Sunday, 16 December 2012
JANGAN TUNGGU LAGI
Jangan tunggu lagi sebuah cerita yang agak menakutkan yang akan dipaparkan sebentar lagi.Kalau rasa-rasa takut tak perlu meneruskan bacaan ...dan jangan tungu lagi...offline....hehe...Kalau rasa nak tau cerita seram ini, jom...jangan tunggu lagi teruskan membaca....
Rasanya tak lengkap sebuah kehidupan kalau tak pernah merasa diri diganggu gugat oleh sesuatu yang scary..ye lah...situasi bahagia dah dirasa, suasana sedih juga kemungkinan telah mengalami ..tapi amat jarang orang merasa keadaan serammm...hanya orang-orang terpilih jer yang kena gangguan ni...samada 'ia' ingin bergurau atau untuk menakutkan orang-orang yang penakut....saya memang seorang yang amat penakut tapi oleh kerana kerap diganggu macam dah lali....perasaan takut dah mula hilang dan boleh menonton cerita hantu yang seram....Gangguan pertama saya hadapi ketika umur 14 tahun....tapi opppss dah pukul 12.00 malam nih...sambung esok la erk....seram lak nak menulis tengah-tengah malam ni.....
Haa...sekarang 12.00 tengahari, 16 Dis...kita sambung semula cerita yang terhenti...lewat sikit lawat blog hari ini sebab rutin hujung minggu awal pagi kena warm-up dulu, jogging 45 minit untuk menjaga kesihatan terutama jantung. Then siapkan semua 'housekeeping' barulah relax ...kan....
Malam tu kakak saya terlalu ceria dapat tiket free untuk konsert artis yang datang ke kampung saya.Katanya dia akan pergi dengan teman lelaki sekolahnya.Semua jiran-jiran pun sibuk nak pergi tengok konsert tersebut.Saya teringin juga nak joint tapi tak ada teman.Mak kata duduk rumah je temankan dia.Tetiba dah dekat jam 9.00 malam my cousin datang ajak menemaninya ke konsert itu.Katanya ramai artis popular datang.Saya yang taktau apa-apa ikut jer setelah diizinkan oleh emak..Itupun jenuh pujuk mak yang tak berapa nak bagi kebenaran.. Sampai ke pintu masuk konsert penjaga tiket terus membenarkan kami masuk tanpa membayar harga tiket...dah rezeki kami kot ataupun penjaga tiket tu kenal my cousin..maklumlah my cousin tu terbilang juga cantiknya di kampung saya.
Pertunjukan dah bermula,.saya dan cousin berdiri dicelahcelah orang ramai.Asyik dengar lagu-lagu yang mempesona cousin saya menghilang...Adusss...mana nak cari tengah orang ramai ni..camana nak balik nanti..saya tak berani balik sensorang dalam gelap malam dan 2 km jauh dari sini.Saya hilang fokus pada pertunjukan sebab hati saya berdebar tak tentu arah lalu ambil keputusan untuk balik.Keluar dari kawasan pertunjukan saya mencari kat mana paking basikal tadi.Teraba-raba sebab gelap sangat. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya tanpa amaran.Saya meneruskan niat untuk balik walaupun hujan lebat .Keadaan sepanjang jalan sunyi dan gelap pekat.Orang kampung masih belum bergerak balik walaupun hujan.Mereka masih setia bersama artis yang mereka minat.Sepanjang jalan saya membaca semua surah yang saya hafal sambil mengayuh laju-laju.Basah kuyup dah....menggigil kesejukan...Penyesalan mula menjelma,tadi kalau ikut cakap emak taklah saya jadi begini.Dari jauh saya lihat ada cahaya lampu .Hati lega seketika sebab saya fikir ada orang kampung lalu jalan yang sama.Semakin mendekat baru saya perasan ..ehh siapa pulak dalam hujan lebat begini bawa lampu pelita..kenapa lampu tak padam dek air hujan...Api pelita melintuk liuk buat saya seram sejuk..semakin hampir dengan pelita itu...jangan tunggu lagi...saya turun dari basikal dan bawa basikal lari sekuat hati....saya toleh belakang api pelita dah tak ada, lagi laju saya lari lintang pukang dan terus masuk dalam rumah dengan keadaan basah dan wajah pucat lesi.Setelah mandi dan tukar pakaian saya cerita semua pada mak.Mak kata biasalah kat pokok mempelam yang sebesar pemeluk tu area Hantu Lampor ...Taubat taknak keluar merayau malam hari lagi.
Suatu hari setelah terlupa peristiwa Hantu Lampor, sekali lagi saya teruja ingin mengikut cousin saya menangguk udang kat taliair tak jauh dari rumah.Seperti yang dijanjikan selepas maghrib kami ramai-ramai 5 orang membawa kelengkapan menangguk dan yang penting lampu suluh kuasa bateri selkering 4 biji.Cerah dan terang benderang.Cousin saya walaupun semua perempuan tapi tahan lasak.Saya cuma terikut-ikut sahaja kerana menurutnya malam sebelumnya dia dapat udang yang banyak.Sampai ditepi taliair dia mula menangguk.Saya tengok jer.Kakak saya tukang pegang lampu picit.Bila tangguk diangkat...tergedik-gedik udang atas jaring halus.Itulah pertama kali tsaya tengok udang hidup.Jernih dan aktif melompat.Sepupu yang lain tukang kutip udang dan letak dalam bekas.Saya tolong buka dan tutup bekas tersebut sebab takmau udang melompat keluar.Dua tiga kali menangguk hampir penuh udang.Tiba-tiba lampu picit terpadam.Jenuh kami ketuk bagi menyala tapi ternyata ia tak berfungsi.Kami tak peduli hal lampu dan terus mengutip udang dalam kesamaran cahaya bulan.Dalam kesibukan itu terdengar bunyi suara anak kucing kat tepi kami..jenuh cari tapi tak jumpa anak kucing.Bila buka penutup bekas udang..bekas dah kosong seekor udang pun tak ada.Kami saling berpandangan..serentak dengan itu kami sama-sama sepakat jangan tunggu lagi dan terus lari balik sekuat hati seperti lumba lari..Sampai rumah ,kami tertanya-tanya di mana udang yang kami tangguk.Nak kata anak kucing makan takkan bekas masih bertutup rapi ,boleh ke anak kucing membuka dan menutup bekas dan takkan anak kucing boleh habiskan udang sekelip mata tanpa tinggal seekor pun.Anak kucing tu datang dari mana.Kami cari anak kucing tapi tak jumpa.Akhirnya Mak Sedara kata agaknya kamu semua dikacau oleh Hantu Air.
(Pada masa saya menulis ni terdengar suara lelaki memberi salam dengan kuat dan lantang depan rumah,saya lantas menoleh kerana saya duduk ditepi tingkap,bila dijenguk menjengah sana sini tiada sesiapa pun.....)
Nasib baik saya tak meneruskan coretan ini malam tadi...Teringat arwah mak kata kalau waktu tengahari camni ada Hantu Weywey hantu tu suka sorokkan kanak-kanak dan hidangkan masakan mee goreng....sebenarnya hidangan cacing...gulp....wekkk....Kakak ipar saya waktu kecil semasa balik sekolah pernah dibawa Hantu Wei Wei bersembunyi dalam semak bawah jambatan.Katanya dia nampak air sungai mengalir tapi macam diawangan, yang jelas dia nampak kawan-kawannya ada sama tapi tak pasti apa yang sedang dilakukan sehingga ada orang menarik tangannya bawa balik ke rumah.Pada waktu subuh atau maghrib pula sekiranya kanak-kanak tiba-tiba ghaib ,orang tua-tua kata dibawa dan disorok Hantu Lemper dan Hantu Cepet..sebab itu pesan orang-orang tua jangan bermain waktu berlabuh senja.
Anak saudara saya pernah dibawa lari Bunian masa umurnya 4 tahun.Mereka sekeluarga tinggal dikuaters sekolah kebangsaan yang dibina semasa British memerintah,tak ingat tahun bila. Selepas minum petang anak saudara saya bermain bersama kakaknya yang brusia 5 tahun didepan tangga rumah.Tiba-tiba anak saudara saya hilang.Kecoh mencari dan berita cepat tersebar ,satu kampung mencari sementara ayahnya pula pergi ke rumah Tok Moh pakar ilmu ghaib.Setiap ceruk dan sudut dicari namun hampa.Ayahnya call dari rumah Tok Moh supaya gerakan terus mencari kerana menurut Tok Moh dia belum pergi jauh masih ada disekitar rumah.Ibunya bagai gila mencari dalam rumah dalam almari dalam mesin basuh dalam peti sejuk bawah katil dan dicelah-celah ,semua diselongkar.Akhirnya ternampaklah oleh seorang jiran ,anak saudara saya ditemui disuatu sudut luar rumah sedang bertenggong seperti berkhayal.Walhalnya berpuluh kali telah dijengok sudut tu sebelumnya.Dipanggil namanya berkali-kali dia tetap diam membisu dan tak menoleh.Ibunya menerpa memeluk membacakan sesuatu dan memandikannya kerana terlalu comot.Setelah tenang,ibunya bertanya lalu dia menjawab..dia diajak naik kuda terbang berwarna kuning tapi bapanya tidak membenarkan.Sejak itu dia mula murung dan tidak ceria.Selalu berkhayal dan tidak fokus.Sekali lagi bapanya berusaha merawat secara tradisional.Menurutnya Bunian berkenan pada anak saudara saya kerana namanya sama dengan anak Bunian dan ingin membawa anak saudara saya ke alamnya sebagai kawan sepermainan anak bunian tersebut.
Sebelum kakak saya tinggal dalam rumah kuaters tersebut ada keluarga Guru Besar tinggal disitu.Anak sulungnya hilang dalam kandungan isterinya pada malam jumaat.Menurut isterinya dia selamat bersalin dan anaknya disambut dengan kelengkapan berwarna kuning bersama beberapa orang berpakaian kuning, cuma beliau tak dapat membuka mulut untuk wake-up suaminya yang tidur disebelah.Menurut kepercayaan orang terdahulu anak Guru Besar itu diambil Bunian.Setiapkali ulang tahun kelahiran anak itu maka akan ditunjukkan kepada ibunya pada malam jumaat setiap tahun. Ini diceritakan sendiri oleh adiknya yang sama sekelas dengan saya waktu itu kami masih disekolah rendah.Menurut cerita ibunya ,beliau nampak jelas anaknya membesar setiap tahun cuma tidak dapat berkata-kata .
