Thursday, 7 November 2013

TIPAHBELI TIPAHBELI...MARUKUUU

Setelah hampir 10 tn hidup d perantauan secara tak sengaja aku tertulis surat permohonan ingin balik bekerja di kampung halaman dgn alasan konon nak depend pak menteri yg juga ahli parlimen d situ..sekelip mata permohonan ku di terima dan Alhamdulillah sy akan tunaikan janji utk menyokong beliau sepenuhnya..Ini satu bab cerita..

Bab kedua bila dah balik dok umah sendiri mula terkenang zaman bekerja d tempat org..baru je nak rasa pembangunan di situ kena pindah...dah pindah dan bila dh nampak pembangunan dan byk kemudahan di tempat baru kena pindah lagi....tapi tak apalah...bila balik kampung halaman pun banyak pembaharuan dan pembangunan di tempat sendiri....bagus bagus...

Sebenarnya sy nak bercerita tentang jiran 1 malaysia...dulu semasa sy beli rumah ni jiran sblh kiri saya adalah keluarga cina yang baik budi.Selalu tolong saya contohnya pasang kunci tambahan pada tiap pintu...kadang isterinya memberi sepinggan kuih pau gebu tp oleh kerana mereka memelihara anjing yang tak segak saya terima pemberiannya dgn senyum...kuih pau jd hiasan je tp kalau buah yang di hulur memang lama dah habis saya telan.

Bila saya balik masuk semula rumah yg dh 10 thn ditinggalkan, sy brjiran lak dengan keluarga India.Katanya dia beli umah tu daripada uncle Goh..tak kisahlah...Nama jiran saya auntie Kanta.Suaminya nampak bengis tp anak-anaknya very friendly walau kurang fasih berbahasa melayu.Auntie Kanta pun baik..salam perkenalan diiring brsama sepinggan kek homemade...sy senyum dan puji ..bau kek ni harum...mesti sedap...mulai hari tu kami akrab walau kadang saya rasa pelik melihat cara kehidupan mereka yg agak unik berbeza dengan keluarga india yang dok baris depan umah kami.

Deepavali pun tiba....seminggu sebelum tiba perayaan tu auntie kanta dan suami bizi membersih umah  cuci lantai, sapu sawang sampai tilam pun mereka cuci bersih.Tiap waktu maghrib masa kami solat, kdengaranlah berdering dering loceng berbunyi tak lama kemudian dengar macam org 'berzanji' makin lama makin nyaring mcm org 'brzikir' lak....jiran sebelah kanan aku lak mula telefon...ingatkan ko yang bertahlil....

Tepat jam 12 mlm deepavali jantung aku mcm nak copot sbb suami auntie kanta berlawan dentum main mercun dgn bungapi bersahut sahutan seluruh pekan kecil nih..beberapa kali aku terjerit dek kerana tekojut dgn dentuman kuat membingitkan telinga dgn panahan cahaya menerobos dlm ruang kamar tdur ku...Macam perang di palestin je layaknya.
Alah biarlah mereka nak bergumbira...lalu aku pun terlena dalam dentuman membingit tanpa henti...esok pepagi bila aku nak solat tahajud tetiba seperti brjalan d padang pasir...cepat2 on lampu dann...owhhhhhh....auntie kanta jiranku.....kenapalah main mercun didepan umahku sehingga debu2 pasir dan habuk memenuhi ruang tamuku...ohohoho....sabarlah hati....

