Monday, 17 September 2012

PROGRAM VISIT KE KECAMATAN BUMIAJI KOTA BATU

Tepat jam 2 petang waktu Indonesia dan 3 petang waktu Malaysia tanggal 21 April 2008,rombongan kami tiba di Dewan Terbuka Kantor Kecamatan Bumiaji Kota Batu.(Pejabat Daerah laa kalau di sini)Kami disambut mesra oleh kakitangan kantor yang berpakaian seragam diketuai oleh Bapak Bambang Parianom iaitu Camat Bumiaji, Bapak Harsono yang merupakan Kepala Dinas Pertanian dan Bapak Saifol Mustofa dari Bahagian Pemberdayaan Masyarakat.Wali Kota Batu ,Bapak Eddy Rumpoko juga turut hadir meraikan kedatangan kami.

Kecamatan Bumiaji terletak di kawasan alam pergunungan dengan ketinggian 982,50 meter dari aras laut.Udaranya nyaman dengan suhu antara 16 hingga 32darjah celcius.Lebih kurang macam Cameron Highland la kot...

Terdapat 9 buah desa di Kecamatan Bumiaji Kota Batu ini iaitu Desa Punten ,Tulungrejo, Sumber Brantas, Sumber Gondo, Bulukerto, Pandanrejo, Bumiaji Gunungsari dan Giripurno.Penduduknya lebih kurang 52,000 orang dan mempunyai motto yang unik iaitu " Harmoni ,Konversasi, Produksi dan Rekreasi"

Lawatan Rasmi ptang ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Bapak Bambang Parianom,Camat Bumiaji.Beliau menerangkan kawasan Bumiaji ini merupakan kawasan yang sejuk, indah dan bersih.Sebahagiannya masih diliputi hutan dan mempunyai sumber air semulajadi.Sebahagiannya pula merupakan kawasan pertanian.Kawasan ini amat srategik dari segi ekologinya kerana mempunyai sumber alam semulajadi.

Hampir keseluruhan penduduknyamengusahakan pertanian secara tradisional dan hortikultur.Mereka membuka perladangan buah epal, pokok jeruk (pokok limau) dan buah strawbery juga ladang jagung manis.Selain itu mereka mengusahakan kebun sayur dan menanam pokok bunga hiasan.Mereka juga menternak sapi atau rawon (lembu) kambing, kelinci (arnab) dan unggas ( ayam dan itik)DiDesa Bumiaji ini juga terdapat perusahaan atau industri membuat kerepek epal dan membuat minuman sari epal (jus epal)

Dari sudut pelancongannya pula terdapat kolam permandian air panas dan taman rekreasi di Tulungrejo, Industri Perhotelan di Perhutanan Desa Punten, Taman Raya Tahura dan Gua Jepang di Desa Sumber Brantas.Aktiviti pelancong memetik buah epal terdapat di Bulukerto.

Pemandangan yang menghijau di Bumiajiini sesuai dengan bentuk kegiatan penduduknya yang mengamalkan 'penghijauan di kawasan desa' dengan menanam pepohonan dikiri kanan jalan, ditepian sungai di mata air dan di perkarangan rumah.

Menurut Bapak Saiful Mustofa,Ketua Pemberdayaan Masyarakat, Masyarakat di daerah ini mempunyai semangat yang tinggi disamping sentiasa bermesyuarah dalam apa jua aktiviti yang ingin dilaksanakan.Dana yang diperuntukkan oleh pemerintah pusat adalah sebanyak 500juta Rupiah (Lebih kurang RM25,000)sahaja setahun dan terpaksa pula diagihkan untuk pembangunan saliran dan menaiktaraf jalanraya juga untuk pembangunan ekonomi,peruntukan untuk penduduk miskin dan untuk sosial masyarakat seperti untuk kematian dan pelbagai lagi.Semua dana dan perjalanan aktiviti harus diurus olh Pak Lurah
 ( kalau kat Malaysia macam Ketua Kampung atau Pengerusi JKKK) .Dana yang begitu sedikit menyebabkan Ketua-ketua Dinas menggalakkan wujudnya persaingan dikalangan kelompok masyarakatnya.Mereka mengadakan pelbagai pertandingan kepada kumpulan petani dan hasil kemenangannya dihadiahkan dengan hadiah berbentuk peralatan pertanian.Bila wujudnya pertandingan,masyarakat akan merasa tersaing dan teransang untuk terus maju dan berlumba sesama mereka.Mereka yang menang akan cuba pula mempengaruhi rakan atau kumpulan lain dari segi informasi dan teknologi pertanian agar dikalangan mereka yang berjaya akan mengangkat bersama masyarakat lain untuk maju bersama.Inilah semangat dan sumbangan mereka terhadap Pembangunan Negara.Maka bebanan tugas para Dinas untuk memajukan masyarakat menjadi ringan kerana masyarakatnya telah mempunyai semangat juang dan daya saing yang tinggi.Dinas hanya memerlukan masyarakatnya mempunyai cukup latihan,kemahiran teknologi pertanian dan motivasi.Mereka tidak digalakkan berganung kepada dana kerana sebanyak mana dana diberi tetapi jika masyarakatnya tidak diubah sikapnya maka dana yang diberi tidak akan keman.Dana itu ibarat menuang air ke acuan dan hanya tertumpu pada satu kelompok sahaja dan tidak melimpah ke kawasan lain.Begitulah yang diucapkan oleh Bapak Saiful kepada kami.

