Wednesday, 21 November 2012

5 HARI DI MEDAN POLONIA

17 November2012 ~ bersama Nur Balqis dan Nur Qhaliesya Rania sempena cuti sem Uitm dan cuti sekolah, kami terbang dengan pesawat QZ 8073 ke Medan untuk berlibur..(bercuti).Lagi pun Rania mendapat kedudukan terbaik di kelas KAFA dan telah meningkat kedudukannya di sekolah rendah maka bolehlah membawa my little princess ini jalan-jalan melihat dunia luar.45 menit penerbangan Air Asia sudah mendarat di Bandara Polonia.(Polonia Airport) .Sampai sahaja di sana petugas-petugas imigresen di airport mengarahkan itu ini dengan wajah garang tanpa menghormati pelancong luar.Ada pula pihak yang menyibuk ingin membantu walau tidak diminta.Beria-ia benar ingin membantu angkat beg walau tidak ada kebenaran.Lepas tu minta upah..huuuh....bener-bener sebel....
Nur Qistina puteri sulungku telah menunggu bersama teman serumahnya Jiji di luar bandara..Kami berjalan susup sasap celahan orang ramai ke petrol pam Petronas yang tidak jauh dari Airport.Eihh ada Petronas juga di sini..Dibahagian bucu Petronas ada aktiviti perkhidmatan taksi..Aduhh...begini rupanya bandar Medan.Penuh sesak dengan hiruk pikuk kenderaan terutama Becak ( Beca disini menggunakan motorsikal ), juga bandar Medan ini dipenuhi dengan motorsikal berbagai jenis.Kereta di sini juga bagus-bagus.Kebanyakannya jenis MPV .Nggak ada kereta kecil seperti di Malaysia..Kami menaiki taksi berwarna biru menuju ke rumah di Jalan Dokter Safyan.Disini semua taxi berwarna light blue...cantik...Kenderaan lain yang dilihat aneh ialah 'angkut-angkut' seperti van yang dihias cat berwarna-warni dan berbagai tulisan.. juga tampak cantik dan menarik.
Perjalanan dari Bandara ke rumah puteri ku dekat sahaja tapi kerana 'macet' jadinya lambat sampai.Untuk sampai ke rumah kami melalui Pintu 1 Universiti Sumatera Utara.(USU) Luasnya dan besarnya kawasan Universiti ini..Rasa agak kagum kerana puteri sulungku study di sini.
Sebenarnya tujuan asal aku datang ke sini bukan untuk berlibur sekadar ingin menziarah anak yang belajar disini dan cuma plan nak menumpang menginap di bilik kosong di rumah pelajar Malaysia di sini.Kebetulan pula musim cuti persekolahan maka yang lainnya ingin turut serta.Lagian tiket penerbangan mereka ada yang sponsor maka terjadilah percutian keluarga.
Puteri sulungku menyarankan agar tidak menyewa hotel kerana di rumah itu terdapat 1 bilik kosong sempurna untuk kami bertiga.Anakku tinggal berlima berasingan kamar ..semuanya student tajaan dari Malaysia.Aku amat mengenali mereka kerana kesemuanya amat rapat denganku sewaktu belajar foundation selama setahun di Kepala Batas.(AUCMS).




Malam itu menu ringkas ikan kukus yang dimasak oleh Romm..menyelerakan banget kerana perut dah mula lapar ..Rumah besar ni  mempunyai lebih kurang10 buah bilik.Ada 2 ruang dapur ,2 ruang tamu, 3 buah kamar mandi, 1 tempat ampaian yang luas dan 1 ruang cucian pakaian terbuka yang harus dikongsi.Rumah ini diurus oleh Ibu Su dan suaminya yang bertugas sebagai supir USU membawa pelajar ulang alik dari rumah ke USU....Pertemuan dengan anak sulung membawa banyak bicara..sehingga terlena...
Selamat Malam semua anak-anakku...rencana untuk esok...jalan-jalan ke BRASTAGI.....

No comments:

Post a Comment