Sunday, 9 September 2012

KEMBARA SURABAYA

Masih ku ingat pd tangal 20 April 2008 aku sempat mengikuti satu trip kakitangan kerajaan membuat lawatan  pendidikan ke Surabaya.Penerbangan Air Asia AK916 pd jam 4.20 ptg selama 2jam 45 minit amat membosankan.Setibanya di airport Surabaya keadaan telah tersangat gelap walaupun jam Indonesia menunjukkan pukul 5.30 ptg.(6.30 ptg waktu Malaysia)
Seramai 29 peserta trip kemudiannya dibawa ke Medan Ikan Bakar Cianjur di pekan Sidiarjo lebih kurang 15 minit perjalanan dari airport.Pemandu Pelancung kami adalah kakitangan SPAT ( Sentra Pengembangan Agrobisnis Terpadu) iaitu Bapak Andy dan Bapak Iwan.Katanya Surabaya adalah bandar kedua terbesar selepas kota Jakarta.Surabaya terletak di bahagian Jawa Timur atau singkatnnya JATIM.
Menu makan malam khas sangat ringkas,Ikan gerumi goreng, pecal, tahu goreng cicah sambal cili kicap,sayur baby pakchoy, sambal dan ulam pucuk ubi serta ayam goreng.Disini saiz ayamnya jauh lebih kecil (tulangnya kurus ) berbanding di Malaysia namun rasanya amat lazat.Tahu juga lebih kecil,lebih lembut serta manis.Minumannya pula tea o tanpa gula.Rakan-rakan yang lain kebanyakannya terdiri masyarakat P.Pinang tidak biasa dengan menu yang sebegini kerana hidangan wajib mereka adalah kari...nasib lah aku ada darah keturunan Jawa.Nendaku berasal dari Magelang Jawa Timur so masakannya sama dengan menu di sini.Selesai makan dengan kenyangnya ( rasanya aku je yg kenyang krn tengok kwn-kwn lain terkulat-kulat nak mnjamah ) kami dibawa ke tempat penginapan di Hotel Sun di pekan Sidiarjo...Owhh ye terlupa pula nak cerita pasal ikan gerumi...ikan ni mirip ikan kalui atau ikan talapia tapi saiznya sebesar 2 telapak tangan dan ianya nipis..ikan ini adalah ikan tasek.Ikuti sambungan perjalanan trip kami seterusnya...maybe ada yg menarik untuk dikongsi bersama....tunggu.....





No comments:

Post a Comment