Acara berdiskusi pada petang itu adalah secara santai sambil menikmati makanan ringan yang tidak dijumpai di Malaysia.Agak sedap juga dan berkhasiat .Akhirnya kami dibawa naik kereta kuda yang disedikan untuk semua peserta rombongan.Sebuah kereta kuda boleh memuatkan 4 penumpang.Itulah pertama kali aku naik kereta kuda.Riuh rendah sepanjang jalan sebab kuda-kuda ini pandai buat lawak...Kuda yang dibelakang laju-laju mengejar kereta kuda di depan dan kuda tersebut buat-buat bersin...terkejut laa penumpang di dalam kereta kuda di depan tu.Sepanjang jalan yang dilalui kereta kuda kami dapat melihat persekitaran kampung.Rata-rata tiap rumah penghuninya mesti menanam pelbagai jenis pokok bunga yan sentiasa segar tanaman bibit-bibit (benih) bunga untuk jualan.Kebanyakan bunga yang ditanam adalah jenis orked, bunga Inggu Laut dan Arboretum.Bunga Arboretum adalah bunga lambang Bumiaji.

Disepanjang jalan di Daerah Kota Batu ramai pengusaha nurseri bunga-bungaan.Terdapat pelbagai jenis bunga yang menarik dan indah dipandang mata....inilah keistimewaan bumi Kota Batu.

Akhir sekali kami dibawa melawat ladang epal di Bulukerto.Bas kami terpaksa dipakir di jalanraya utama.Kami terpaksa berjalan kaki sejauh 500 meter masuk ke lada
ng.Bulukerto adalah perladangan epal yang sangat luas.Kami sampai di ladang epal kepunyaan Pak.....Ahhh lupa pula namanya tapi beliau cukup mesra menyambut kedatangan kami dan diberi penerangan secara ringkas mengenai ladangnya.

Di ladang ini dan kebanyakan ladang epal yang lain menjalankan aktiviti  yang sama iaitu pengunjung boleh memilih, memetik dan merasa keenakan buahnya tanpa sebarang bayaran.Pengunjung yang tinggal lama di ladang boleh menyewa pokok epal dengan kadar Rp 250 sepokok tujuan menjaga, membaja, merawat dan memetik hasilnya.

Menurut pemilik ladang,sepokok epal boleh menghasilkan 50 kilogram buah dalam satu-satu masa.Bagi mendapatkan hasil yang lumayan,tiap pokok yang telah mengeluarkan hasil perlu diluruhkan semua daunnya secara manual.Jenis pokok epal yang ditanam di ladang ini adalah benih dari luar negara iaitu dari Thailand.Untuk pasaran pengusaha ladang telah menjenamakan buah-buah epalnya dengan nama Indonesia iaitu "NORDIS".Kami diberi peluang merasai keenakan kerepek epal, jenang epal (dodol) dan halwa epal.

Ada pengusaha datang ke ladang membawa jualan pelbagai makanan snek Indonesia.terutama kerepek berasaskan buah-buah seperti kerepek epal, kerepek nangka dan pelpagai makanan ringan yang lain untuk dipasarkan kepada kami.


No comments:

Post a Comment