Berbalik pada kisah saya, pada usia mencecah 18 tahun hingga 20 tahun banyak mengalami keanehan dirumah saya sendiri..Semasa saya kecil rumah saya sentiasa ceria kerana toknek, mak sedara dan ramai jiran-jiran dok sekeliling rumah saya.Selepas nenek saya meninggal emak saudara saya berpindah ke penempatan baru diikuti oleh jiran-jiran yang lain.Ayah saya meninggal waktu usia saya 18 tahun,emak saya tidak mahu berhijrah kerana banyak kenangan di rumah kampung yang amat selesa baginya.Maklumlah rumah itu ayah saya yang membinanya sendiri.Boleh ditambah ruang sesuka hati tak perlu plan atau kelulusan Majlis.Lagi pun emak saya suka bercucuk tanam,apa sahaja yang ditanam akan tumbuh segar.Emak saya juga suka menternak ayam kampung, itik dan burung puyuh.Tapi apa kan daya ,seorang demi seorang jiran berpindah maka tinggallah kami 3 buah keluarga sahaja dikawasan tersebut tak jauh dari kawasan sekolah. Saya tinggal berdua dengan emak dirumah pusaka arwah ayah.Masa itu saya baru sahaja menduduki exam STPM dan bertugas sebagai guru sandaran di kampung lain.Suatu malam saya tidur dengan lena tetapi terkejut terjaga bila tubuh saya ditindih begitu berat oleh sesuatu benda berbulu.Saya tak dapat membuka mata tapi terasa jelas ibu jarinya yang besar dan kasar juga berbulu membelai pipi saya. Saya cuba membaca ayat kursi dengan susah payah dan sedaya upaya saya...Alhamdulillah...perlahan benda berat semakin hilang.Sejak itu saya tidak berani tidur seorang diri .Dimana emak saya tidur saya pasti disebelahnya.Bila cerita pada kawan-kawan kisah itu,mereka juga pernah alami perkara yang sama.Emak mereka kata kami diganggu Hantu Tindih.Hantu Tindih suka ganggu anak-anak atau remaja berusia anatara 17 hingga 20 tahun.
Walaupun saya dah melebihi usia 20 tahun tapi gangguan tetap ada.Kali ini gangguan talian telefon.Telefon di rumah saya sentiasa tergendala mulai jam 8.00 malam sehingga waktu subuh.Tepat jam 8.malam telefon akan berdering dan bila diangkat hanya kegengaran bunyi air berkocak atau bunyi detik jarum jam atau bunyi desus nafas tanpa suara.Talian jadi hanging...tak terputus bila diletak dan tak dapat digunakan untuk mendail keluar.Kes ini berlarutan sehingga menyebabkan adik beradik yang tinggal berjauhan berkeluh kesah marahkan saya bergayut telefon semalaman suntuk walhalnya telefon yang buat masalah.Kemuncaknya bila ada saudara terdekat meninggal, kami orang yang paling lewat dapat perkabaran kerana talian tidak dapat digunakan dalam tempoh masa tersebut.Akhinya saya membuat aduan kerosakan.Setelah diperiksa oleh pihak Telekom tiada apa-apa masalah.Semuanya dalam keadaan berfungsi dan tiada sedikit pun kerosakan.Saya mula beranggapan mungkin kejadian itu angkara pemuda-pemuda kampung yang ingin mengusik.Boleh jadi mereka menggunakan teknik luar jangkaan yang membolehkan talian 'hang' sepanjang masa.
Suatu hari kawan sekolah saya masa Form6 dulu datang ke rumah.Dia berada seminggu di rumah saya kerana beberapa bulan lagi dia akan berumahtangga.Waktu telefon berbunyi sekitar jam 8 malam dia mencadangkan agar saya membacakan surah yassin waktu mengangkat talian.Saya tidak berapa setuju dengan cadangannya kerana saya amat percaya itu cuma perbuatan pemuda-pemuda kampung.Kalau dah jemu nanti pulihlah semula keadaan ini.Tapi kawan saya mengambil surah yassin yang berada dimeja telefon dan membacakannya ditepi corong telefon.Seketika itu talian putus, gagang diletakkan dan Alhamdulillah telefon boleh berfungsi seperti asal.Apa lagi.. kawan saya terus menganggap 'hantu' yang kacau.Terpulanglah pada dia.Esoknya bila talian berbunyi lagi dia cepat-cepat angkat dan berkata "hoi hantu..dengar ni."..sambil baca surah yassin....Alangkah terkejutnya dia bila terdengar suara lelaki garau dan kasar menjawab ditalian.."saya bukan hantu...siapa baca yassin tu" dengan nada garang dan marah....dan telefon kembali hang sampai ke pagi.Selepas itu setiapkali dering telefon waktu malam,saya terpaksa membacakan surah Yassin.Sejak itu talian telefon kembali pulih seperti biasa.
Peristiwa kemuncak yang paling menakutkan apabila emak terpaksa pergi ke rumah kakak saya yang baru bersalin.Saya menumpang tidur di rumah kakak di kuaters guru sebab takut sendirian di rumah.Awal pagi saya terus pergi mengajar dan sebelah petang baru saya balik ke rumah untuk mengemas.Alangkah terkejutnya kerana saya dapati didepan rumah penuh dengan bekas tapak kaki besar sepanjang lebih sekaki.Jari jemarinya bulat-bulat .Yang anehnya ibu jari kaki berada ditempat jari kelingking...terbalik sudah....siapa pulak nak main-main kat depan rumah kosong ni semalam?..saya cuba mengikut jejak tapak aneh dan ganjil ..mudah menjejakinya kerana tanah lembut selepas hujan lebat semalam sebab itu nampak jelas tapak itu dimana-mana..juga ada dibawah pohon jambu yang rendang...sekiranya orang ni besar (berdasarkan tapak kaki yang cukup besar)tapi kenapa masa melalui pohon jambu tiada dahan yang patah, saya turuti lagi tapak besar itu tapi tapak tersebut hilang begitu sahaja tanpa kesan seterusnya...masa itu barulah saya terasa seram sejuk dan tidak menoleh dan jangan tunggu lagi... saya terus berlari balik ke kuaters guru.Kakak saya yang paling berani dalam family juga nampak ketakutan.Dia tak berani nak pergi melihat sendiri apa yang telah saya ceritakan.( Waktu saya menulis sampai ayat ini tiba-tiba laptop saya terpadam ,dan rosak )
17 Dis.... continue..(Laptop sedang diperbaiki) Guna komputerdesk pula...
Keluarga menjadi kecoh.Abang-abang saya bimbang keselamatan kami berdua.Masing-masing ada cadangan untuk kami berhijrah tapi emak saya masih dapat alasan kuat dan mematahkan usul mereka.Saya semakin bosan kerana kerap terlihat ular putih, ular senduk menjalar dalam rumah.Adakala terjumpa ular besar berwarna emas melingkar tiba-tiba di depan mata menghalang perjalanan.Haha.. apakah itu ular jelmaan putera raja? sengaja saya bergurau dengan emak untuk menghilangkan rasa bosan dengan gangguan sebegitu.
Tidak lama selepas itu,suatu petang ,emak kelihatan terlalu cemas sebaik pulang dari surau berdekatan setelah selesai mendengar tazkirah jumaat.Emak banyak berdiam diri.Emak seperti sedang memikirkan sesuatu.Esoknya emak memberitahu saya supaya cepat berkemas untuk segera berpindah.Terkedu dan terduduk saya mendengar arahan emak sedangkan lusa dah masuk bulan puasa.'Tak mengapa,bawa barang perlu dulu sikit-sikit ,emak nak pindah dalam minggu ini juga".Saya pun mula berkemas siang dan malam.Saya mengajak anak saudara mencuci rumah baru kami yang terletak berhampiran sungai, sekolah,klinik dan ramai jiran tetangga di kawasan tersebut Jauhnya lebih kurang 12 km dari rumah asal.Semasa proses berpindah saya pernah tersesat jalan .Waktu perjalanan balik dari mencuci dan mengemas rumah baru,hujan turun tersangat lebat.Anak saudara menyarankan agar lalu jalan shortcut agar cepat sampai rumah kerana hujan teramat lebat dan mendung gelap.Hari pun semakin senja.Tiba-tiba motorsikal kami terbenam.Enjin mati.Kami turun dan menolak motor tersebut.Kanan kiri jalan yang sempit itu baru kami perasan terdapat banyak batu-batu nisan lama yang hampir terbenam.Kami mempercepatkan menolak motor laju-laju dan start enjin cepat-cepat meninggalkan kawasan itu, jalan ini seperti tidak pernah digunakan orang. Sampai dirumah kami beritau pada abang ipar macamana kami tersesat hingga terjumpa kubur lama.Lama abang ipar saya termenung dan memberitahu,selama ini dia pun tak pernah jumpa jalan yang kami lalui sebentar tadi.Entahlah...saya pun bingung dan smpai hari ini tak jumpa jalan itu lagi. Sebenarnya rumah yang kami nak pindah itu sebelum ini disewakan kepada seorang guru ,kini telah dikosongkan.Maka dalam bulan Ramadhan kami berpindah rumah.Di rumah baru barulah emak menceritakan semasa tazkirah di surau tempohari kawannya memberitahu rumahnya didatangi Hantu Jepun Tanpa Berkepala.Hantu itu lengkap berpakaian tentera berjalan mundar mandir dalam rumah dengan lehernya menyemburkan darah.Semalaman kawan emak itu tidak tidur,darah yang menyembur jatuh mengotorkan tikar mengkuangnya.Darah itu masih terlekat pada tikar hingga ke pagi.Hehe...patutlah emak ketakutan..jangan tunggu lagi...bulan puasa pun sanggup angkat barang berpindah.