Kul 8 pg sesudah mengemop lantai ..aku keluar membersih poch dan keretaku yg dipenuhi debu...betul la macam perang lak...sempat ku jeling auntie kanta yg memakai sari indah siap-siap duduk alam kereta.mages pula cantik dgn pakaian gaun labuh berwarna warni membontoti ibunya....manakala naren terkedek-kedek memakai doti kelabu berlari ke kereta tanpa kasut..terjerit-jerit si ayah minta ammanya turun kereta ..suh cari kasut anak nya kot ataupun suh kunci pintu...hehe...maybe depa tu nak p semayang laa sbb tengok uncle pakai serba putih berkain jer...Aneh nya..auntie dan uncle baris depan tu kenapa macam taknak sambut deepavali jer....pg raya uncle tu pakai suar pendek je...patty pun pakai seluar pendek juga...tak p semayang ka???...

ptg raya...auntie kanta panggil nama anak aku dan dia menghulur beg plastik...dengan senyum anak aku kata...thankyou auntie...bila dibuka...ada sebungkus maruku, sebungkus kek, sebungkus semperit dan sebungkus kuih keras warisan dema ..maruku ni aku makan dgn lafaz bismillah...yg lain-lain tak selera tp semperit ni buat aku tak keruan..tu kuih feveret tp dia buat ke beli nih....pandang belek pandang belek lama-lama pejam mata dgn berkata..maafkan aku kuih...aku nak simpan dlm beg plastik hitam naa....mesti ada yg mnjamahnya nanti.....

Belum sempat masuk dlm beg plastik hitam...dentum mula lagi...opocot...terpelanting terus dlm bakul dot dot...selamatlah kamu kuih dlm tu..Aduhai Naren yg berusia 5 thn berani tul main mercun..Dah la main bungapi di hala kat pintu pagar aku dan terlompat-lompat masuk dalam pagar umah menghampiri kereta aku.

Auntie cina yg dok depan tu mula tak senang duduk.Dia bangun lalu merapati naren...heyyy...jgn main dekat kereta arrr..nanti terbakar...susah oooo....naren lari masuk bila kena marah tp tak lama pastu terhendap2 balik pasang bungapi kat depan umah..kali ni aku lak yg sound budak tak reti basa nih...pun masih cmtu gak...mak dia sibuk kat dalam layan tamu.mages lak macam sama jer dgn adiknya...oleh krn aku tak brjaya mnghalang...auntie cina tu cekak pinggang dah....ishhh kang jd gaduh lak...aku bersapa dengan auntie cina tu...rupanya dia buka kedai kopi dan balik jenguk umah sesekali jer...dia pesan suh tengok2kan umah dia dan dia bg 2 bj mangga besaq hasil tanamannya.

malam tu perang mula lagi dentum dentum tak berhenti...aku cuba keluar nak tinjau keadaan tp....masyaAllah auntie kanta.....dia pasang lampu pelita berderet kat atas tembok kami...kalau pelita dia ditiup angin lalu jatuh atas kereta aku ni camana....siapa nak jawap.....makcik sebelah kanan aku dah siap tepon jiran sebelahnya (kanan )suh standby kot ada kebakaran kat keta aku...hehe...lawaknya....

selang beberapa malam...aku sekali lagi tekejut dengar bunyi 'kompang'...eihhh bukan kompang tp 3 lelaki India brpakaian serba putih memukul gendang dari rumah ke rumah kaum india tujuannya tak taulah untuk apa...agaknya suh tok iman memberi keberkatan dlm umah mereka kot....

macam tu la cerita pasal deepavali dan hal jiran-jiran tetanggaku...walau berlainan bangsa dan agama mereka masih prihatin sesama jiran... seronok juga dok dlm taman 1 malaysia nih......



Sunday, 4 August 2013

SYAWAL YANG TIBA...AYAH TAK PULANG JUA

InsyaAllah dalam 2 hari lagi semua umat Islam akan menyambut kedatangan syawal.Kehadiran syawal kali ini telah mengimbau kembali peristiwa 19 tahun dulu.Kisah ini diceritankan semula oleh mommy pada kakak beberapa hari yang lalu.

Pada ketika itu Mommy baru 20 hari bersalin adik baby.Mommy di bawa nenek balik ke kampung untuk nenek jaga sewaktu dalam tempoh berpantang.Waktu itu umur kakak baru 3 tahun.Walaupun kakak tidak mengingati apa berlaku pada waktu itu tetapi cukup tragis apa yang pernah ayah lakukan terhadap kami.Sewaktu menghantar mommy dan adik baby, ayah tidak bercakap sepatah kata sepanjang perjalanan.Kami ditinggalkan begitu sahaja di rumah nenek tanpa keperluan adik baby ,keperluan ibu serta susu minuman kakak.

