Saya suka makan tapi makanan yang dinamakan pemakanan seimbang.Apa sahaja yang disebut makanan saya makan dan mana-mana makanan yang belum pernah saya rasa, saya akan cuba merasa makanan tersebut samada enak atau sebaliknya mengikut citarasa saya.Saya tak kisah dibawa makan di mana sahaja samada gerai tepi jalan, restoran , penjaja , atau hotel..Mana-mana menu yang nice saya akan cuba merasa apakah bahan yang menjadi rempah ratus.Bila balik ke rumah saya akan try meniru menu tersebut untuk santapan keluarga.
Sekarang banyak makanan yang canggih seperti Mille Crepe, Velvet , Pavlova , Tiramisu , Peach Cobla dan berbagai lagi. Tidak kurang juga jenis makanan yang ganjil bunyinya antaranya seperti Ayam Penyek dan Kuih Tahi Itik .Hehe...apa-apa je lah....
Baru-baru ini saya baru dapat merasa telur penyu.Sedap juga telur penyu rebus makan dgn kicap kipas udang..Mula-mula macam tak lalu sebab ia rasa kesat tapi lama-lama habis juga 3 biji..Teringat pula pada arwah mak mertua yang menyimpankan sebiji telur penyu khas untuk menantunya yang sedang pregnan 3 bulan.Pada masa ia membuka peti sejuk untuk mengambil telur tersebut semasa saya balik kampung menziarahnya ....adalah insan bersuara bagitau 'telur dah saya makan, saya pun mengandung juga'..Saya mengalah dan memujuk hati sendiri bahawa bukan rezki sayalah tu.Sejak peristiwa 21 tahun lalu baru inilah saya mencari sendiri telur penyu di Terengganu.3 biji RM10.00 siap direbus.Cuma saya masih tercari-cari telur belangkas.Orang kata telur belangkas buat kerabu sedap...masih belum rezki saya nak merasa telur belangkas.
Belut~ tengok rupa belut memang saya geli geleman.Tapi arwah mak saya pernah bercerita zaman dahulu mengenai seorang menantu yang geli geleman bila keluarga mertuanya menikmati hidangan tengahari belut masak lemak cili api.Famili tersebut makan dengan penuh kenikmatan tanpa memperdulikan menantunya yang terkulat-kulat memandang mereka makan .Simenantu lari ke dapur dan cuba merasa saki baki kuah belut masak cili api dalam belanga.Sekali rasa sedap dua kali rasa lagi sedap sehingga simenantu menjilat belanga dengan rakusnya menyebabkan mukanya melekat pada belanga tersebut...Agaknya sedap sangat kott...akhirnya pada suatu hari saya berkesempatan makan di sebuah kedai makan di Kelantan yang menyajikan menu "Paprik Belut"...hehe saya nak try....tapi kedai tersebut menggoreng belut tersebut terlalu garing sehingga tiada rasa manisnya belut...sebenarnya saya pernah makan belut tetapi belut yang diproses sebagai kuah laksa ....ermmmmmm sedappppnya laksa belut di station bas medan kidd Ipoh...Seminggu sekali balik sekolah saya dan kawan mesti singgah makan laksa belut ni...taktaulah sekarang masih ada ke tidak laksa tu sebab dah 28 thn berlalu.
Dari sbuah negeri ke sebuah negeri saya merantau kerana tugas.Semasa di Johor saya amat suka snek ringkas yang paling berkhasiat iaitu tempe goreng bersalut tepung cicah sambal kicap....uihhhh bestnya.... kalau di Terengganu terkenal dengan ikan dan sotong goreng celup tepung cicah sos tapi di Johor terkenal dengan tempe gorengnya.Kalau di Kedah saya suka pergi kenduri kahwin di kampung-kampung pedalaman kerana di sana ada menu daging fresh masak gulai kawah dengan batang pisang, kerabu pucuk paku , dan ulam ulaman yang jarang saya dengar seperti pucuk cemumar, daun cabang tiga, pucuk peria pantai, pucuk tapak itik dan banyak lagi lah yang saya sendiri dah lupa nama-nama ulam tu.Pergi pula ke negeri Perlis saya suka makan mangga+pulut+santan sebagai desert.Kat Penang ni dah semestinya saya suka pasemboq Padang Kota yang ada sotong goreng, ketam goreng dan udang goreng.Di Negeri Sembilan saya siap pesan pada kawan sediakan Daging Salai Masak Cili Api.
Waima berbagai makanan yang menjadi kegemaran di setiap negeri saya masih tak lupa masakan warisan jawa yang paling digemari pecal, sambal goreng tempe dan nasi ambeng...semuanya seimbang dan berkhasiat tau....
Teringat pula zaman kanak-kanak dulu susahnya nak makan sebab semua kena proses sendiri .Nak makan ayam goreng kena lari main kejar-kejar dengan ayam dulu.Kalau dapat tangkap baru dapat makan.Tu pun kena ada orang yang nak menyembelih pastu kena ada orang memproses ayam secara manual masak air panas utk celur ayam supaya mudah membuang bulu-bulunya..lewat tengahari baru dapat makan ayam goreng....TAPI ayam dulu lebih sedap rasanya daripada ayam segera yang ada dipasaran sekarang.Cendawan yang tumbuh sendiri di kampung yang disebut cendawan busut rasanya lebih lazat daripada cendawan yang ditanam pengusaha. Ikan keli yang dikail dalam parit di kampung lebih sedap daripada rasa ikan keli yang diternak dalam kolam-kolam ikan. Saya pernah juga ikut kawan pergi mengail ikan darat kat parit.Jorannya batang buluh hujungnya diikat tali tangsi yang dipintal pula dengan mata kail.Lepas tu letak cacing.Oleh kerana saya geli dengan cacing so saya cari kumbang atau belalang, Jemu tunggu mata kail disambar ikan tapi bila dapat sekor ikan ianya satu kepuasan yang tak terhingga.Mata kail yang diletak kumbang disambar ikan haruan yang besar...seronok sangat dapat haruan besar saya terlompat-lompat akhirnya ikan jatuh semula dalam air....
Zaman sekarang teringin nak makan apa sahaja sekelip mata dah ada depan mata.Nak ayam goreng, KFC ada McD ada malah kat pasar malam pun ada.Burger ada roti gardenia ,masimo dan macam-macam bun ada termasuk makanan masakan panas juga makanan berbagai style jenis seoul garden , steamboat, ala Thai, ala Western dan berbagai jenis lagi yang siap sedia terjual dimana-mana dan di merata-rata.Kalau cerita pasal makan memang tidak akan habis...so saya tamatkan citer saya disini je lah....selamat makan makanan selamat agar selamat dunia akhirat...
Top 5 Casinos In The Philippines - Poormans Guido and
ReplyDeleteThe top 바카라 커뮤니티 5 casinos 토토커뮤니티 in the Philippines: 스포츠토토 BONANZA, BAYA BAYA 여수 휴게텔 BINGO, CAYA BINGO, CAYA CAYA BINGO, BINGO, CAYA BINGO, BINGO, 로투스 바카라 중계 GAMES, DAT, EZ, EZ