Monday, 24 September 2012

...kesinambungan part 4

Semasa mendengar taklimat oleh Pengetua SMK Negeri 3 Malang, kami dijemput untuk menjamu selera kuih-kuih tradisional Indonesia secara buffet dan diladeni mesra oleh pelajar-pelajar Bahagian Perhotelan.Selepas taklimat kami dibawa melawat keseluruhan sekolah sehingga ke bilik Pengetua.

Kami juga dibawa ke lokasi pusat jualan hasil kerjatangan para pelajar.Pelbagai jenis cenderahati  seperti pasu bunga, alatan perhiasan rumah, telekung bersulam, pakaian batik, perhiasan kayu dan aksesori wanita ada dijual.



Kami turun ke tingkat bawah dan dijamu dengan rojak manis serta Bakso di Cafe .Saya teringin banget untuk merasai bakso tapi teringat kata-kata Pak Andy, Bak tu bermaksud Daging dan So itu ialah Babi.Jadi saya melupakan untuk mengambil hidangan Bakso.Rojak Manis yang saya makan adalah pada istilahnya sahaja tetapi teramat pedas sehingga keluar air mata dan hidung.Rojak Manis di sini dimakan bersama keropok warni-warni .Saya menghabiskan semua keropok untuk menghilangkan rasa pedas.

Selesai sesi lawatan di SMK Negeri 3 Malang ,perjalanan diteruskan ke Pusat Pengumpulan Jualan Makanan Ringan atau Industri Kecil Sederhana kepunyaan SPAT ( Sentra Pengembangan Agrobisnis Terpadu).Makanan yang dijual di sini ialah seperti Tapai Singkong (Tapai Ubi) , Pisang Saley (Pisang Salai), Madu Lebah, Tamarind, Kacang Bogor, Jenis-jenis Jamu, Pluntiran ( Makanan Ringan Berpintal), kerepek epal, kerepek tempe, kerepek nangka, dan juga belut goreng rangup bersalut tepung.

Lebih kurang jam 3.00 ptg waktu Indonesia kami sampai di kawasan perindustrian SPAT. Sebaik sahaja sampai hujan turun tersangat lebat.Mereka memayungi kami seorang demi seorang turun dari bas.Kami berkumpul di restoran terbuka di tengah-tengah SPAT. SPAT ini kepunyaan Bapak Unggul Abinowo.Pengusaha ini walau dianggap jutawan tetapi mempunyai gaya hidup yang amat sederhana, seorang yang pendiam tapi cukup istimewa melayani tetamu.

Sementara kami diberi penerangan mengenai SPAT ,rombongan kami dijamu minuman Es Teylo (Jus Ais Keledek Ungu), Air Teh  Bercampur Herba (Teh O bergula dicampur bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,dan kulit kayu manis) serta kuih-kuih tempatan berasaskan Teylo.

Teylo (Ubi Keledek) disini diproses untuk dijadikan tepung keledek bagi memproses kuih seperti Bakpao, Bakpia, Kek Brownies, Piza, Kuih Kukus, Burger, Nugget , Frenchires, Es Jus, Es Krim , Es Kon , Mee dan Kerepek Keledek. Mereka berazam mahu menjadikan tepung keledek ini sebagai pengganti tepung gandum yang terpaksa diimpot dari luar dengan harga yang cukup tinggi.

Menurut staf SPAT, Presiden Suharto suatu waktu dahulu menyatakan jika negara masih bergantung kepada makanan dari luar bermakna negara masih belum Merdeka.Oleh itu Pak Unggul berusaha menjadikan ubi keledek sebagai bahan asas makanan.

SPAT juga menjalankan aktiviti Pusat Pendidikan Dan Latihan, Pusat Data dan Informasi, Pusat Pengkajian dan Pembangunan Desa, Pusat Pengembangan Teknologi Tepat Guna, Investasi dan Pembiayaan Mikro serta Terminal Agrobisnis.

SPAT terletak ditengah kawasan lapang dengan pemandangan gunung-ganang yang indah serta luas kawasan menghijau dengan pertaniannya dikaki bukit.Di sini juga terdapat kilang memproses baja organik.Terdapat kolam-kolam yang dibina anatara wakaf atau pondok-pondok terbuka untuk berehat, memancing dan tempat untuk solat.


Kami berkesempatan ke bangunan yang memproses makanan. Terdapat pelbagai mesin untuk memproses Jahey (Halia ) dan makanan daripada tepung ubi keledek. Kami dimaklumkan bahawa KPW dan Pertanian Malaysia pernah menempah mesin memproses produk makanan daripada Pak Unggul.Mereka juga pernah datang melwat SPAT.

Selesai melawat persekitaran kami dijamu makan siang.Menu kali ini ialah Nasi Putih, Sayur pucuk paku campur cendawan masak tumis, Udang Peyek, Cucur Jagung, Ikan Gerumi masak 3 rasa dan sambal.Akhir sekali kami dijamu desert puding serta buah-buahan.Selesai makan kami mengambil kesempatan untuk solat di wakaf terbuka dan ada yang berkaraoke.Kepulangan kami dibekalkan sekotak kue Bakpia, tuala kecil dengan catatan 'Ikhlas dari SPAT' dan pamphlet SPAT dalam sebuah beg comel sebagai cenderahati daripada isteri Pak Unggul



Setakat ini sahaja lawatan secara rasmi kami dan Bapak Polisi juga beredar setelah selesai tugasan mengiringi kami sepanjang hari....Terpaksalah kami meneruskan perjalanan pulang dalam keseskan lalulintas dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke Tanggulangin. Tanggulangin merupakan tempat perusahaan kulit.Kami terpaksa mengejar masa untuk sampai segera bimbang pusat jualan akan ditutup kerana lewat malam.Sekali lagi jalan MACET kerana penduduk kampung sedang berarak menghormati dan mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Hari telah gelap bila sampai di Tanggulangin.Di pusat ini hanya sebahagian sahaja barangan daripada kulit asli dan tulen selebihnya hanya barangan tiruan tinggi kualiti.Harga juga tidak boleh ditawar.Saya cuma berkenan tastangan berharga Rp 202,000 lebih kurang RM72.00 duit Malaysia.

Selesai menjamu mata dengan barangan kulit , kami menjamu selera, makan malam  berkonsepkan Makanan Padang.Menu Nasi Putih, Ayam Kukus, Ayam Gulai Kuning, Kurma Telur, Pucuk Ubi Sambal, Rendang Daging, Kulit Sapi Masak Lemak Kuning Cili Api dan Minuman Teh O tanpa gula.Sebahagian ahli rombongan makan penuh kusyuk dan lega kerana selama berada di sini mereka baru jumpa masakan ala-ala kari dan berkuah.Rungutan makanan juga diambil kira oleh Pengurus Rombongan.Mereka berasal dari tanah Pulau Mutiara semestinya rindu habuan kari...

Malam ini kami akan bermalam di Hotel Tunjungan Plaza.Malam yang amat melegakan kerana esok akan berangkat pulang ke tanah air. Ada yang berkemas ada yang masih ingin bershopping lagi sehingga bagasi masing-masing tidak diendahkan.BelBoy terpaksa melonggokkan bagasi dalam bilik saya kerana
kebanyakan tuannya lupa beg dan pergi merayau shopping.

No comments:

Post a Comment