Dipendekkan cerita tidak lama selepas itu saya pun berkahwin.Setahun lebih ,ibu mertua saya meninggal.Suami saya adalah anak bongsu dan diwasiatkan untuk menjaga rumah pusaka peninggalannya.Kami sepakat berpindah dari Ipoh dan balik menetap di kg ibu mertua. Saya tidak berapa selesa di rumah tersebut..entahlah..Gangguan di mana-mana tetap ada.Jam 3 pagi saya terjaga apabila cermin tingkap rumah tetiba menjadi cerah.Ada bayangan jelas pokok-pokok bunga yang biasanya terdapat di tanah perkuburan satu persatu menjelma seperti tayangan slide.Bila saya gerak suami perlahan-lahan slide hilang sedikit demi sedikit.Esok malam pula apabila suami kerja shift malam, sekali lagi saya diganggu.Kali ini jam 3.30 pagi.Tetiba diluar pintu bilik tidur saya, ada orang meniup harmonika.Semakin lama semakin dekat dan membingitkan telinga.Saya menjadi ketakutan dan sangat cemas..jangan tunggu lagi...saya menarik meja TV dan merapatkan ke pintu dan apa sahaja benda berat untuk menghalang pintu daripada ditendang orang.Saya beranggapan ada orang pecah masuk ke rumah.Tiupan harmonika sekejap menjauh sekejap mendekati pintu bilik tidur beralun-alun .Saya mengambil Quran dan memeluk erat ..menggeletar seluruh badan.Saya ceritakan kepada suami tapi dia tak percaya.Saya mengemas rumah sambil mencari-cari kesan lain kalau-kalau boleh membantu saya mencari jawapan bunyi apakah semalam.Di bilik sebelah saya menjumpai beberapa ketul najis manusia dibawah katil.Suami saya tidak mengendahkan apa yang saya jumpa.Saya terpaksa mencuci sendiri najis siapakah itu..
Tidak lama selepas itu saya menerima tawaran bertugas di Shah Alam.Saya membawa bersama emak untuk tinggal bersama menemani saya kerana suami belum terbuka hati untuk berpindah ke Shah Alam.
Berpindah rumah bukan bererti selamat dari gangguan ,selepas solat subuh,emak terjumpa cincin besar diperbuat daripada tembaga putih berbatu kelabu atas katil. Puas dia tanya kepada semua anak cucunya siapa punya cincin dan masing-masing tidak pernah melihat cincin tersebut.Cincin itu adakala hilang adakala dijumpai semula.Sehingga sampai pada satu ketika, rumah saya didapati dalam keadaan aneh.Sewaktu bangun tidur, saya dapati semua perabot yang berpintu dalam keadaan terbuka dan ternganga luas.Benda bertutup semua terbuka.(Kabinet, almari pakaian, almari cermin hiasan, laci , pintu, tingkap semua terbuka.Saya pasti mesti rumah saya dipecah masuk orang tetapi setelah diperiksa tiada satupun barang yang hilang atau tiada sedikitpun tanda-tanda penyelongkaran.Semua dalam keadaan tersusun rapi.Saya bertanyakan hal ini pada rakan sekerja dan seorang ustaz telah memberitahu bahawa jangan kita cuba menyimpan barang berupa cincin kerana benda seperti itu ada 'tuannya'.Beliau menasihatkan saya agar meletakkan cincin yang dijumpai itu dimana-mana yang sesuai atau dibuang...Jangan tunggu lagi...Tanpa pengetahuan emak ,saya mencari cincin itu berbulan-bulan.Akhirnya ia menjelma sendiri depan mata.Saya bungkus dan meletakkannya didalam kotak cadangan di masjid berdekatan.
Sejak itu saya tidak lagi menerima sebarang gangguan cuma baru-baru ini sewaktu saya terbangun awal pagi terdengar seperti suara berdengkur yang kuat ditepi pintu dapur.Saya teliti dan mengamati..sah..dengkuran lelaki...Tidurlah awak....asal jangan ganggu saya..bila terdengar azan subuh...dengkuran hilang begitu sahaja...
....jangan tunggu lagi...dah habis...setakat ini..sebuah kisah real tapi aneh yang pernah saya alami...
Friday, 14 December 2012
SENDIRI AKU DISINI
Sendiri.....dok bersendirian kadang boleh release tension boleh rehat panjang dapat tidur lena secukupnya ada banyak masa untuk melaksanakan hobi...hobi saya menulis..zaman saya anak dara dulu ada laa sekali dua tulisan saya keluar kat media cetak..salah satunya Cerpen...penulis muda katakan...ada lak foto dan biodata penulis...fuhhhh selepas itu hari-hari yang mendatang penuh keceriaan juga penuh jer peti surat dengan surat-surat peminat...owhhhh agak glamer saya waktu itu...sehingga posmen tak larat nak hantar surat kat saya...tapi itu dulu..sekarang ni nak membina ayat puitis dah berkurangan cuma apa sahaja yang terlintas diminda akan saya coretkan so kalau bersendirian banyak idea datang,tidak terganggu oleh aktiviti lain maklum sajalah saya tak perlu ke dapur memasak (dah seminggu saya tak nyalakan api dapur untuk memasak) saya tak perlu mesin pakaian kotor tiap hari dan saya tak perlu arah itu ini pada sibongsu saya.Sekarang ini sibongsu saya berada dengan keluarga pengasuhnya yang seperti keluarga dia juga.
Tapi bersendirian dalam jangkamasa panjang juga bahaya kerana menurut kajian sering duduk bersendirian akan mempercepatkan kita dapat penyakit nyanyuk (senile/deranged/dotage/doting) kerana tiada orang lain untuk berkomunikasi,imagine kita sentiasa melayang mengenang masa lalu tanpa batasan kerana tiada gangguan,kalau terkenang yang manis mulalah tersenyum senyum sendiri dan bila nostalgia duka maka akan merembes air mata.Ada juga yang terus berangan masa depan tanpa gannguan. Lama-lama mental terjejas...betul tak...ada logiknya akan jadi begitu.Ertinya tinggal bersendirian membahayakan kesihatan mental dan juga membahayakan diri (manalah tau sakit atau musibah datang hanya diri sendiri yang tahu)jika ditakdirkan matipun lambat diketahui orang...hehe..
Angu'zubillah....mudah-mudahan saya panjang umur....misi saya belum tercapai...anak masih memerlukan saya...berdoalah agar kita sama-sama panjang usia dan sentiasa dalam keberkatan dan dijauhi kemaksiatan.
Saya biasa hidup sendiri walaupun telah berumahtangga namun kerana kerjaya adakala kita tinggalkan suami buat seketika atau suami tinggalkan kita buatsementara sehingga dapat bertukar tempat yang sama.Biasalah adat kehidupan berkerjaya tetapi jangan sampai ada 'orang ketiga' membuat onar menyampaikan fitnah tak senang melihat ketabahan kita.Saya juga pernah merasa keadaan sebegini.Jauh dari suami...Hadir kursus dianggap berpoya-poya keluar masuk hotel san-sini.Pergi pasar malam beli barang dapur dianggap keluar dating.Oleh kerana dakyah-dakyah tidak berasas cenggini menyebabkan majikan simpati dan menghantar sendiri kemana sahaja arahan hadir meeting.Saya amat berterima kasih pada majikan yang berbaik sangka dan berhati mulia ingin mempertahankan mahligai anakbuahnya.Tapi fitnah senang dicipta dan seronok bila berjaya ..terfitnah pula boss mengahantar ke sini sana menyebabkan saya minta izin boss untuk duduk seat belakang dalam van yang dipandu oleh boss.Saya rasa boss ni dah lama bersara semoga beliau panjang umur bahagia seisi keluarga.Boss yang baik dikenang jua sampai bila-bila.
Biarlah apa sahaja orang yang berkata-kata kerana bagi saya Allah Maha Mengetahui segala-gala tentang kita dan kita kena jaga diri sendiri untuk lurus dijalan kebenaran yang disyariatkan."Hidup Matiku Hanya UntukMu Ya Rabb...Rabbana La Tuzi' Qulubana Ba' Da Iz Hadaitana Wahab Lana Minladun Karohma Innaka Anta Wahhab.....
Sejauh manapun kita memepertahankan sesuatu yang amat kita sayangi bila Allah mengkehendaki sesuatu terjadi maka jadilah....dan kita sebut ianya suatu Takdir bagi kita untuk menghadapinya.Biarpun sesedih mana hati dan jiwa tersayat pilu, kita kena menghadapinya dengan tabah dan kuat yang kita sebut Redha menerima Qada dan Qadar Allah SWT...mungkin sesuatu tidak kita ketahui disebalik kejadian yang kita hadapi dan orang biasa sebut mungkin ada hikmah disebalik ketentuan Allah berikan ini.
Kesabaran dan ketabahan harus diteruskan walau 'mereka' tahu apa yang saya ada telah punah tapi masih ingin terus menyakiti..hati dah tersayat sembilu luka diri pula mengalami sakit bagai terseksa .saya harungi jua sendirian dalam hati saya katakan ..semua ini dugaan Mu Ya Allah untuk menguji sejauh mana keimananku..Berusaha dan berdoa tiap masa tak kira wang yang keluar rawatan dimana-mana agar diri sihat sejahtera.Dengan takdir Allah Yang Maha Esa pada masa saya menunaikan solat zohor entah kenapa 7 kali terbersin sehingga berat hidung menanggung sesuatu akan keluar..solat diteruskan dengan bacaan surah pendek dan segera tertunai 4 rakaat setelah memberi salam saya segera mencapai tissu dan mengeluarkan sesuatu dari hidung.Subhanallah....Allahuakbar.....seperti seketul jelly keluar bersama benang hitam berbentuk huruf YA (Hijaiyah ).Saat itu tubuh saya menggeletar tak mampu berbuat apa-apa.Panik dan takut kerana pada waktu itu saya sedang bersendirian..Dengan kekuatan yang ada saya sendiri telitikan benang tersebut ..cuba diluruskan..didapati panjang benang dalam 3 atau 4 cm dan dihujungnya bersimpul dan simpulan tersebut menjuraikan urat-urat halus benang.Hanya beberapa saat benang tersebut kembali ke bentuk asal HURUF 'YA' Hijaiyah..(sehingga hari ini saya tidak pasti apakah maksudnya perkara ini terjadi dalam hidup saya) saya simpan sendiri keanehan tersebut dan terlupa pula nak merakamkan gambar benang tersebut selama dalam simpanana saya sebelum saya buang ke sungai ,kerana sepanjang menyimpan benang tersebut berbagai seksaan perit saya tanggung sendirian.Pernahkah anda rasa sakit sepertimana isi nak tertanggal dari tulang? Istilahnya begitulah....Begitulah yang pernah saya alami.