Hari raya menjelang tiba..nenek semakin sibuk membuat tempahan kuih bahulu dan kuih bangkit.Berasap-asap dapur nenek tiap hari.Mommy pula semakin hari semakin berdiam diri dan asyik melayan adik baby.Mommy tidak lagi periang seperti selalu bercerita dan bergurau senda dengan kakak..

Suatu hari kakak lihat nenek balik dari pekan sehari membawa bungkusan.Nenek membuka bungkusan dan memberitahu kakak inilah sahaja yang nenek dapat belikan untuk kakak.Sehelai kain untuk dibuat baju kurung raya.Nenek menempah baju raya kakak.Kakak sukahati kerana ada baju baru.Semalam sepupu datang rumah nenek katanya dia dah ada baju baru untuk raya.Ada 5 pasang.

Esok hari raya.Nenek sibuk memasak ketupat,rendang dan ayam semur kegemaran kakak.Mommy asyik berkuring dalam bilik.Sesekali kakak lihat mommy menangis memeluk adik baby.Hairan...sejak ayah menghantar mommy balik kampung, ayah belum sekali pun telefon kakak.Ahh..mungkin ayah sibuk agaknya.

Kakak tidak putus asa.Kakak terus bersemangat menunggu ayah balik ke rumah nenek untuk sama-sama meraikan aidil fitri dengan adik baru.Pasti ayah balik membawa baju baru atau bunga api untuk kakak.
Dari pagi sampai petang kakak asyik meninjau keluar pintu rumah ke jalanraya.Moga-moga ada kelibat kereta ayah masuk ke rumah nenek.Akhirnya kakak tertidur depan pintu.

Kakak tersedar bila ada air mata jernih mommy jatuh atas pipi kakak.Kakak terpisat-pisat melihat mata dan hidung mommy merah.Mommy memeluk kakak erat-erat dan mengusap-usap rambut kakak.Mommy mencapai baju dan mengunjukkan pada kakak.Inilah baju baru kakak...dah siap jahit..esok boleh pakai dan boleh pergi beraya dengan nenek.Mommy berlalu dan mendodoi adik baby dalam buaian.

Malam itu rumah nenek meriah.Nenek melayan kakak memasang pelita dan melayan kakak dengan gembira.Namun kakak masih tercari-cari di celah pakngah makngah pakcik dan makcik, dimanakan ayah? Tidak mungkin ayah beraya sendirian di rumah sebab tok pun dah meninggal.Mommy mencuba telefon ayah untuk kakak tapi tiada jawapan.Walaupun hari itu masih malam raya tetapi ramai saudara-mara telah berkunjung.Mereka melawat adik baby kata nenek.Mommy tak berhenti menangis bila saudara mara memeluknya dan minta bersabar.Kakak tak mahu tidur.Selepas bermain bunga api dengan abang sepupu,kakak duduk atas sofa di ruang tamu.Kakak nak tunggu ayah.Kakak nak tunjuk baju baru nenek beli kat ayah.Akhirnya kakak tertidur.

Bila terjaga,kakak sudah berada diatas katil nenek.Kakak terus meninjau setiap sudut rumah mencari ayah.Ayah balikkah waktu kakak tertidur?Nenek seolah-olah faham lalu mendukung kakak masuk ke bilik air dan mandikan kakak.Ayah balik tak nenek?Belum lagi mungkin hari ini agaknya..jawab nenek .Nenek memakaikan baju kurung dan siapkan kakak.Selepas itu nenek suap kakak makan didapur.Sementara nenek siapkan adik baby,kakak meluru ke pintu dan duduk dimuka pintu menunggu ayah.Kakak tak mahu ikut nenek ke kubur atau ikut nenek pergi beraya rumah jiran.
Kakak nak ayah.Kakak nak tunjuk baju baru kakak kat ayah.Kakak letih menunggu.Hari yang cerah bertukar gelap.Nenek ajak kakak masuk ke rumah untuk tukar baju dan mandi.Selepas mandi kakak terlelap dengan sebotol susu.

