Tanggal 22 April 2012.....Sarapan pagi kami menu sama seperti kebanyakan hotel di Malaysia.Owwwhhh terlupa lak nak habaq mai tang mana kami semua tidoq malam tu naa....
Semalam kami menginap di Hotel Gajah Mada di daerah Malang ( dalam bahasa Indonesia Malang tu bermaksud Melintang ) Hotel Gajah Mada terkenal dengan keunikan ukirannya.Para pelayannya yang amat ramah mesra sabar melayan kerenah kami.Aku dapat menangkap butiran pertuturan mereka yang sememangnya amat ku fahami.Bahasa Nendaku juga.
Sebelum tidur malam tu kami dibawa keluar untuk menikmati makan malam di restoran Sidomulyo.Restoran ini berkonsepkan kayu kayan hutan dan gabungan alam semulajadi.Hidangan buffet malam itu menghidangkan menu nasi putih, sup putih telur, ayam masak kicap dan sayur campur.Minuman istimewa restoran ini ialah Es Kelapa Bandung Bercampur Laici.Suasana samar dan malap lampu bertambah indah dan romantik dengan pelbagai ukiran kerusi daripada tunggul kayu menyerlahkan lagi keantikan dan keunikan restoran ini.
Selepas makan , biasalah...ada yang bershopping di Kompleks Sun.Ada yang 'pijat' (urut tradisional).Sebut pijat, aku tertawa sendiri gelihati.Dalam perjalanan aku nampak iklan yang ditampal kat pokok sepanjang jalan..."rumah pijat" dan disertakan no. telpon.Aku fikir iklan pestcontrol menghalau pijat dirumah.Kenapa banyak sangat pijat kat Indonesia? Aku terfikir-fikir..Bila rakanku mengutarakan ingin massage tradisi pada petugas di kaunter hotel maka datanglah wanita Indonesia lalu menyebut siapa mahu pijat?....kikiki...rupanya aku terlupa bahasa nendaku sendiri tapi biasanya nendaku sebut pijet..bukan pijat....kalau pijat tu serangga ..
Balik kepada cerita bersarapan tadi, istimewanya dan kelebihannya ialah ada sudut khas 'minum jamu' beras kencur atau beras kunyit bersama air asam.Saya tak berani mencuba jamu ini sebab dalam perjalanan jauh bimbang ketidakselesaan perut kerana tak biasa.
Koran Bahagian JATIM pagi ini menyiarkan lawatan kami ke TK Hajjah Mariam dengan tajuk 'KE BATU MELIHAT PENDIDIKAN PERCUMA' Wajah sebahagian ahli rombongan terpampang diakhbar tersebut.Maka ramai la yang berebut membeli koran sehingga kehabisan.
Selesai sarapan kami ke Kabupaten Malang. Kami dibawa ke Kantor Goverment Kabupaten Malang.Kedatangan kami disambut sebagai tetamu VIP oleh wakil peribadi Bapak Kabupaten Malang iaitu Pak Indra.Beliau adalah pemerinah Kabupaten Malang.Bapak Sujud Pewribadi tidak dapat bersama kerana lawatan kerja ke Thailand. Pak Indra telah memberi ucapan aluan dengan menyentuh latar belakang kawasan Malang dan aktiviti agropolitan Poncokusomo.Sama seperti di Malaysia mereka juga amat prihatin terhadap kebajikan masyarakatnya terutama golongan ibu tunggal.Cuma yang membezakannya ialah terdapat banyak koperasi yang kukuh membantu kelompok ini.
Sementara diskusi antara 2 negara ini berlansung,kami dibekalkan dengan sebuah kotak kecil yang berisi 3 jenis kue.Kuih manis dan kuih pedas yang diletak sebiji cili padi pada setiap ketul kuih pedas.Kali ini baru jumpa teh o bergula yang dihidang dalam kole porcelain lengkap bertutup.
Setelah bertukar-tukar pendapat dan pandangan,kami dijamu makan siang.Nasi putih dan nasi minyak berlaukkan udang goreng,acar timun + cili padi, ayam + brokoli goreng tempura, diiringi minuman Es Kelapa Oren.(Takde gak menu yang kari.....psstttt.....kesian orang penang..kari...kari...rindu kuah kari) Naseb baik saya makan semua makanan so tak menjadi masalah besar bab makan.
Selepas makan siang, kami dibawa ke SMK Negeri 3 di Malang.Sekolah ini bertaraf Institut yang menjalankan kemahiran dalam bidang jahitan, masakan catering, perhotelan, laundry, hair saloon, roti dan pastri. Selain itu terdapat juga latihan dalam bidang cafe dan peragaan fesyen.Kehadiran kami disambut oleh para pelajarnya yang bertugas sebagai para pelayan tetamu seperti di hotel. Pelajar mereka seramai 916 orang kebanyakannya sedang menghadapi peperiksaan semester.Jumlah para guru serta karyawan SMK Negeri 3 sebanyak 115 orang.Institut ini merupakan institusi bertaraf antarabangsa.
No comments:
Post a Comment