Perjalanan diteruskan sehinggalah kami sampai ke Kompleks Pentadbiran Agama Islam Songkhla pada jam 11.30 pg.Sejam lagi masuk waktu zohor.Ahli rombongan lelaki menunaikan sholat Jumaat.Saya pun ke tingkat paling atas untuk menunaikan sholat zohor.Sebelum tu di base Kompleks terdapat beberapa orang menjual dan menjaja.Ada aiskrim laa tapi saya tak ada bat..Terpaksalah dema belanja saya tapi saya menolak pelawan mereka kerana bagi saya makan aiskrim tanpa menikmati sesungguh hati akan terasa hambar keenakan aiskrim tersebut.
Sewaktu ingin mengambil wuduk alangkah susahnya....Belok kanan belok kiri jalan terus naik tangga sampai ke bilik yang amat gelap...air yang ditadah kedua telapak tangan untuk meraup membasuh muka mengambil masa teramat lama...nasib baik saya anak Malaysia....Sungguh bertuah menjadi warganegara Malaysia yang serba serbinya mudah dan kebajikan rakyat sentiasa dijaga...Mengambil wuduk di Songkhla amat perit..
Tempat sholat wanita ditingkat paling atas. Sewaktu menaiki tangga masjid melalui ruang untuk jemaah lelaki yang sedang menunaikan sholat Jumaat. Ada la dua saf je...itupun kakitangan Kompleks Pejabat Agama Islam dan juga ahli rombongan.
Owhh ye terlupa nak cerita..tadi masa menunggu Lawyer berurusan di pejabat Agama, saya merayau meninjau-ninjau ruang legar pejabat yang luas.Di satu sudut saya lihat ada pelamin....hehe....lengkap ada banner "SELAMAT PENGANTIN BARU"...sedang saya leka menatap pelamin, salah seorang lawyer berkata " itu la tempat pasangan bersanding dan merakam gambar selepas akad nikah di sini " dan pada ketika itu sepasang suami isteri warganegara Malaysia menaiki pelamin dan beberapa orang merakam detik manis mereka.Dalam hati berkata dan syak buruksangka....adakah remaja melayu itu kahwin lari? Usia terlalu remaja dan cuma diiring dua lelaki pertenghan umur...yang tu mungkin saksinya la kot....( ishk ishk jahat sungguh otak ni terfikir sampai tang tu )
Selesai solat dan urusan di Kompleks Pejabat Agama Songkhla, kami meneruskan perjalanan ke Konsulat Malaysia di Songkhla pula.Sepanjang perjalanan adalah pantai yang indah.Sejak pagi tadi hati sentiasa berdoa agar perjalana ini selamat sebab mana lah tau perkara tak diingini berlaku macam kat berita TV mengatakan kawasan selatan Thai tidak berapa selamat untuk dikunjungi.Pemergian saya mengikuti rombongan ini pun secara tak sengaja...sebab tu tak sempat nak tukar watawang bat.Tak apalah janji saya dapat tolong orang dalam misi ini.
Konsulat Malaysia di Songkhla.....bangunan cantik dan sentiasa dikawal rapi. Bosan disini sebab kami tak dibenar mengambil gambar. Menunggu urusan lawyer-lawyer tu pulak memakan masa lama..Disini nama je Kedutaan Malaysia tapi pegawai-pegawainya hanya sorang dua je dari Malaysia. Yang lain tu orang tempatan Thai..Sorang staf namanya Phanrong kalau tak silap....agak tampan dan cekap buat kerja.Kaunternya laju je memanggil nombor giliran.Macam-macam masalah pelanggan disini. Saya sempat bertanya pada salah seorang 'adik' .Katanya dia terpaksa datang ke Konsulat Malaysia ini kerana dia merupakan isteri ketiga dan tiaphari dikerah oleh isteri-isteri yang lain untuk bekerja tanpa henti sebagai surirumah tapi tiada layanan dari pihak suami.Adik ni tak tahan hidup seperti hamba atas tiket sebagai isteri so ingin berpisah..Lama-lama baru la saya faham bahawa dulu suaminya menikahinya di negara Thai. Jadi untuk menyelesaikan kes pun di sini juga termasuk mendapatkan pengesahan Konsulat Malaysia di Thailand.
