....
Sampai di bandar Medan jalan macet lagi.Bosannya ...Jam delapan baru tiba dipekarangan rumah.Aku terus menyediakan makan malam sambal tumis ikan bilis+petai dan kangkung goreng belacan.Makan ramai-ramai bersama ...alakadarnya sahaja.Usai membersihkan diri dan solat aku empat beranak terus ke kamar tidur...Esok adalah hari shopping....

Wednesday, 21 November 2012

5 HARI DI MEDAN POLONIA

17 November2012 ~ bersama Nur Balqis dan Nur Qhaliesya Rania sempena cuti sem Uitm dan cuti sekolah, kami terbang dengan pesawat QZ 8073 ke Medan untuk berlibur..(bercuti).Lagi pun Rania mendapat kedudukan terbaik di kelas KAFA dan telah meningkat kedudukannya di sekolah rendah maka bolehlah membawa my little princess ini jalan-jalan melihat dunia luar.45 menit penerbangan Air Asia sudah mendarat di Bandara Polonia.(Polonia Airport) .Sampai sahaja di sana petugas-petugas imigresen di airport mengarahkan itu ini dengan wajah garang tanpa menghormati pelancong luar.Ada pula pihak yang menyibuk ingin membantu walau tidak diminta.Beria-ia benar ingin membantu angkat beg walau tidak ada kebenaran.Lepas tu minta upah..huuuh....bener-bener sebel....
Nur Qistina puteri sulungku telah menunggu bersama teman serumahnya Jiji di luar bandara..Kami berjalan susup sasap celahan orang ramai ke petrol pam Petronas yang tidak jauh dari Airport.Eihh ada Petronas juga di sini..Dibahagian bucu Petronas ada aktiviti perkhidmatan taksi..Aduhh...begini rupanya bandar Medan.Penuh sesak dengan hiruk pikuk kenderaan terutama Becak ( Beca disini menggunakan motorsikal ), juga bandar Medan ini dipenuhi dengan motorsikal berbagai jenis.Kereta di sini juga bagus-bagus.Kebanyakannya jenis MPV .Nggak ada kereta kecil seperti di Malaysia..Kami menaiki taksi berwarna biru menuju ke rumah di Jalan Dokter Safyan.Disini semua taxi berwarna light blue...cantik...Kenderaan lain yang dilihat aneh ialah 'angkut-angkut' seperti van yang dihias cat berwarna-warni dan berbagai tulisan.. juga tampak cantik dan menarik.
Perjalanan dari Bandara ke rumah puteri ku dekat sahaja tapi kerana 'macet' jadinya lambat sampai.Untuk sampai ke rumah kami melalui Pintu 1 Universiti Sumatera Utara.(USU) Luasnya dan besarnya kawasan Universiti ini..Rasa agak kagum kerana puteri sulungku study di sini.
Sebenarnya tujuan asal aku datang ke sini bukan untuk berlibur sekadar ingin menziarah anak yang belajar disini dan cuma plan nak menumpang menginap di bilik kosong di rumah pelajar Malaysia di sini.Kebetulan pula musim cuti persekolahan maka yang lainnya ingin turut serta.Lagian tiket penerbangan mereka ada yang sponsor maka terjadilah percutian keluarga.
Puteri sulungku menyarankan agar tidak menyewa hotel kerana di rumah itu terdapat 1 bilik kosong sempurna untuk kami bertiga.Anakku tinggal berlima berasingan kamar ..semuanya student tajaan dari Malaysia.Aku amat mengenali mereka kerana kesemuanya amat rapat denganku sewaktu belajar foundation selama setahun di Kepala Batas.(AUCMS).




Malam itu menu ringkas ikan kukus yang dimasak oleh Romm..menyelerakan banget kerana perut dah mula lapar ..Rumah besar ni  mempunyai lebih kurang10 buah bilik.Ada 2 ruang dapur ,2 ruang tamu, 3 buah kamar mandi, 1 tempat ampaian yang luas dan 1 ruang cucian pakaian terbuka yang harus dikongsi.Rumah ini diurus oleh Ibu Su dan suaminya yang bertugas sebagai supir USU membawa pelajar ulang alik dari rumah ke USU....Pertemuan dengan anak sulung membawa banyak bicara..sehingga terlena...
Selamat Malam semua anak-anakku...rencana untuk esok...jalan-jalan ke BRASTAGI.....