Semuanya kekuasaan Allah ...agar hambaNya lebih mendekatkan diri padaNya.Bukan bermakna sendiri itu keseorangan tanpa sesiapa tapi kita ada Yang Maha Esa yakni Allah sentiasa bersama kita .Tidak pernah meninggalkan kita walau sedetik pun jua...Berbicaralah denganNya melalui doa, bersyukurlah padaNya dan ikutilah perintahNya..
Ada juga kebaikan bersendirian kerana lebih khusyuk waktu bersolat,banyak masa untuk memahami maksud bacaan Al Quran,lebih masa untuk mempelajari dan memahami buku-buku ilmiah dan bak kata orang manfaatkanlah masa sendirian itu sebaiknya....begitulah adanya...sekian saja...coretan bersahaja dari saya yang sedang bersendirian...yg baik datangnya dari Allah SWT dan yang terkurang itu adalah dari diri saya. ....Pesanan saya...Jagalah diri ......

MEMORIES PORT DICKSON
Agak lama juga tidak ke sini..rasanya dah 5 atau 6 tahun lalu..tapi oleh kerana panggilan tugasan.."saya yang menurut perintah" 9 Dis 2012 telah membawa saya ke sini.Menginap di sebuah hotel bergelar Beach Resort yang amat mendamaikan.Kebetulan cuti sekolah maka ramai pengunjung datang bersama keluarga untuk bercuti dan bersantai di sini.
Empat hari disini sungguh selesa sesuai dengan namanya Selesa Beach Resort.View dari bilik amat menyenangkan.Laut indah beralun mesra menyapa tepian pantai nan bersih tanpa jemu.Lambaian dedaun pohon nyiur ditiup bayu laut terasa menyegarkan.Cuaca bertukar silih berganti.Cerah mentari menyinar laut menjadi redup dan kelam.Awan mendung datang menandakan hari akan hujan.Pantai yang ceria dengan telatah manusia tetiba menjadi suram.Sunyi....
Beralih di dewan makan, tamu dilayan dengan mesra.Pelbagai hidangan terhidang dengn aroma menerpa..pastinya menu 'masak lomak cili api' telah tersedia.Makanlah sementara selera masih ada namun berhentilah makan sebelum kekenyangan...jangan diturut kata hati melihat menu semua enak sekali...
Bilik tidur cuma untuk melelapkan mata sekadarnya sahaja.Datang ke sini bukan untuk merehatkan minda tapi kerana kerja dan terpaksa akur untuk mendapatkan ilmu yang ditimba.
Hari-hari yang dilalui disini tanpa jemu..melihat sunrise dan sunset yang amat menarik hati.Subhanallah...indahnya alam ciptaanMu Tuhan.....serasa ingin mendiami dunia ini selamanya.
40 rakan bersatu dari seluruh negeri...bersedia menerima apa sahaja yang diberi.Manfaatkan segalanya setelah kembali ke negeri sendiri nanti.Dalam berat sarat ilmu yang dikongsi terselit telatah lucu sesama kami, menunjuk bakat dalam seni ,tidak ketahuan derap tingkah membuat fasi ketawa tak kering gusi....markah diberi mengikut sesuka hati fasi bukan mengikut kreativiti namun kami tak ambil hati sebab juri buat kami ketawa geli hati..
Waktu belajar kami tekun,waktu teambuilding kami akur,waktu kuiz kami gerun kerana soalan sejarah dah kami tinggalkan berkurun.Penyelamat markah kuiz adik-adik pelapis ,soalan datang jarang ditepis begitulah hebatnya bila bekerjasama dalam satu team.
11 Dis` malam dinanti kedatangan Ketua Jabatan amat dirahmati..kerana siang tadi baru menerima anugerah Dato' sempena sultan negeri menyambut hari jadi...lalu beliau menyampaikan amanat kepada kami agar tugasan siap sedia direntasi jangan kita lalai lagi..
Sebelum itu..10 Dis..Timbalan Ketua Jabatan menemui kami..menyatakan hasrat agar kami sentiasa ingat Ilahi agar bekerja dengan bersih hati.Untunglah kami...Ketua tertinggi sudi menemui kami walau mereka sibuk sekali tapi kepada para pegawainya tidak dilupakan sama sekali...
Malam dingin menjengok rasa,ku buka jendela melihat angkasa.Taburan bintang berkerlip ceria,lintuk liuk daun kelapa ...indahnya ...namun tak larat membuka mata...jam sudah pukul dua...tidurlah esok kan terjaga tepat masa..lewat turun breakfast sukar mendapat meja kerana hotel penuh dengan warga pekerja dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.Maybe disini sangat selesa sebab itulah ramai tamunya....
Petang-petang lepak tepi pantai bersama rakan bercerita pengalaman sementara menunggu mentari menghilang dititik permukaan laut dan awan..memandang ke kolam renang,cerianya kanak-kanak berenang diawasi ibu bapa tersayang...Port Dickson....jatuh hati disini dengan view menarik dan santai menenangkan dan menceriakan hati...Bila-bila masa saya akan mai ke sini lagi......

Wednesday, 12 December 2012
PENGENALAN QASEH QIESYA
Pastinya pembaca yang terbaca blogger saya ni tertanya-tanya mengapa saya menggunakan title Qaseh Qiesya disini.Dimulakan mukadimah~ permulaan saya membuat blog adalah untuk membuat catatan rentetan kehidupan kami sekeluarga..Terutamanya mengenai kisah anak-anakku..Bak kata orang "Kenangan lalu sebaiknya di baitkan dalam laman untuk generasi akan datang"..Tujuannya..Yang baik jadikan teladan dan yang kurang jadikanlah sempadan agar tidak mengulangi kesilapan lalu..Maybe juga sebagai rentetan sejarah keluarga.Almaklum sahajalah berbagai situasi boleh kita alami sepanjang kehidupan kita...
Sepanjang kehidupan bersama puteri-puteri saya yang tersayang , terlalu banyak kegetiran, kepahitan , kepayahan yang dilalui bersama ,namun kita kena redha kerana segalanya adalah ketentuan Allah SWT .Kami yakin apa sahaja yang berlaku ke atas kami ada hikmah disebaliknya dan kemungkinan juga ianya sebagai menguji sejauh mana keimanan hambaNya.Sabarlah anak-anakku....Ibu ilhamkan bait-bait puisi spontan khas buatmu, bacalah....
Anak-Anakku.....
sembilan bulan dalam kandungan
ayat-ayat suci Al-Quran telah ibu perdengarkan
surah Luqman, surah Yusuf dan surah Maryam ibu ditekankan
agar anak-anak ibu bijak, cantik paras rupa dan tabah sentiasa...
sampai usia boleh menyebut sukukata
ibu ajarkan iqra'
sampai masa boleh membaca
ibu hadiahkan pelbagai jenis buku cerita
sampai masa mengenal bersih , suci dan kekotoran
ibu ajarkan puasa dan sembahyang
Anak-anakku
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.....
usia 5 tahun sebulan penuh
puasa ramadhan dapat dilaksanakan
usia 7 tahun solat penuh lima waktu dalam latihan
sebelum 10 tahun ayong dan kakchik
telah khatam Al Quran....
Anak-anakku
Ibu telah didikmu dengan penuh kasih sayang
mengejar kejayaan duniawi demi masa depan
namun bekalan akhirat jangan dilupakan
untuk kesejahteraan dalam alam yang berkekalan ...
AYONG....Lahirmu 21 haribulan
sebagai anak sulung
penuh tanggungjawab berat
ambil alih tugasan setelah ketiadaan ibu kelak
contohilah kepada adik-adikmu
muslimah sejati.........
sejahteralah ibu di sana nanti
KAKCHIK...Lahirmu 22 haribulan
sebagai anak tengah
bantulah kakakmu mengeratkan siltulrahim
antara kalian
pautan kasih sesama adik beradik
menyejukkan ibu di sana nanti...
MY LIL PRINCESS...Lahirmu 23 haribulan
Ibu amat takjub dengan kekuasaan Allah
melahirkan anak-anak ibu ikut susunan nan teratur
walaupun kalian adalah perempuan
ibu berbangga dengan pencapaian kalian
teruskan anak-anakku..
Kasih pada Yang Maha Esa kekalkan selamanya
Kasih pada ibu membawa ke syurga.......
Kasih dan menghormati kakak-kakakmu
membawa keakraban tiada penghujungnya.....
Tiada harta yang dapat ibu himpun untuk diwariskan
hanya ilmu ibu bekalkan
sebagai perintis masa depan nan gemilang
MOM LUV YOU........
Ketiga-tiga puteri saya bermula dengan panggilan Nur....bermaksud "Cahaya" ....dan masing-masing mempunyai huruf Q pada nama mereka..Paling istimewa pada nama si bongsu sempena mengambil nama mbah(opah) yang pergi dahulu menyahut seruan Ilahi 22 hari sebelum si bongsu dilahirkan...antara ramai-ramai cucu emak saya, si bongsu sayalah yang tidak berkesempatan melihat wajah opahnya.Hanya pada gambar sahajalah ia mengenali arwah .Usianya 6 tahun, saya baru berkesempatan membawa sibongsu ke rumah pusaka peninggalan arwah...Walaupun tampak sayu tapi ia mengadaptasi dan menghayati sepenuhnya kenangan masa lalu kami ....seolah-olah hati kecilnya berkata...kenapa saya lewat dilahirkan...tidak dapat berkongsi kenangan bersama di rumah pusaka yang kian usang ini....
Beza usia anak-anak saya antara yang sulung dengan yang kedua 3 tahun manakala kedua dengan sibongsu adalah 11 tahun.Ayong dengan kakchik sangat akrab sejak kecil, membesar dan bermain bersama manakala sibongsu ???? Keseorangan ...sebab itu terlebih mengada dan manja.Kakak-kakaknya dah tamat sekolah ia baru melangkah ke alam persekolahan .Anak-anak saya masing-masing mempunyai impian ..tugas mereka sekarang sedang mengejar impian yang dicita-citakan sejak kecil.Lorong mereka semakin nampak jelas kecuali sibongsu yang sering bertukar-tukar impian.Masih samar-samar dan setiap bidang yang ingin dijadikan impian,biasanya ia akan bertanya 2 soalan wajib.Soalan pertama adakah bidang tersebut bermula jam 8 pagi dan balik waktu petang.Soalan kedua adakah menceburi bidang itu ada kemudahan bersolat.