Susahnya ye....dari pengalaman ini saya berharap agar wanita-wanita Malaysa yang ingin berkahwin di Thailand agar berfikir banyak kali kerana bila sesuatu terjadi yang tidak diingini padahnya hanya berpihak pada sebelah wanita.
Selesai urusan di Konsul perut terasa tersangat lapar..Maklumlah sejak pagi belum makan apa jua makanan.Ahli rombongan dibawa ke pantai Songkhla.Kami menikmati air kelapa muda.Takde pun makanan yang boleh dimakan.Duit bat pun tak ada.Kami ambil peluang untuk bergambar dengan patung puteri duyung di pantai tersebut..Nampak patung duyung baru saya teringat..Pada tahun 1990 dulu saya pernah berlari-lari di pantai yang sama dan bergambar dengan patung ini bersama suami.Masa tu kami honeymoon disini dan menziarah paksedara sebelah suami di Satun.
Dah puas bergambar kami terus ke Floating Market.Macam-macam jualan ada...Yang paling seronok dapat turun ke tepian sungai melihat orangramai berjualan atas sampan kolek.Huhuhu macam nak tergolek sampan bila saya minta duduk kat hujung sampan untuk brgambar.Nasib baik mereka tak marah.Saya berpeluang membeli air minuman yang ditaruh dalam buluh.Disini boleh lah saya membeli belah sebab salah seorang ada banyak duit bat .Saya tukar matawang dengan dia je tanpa perlu cari pengurup wang.Air minuman yang terjual disini tidak dapat digambarkan keenakannya.Terlalu beza dengan air di Malaysia.Ianya sejuk nyaman dan slruuupppppp...ermmmmmmmm......puashati sedapnya...tak terasa manis gula kita di Malaysia tapi manis macam gula batu kot...nak tau sedapnya p sendiri lah dan rasai air minuman negara Thai..Selepas membeli belah buah asam jawa yang lemak manis saya merayau lagi.Berjumpa seorang menjual ubi keledek rebus yang berwarna warni.Ada keledek ungu, kuning dan putih.Saya kenyang makan ubi keledek rebus yang manis semanis sipenjualnya..Saya tak berani mencuba makanan lain kerana tidak tau kehalalannya.
Dah puas merayau kami meneruskan perjalanan untuk pulang..Hujan lebat mengiringi kepulangan kami.Keadaan sejuk menambah rasa lapar perut.Ketua rombongan agak kedekut agaknya atau tiada tempat makan yang sesuai.Akhirnya kami sampai di Sempadan.Sebelum masuk border Malaysia kami singgah makan malam di sebuah restoran .Maybe ketua rombongan dah oder , kami sampai je makanan dah siap untuk dihidang.Nasi putih, telur dadar, tomyam campur, kailan ikan masin dan ikan sweet sour.Saya tak nak toleh kiri kanan terus makan dan makan tak sedar ada gajah kat belakang.Salah seorang ahli rombongan memberikan saya dua peket tebu untuk diberikan pada gajah tersebut.Katanya rugi kalau tak dapat mendekati gajah dan inilah masanya.Dalam takut-takut saya memberi potongan tebu pada gajah jinak dan disambut dengan belalainya.Indah juga malam ni kerana ada pengalaman baru....
Selepas makan , kami dibawa ke tempat shopping mall...yang terjual pun kebanyakannya beras wangi , beras pulut, kacang pistachio, kacang gajus dan kacang snek dalam tin.Harga amat murah .Yang hairannya mercun dan bungapi dijual sesukahati je dan tiada musim. Hati berkata jangan membeli nanti tak terlarat nak menjinjing sebab kena jalan kaki untuk melepasi border.Masuk sempadan Malaysia ahli rombongan terpisah.Masing-masing dengan haluan balik kedestinasi yang berbeza.Walau sehari lawatan ke Songkhla tapi amat bermakna bagi diri saya.Terima kasih kawan yang mempelawa mengikuti rombongan ini.