Friday, 9 November 2012

PEMAKANAN MAKANAN DAN MAKAN

Saya suka makan tapi makanan yang dinamakan pemakanan seimbang.Apa sahaja yang disebut makanan saya makan dan mana-mana makanan yang belum pernah saya rasa, saya akan cuba merasa makanan tersebut samada enak atau sebaliknya mengikut citarasa saya.Saya tak kisah dibawa makan di mana sahaja samada gerai tepi jalan, restoran , penjaja , atau hotel..Mana-mana menu yang nice saya akan cuba merasa apakah bahan yang menjadi rempah ratus.Bila balik ke rumah saya akan try meniru menu tersebut untuk santapan keluarga.
Sekarang banyak  makanan yang canggih seperti Mille Crepe, Velvet , Pavlova , Tiramisu , Peach Cobla dan berbagai lagi. Tidak kurang juga jenis makanan yang ganjil bunyinya antaranya seperti Ayam Penyek dan Kuih Tahi Itik .Hehe...apa-apa je lah....
Baru-baru ini saya baru dapat merasa telur penyu.Sedap juga telur penyu rebus makan dgn kicap kipas udang..Mula-mula macam tak lalu sebab ia rasa kesat tapi lama-lama habis juga 3 biji..Teringat pula pada arwah mak mertua yang menyimpankan sebiji telur penyu khas untuk menantunya yang sedang pregnan 3 bulan.Pada masa ia membuka peti sejuk untuk mengambil telur tersebut semasa saya balik kampung menziarahnya ....adalah insan bersuara bagitau 'telur dah saya makan, saya pun mengandung juga'..Saya mengalah dan memujuk hati sendiri bahawa bukan rezki sayalah tu.Sejak peristiwa 21 tahun lalu baru inilah saya mencari sendiri telur penyu di Terengganu.3 biji RM10.00 siap direbus.Cuma saya masih tercari-cari telur belangkas.Orang kata telur belangkas buat kerabu sedap...masih belum rezki saya nak merasa telur belangkas.
Belut~ tengok rupa belut memang saya geli geleman.Tapi arwah mak saya pernah bercerita zaman dahulu mengenai seorang menantu yang geli geleman bila keluarga mertuanya menikmati hidangan tengahari belut masak lemak cili api.Famili tersebut makan dengan penuh kenikmatan tanpa memperdulikan menantunya yang terkulat-kulat memandang mereka makan .Simenantu lari ke dapur dan cuba merasa saki baki kuah belut masak cili api dalam belanga.Sekali rasa sedap dua kali rasa lagi sedap sehingga simenantu menjilat belanga dengan rakusnya menyebabkan mukanya melekat pada belanga tersebut...Agaknya sedap sangat kott...akhirnya pada suatu hari saya berkesempatan makan di sebuah kedai makan di Kelantan yang menyajikan menu "Paprik Belut"...hehe saya nak try....tapi kedai tersebut menggoreng belut tersebut terlalu garing sehingga tiada rasa manisnya belut...sebenarnya saya pernah makan belut tetapi belut yang diproses sebagai kuah laksa ....ermmmmmm sedappppnya laksa belut di station bas medan kidd Ipoh...Seminggu sekali balik sekolah saya dan kawan mesti singgah makan laksa belut ni...taktaulah sekarang masih ada ke tidak laksa tu sebab dah 28 thn berlalu.
Dari sbuah negeri ke sebuah negeri saya merantau kerana tugas.Semasa di Johor saya amat suka snek ringkas yang paling berkhasiat iaitu tempe goreng bersalut tepung cicah sambal kicap....uihhhh bestnya.... kalau di Terengganu terkenal dengan ikan dan sotong goreng celup tepung cicah sos tapi di Johor terkenal dengan tempe gorengnya.Kalau di Kedah saya suka pergi kenduri kahwin di kampung-kampung pedalaman kerana di sana ada menu daging fresh masak gulai kawah dengan batang pisang, kerabu pucuk paku , dan  ulam ulaman yang jarang saya dengar seperti pucuk cemumar, daun cabang tiga, pucuk peria pantai, pucuk tapak itik dan banyak lagi lah yang saya sendiri dah lupa nama-nama ulam tu.Pergi pula ke negeri Perlis saya suka makan mangga+pulut+santan sebagai desert.Kat Penang ni dah semestinya saya suka pasemboq Padang Kota yang ada sotong goreng, ketam goreng dan udang goreng.Di Negeri Sembilan saya siap pesan pada kawan sediakan Daging Salai Masak Cili Api.
Waima berbagai makanan yang menjadi kegemaran di setiap negeri saya masih tak lupa masakan warisan jawa yang paling digemari pecal, sambal goreng tempe dan nasi ambeng...semuanya seimbang dan berkhasiat tau....
Teringat pula zaman kanak-kanak dulu susahnya nak makan sebab semua kena proses sendiri .Nak makan ayam goreng kena lari main kejar-kejar dengan ayam dulu.Kalau dapat tangkap baru dapat makan.Tu pun kena ada orang yang nak menyembelih pastu kena ada orang memproses ayam secara manual masak air panas utk celur ayam supaya mudah membuang bulu-bulunya..lewat tengahari baru dapat makan ayam goreng....TAPI ayam dulu lebih sedap rasanya daripada ayam segera yang ada dipasaran sekarang.Cendawan yang tumbuh sendiri di kampung yang disebut cendawan busut rasanya lebih lazat daripada cendawan yang ditanam pengusaha. Ikan keli yang dikail dalam parit di kampung lebih sedap daripada rasa ikan keli yang diternak dalam kolam-kolam ikan. Saya pernah juga ikut kawan pergi mengail ikan darat kat parit.Jorannya batang buluh hujungnya diikat tali tangsi yang dipintal pula dengan mata kail.Lepas tu letak cacing.Oleh kerana saya geli dengan cacing so saya cari kumbang atau belalang, Jemu tunggu mata kail disambar ikan tapi bila dapat sekor ikan ianya satu kepuasan yang tak terhingga.Mata kail yang diletak kumbang disambar ikan haruan yang besar...seronok sangat dapat haruan besar saya terlompat-lompat akhirnya ikan jatuh semula dalam air....
Zaman sekarang teringin nak makan apa sahaja sekelip mata dah ada depan mata.Nak ayam goreng, KFC ada McD ada malah kat pasar malam pun ada.Burger ada roti gardenia ,masimo dan macam-macam bun ada termasuk makanan masakan panas juga makanan berbagai style jenis seoul garden , steamboat, ala Thai, ala Western dan berbagai jenis lagi yang siap sedia terjual dimana-mana dan di merata-rata.Kalau cerita pasal makan memang tidak akan habis...so saya tamatkan citer saya disini je lah....selamat makan makanan selamat agar selamat dunia akhirat...