Selepas saya membawa sibongsu menaiki pesawat baru-baru ini, ia mula berangan dan menukar impian ingin menjadi pilot.Soalannya macamana nak solat waktu memandu kapalterbang?Waktu saya membawanya menaiki kapal terbesar di Pengkalan Lumut tahun lalu, nasib baik juga ia tak berminat untuk menjadi kapten .Anak sulung sejak kecil ingin menjadi doktor kerana suatu sebab..anak kedua pernah menyatakan pada keluarga ingin menjadi Pegawai Pembanci setelah melihat pegawai banci berkunjung ke rumah menjalankan tugas bancian...Camtulah kerenah anak-anak masa kecil...bila dikenang tersenyum sendiri...
Ibu akan abadikan kenangan-kenangan kita di laman ini anak-anakku...Jika ada terluang waktu, intai-intailah blog ini ...ibu juga punya impian ....tapi biarlah ia RAHSIA.....cuma ketahuilah Mom Love You Much....
Sepanjang kehidupan bersama puteri-puteri saya yang tersayang , terlalu banyak kegetiran, kepahitan , kepayahan yang dilalui bersama ,namun kita kena redha kerana segalanya adalah ketentuan Allah SWT .Kami yakin apa sahaja yang berlaku ke atas kami ada hikmah disebaliknya dan kemungkinan juga ianya sebagai menguji sejauh mana keimanan hambaNya.Sabarlah anak-anakku....Ibu ilhamkan bait-bait puisi spontan khas buatmu, bacalah....
Anak-Anakku.....
sembilan bulan dalam kandungan
ayat-ayat suci Al-Quran telah ibu perdengarkan
surah Luqman, surah Yusuf dan surah Maryam ibu ditekankan
agar anak-anak ibu bijak, cantik paras rupa dan tabah sentiasa...
sampai usia boleh menyebut sukukata
ibu ajarkan iqra'
sampai masa boleh membaca
ibu hadiahkan pelbagai jenis buku cerita
sampai masa mengenal bersih , suci dan kekotoran
ibu ajarkan puasa dan sembahyang
Anak-anakku
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.....
usia 5 tahun sebulan penuh
puasa ramadhan dapat dilaksanakan
usia 7 tahun solat penuh lima waktu dalam latihan
sebelum 10 tahun ayong dan kakchik
telah khatam Al Quran....
Anak-anakku
Ibu telah didikmu dengan penuh kasih sayang
mengejar kejayaan duniawi demi masa depan
namun bekalan akhirat jangan dilupakan
untuk kesejahteraan dalam alam yang berkekalan ...
AYONG....Lahirmu 21 haribulan
sebagai anak sulung
penuh tanggungjawab berat
ambil alih tugasan setelah ketiadaan ibu kelak
contohilah kepada adik-adikmu
muslimah sejati.........
sejahteralah ibu di sana nanti
KAKCHIK...Lahirmu 22 haribulan
sebagai anak tengah
bantulah kakakmu mengeratkan siltulrahim
antara kalian
pautan kasih sesama adik beradik
menyejukkan ibu di sana nanti...
MY LIL PRINCESS...Lahirmu 23 haribulan
Ibu amat takjub dengan kekuasaan Allah
melahirkan anak-anak ibu ikut susunan nan teratur
walaupun kalian adalah perempuan
ibu berbangga dengan pencapaian kalian
teruskan anak-anakku..
Kasih pada Yang Maha Esa kekalkan selamanya
Kasih pada ibu membawa ke syurga.......
Kasih dan menghormati kakak-kakakmu
membawa keakraban tiada penghujungnya.....
Tiada harta yang dapat ibu himpun untuk diwariskan
hanya ilmu ibu bekalkan
sebagai perintis masa depan nan gemilang
MOM LUV YOU........
Ketiga-tiga puteri saya bermula dengan panggilan Nur....bermaksud "Cahaya" ....dan masing-masing mempunyai huruf Q pada nama mereka..Paling istimewa pada nama si bongsu sempena mengambil nama mbah(opah) yang pergi dahulu menyahut seruan Ilahi 22 hari sebelum si bongsu dilahirkan...antara ramai-ramai cucu emak saya, si bongsu sayalah yang tidak berkesempatan melihat wajah opahnya.Hanya pada gambar sahajalah ia mengenali arwah .Usianya 6 tahun, saya baru berkesempatan membawa sibongsu ke rumah pusaka peninggalan arwah...Walaupun tampak sayu tapi ia mengadaptasi dan menghayati sepenuhnya kenangan masa lalu kami ....seolah-olah hati kecilnya berkata...kenapa saya lewat dilahirkan...tidak dapat berkongsi kenangan bersama di rumah pusaka yang kian usang ini....
Beza usia anak-anak saya antara yang sulung dengan yang kedua 3 tahun manakala kedua dengan sibongsu adalah 11 tahun.Ayong dengan kakchik sangat akrab sejak kecil, membesar dan bermain bersama manakala sibongsu ???? Keseorangan ...sebab itu terlebih mengada dan manja.Kakak-kakaknya dah tamat sekolah ia baru melangkah ke alam persekolahan .Anak-anak saya masing-masing mempunyai impian ..tugas mereka sekarang sedang mengejar impian yang dicita-citakan sejak kecil.Lorong mereka semakin nampak jelas kecuali sibongsu yang sering bertukar-tukar impian.Masih samar-samar dan setiap bidang yang ingin dijadikan impian,biasanya ia akan bertanya 2 soalan wajib.Soalan pertama adakah bidang tersebut bermula jam 8 pagi dan balik waktu petang.Soalan kedua adakah menceburi bidang itu ada kemudahan bersolat.
Ibu akan abadikan kenangan-kenangan kita di laman ini anak-anakku...Jika ada terluang waktu, intai-intailah blog ini ...ibu juga punya impian ....tapi biarlah ia RAHSIA.....cuma ketahuilah Mom Love You Much....
GATHERING IN HAPPENING
Perayaan Deepavali untuk kaum India merayakannya tapi oleh kerana hari tu cuti umum maka kami juga beraya bersama adik-beradik.Maksudnya beraya cara kami laa....Abang sulung saya dah berusia lebih kurang 66 tahun, mempunyai 5 orang putera dan puteri dan kini telah mempunyai 7 orang cucu.Perbezaan umur kami yang agak jauh menyebabkan dia dan saya tidak begitu rapat....iyalah lagipun masa saya kecil dia dah bekerja masa saya sekolah rendah dia dah berumahtangga dan sekarang dia di Selangor manakala saya di P.Pinang.Bila raya Aidil Fitri jer kami bertemu dalam sejam dua sahaja.Selepas itu entah bila-bila lagi nak terjumpa.
Cuti Deepavali baru-baru ini membawa tuah kerana ikatan silatulrahim antara kami mula bertaut dan bertambah erat.Abang sulung saya berkesudian meluangkan masa datang menziarah adik perempuan bongsunya.Teruja sangat ingin menerima kedatangan abang sulung ,saya telah merancang sesuatu agar pertemuan ini adalah yang terbaik untuk menjadi kenangan manis antara kami.
Sehari sebelum Deepavali , saya telah membeli kudapan termasuk maruku,pergi pasaraya membeli persiapan secukupnya maklumlah abang sulung akan datang bersama isteri,4 anak-anaknya termasuk menantu dan cucu-cucunya.Teruja sungguh saya ...jam 4.30 petang 13 Nov 2012, anaknya ,Dr Liza call bagi info bahawa mereka dah sampai di homestay yang di sewa melalui pencarian En Google..kebetulan berhampiran rumah saya ...Dengan rasa tidak sabar saya terus mencari rumah tersebut melalui panduan yang diberikan.Sampai di rumah teres 2 lapis semua ahli konvoi kelihatan keletihan kerana seharian dalam perjalanan dan berada di tapak projek ternakan udang anak bongsu beliau...Acik Man.Anak muda ini menunjukkkan minat untuk menjadi usahawan walaupun niat suci murninya tidak berapa mendapat restu bondanya.Almaklum sajalah bondanya tak perlu ke Universiti pun berjaya sebagai usahatani di kampungnya.
Saya membawa Konvoi tersebut untuk minum petang di rumah. Minum petang lewat jam 6.30 menyajikan maruku dan kudapan lainnya bersama jus limau kasturi asam boi.Tak sangkalah semua ahli konvoi menggemari jus tersebut yang saya peram selama 4 bulan sebelum boleh digelar jus.Abang sulung saya paling suka jus tersebut dan nak berkongsi cara membuatnya...1 kg buah limau kasturi cuci bersih dan potong separuh bulat (jangan putus ),perah airnya dalam bekas dan buang bijinya .Buat sehingga selesai.Air limau tadi ditapis dan masukkan 1 kg gula.(jangan campur air )Masak air gula ini sehingga mendidih dan sejukkan.Limau yang telah kosong isikan pula dengan sebiji asam boi putih.Isikan asam boi dalam setiap buah limau kasturi sehingga habis.Susun dalam balang kaca kedap udara.Bila aiar gula telah sejuk curahkan dalam balang yang disusun limau tadi.Tutup rapat dan labelkan tarikh genap 4 bulan dari tarikh pembuatan.Setelah genap 4 bulan atau lebih baru boleh dibancuh untuk jus.Riuh rendah suasana rumah maklumlah adik beradik anak beranak dapat berkumpul.
Selesai solat Maghrib tugas untuk anak-anak sudara lelaki adalah untuk menyalakan bara api..Acara gathering malam ini adalah Barbeque.Anak-anak saaudara perempuan menyiapkan udang ( Acik Man bawa fresh dari ladang ternakannya), ayam ,sotong , sosej dan daging burger untuk BBQ sementara yang lain menyiapkan bahan untuk steamboat.Saya menyediakan Jus Mirinda Hijau.Meriahnya....anak cucu serta menantu sama-sama menggrill ayam.Abang sulung saya dah siap duduk bersila depan dapur steamboat dan dia lebih berminat menikmati steamboat perisa tomyam putih dan pencicah Sos Cili Extra Hot Nando's.Suasana lebih ceria kerana kakak ipar saya banyak bercakap serta peramah berbanding abang saya yang sangat pendiam.Gathering malam ni mengenali lebih dekat ahli-ahli keluarga baru (menantu-menantu) dalam keluarga ini..Alhamdulillah mereka semua boleh ngam dan tidak kekok bila bersama kami.Happy sungguh apabila kami sibuk bercerita mengenai kerjaya masing-masing,perkembangan anak-anak mereka dan berbagai topik sehingga kekenyangan..Selesai makan-makan masing-masing sibuk membantu mengemas sebelum balik ke homestay untuk berehat.
