23 April 2008 - Semua peserta rombongan keluar dari Hotel Tunjungan Plaza pada jam 8.45 pagi untuk ke destinasi seterusnya pusat cenderahati.Sebelum tu kami bersarapan pagi di hotel tersebut yang menjadi tumpuan ramai.Kebanyakannya mempunyai wajah iras-iras cina.Sarapan pun asyik kehabisan je...lama pulak tunggu giliran ambik makanan.....
Kami sampai ke pusat cenderahati tu sebaik jer pintu kedai dibuka.Kami pelanggan pertama hari tu.Kat kedai ni terdapat berbagai perhiasan wanita daripada manik kristal, perhiasan daripada ukiran kayu, patung-patung, beg-beg comel, baju batik , kain batik, sut batik dan berbagai lagi.
Setelah puas membelek , merayau dan meninjau-ninjau yang berkenan cuma sut batik jer...beli la dua pasang sebab semua orang beli...hehe
Kami pulang semula ke Hotel Tunjungan Plaza untuk chec out.Masa yang diberi adalah satu setengah jam untuk berkemas..Oleh kerana saya dah packing bagasi awal-awal lagi so masa yang di beri satu setengah jam tu saya dan rakan sebilik ambil untuk bershopping lagi di Matahari Plaza .
Kami check out jam 11 pagi dan terus menuju Jambatan Merah Gloseri iaitu Pasar Borong. Membeli belah kat sini boleh tawar menawar harga.Tujuan kami ke sini kebanyakannya ingin membeli telekung sulaman.Puas berkeliling keluar masuk kedai turun naik tangga tapi tak berjumpa.Dah letih baru nak tanya orang tp malangnya orang Surabaya tak tau apa itu telekung. Jenuh la pula nak bagi penerangan.Bila kita sebut Pakai untuk Sembahyang...pun mereka tak faham...Lama-lama tersebut sholat...baru lah mereka kata ..oooooooo peralatan solat atau disebut rukuh.Baru saya teringat orang jawa sebut telekung tu rukuh tapi perkataan semakin pupus dari ingatan kerana lebih mudah sebut telekung.Masa tinggal setengah jam baru kami jumpa kedai yang penuh dengan pelbagai jenis rukuh.....cantik , warna warni dan pat pelbagai patern.Saya berkenan telekung import konon katanya dari Jepun berharga 1500Rp...Saya merayau ke kedai sebelah dengan harapan akan terjumpa baju untuk kanak-kanak lingkungan umur 4 tahun. Masa terlalu singkat tak membenarkan kami untuk memilih.Saya capai 3 helai blaus dan bertanya harga untuk bayaran..Pekerja wanita bercakap sesuatu dengan tauke kedai rupa paras iras bombay tp alangkah terkejutnya kerana mereka berbahasa jawa yang memang aku faham banget..apa lagi aku pun ambik kesempatan untuk menawar harga dengan berbahasa jawa.Haaa terkejut kau...tapi akulah paling bertuah kerana aku boleh dapat harga diskaun dan layanan teristimewa sebagai pelanggan.Mudah je aku dapatkan pakaian kanak-kanak yang aku mahu dengan harga paling paras bawah...Dapatlah sepasang sut celana dengan busana lengkap tudung untuk anak bongsu saya.
Sebaik berpusing kawan-kawan dah takde...Saya jalan-jalan ikut kaki dan terserempak dua tiga group rombongan.Masing-masing tercari-cari jalan keluar.Aduhai lega hati jumpa group lebih melegakan aku dapat membeli buahtangan untuk anak-anak. Akhirnya kami dapat keluar dan selamat sampai dalam bas yang telah sedia menunggu tanpa gangguan sang pengemis yang mengejar.
Masa tertangguh hampir sejam kerana da rakan yang tertinggal barang kat plaza ada yang tertinggal handphone kat hotel. Kesian Bapak Andy terkejar-kejar menguruskan semuanya.Makan siang hari ini direstoran yang menyajikan nasi putih bersama sup rawon, sup kambing , dan sayur pakchoy. Menu tersangat ringkas tapi saya kenyang makan sup kambing kerana hampir keseluruhan ahli rombongan tidak menggemarinya.
Selesai makan kami sempat menjengah kedai cenderahati di dalam restoran tersebut. Sekali lagi bershopping untuk menghabiskan Rupiah.Perjalanan ke Lapangan Terbang Surabaya agak terburu-buru kerana hari semakin lewat. Jadual penerbangan kami sekitar jam 6.30 petang waktu Indonesia tapi delay selama sejam.Sewaktu menunggu flight kami sempat membeli belah di Airport terutamanya Kek Lapis.Saya amat menggemari keychain tp terkilan keychain yang cantik dah bayar tapi tertinggal kat kaunter bayaran kerana fokus pada kek lapis jer...
Penerbangan hampir selama 3 jam tu amat membosankan kerana lapar.Rakan yang duduk sebelah belanja kawan-kawan makan...Aku ambik porridge, ada yang mengambil semangkuk mee maggie dan Nasi Lemak Air Asia.Kami mendarat d KLIA jam 11.00 mlm. Sepanjang malam kami terlena dalam bas dan samapai di rumah sekitar jam 6.00 pagi 24 April 2008.....begitulah kisah Surabaya....Lain kali baca lak kisah aku ke Thailand ...ikut trip Lawyer......
No comments:
Post a Comment