Wednesday, 7 November 2012

TERENGGANU OWH TERENGGANU

2 Nov ~ saya berkesempatan mengikuti trip ala-ala 'Rombongan Cik Kiah' ke negeri Terengganu.Tujuannya adalah untuk menjadi penyokong si cilik beraksi di peringkat kebangsaan dalam Program Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS. Bangga la juga sebab kawasan Bukit Bendera telah menjuarai 3 acara dan layak ke peringkat kebangsaan yang diadakan di UITM Dungun.So sebagai menjalankan tugas Pegawai KEMAS Daerah Timur Laut, saya dijemput untuk menyertai rombongan cik kiah ni ....demi anak-anak buah, saya seronok jer walaupun tau sekarang musim hujan dan perjalanan yang jauh.Jam 10 pagi yang indah dan ceria bergeraklah kami menuju Dungung, Ganu....Sepanjang jalan adakala cerah sat lagi hujan renyai pastu hujan lebat pastu mendung.Camtulah keadaannya dan menyaksikan 4 kenderaan terbalik.Kenderaan pertama sebuah lori membawa telur tergolek terbalik di highway Jelapang.Kenderaan kedua sebuah kereta terbalik 4 tayar diatas dalam hujan renyai di Kuala Kubu Baru dan 2 kenderaan lagi masing-masing di Terengganu maybe keadaan selekoh dan cuaca gelap menyebabkan kenderaan terbabas.
Kami berhenti makan di Kampung Cheneh.Makanan kurang menyelerakan.Order Nasi Goreng Kampung tapi yang sampai Nasi Goreng Cina ditabur ikan bilis goreng yang liat.Selepas makan bas juga perlu diisi minyak.Alangkah malang kerana stesyen petrol Kg Cheneh kehabisan bekalan diesel.Kami dimaklumkan akan jumpa lagi stesyen berikutnya di Bukit Besi sejauh 50km lagi.Sebelum sampai destinasi petrol pam, bas dah tak daya nak tanggung aircond sebab minyak dah kurang ...kami risau bas akan kehabisan minyak ...memang betul keadaan bas kehabisan minyak sebaik jumpa petrol pam di pekan Bukit Besi...Alhamdulillah sempat juga sampai petrol pam walau minyak dah kering.Setelah bekalan diesel diisi perjalanan diteruskan dan kami sampai ke tempat penginapan Motel Tanjong Jara pada jam 10.30 malam....