14 Nov ~ saya ambil cuti rehat kerana menghormati tetamu datang menziarah.Pagi-pagi saya dah bangun solat subuh dan menyiapkan sarapan pagi.Menu pagi ini Nasi Lemak Kukus ,Sambal Ikan Bilis serta Udang Goreng.Untuk cucu-cucunda tersayang, saya buatkan kuih Dorayaki.Siap sedia dihidang,saya call Liza untuk maklumkan kepada ahli konvoi supaya datang bersarapan .Sementara menanti mereka, saya sempat menunaikan solat Duha semoga Allah memperluaskan lagi ruang rezeki saya sekeluarga.Sekali lagi ruang rumah comel saya meriah dengan gelak tawa ahli keluarga diiring ceria pagi nan indah seindah hatiku yang sedang berbunga-bunga meladeni keluarga besar kami...Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan pagi ini habis tanpa pembaziran.Seterusnya agenda hari ini adalah perancangan mereka sekeluarga.Tak jemu-jemu kakak ipar saya memujuk kami tiga beranak untuk menyertai mereka Jalan-Jalan Ke Penang.Mereka telah mengatur siap tempat duduk dalam kereta dan tidak membenarkan saya driving.Sebagai menghormati mereka, kami bersiap dan sebanyak 3 buah kereta sahaja yang digunakan kerana masing-masing tidak mahir dengan jalan di seberang sana termasuk diri saya.Walaupun hampir 6 tahun bertugas di sini namun saya hanya tahu jalan pergi dan balik ke ofis sahaja.Sewaktu pergi kami menggunakan feri kerana ingin memberikan pengalaman baru kepada cucunda-cucunda.Gembira tak terkata nampaknya mereka....
Tujuan kami ingin menaiki train ke puncak Bukit Bendera tapi masing-masing tak tau jalan.Saya gunkan talian hayat dengan telefon staf pejabat ,setelah berpusing merata baru jumpa ....dah sampai,.. masalah paking pula.Bertawaf berkali-kali baru dapat paking .Terpaksa berjalan kaki .Walaupun hari ini hari bekerja tetapi terlalu ramai pelancung di kaki bukit berbaris untuk membeli tiket menaiki train.Acik Man yang masih single ditugaskan untuk mencari tempat duduk untuk ayahnya dan tukang beli tiket.Sementara Acik Man beli tiket saya ternampak kelibat seseorang.Bila diperhati sah...dia anak saudara saya juga..kerana terlalu gembira lama tidak bersua ,saya terjerit-jerit memanggil namanya...kami bersalam dan berpelukan....
...dalam masa yang sama keluar lagi anak-anak saudara yang lain (group Ipoh) menemui kami.Mereka baru turun dari puncak.3 bersaudara ni adalah anak-anak kakak saya..mereka berkumpul di Ipoh pada masa cuti sekolah dan punya naluri sama 'naik bukit bendera' pada hari yang sama.Anak-anak saudara saya setelah bekerjaya dan berumahtangga amat jarang kami ketemu...masing-masing di merata tempat namun di "Bukit Bendera kami bertemu jua" Namun kami tak dapat berbul panjang...cukuplah sekadar dapat melepas rindu pada cucu...gomol-gomol sicomel ,bertanya kabar , snap pic dan berlalu....
Giliran kami naik train pula...Kak Noorul punya kecoh ....hehe...disamping memberikan pengalaman baru untuk anak-anak, ibu-ibu pula yang seronok lebih maklumlah masing-masing mengulangi sejarah masa kecil dulu.Pertama kali saya naik train semasa berumur 15tahun selepas SRP..kemudian kedua kalinya semasa umur 19 tahun bersama arwah abang kedua saya.Ini kali ketiga ~perubahan berlaku~ train lebih laju.Ini juga pengalaman pertama kakchik dan my lil princess.Mereka berbunga riang sepanjang perjalanan.Sampai dipuncak masing-masing mencari apa yang sesuai untuk mengalas perut.Saya tiga beranak mencari masjid kerana kami tak boleh melakukan jamak..Opppsss naik bukit lagi....menuju Rumah Allah......
Kami berehat-rehat dipuncak sambil bersembang dan melihat telatah anak-anak berkejaran.Acik Man jadi mangsa..Mereka membayar tiket untuk Acik Man pegang ular sawa kuning...yang lain-lain menempek tumpang bergambar disebelah menyebelah acik man kononnya mereka pegang anak tapi sebenarnya mereka takut dengan ular...kelakar melihat anak-anak saudara nih..
Dah puas dok atas bukit kami turun dan destinasi seterusnya ialah Padang Kota Lama.Mereka nak menikmati Pasemboq...Kami tumpang surau disitu bergilir solat asar sebab ruang muat untuk 4 orang sahaja. Sederet meja panjang, penuh kami anak beranak 16 orang...masing-masing oder makanan dari satu menu ke menu kegemaran masing-masing terutama sotong bakar , sotong kangkung dan pasembur.Setelah itu kami ambil angin laut sambil memerhati cucu-cucu yang sibuk bermain bubble buih-buih sabun .Oleh kerana esok adalah Awal Muharam ,menantu dalam kelurga ini, Zahari (Akauntan) suami Dr Liza mengimamkan bacaan Doa Akhir Tahun di tepi laut.Pasangan baru mendirikan rumahtangga setahun lalu Abg Mie ( Arkitek) dan pasangannya Kak Fisyah (Guru) teringin naik lanca...memilih beca penuh bunga-bungaan mengeliling padang kota dalam samar senja penuh romantiknya menyebabkan kecemburuan pasangan abangnya Abg Izam ( jurutera) dengan pasangannya Kak Noorul (juga Guru )tidak ketinggalan mahu juga merasa naik beca...meninggalkan anak-anaknya pada Dr Liza...berdua-duaan ..kemudian ketawa pecah perut bila menyedari pengayuh beca dah berumur dan kurus menyebabkan mereka memberi wang lebih 'sendiri faham' kerana berat keduanya berlebihan.....
Selesai solat maghrib kami berkonvoi balik.Kakak iparku sentiasa bussy walau pergi bercuti.HP nya sering berdering atas urusniaga pusat pengumpulan pisang ,jantung pisang dan sayuran kampung....hebat kakak ipar ni.Kereta saya mendahului yang lain.Sampai sahaja di rumah saya sempat masak tomyam udang sebagai kudapan malam mereka di homestay.
Awal Muharam 1434 H.....sebelum mereka meninggalkan P.Pinang saya menyediakan sarapan pagi Bihun Goreng dan Kuih Hippo ( Cucur Badak) kepada seluruh ahli keluarga saya.Sekali lagi suasana meriah kerana masing-masing memilih yang mana fabrik berkenan dan berkirim kain sut dari Medan kerana lusa saya dan anak-anak akan menemui anak sulung di sana....Cucu-cucu pula seronok bermain dan melayan Qissy ( kucing kacukan) peliharaan kami...Pagi tu berakhir sudah kemeriahan pertemuan keluarga abang sulung bersama kami di Pulau Pinang...Selamat Pulang ke destinasi masing-masing......jumpa lagi....InsyaAllah...

Monday, 3 December 2012
DARI MUSIM DURIAN KE MUSIM RAMBUTAN
Sudah tiba lagi musim durian pada tahun ini.Musim pertama pada bulan Mei yang lalu.Masih terkenang lagi waktu hujan lebat sy membelah bukit bukau sekadar memenuhi jemputan Majlis Makan Durian di sebuah dusun di Balik Pulau.Kata orang Durian Balik Pulau The Best...entahlah...setakat ini mana-mana dusun durian ada kelebihannya sendiri.Makan setakat ala kadarnya..Orang utara jika makan durian mesti ada pulut , santan pekat bersari dan gula.Kemungkinan pula ianya menjadi wajib kerana setakat ini mana-mana majlis makan durian wajib ada pulut dan lain-lain bahan yang sewaktu dengannya.
Di utara ni lah saya belajar makan durian bersama pulut yang digaul mesra ulas durian ,pulut ,santan dan sedikit gula..Mulanya rasa takut-takut nak makan takut tak termakan tapi pujukan dan pelawaan rakan-rakan so mesti cuba....hehehe...sedap juga....tapi malangnya ianya bukan menjadi kegemaran.
Teringat kisah anak bongsu saya .Bila musim durian sikecik ni lah yang beria-ia suruh beli.Saya pun beli la dalam sebiji dua khas untuknya.Sampai rumah saya kopekkan buah untuknya.Namun dia buat tak tau sahaja sekadar menjengok dan berlalu...Dalam hati berkata beria-ria macam teringin sangat bila dah beli buat tak kisah pula.Macam tu lah dia setiap kali musim durian.
Satu hari saya balik dari ofis bawa buah durian yang telah dikopek bersama pulut dan santan.Buah ni dibekalkan oleh rakan ofis sebab buat makan-makan di ofis tak habis dan bawa balik ke rumah seorang sikit Saya letakkan atas meja makan.Kebetulan dia buka tudung saji dan.....'Aaaaarrrrr...inilah yang caca suka.....jeritnya tersenyum senyum dan mula makan sampai habis..
Saya pun bertanya....caca pernah makan pulut durian ke?...spontan dia menjawab...kat umah Makpah makan durian dengan pulut...makpah buat sedap...(dalam diam baru saya teringat anak bongsu ni kelahiran kedah dan diasuh oleh pure orang kedah patut la suka makan durian lagu tu) ...dan terjawab jugalah kenapa saya beli durian menghidangkannya tanpa pulut dan santan menyebabkan sikecik 5 tahun ni tak mahu menjamahnya walau dia suka durian.Mana tahan kalau tiba musim durian nak kena sediakan pulut untuk dia seorang jer.Lama-lama saya paksa sikecik makan isi durian tanpa pulut...kena cari ayat-ayat power untuk menarik minatnya makan begitu saja...berjaya juga akhirnya.
Musim kali ini saya bertanya padanya...nak tak durian...malu-malu menjawab...entah..ikut suka ibu lah....dah itu jawapannya saya pun buat tak tau jer lah...lagipun anak kedua tak berapa sukakan durian.Dulu-dulu bila musim durian teruja juga ingin membeli maklum sahaja sana sini durian berlonggok.Bila beli seronok nak kopek jer tengok isi di dalam.Setiap biji yang dikopek hanya rasa seulas jer..yang lain buh dalam tupperware.Simpan dan simpan lama-lama jadi tempoyak...tempoyak suka pulak Ayong dan Kakchik makan...buat sambal tempoyak ,masak patin tempoyak dan asam pedas tempoyak.
