21 April 2008 - Seawal jam 4.15 pagi dah terdengar alunan azan subuh.Terpaksa juga bangun kerana rakan sebilik dah switch on TV. Bergegas mandi untuk solat subuh.Chanel TV banyak menyiarkan berita hanya sekitar lingkungan JATIM sahaja.Hari ini merupakan HARI KARTINI di Indonesia.Sarapan pagi disediakan sama seperti menu kebanyakan hotel di Malaysia....cuma istimewanya ada sajian pelbagai jamu tradisional..ramai yang mencuba jamu air kunyit bercampur beras kisar...Aku tak nak cuba takut sakit perut..
Jam 7 pagi kami meninggalkan Hotel Sun dan menuju ke Pasuruan.Perjalanan kami di 'eskot' kenderaan peronda pak polisi bagi melancarkan perjalanan atau bagi mengelakkan jalan 'macet' (terperangkap kesesakan lalulintas)Sepanjang jalanraya penuh sesak oleh penunggang motorsikal.Di Surabaya kebanyakan kereta yang memenuhi jalanraya adalah kenderaan jenis Toyota dan berjenama Kijang.Sepanjang jalan juga ramai para peniaga kecil berdiri di bahu jalan atau ditengah-tengah garisan jalan untuk menjual makanan ringan dan 'koran' (suratkhabar)
Sebenarnya kami nak ke Desa Ledug di Pasuruan.Dalam perjalanan ini kami juga melalui kawasan yang dibanjiri lumpur panas sejak 3 tahun lalu.Lumpur panas ini asalnya dari Syarikat Petroleum yang mengeluarkan gas.Menurut cerita Pak Andy pengusaha syarikat ini bernafsu serakah (tamak dan tidak mahu beramal)maka suatu hari gas yang dipam telah meledakkan lumpur panas ini sehingga menenggelamkan 6 buah kampung disekitarnya.Penduduk terpaksa dipindahkan.Lebuhraya juga terputus oleh timbunan lumpur.Sehingga saat ini (21 April 2008) lumpur panas masih aktif meledak dan menjadi daya tarikan pelancung.Ramai pakar luar negara telah mencuba untuk menghentikan ledakan tetapi tak berhasil....camtu lah ceritanya...macam sinetron pulak...kan...
Desa Ledug Prigen Pasuruan terletak di lereng gunung.Udaranya teramat nyaman dan pemandangannya bergunung ganang.99% penduduknya adalah muslim.Rombongan kami disambut ole Pak Lurah Supaat dan kakitangan pelbagai jabatan dan pertemuan kami berlangsung dalam dewan terbuka di desa tersebut.
Ucapan aluan oleh Pak Lurah Supaat diikuti ucapan oleh Bapak Pemerintah Kabupaten Dr Hj Munif Ir. iaitu Kepala Kecamatan Prigen) Lebih kurang macam Pegawai Daerah la tu.....Katanya Desa Ledug ini diliputi kawasan hutan dan kawasan pertanian.Sawah padi terletak di lereng-lereng bukit di sepanjang jalan.Setiap rumah penduduk mesti mempunyai tanaman sayura dan buahan.Yang paling menarik desa ini dibangunkan oleh penduduk dengan penuh semangat kerjasama tanpa meminta bantuan pihak pemerintah.Banyak kemudahan disediakan terutama dari segi pendidikan dan keamanan.Para sukarelawan (LINMAS) memberikan perlindungan kepada masyarakat.LINMAS tu singkatan Lindung Masyarakat..Kat Indonesia suka sangat guna perkataan singkatan.
Masyarakat disini mengamalkan sikap bermesyuarah,bermuafakat dan sentiasa saling memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing demi membangunkan Desa Ledug kebanggaan mereka ini.Warga muda disemai semangat cintakan desa dan tidak dibenar keluar untuk berhijrah ke bandar.
Sepanjang pertemuan kami di Desa Ledug,kami dihidangkan dengan menu klasik iaitu pisang rebus (pisang direbus bersama kulitnya), pentul (keladi rebus), kemili (keledek rebus), kentang rebus, ubi kayu rebus, kacang tanah rebus dan getuk jagung (jagung rebus ditumbuk lumat bersama pisang rebus tumbuk lumat dicampur gula dan kelapa) dibungkus dengan daun jagung.Mereka menghidangkannya dalam talam/dulang besar berlapik daun pisang.Macam ala-ala zaman 50an di kampung kita di Malaysia...Rasa-rasanya la macam bonda dan nenda aku cerita waktu zaman Jepun mai Malaysia...
Saya sempat berkenalan dengan ibu Khululul Mas 'Udah seorang guru PAUD (guru Sekolah Agama).Dari bisik-bisik perbualannya dalam bahasa jawa penorogo di kalangan mereka, saya dapat menangkap sikit-sikit bahawa mereka amat kasihan dengan nasib ANWAR IBRAHIM. Lalu ibu Ulul bertanyakan pada saya adakah Pak Anwar sudah bebas dan berita mengenai Pak Badawi yang mahu berundur.Rupanya mereka ni salah tanggapan menganai siapa sebenarnya ANWAR IBRAHIM...
Selesai sesi berdiskusi dan bersoaljawab masing-masing bertukar cenderahati dan mengadakan sesi bergambar kami memohon diri untuk bertolak ke Daerah Batu.Rombongan kami dibekalkan dengan 2 bakul penuh hasil makanan kampung yang siap direbus.Hampir kembong perut asyik makan juadah ubi,keledek,keladi dan kentang rebus di Desa Ledug tapi kami tumpang bangga atas kejayaannya membangunkan desa tanpa bantuan kewangan pemerintah...
No comments:
Post a Comment