19 Nov 2012~ Tidur semalam agak lena kerana keletihan mendaki dan menuruni tangga serta bukit Brastagi.Lagipun nyamuk agak berkurangan.Terima kasih pada Jiji yang memberikan khidmat semburan nyamuk.Lega ...Jam 4 subuh mata telah terjaga dengan segar.Hari ini putri sulung serta rakan-rakannya tidak ke kuliah kerana baru sahaja selesai exam block.So Acara pada hari ini berlibur lagi...
Sarapan untuk pagi ini hanya ubi keledek manis rebus, bingka roti dan tea 0 sahaja.Itulah yang sempat ku sediakan .Putri sulung yang biasa kami panggil Ayong telah menempah sebuah teksi untuk ke Pajak Ikan. Pajak Ikan beroperasi jam 11 pagi.Waktu kami keluar jalan macet lagi.Huhhhh....lagi sebel....pusing kepala dengan kesibukan lalu lintas,Mobil-mobil jenis Avanza, Rush , Kijang, Nissan Livina, Honda CRV berasak perlahan membiarkan penunggang motorsikal(speda) mendahului.
Turun dari teksi juga kena cepetan..Bunyi bingit hon mobil di belakang ingin segera meneruskan perjalanan tidak mahu terganggu.Masalahnya disini tiada bahu jalan, jika ada pun bahu jalan digunakan sebagai laluan juga.Ayong membawa kami jalan memasuki tempat peniaga yang berjualan Gamis (Jubah), Batik Indonesia, Kain Lace pelbagai rupa, Mukena ( Telekung) , Pelekat ( Kain pelikat) Kain Batik Sarung dan pelbagai jenis baju sulam.Bergantungan berbagai rupa.Seperti Bazar Pakaian tapi disini disebut pajak ikan.Jika tersalah tafsir kita fikir pasar berjualan ikan.Ayong terus membawa kami ke KEDAI DUNIA ADIK TEXTILE yang dipunyai oleh tauke keturunan cina.Ayong telah mengenali lelaki itu agak lama kerana sering berurusan membeli disini.Tauke yang berumur linkungan awal 40an itu amat peramah dan tak jemu-jemu menunjukkan jenis kain yang terkini.Menurutnya ex-student USU yang telah praktikal di Hospital di Malaysia saban hujung minggu datang membeli kain mengguna kredit kad.Tauke menunjukkan gambar student tersebut pada ayong melalui telefon bimbitnya.Ayong tersenyum kerana amat mengenali pelajar lelaki itu sebagai seniornya.Tauke tu berbasa basi mengenalkan dirinya dan memberitahu ketiga-tiga anaknya lelaki , sambil berjenaka beliau inginkan my lil princess kerana ingin punya anak perempuan...huhhh...enak aja mau ambil anak orang sih...
Aku membuka list yang mana anak-anak saudara kirim dan jenis kain bagaimana yang mereka inginkan.Pening kepala kerana semuanya cantik-cantik pada pandangan mata.Pilih-pilih habis Rp sejuta lebih.Ayong juga membeli untuk jualan kerana jualan percubaan pertamanya pada bulan Ramadhan lalu laris seperti goreng pisnag panas.Aku hanya membantu menjualkan dan mengutip bulanan daripada pelanggan.Putri kedua ku juga teruja dengan pakaian yang cantik-cantik dan membelikan sepasang dua sebagai cenderamata kepada teman-teman rapatnya.Little Princess ku yang kelihatan bosan...berkali-kali minta aku membelikan Makpahnya kain batik.Aku berminat membelikan kain pasang untuk Makpah ,Pengasuh Rania kerana kain batik hanya dipakai ke dapur sahaja.Sedikit mencuka wajahnya kerana berhajat benar ia pada kain batik sarung untuk mak angkat kesayangannya itu.
Kakchik memilih 2 jenis jubah dan sehelai ingin dihadiahkan kepada Ayong sempena Hari Jadinya esok hari.
Kami tidak lama disini kerana mukena di sini kurang berkualiti.Meninjau lain-lain kedai tetapi tidak berkenan dihati.Lantas Ayong ingin membawa kami ke pusat membeli belah di pasaraya.Menanti teksi bagai menanti buah yang tidak gugur.Kesibukan lalulintas dan keletihan berdiri dikakilima memaksa kami membatalkan hasrat ke pasaraya Sun dan Carrefour.Kami mengambil becak dan ingin pulang terus.Pertama kali menaiki becak alangkah seronoknya kerana tidak perlu menginsut perlahan menempuh jem.Kenderaan becak diberi keutamaan dan boleh melintas sesuka hati juga boleh melalui laluan bertentang arus atau boleh melanggar isyarat merah jalanan..Bagus banget naik becak...cepetan sampai di rumah...nggak perlu pusing kepala.Dalam perjalanan naik becak, bapak yang membawa speda becak bercerita hari ini ada demo buruh seluruh medan.Ada kira-kira sepuluh ribu buruh membuat demonstrasi jalanan.Rame tu pak..sapaku berbasa-basi sekadarnya.Ohhhh belum cukup banyak tu bu...maunya 50 ribu buruh..sebab itu speda becak nggak bole melintas sana..jalan macet buk..lagian bimbang speda ini di rosak in ,di baling-baling batu sampai rusak ..Patutlah aku tengok ramai sangat Pak Polisi berkawal keamanan kat tiap simpang jalan.
Sampai dirumah lapar banget...nasib baik pesanan Ayam Penyek pun sampai..ewahhh macam pizzahut laaa....boleh oder melalui telefon dan ada penghantaran segera.8 bungkus Nasi Ayam Penyek...Nasi berperisa seperti Nasi Ayam Malaysia dibungkus asing beralaskan daun pisang.Ayam gorengnya di penyek letak cili padi tumbuk.Bungkusan kecil plastik pula mengandungi 2 potong timun, sehelai daun salad , sepeket sambal belacan dan sepeket smbal kicap.Bila diadun semua huwaa..huwaa...pedassssnya.....namun enak sekali nasi ayam penyek ni...
Selepas makan...kumpul empat beranak bersembang, bergossip dari satu bab ke satu hal tapi jika ter over adalah yang saling membetulkan dan tidak terlalu mengikut emosi mengumpat tidak ada batasan.
Sore berlalu dengan pantas.Gelap malam segera menjelang.Rasanya masih kenyang makan ayam penyek tapi sebagai ibu aku harus memasak makan malam untuk semua putri-putriku, ayong,kakcik, lil princess, Jiji, Rowm, Raihan, Naim..sesekali biarlah mereka berehat biarlah ibu yang masak buat kalian.
Ikan merah yang aku kirim pada mereka ke pasar pagi tadi telah ku potong 4 bahagian.Goreng dan menyediakan ramuan untuk sweet sour..sayur terung goreng salut sambal.Aku menemani mereka makan dengan penuh nikmat atas rezeki ini.Tidak lupa sepotong ikan sweet sour untuk jiran, satu-satunya student lelaki tajaan dari Malaysia.
Malam itu kami berkongsi ilmu dengan mengadakan usrah/tazkirah oleh student Malaysia.Aku tumpang meraih ilmu yang dikongsikan.Menterjermah ayat-ayat AlQuran dan dibincang maksudnya agar kita semua jangan lalai melalui kehidupan ini kerana bila keluar dari kubur akan dinilai segalanya.
How to find the best slot machines in Reno - JtmHub
ReplyDeleteJtHub has got it all. 충청북도 출장마사지 Best of all, we know 평택 출장안마 Las Vegas is 태백 출장마사지 going to be hard to 천안 출장샵 find 고양 출장안마 one in Reno, Nevada.