Bila Kakchik balik semula ke hostel setelah habis cuti semester....terus jer si kecik berkias...ibu tak nak ke makan durian...banyak orang jual...maka fahamlah saya sikecik dah mula teringin...waktu ada kakchiknya dia malu alah la agaknya sebab kakaknya tak berapa gemar..naluri si ibu tak sampai hati bila mendengar anak nak makan walaupun dalam berkias.Terpaksalah siibu berpatah balik ke tempat orang menjual durian ditepi jalan.Waktu tengahari camni kurang orang lalu lalang so tak la kekok saya nak berhenti dan memilih buah durian.Turun je kereta cepat-cepat capai 2 biji dan suruh penjual timbang.Sipenjual pulak suka buat lengah, dok sapu-sapu bersihkan kulit, tebuk kulit suruh tengok isi dalam dan entah apa-apa lagi..Dik..ambik je lah mana-mana dan cepat timbang..kak nak cepat ni...
Tersenyum lebar sikecik nampak durian .Sampai dirumah buka plastik jadi 3 biji.Alhamdulillah dia sedekah kot...moga murah rezki penjual tadi.Si kecik terus makan tanpa olah nak pulut atau santan sebab dah pandai makan begitu sahaja..Makan sepuasnya....
Saya pula teruja sungguh nak mencuba resepi Durian Crepe.Semenjak dua menjak ni kat wall FB penuh dengan pic Durian Crepe.Petang tu juga saya cari En Google untuk mendapatkan resepi kegilaan ramai.Bahan juga telah ada...just bancuh je 3 biji telur + 500ml santan + 2 sudu teh pandan paste + 2 sudu teh pewarna hjau + 250 gm tepung dan setengah sudu teh garam....diblender dan ditapis.Dilempengkan dalam kuali apom lenggang.Dok kat utara kena ada kuali apom lenggang yang memang ada dijual khas .Kuali tidak melekat dan amat mudah untuk membuat kuih dadar apalagi untuk mendadar crepe .2 cawan whipping cream diputar sampai pekat dan isi durian dilecek lumat.Bentang sekeping lempeng buh whipping cream dan ditengahnya buh isi durian.Tutup semula dengan whipping cream..bungkus macam bantal....jadilah 15 keping lebih kurang Durian Creape tapi saya buh nama PANDAN PILLOW (DURIAN FLAVOUR)...sesuai le dengan rupanya seperti bantal sutera nan lembut dan halus...simpan peti sejuk sebentar. Tak sabar nak rasa....gigitan pertama...ermmmmmmmm sedapppppp lemak manis....sampai habis sebiji....sebiji lagi.... pastu rasa muak ...entah siapa nak makan simpan selebihnya dalam peti sejuk mana tau ada tetamu mai atau jiran buka pintu belakang boleh saya suakan Pandan Pillow saya tu.
Musim durian hampir berlalu, musim rambutan pula sampai....dalam rumah ni saya sorang jer yang suka rambutan...tapi tak pernah beli...ada sahaja kengkawan menghulur...sejak bertugas disebelah utara ni rambutan dapat free jer...kadang terlalu banyak dapat free macam saya sendiri yang ada dusun...kalau tak habis makan ,saya buat jem...sebab tak nak membazir atas pemberian orang...adakala kalau rajin saya buat kerabu rambutan...Bahannya isi rambutan yang dah dikopek dan buang biji, hiris memanjang + hirisan bawang besar + hirisan cili padi + hirisan buah tomato + buh udang kering goreng + sedikit sambal belacan...siap untuk dimakan.
Pernah terjadi waktu saya dalam pantang melahirkan anak bongsu adalah musim buah.Walaupun saya tak pergi ofis tapi kengkawan datang ke rumah bawa buah, buah dukung, manggis, rambutan, cempedak dan durian..Tanpa memikirkan kesan sampingan dengan lafaz Bismillah.....saya makan semua buah termasuk buah dukung kerana kononya taknak membazir.Bayangkan lah setelah umur anak saya 4 tahun, saya dilanda sakit seluruh badan yang belum pernah saya rasa sebelum ini.Bagai nyawa dihujung tanduk, kaki saya kejang ,tulang belakang saya teramat ngilu, jari jemari terasa sejuk dan sering menggigil.Macam-macam rawatan saya jalani namun hampa...Akhirnya saya cuba proses perubatan seperti orang baru lepas bersalin sebagai pilihan terakhir setelah tak berdaya menanggung sengal sendi ,kebas dan tulang saya seperti nak tanggal ...Saya diurut/massage seluruh badan selama 3 jam dan 3 malam berturut, siap bertungku ,minum air kelapa muda + jus asam jawa + madu dan terpaksa mengamalkan minum jamu....air kunyit hidup + jus asam jawa....perggghhhh.....tapi Alhamdulillah saya semakin pulih....so ibu-ibu yang bersalin kalau dah disebut dalam pantang mesti kena berpantang sungguh-sungguh dari segi pemakanan bimbang kesannya dikemudian hari.Oleh kerana sekarang musim buah jom dengarkan lagu ini .....OS - Durian Dah Berbunga ( Loghat Perak)

Friday, 23 November 2012
Last day at MEDAN POLONIA
Pagi ni aku cuma panaskan sup dan bersarapan dengan apa adanya sahaja.Putri-putri sudah keluar ke kuliah dengan supir USU. Air mula keluar sedikit-sedikit dapatlah aku tolong cucikan pakaian Ayong yang bertimbun dalam bakul.Membantu mengemas kamarnya selain packing bag untuk bertolak balik jam 14.25 petang nanti.Berbual dengan ibu pengurus rumah katanya di sini memang sering ketiadaan lestrik serta air dalam jangka masa lama.Nanti jam 10 pagi baru ada lestrik...biasanya gitu bu....ujarnya yang sedang mencuci pakaian secara manual.
Memang betul jam 10 ada lestrik.Segera aku iron baju dan mandi sepuasnya .Selesai mandi bekalan terputus lagi.Ada lagi selama setengah jam kemudian terputus kembali...Aduhhhhhh gawat sih duduk Medan.Mahu tempah taksi ke Bandara Polonia juga gawat...nggak ada taksi.Jam 12.25 telah masuk waktu zuhur.Kami segera menunaikan solat jamak dan terus buru-buru ke Bandara.Lagian Ayong mahu meneruskan kuliah jam 2 nanti. Usai bersalaman dengan putri-putriku lantas cepetan menahan becak.Mahu Rp 20 ribu satu becak.Becak nggak bisa sampai Bandara cuma sampe stesen Petronas aja...Boleh saja lah...Ayo...cepetan....Sebenarnya hati ku berbunga bila dapat naik becak kerena ianya lebih cepat sampai.2 buah speda beca meluncur laju membelok kiri kanan dan melintas sesukahati.Tiba-tiba sorang Pak Polisi yang menumpang speda orang awam menyaing becak.Hatiku mula ragu apa-apaan bakal terjadi.Pak Polisi menahan becak menyuruh berhenti ditepi.Konon-konon katanya pada Pak becak ....inikan speda nggak boleh diguna untuk becak kenapa diguna sebagai becak....bla bla...aku tak paham dan keadaan jadi panik bila orang awam yang membawa Pak Polisi itu mengajak aku naik spedanya untuk meneruskan ke Bandara.Aku termanggu terkedu nggak faham.Beg sudah di angkat dan mahu dibawa.Cepat bu naik speda ..becak itu nggak boleh hantar ibu..Rania dah dicempung letak atas speda lain kerana tiba-tiba 6 speda datang serentak selepas Pak Polisi sampai.Aku jadi gabra.Bimbang Rania dilarikan orang.Bingung jadinya...Aku masih tercengang ditepi speda..mana bisa naik speda bertiga lagian tanpa helmet..Mana helmet pura-pura menolak untuk naik speda lelaki tak dikenali..Lelaki itu menghulur helmet buruk ..aku pakai jer..takut lama-lama nanti Rania dilarikan...Baru nak naik speda...Pak becak neriak-neiak mahu uang upahnya..Rp20 ribu tanpa kurang dan ketika aku kalut nak membayar uang beca itu aku lihat Pak Polisi sudah senang lenang duduk dalam becak aku tadi..
Fuhhhhh...sudah pastinya ini komplot mahu duit pelancong Malaysia....pakatan beramai seperti mahu merampok ...mahu tidak mahu aku naik speda lelaki itu bersama Rania, Kakchik speda lain, Ayong speda satu lagi, beg besar dibawa speda lain dan lintas jalan je dalam 500 meter sudah sampai Bandara Polonia.Gesa-gesa lelaki itu mau Rp10ribu upah untuk 1 speda...4 speda jadi Rp 40ribu...Aduhhhh...RM 13.00 lebih untuk speda sambung perjalanan dalam 500 meter tu...Grrrrrr...geramnya aku.... Aku lihat kakchik dan ayong sampai Bandara tanpa helmet lagian Ayong duduk cara Indonesia (lunjur dua belah kaki)..tampak lucu tapi aku sudah nggak boleh senyum kerana gawat kejadian tadi..dup dap...ditahan Pak Polisi masih terasa dan duit habis bayarin gara-gara kejadian tadi.Sewaktu mau keluar rumah tadi aku dah siap Rp 300 ribu untuk tax airport dan lebihkan Rp50ribu untuk Rania membeli gula-gula .Selebihnya uang Rupiah sudah ku serah pada Ayong untuk belanja hariannya.Aku tidak mahu membawa wang lebihan terlalu banyak balik Malaysia kerana malas mahu pergi ke Money Changer di Butterworth.