Acara seterusnya mandi tukar baju dan terus tidur setelah selesai menunaikan solat jamak.Dah tidur ramai-ramai macam-macam kerenah ahli ada...dengkuran Bujang Lapok dalam citer P.Ramlee pun ada...hihi...kelakar la pula.Camtu lah ragam manusia.


Esok pagi 3hb setelah selesai sarapan Nasi Dagang Terengganu di Bandar Dungun kami terus ke UITM untuk menyaksikan anak didik kami mempersembahkan Story Telling.Persaingan sangat hebat..tapi kami dapat pengalaman baru melihat dan mengambil yang terbaik untuk memperbaiki kualiti peserta Pulau Pinang di masa-masa akan datang. Selesai Story Telling kami menyaksikan pula persembahan Teater.Peserta kami mendapat giliran yang ke 11. Dijangka berada di stage pada sesi petang tapi terjadi peristiwa malang yang dialami sicilik dari Kedah so giliran kami diawalkan dan dijangka selesai sebelum waktu makan.Teater negeri Pulau Pinang adalah dibawah bimbingan dan latihan pelakon En Razali yang berlakon "Anak Mamak Menantu Mami" yang turut serta dalam trip kami.Beliau gelisah kerana Chief ~ watak utama teater yang bertajuk "Lebah Yang Sombong" telah kehilangan suara.Redha aje lah...nak buat camna...tapi sokong tetap sokong kanak-kanak kita.Selesai giliran teater Pulau Mutiara kami terus naik bas ke Kuala Terengganu .Destinasi seterusnya Pasar Payang.Sambil jalan-jalan window shopping sambil melihat telatah peniaga dan pembeli.Kebanyakan peniaga di sini agak kasar dan sombong bila bertemu pelanggan yang tidak berkenan dihati mereka.Saya juga terkena.Waktu meninjau-ninjau peniaga tersebut menerangkan keropok yang sedap yang kualitinya bagus dan yang paling digemari ramai.Bila saya beredar ke kedai lain dan membeli barang lain dikedai sebelah apabila berpatah balik untuk membeli keropok yang diiklankan sebentar tadi, saya dah tak mendapat layanan walaupun saya minta dibungkuskan RM10. Dah tak layan.. saya lagi la... bo layan lah juga.Duit kita...kan...biaq pi dia dengan kesombongannya.Bila sampai dalam bas kecoh-kecoh rupanya bukan saya sorang yang kena camtu rupanya ramai lagi yang mengalami keadaan yang sebegitu.Ada yang kena marah dengan peniaga.."dah tak beli buat apa tanya-tanya harga" ...dan...'Ha..pergilah kedai lain kalau dapat harga lebih murah".....
Agaknya mereka dah terbiasa kasar dengan pelanggan luar so tak menjadi masalah kerana Pasar Payang menjadi kunjungan wajib pelancong.Alahai manalah perginya nilai-nilai budaya berbahasa. Melihat-lihat Batik tiada yang biasa-biasa... secara keseluruhannya batik menjangkau harga ratusan ringgit malaysia.Berpinar mata bersilau dengan kerlipan batu-batu kat batik pasang yang di pamer..cantik juga tapi kena fikir banyak kali untuk membeli Batik  Asli  Terengganu...
Selesai sesi shopping kami membawa ahli trip yang ingin melihat Masjid Kristal. Indah masjid ni pada waktu malam.