Kenapa harus jadi begini...Sampai di Bandara aku masih tercari-cari signboard untuk berurusan tapi dokumen ditanganku telah direbut oleh 2 lelaki.Seorang berpakaian seragam ada kad identiti yang seorang lagi berpakaian biasa.Walau Ayong telah berpesan jangan bagi bag lepas kat orang ( ulat ) so kita jaga beg sahaja rupanya dokumen pulak yang dirampas dan diurus sepenuhnya.Mahu wang tax nya bu..,aku dah takde wang secukupnya so bagi kat dia Rp300 juta untuk tax sebanyak Rp225 juta.Bakinya ada Rp 75 juta terus masuk poketnya..Bila aku mahukan uang kembalinya...katanya...itu uang kopi buk...Uihh..mana bisa uang kopi banyak gitu..bagi balik...gertakku tapi dia terus je masukkan dalam poket dan berlalu pergi..Kakchik dah marah-marah tak akan halal wang diambilnya kira-kira RM25.00 .Aku dah panik kejadian tadi ditambah dengan kejadian lagi satu di Bandara lagian panik..panik teruss......Wang rupiah cuma tinggal RM 10ribu sahaja.Duduk diam-diam sajalah di Bandara sementara sampai masa untuk melewati boarding masuk.Ada money changer di sini tapi kakchik dah melarang jangan tukar wang lagi dan dia kata tak akan datang lagi di sini kerana tindakan nakal orang-orangnya yang suka memeras wang pelancong.
QZ 8072~ Petugas telah membuat announce....sampai masa untuk terbang.Kami meninggalkan Bandara Polonia dengan rasa puas melancong ..dengan rasa terkilan ketiadaan letrik dan air... dengan rasa geram tindakan ulat-ulat yang mahu memeras... dan pelbagai rasa yang sukar digambarkan....
Sampai di Malaysia terasa amat lega...walaupun beg diminta dibuka oleh petugas kastam dengan penuh kesopanan dan berwajah manis aku menjadi lebih lega..Ada membawa buah-buahan tak...sapanya sambil menunjukkan banner barang larangan dibawa masuk seperti buah mangga dan daging..
Bila duduk sendirian...Aku tebayang kekecohan bersama Pak Polisi hari tu ,aku ketawa sekuatnya...lucu ..geram dan moralnya jangan p Indonesia bersendirian..pergilah secara trip akan selamat tanpa gangguan ulat-ulat sebegitu....Hati-Hatilah.............
4th days ` SAMBUTAN HARI LAHIR AYONG`
20 Nov 2012~ Usai solat subuh aku bersiap untuk ke market bersama Ayong.Kuliahnya jam sepuluh pagi nanti dan masih sempat menghantar ibu ke pasar..melihat-lihat pasar di sini.Sekali lagi kami menaiki speda becak..laju aja speda ni membelah dingin pagi menuju pasar.Kelihatannya disepanjang jalan anak-anak sekolah berpkaian seragam rapi menaiki angkut-angkut, speda, becak ke sekolah.Disini belum musim sekolah libur.Kebanyakan pekerja yang bertugas di kantor rame yang berpakaian seragam..anggun dan kemas kelihatannya.
Sampai dah di pasar.Kanan kiri jalan adalah pasar.Seronoknya pasar ini...macam-macam ada .Pisang untuk digoreng segar-segar dan gemuk-gemuk.Daun pisang juga ada.Pucuk ubi dan yang paling banyak adalah tempe.Tempe dijual dalam pelbagai siz dan bentuk.Ada yang dibungkus daun pisang, ada yang dibungkus plastik dan ada yang di packeging cantik siap ada logo ,jenama dan barcode.Harganya juga berbeda-beda.Cili merah disini sebesar cili padi tetapi panjang-panjang dan berwrna merah.Ada jual bawang merah dan bawang putih yang dah siap dikupas.Tauge disini bukan daripada kacang hitam tetapi daripada kacang hjau.Nampak bersih.Sayurannya segar dan ikannya bersaiz besar .Ikan masih berdarah merah tanpa ada dingin beku.Keropok mentah berbagai jenis terjual di sini.Keropok ubi , kerepek belinjau , Opak, Keropok Tempel dan Keropok Palembang .Aku membeli kerepek belinjau.Anak-anakku gemar makan kerepek tersebut kerana mereka biasa makan dirumah mbah-mbah saudara mereka di Sabak Bernam.
Bila ditimbang difikir-fikir nggak cukup maka aku membeli lagi kerepek belinjau sabagai tambahan untuk menghulur jajan Medan kepada tetangga di Malaysia.Mau ditambah setengah kilo lagi.
Pagi ini aku tidak menyediakan sarapan pagi kerana masing-masing ada kuliah.Aku cuma membeli kuih Apom Balik yang dijual oleh seorang Nenek...Aduhhh...kurang dari segi kebersihannya.Papan potongnya adalah kayu yang dah lama..Pejam mata sajalah..Nenek itu membungkus 2 keping Apom Balik yang telah dipotong dan dibungkus kertas alas daun pisang dan ditutup daun pisang lagi.Sebenarnya aku ke sini pasar pagi ingin membeli barang dapur untuk masakan menyambut ulang tahun putri sulungku.Mahu buat soto ayam.Ayong dah tau tempat ayam halal dan sebagainya so tidak menjadi kebimbangan dihati ini.
Selesai membeli belah bersekali dengan lauk pauk untuk makan tengahari, kami segera meninggalkan pasar dengan menaiki becak pulang ke rumah.Ayong mahu bersiap ke kuliah.Berebut kuih Apom Balik .Aku segera ke dapur menyiapkan makan tengahari Ikan Kembung Fresh Goreng Cicah sambal Kicap dan Sambal Goreng Tempe.Siap masak anak-anak student balik ke rumah sebelum meneruskan kuliah kedua.Seronoklah mereka ada makanan tengahari terhidang.Kami makan beramai kecuali Ayong tidak berkesemptan balik kerana kelas full hari ini.
Aku mula mengemas dan packing barang yang berselerak dalam kamar.Kerepek Belinjau tambahan setengah kilo tadi aku buka bungkusannya untuk di satukan .Alangkahnya terkejut dan kecewanya kerana bungkusan yang ku bawa balikbukannya Belinjau tapi bawang putih yang siap di kupas.Lama aku termenung..di kedai tu tadi tiada pun jualan bawang putih kupas.Pelanggan lain juga tidak ada sewaktu aku membeli di kedai itu tadi.Jadi siapa yang menukar ganti kerepek belinjau ku itu...atau orang yang lalu lalang sempat menyambar dan menukar ganti....fuhhhh...sebel lagi...
Untuk menghilangkan rasa gundah aku segera ke dapur menyediakan menu soto untuk makanan special malam nanti.Sup telah tersedia, Ayam telah disiat isinya, kacang tanah telah digoreng, bawang goreng dah siap, tauge telah dibuang ekor,daun sup telah dihiris,bergedel telah siap sepenuhnya dan nasi impit (ketupat adabi)telah direbus.Cuma tinggal menggoreng suun sahaja.Sementara itu aku melayari internet sebentar menghilangkan penat didapur.Tiba-tiba tupp lampu,kipas terpadam....blackout....Kebetulan Naim baru balik dari kuliah segera memberitahu agar menadah air dengan semua timba yang ada kerana di sini bila lestrik terputus maka airnya juga nggak ada bekalan.Hujan renyai..kakchik cepetan mengangkat kain jemuran.(Bila mengambil baldi palstik tadi terpaku sekejap melihat baldi cantik berwarna pink dan ada bunga-bunga.Disini lampu tidur pun didalamnya warna warni,becak warna warni,angkut-angkut juga...)
Bosan bila lestrik nggak ada...kepanasan...Solat jemaah maghrib di dalam kesamaran cahaya lampu suluh sahaja.Tazkirah dibacakan melalui ipad sahaja..Syukur Alhamdulillah putri-putri di sini mengamalkan kehidupan muslimah sejati.Mandi dan mengambil wudhuk tadi ala kadar sahaja kerana tiada air.
Tiba-tiba hujan turun dengan amat lebat.Air mengalir masuk dalam rumah.Kamarku jadi mangsa.Tanter yang mengurus rumah sibuk menahan air.Katanya diluar sana air naik.Aku dan anak-anak kedapur untuk membuat persiapan makan special..Aduhhh gawat...lantai dapur berair..lestrik belum ada.Kemana-mana guna lampu suluh.Hujan semakin lebat.Kami menghidang makanan dalam gelap.Piangggg....cerah dan berangin setelah 5 jam terputus..lestrik sudah ada...tepat pada waktunya....Kami sudah mengelilingi hidangan termasuk Izat .Entah apa yang ditungu yang lain-lain ...lama sekali mahu muncul.Rania bilang ada kejutan...ibu dan Ayong tunggu saja...teman-teman Ayong keluar membawa sebiji kek besar. Mereka membelinya selepas kuliah dan hanya Rania sahaja yang tahu.Selesai memotong kek sambutan ulang tahun Ayong yang ke 21 kami mulakan acara makan. Makan Soto panas-panas diiring hujan lebat...enak banget....
Disini tidak perlu membuat sambal kicap kerana telah ada sambal kicap siap dalam botol plastik yang comel dan mudah dibawa ke mana aja..begitu juga dengan saus cili , kicap ,botol plastiknya cantik-cantik dan yang paling cantik gula dalam plastik bag seperti bag air ribena.Selesai diguna ,gula tersimpan rapi dengan menutup muncung dengan penutupnya (owhhh lupa mahu ambil foto-fotonya) so gula selamat daripada sang semut.Packegingnya menarik..Belacan di sini juga menarik pembungkusannya.Aku beli 2 peket kecil belacan sampai rumah Rania sangka gula-gula.Berebut mahukan gula-gula dengan Kakchik...Ayong senyum je...tu belacan la...(Paket kecil tu tertulis terasi mereka fikir gula-gula perisa sarsi)
Sebaik selesai makan...oppssss....gelap lagi...Nasib baik telah selesai mengemas.Cuma mahu masuk tidur jer...Sepanjang malam itu kami semua mengharap segera ada lestrik kembali.Tak tahan....nyamuk banyak sangat.Waima hujan namun keadaan dalam rumah cukup panas. Nggak bisa tidur.....Jam 12 malam Ayong minta ditemani ke kamar mandi.Justeru melalui kamar tidurnya Ayong terlihat ada bungkusan atas meja studynya....Hadiah birthday mungkin...Terkelip-kelip kami nggak bisa melelapkan mata.Rania mengeluh gatal digigit nyamuk.Kakchik dah terlentang atas tile mencari kesejukan.Akhirnya Ayong kembali ke kamar mengambil hadiah-hadiahnya dan kami mula membuka satu persatu bersuluhkan lampu picit.
Sehingga pagi lestrik nggak ada.Solat berjemaah Subuh berteman lampu suluh...lagian gawat...mau ambil wudhuk juga repot...airnya habis terus..

Subscribe to:
Posts (Atom)