4hb~awal pagi bersiap untuk checkout ..sebelum bergerak pulang sekali lagi kami ke UITM Dungun untuk memberi sokongan moral pada peserta Bercerita kategori perempuan.Giliran yang ke 11bagi negeri Pulau Pinang.. jenuh tunggu selepas selesai 14 peserta lelaki.Kesian pada peserta perempuan yang terpaksa menunggu giliran terlalu lama sehingga waktu makan tengahari pun peserta belum dapat makan.Tapi kanak-kanak tidak pernah merungut, walau lama menunggu mereka tetap bersemangat bercerita.TAHNIAH pada adik-adik yang menunjukkan semangat juang sehingga ke peringkat kebangsaan.
Selesai peserta P.Pinang bercerita, kami pun naik bas untuk bergerak pulang kira-kira jam 2.45 ptg.Setengah jam perjalanan sebaik keluar dari pekan Dungun bas tak dapat bergerak.Gear rosak...sementara menunggu pomen membaikinya (kebetulan bas rosak dihadapan bengkel membaiki lori yang bersebelahan kedai makan)kami pun turun makan di gerai Gulai Kawah Selera Kampung Mas Ayu di Kampung Pulau Serai.Masakannya tidak menarik perhatian tetapi perut minta diisi makanan kerana jam dah pukul 3.30petang maka kami makan juga apa yang ada.Saya mengambil seekor ikan cencaru goreng, sepotong sotong dan ulam timun beserta sirap limau sebagai minuman.Agak terkejut juga harga yang dikenakan adalah RM10.00.Kalau dapat sekor sotong takpe la juga ni cuma sepotong sotong.. Selesai makan kami lepak kat gerai tersebut sementara menunggu pomen membaiki bas.Sekali lagi kami dapat kejutan dari peniaga Terengganu.Tokey gerai datang menghampiri kami lalu bertanya..."Ni nak ke mana" Ingatkan makcik tu nak beramah mesra bila tengok bas tak bergerak...dengan ikhlas kami menjawab ..nak balik penang tapi bas kami rosak...makcik Ganu tu membalas..." ni sekejap lagi ada bas ekspress lalu nak singgah makan, kalau tengok ramai-ramai orang duduk sini nanti mereka takut nak singgah"...tersirap darah lalu saya bingkas bangun ajak semua yang ada naik atas bas.Dalam bas ,barulah kami maklumkan pada semua ahli trip bahawa terpaksa dok diam dalam bas kerana makcik gerai telah menghalau kami.Kami dok dalam bas sampai jam 9 malam.Jengok-jengok juga kot-kot la berderet bas ekspress nak berhenti kat gerai gulai kawah makcik tu tapi 6 jam kami di situ takda satu bas pun singgah, orang kampung pun takda nak makan kat situ.Alahai macamanalah budi bahasa orang-orang kita zaman ini..Makcik-makcik melayu ni sudah lupa agaknya.Jam 9.30 malam ketua trip minta kami turun dari bas kerana sorang YB di Dungun menghulur bantuan meminta bermalam di rumahnya.Kebanyakan ahli menolak pelawaan tersebut memandangkan ramai yang membawa kanak-kanak bimbang tidak dapat mengawal tingkah laku semasa 'menumpang' di rumah YB tersebut.
Kami calling-calling Pemandu yang kami kenal yang bertugas di UITM Dungun.Kemudian sebuah bas kementerian datang membantu membawa kami mencari penginapan.Sebelum tu kami minta bas berhenti makan dan ada yang ingin membeli keperluan seperti pakaian ekstra untuk dipakai pada esok hari.Mungkin mereka tidak membawa pakaian lebih.Dalam kerunsingan memikirkan perjalanan balik yang tergendala ada juga yang nak release tension dgn berkaraoke terbuka di gerai makan..masing-masing menunjukkan bakat ..sedap juga alunan suara mereka ...boleh lah menghibur kerunsingan yang sedang melanda..


5hb~ pagi-pagi masing-masing sibuk calling minta emergency leaf dari majikan.Anak buah saya gelisah kerana tidak dapat membuka Tabika masing-masing kerana sebahagian guru juga berada di Dungun mengiringi kanak-kanak yang menjadi peserta. Nak minta J/Kuasa membuka kelas ada juga Pengerusi Aktiviti yang turut sama dalam trip ini. So masing-masing kena cari siapa yang boleh membuka kelas pada pagi ini dan Alhamdulillah semua settle.Saya juga maklum pada pejabat terpaksa mengambil cuti kerana masih terkandas di Terengganu.Keluar dari tempat penginapan kami menumpang kenderaan yang disediakan untuk membawa peserta ulang alik dari tempat penginapan ke dewan tempat berlangsungnya pertandingan.Dalam perjalanan keluar van ditahan oleh seorang wanita yang marah-marah kerana tidak memulangkan kunci dan mengugut akan dikenakan denda siapa yang menghilangkan kunci.Ahli trip tergaman sehingga taktau nak bercakap.Rupanya kunci tu ada tuannya dan harus dipulangkan pada tuannya semula.Pakcik Pemandu Van tu meminta maaf kepada kami bagi pihak orang Terengganu.Katanya ..." orang-orang sini memang macam tu..bodoh sombong...tak ada nilai-nilai murni tak boleh cakap elok- elok dan sopan..tau jerkah jer..maklumlah depa ni dok ulu"...pakcik tu membebel sepanjang jalan katanya dia malu dengan tetamu yang datang terengganu kerana layanan tak bagus orang-orangnya di sini..(ye la kot...sebab orang terengganu sendiri yang cakap macam tu)
Menurut ketua trip bas akan pulih pada jam 10pg tapi dimaklumkan sekali lagi sparepart bas cuma boleh didapati di Kemaman.Perjalanan ke sana mengambil masa 2 jam pergi dan balik.Kami setia menanti di tepi jalan dalam pondok ditepi laut Pantai Telok Gadung.Jam 11.30 kami dapat jemputan sekali lagi dari YB untuk membawa ahli trip menumpang teduh di rumahnya sehingga bas selesai dibaiki.Kami menumpang sewa "bas kunyit" pelajar uitm untuk ke rumah YB di pekan Dungun.Rumahnya agak selesa dan ada tempat untuk kami lepak.Bila call pemandu bas katanya dalam setengah jam bas siap, call lagi katanya dalam 15 minit siap call lagi sekejap lagi boleh gerak...sehingga naik bosan kami menunggu.Pada firasat saya pomen tu tak profesional takkan dah berjam-jam masih taktau apa kerosakan bas hingga dirungkai seluruh bas.Atau pomen sini sengaja nak cari untung...Pemandu bas pun takkan tak tau prosedur untuk mencari pengangkutan lain untuk membawa kami balik.Takkan nak bagi kami tunggu bas tu siap.Dah hampir 24 jam terkandas, YB pun ambil inisiatif call kawan-kawan tolong carikan bas. Bas yang dicari dah 'on the way' tetiba bas kami yang sampai ..kerosakannya hanya mengganti spring sahaja...betul-betul menduga kesabaran ...akhirnya kami bergerak pulang jam 5.30 ptg dan sampai di Pulau Pinang jam 5.30 pagi keesokannya kerana ada ahli yang sakit perut dan kami terpaksa melayan kerenah kanak-kanak.Dalam perjalanan balik kami banyak berhenti untuk membeli keropok lekor.Macam tak sah jika ke Terengganu jika tidak membawa pulang ole-ole kepok leko .Malangnya bas terlepas gerai feveret di Marang so kena berhenti mana-mana gerai di tepi jalan.Malang lagi sekali orang yang duduk seat depan dapat turun dulu dan memborong habis kepok leko dengan tak meninggalkan sikit pun kat orang lain...Kecoh bingar bingar dalam bas mana yang tak dapat..ada yang kata p pasar malam beli la keropok lekor pasar malam cuma RM2.00 je..sengaja menyakitkan kawan..bas mengikut kerenah ahli dengan memberhentikan bas disetiap destinasi yang menjual keropok..sehingga semua ahli berpuashati...hehe itu lah ragam kawan-kawan dan situasi yang tidak dijangka akan terjadi....pelakon yang ada bersama trip kami dah bercadang nak buat skrip drama " Mami Tanjong merempat di Terengganu".....haha