Esok ,lusa dan seterusnya sepanjang hari kakak masih di muka pintu menanti ayah.Kakak menolak ajakan pakngah makngah pakcik makcik untuk pergi berhari raya.Kakak tetap setia menunggu ayah dimuka pintu dari pagi hingga ke senja.Bermula dari ramai orang berkumpul dirumah nenek sehingga semua orang selesai balik ke rumah masing-masing,ayah masih tidak muncul-muncul.

Lama-kelamaan kakak bosan tunggu ayah dimuka pintu.Kakak bosan telefon ayah tiada jawapan.Kesian Mommy,kesian adik baby, kami beraya tanpa ayah bersama-sama.

Mommy kata hari yang ke 19 hari raya baru ayah muncul jam 3 pg waktu kakak tidur lena.Ayah minta mommy berkemas dan ikut pulang ke rumah pagi-pagi esoknya.

Demikianlah kisah Hari Raya kami sekeluarga 19 tahun lalu.Sampai sekarang kakak tidak tahu dimana ayah sewaktu semua keluarga berkumpul bersama-sama meraikan Syawal.Sejak itu kakak tidak lagi berhari raya dengan ayah.Ayah berhari raya dengan cara dan jalan yang dipilihnya sendiri.Namun kakak tetap mengalir air mata menyambut 1 syawal mengenang kenangan silam...Allahuakbar....

Wednesday, 8 May 2013

SAYA RAKYAT SAYANGKAN MALAYSIA

Muak sudah....sebelum PRU13 sehinggalah selesai PRU tapi masih hangat perbincangan, isu TAK HABIS-HABIS...isu tak puas hati, isu berbau perkauman ,isu fitnah dan seadanya keluar di muka-muka buku.Berbagai pendapat,  berbagai kritikan , berbagai pandangan terus bermain dan dihebahkan sehingga saya sendiri konfius sudah...TAPI....berikut adalah pendirian saya...

Penuh muka buku saya dengan sindiran, hebahan ,kritikan..ada yang saya terbaca kebanyakannya menyakitkan, adakala sedih adakala terasa ingin memberi pendapat tapi terfikir oleh kewarasan akal biarlah..andainya buah fikiran akan menambah kekusutan di pihak lain , andai mencelah memberi kata-kata akan di maki hamun pihak lain lebih baik diam...

Diam saya bukan bererti mengiakan tetapi kena fikirkan secara rasional tidak sesekali menerima bulat-bulat dan tidak juga menolak mentah-mentah atau terlalu taasub.

Saya  diberi akal , saya boleh berfikir.. walau saya cetek ilmu tapi ilmu boleh di cari so kita  fikirlah sebaiknya sebelum melontar kata-kata sebelum yakin mengepos di wall mukabuku.

Bagi saya, saya redha ...saya duduk aman di negara saya sejak merdeka.Walau ada sedikit cemas dan kebimbangan pengganas tiba-tiba muncul di Lahat Datu , walau jauh dari tempat tinggal saya tapi saya amat sedih memikirkan nasib keluarga rakan dan rakan yg mencari rezeki berada di daerah sana dan juga anggota keselamatan yang bertugas di sana..Hanya titipan doa semoga selesai peperangan dengan aman dan tiada lagi pertumpahan darah sesama Islam.

Saya kata redha sebab pemimpin sedia ada tak halang saya untuk ke surau atau ke masjid untuk beribadah, Saya tenang mendengar laungan azan subuh yang mendayu , saya bersyukur kerana menerima info free untuk menambah ilmu agama melalui siaran TV, pilih jer TV mana saluran apa , kebanyakannya memberi info berguna selain hiburan .Saya amat berterima kasih kerana anak-anak saya boleh mendapat pelajaran dan bebas untuk memilih pendidikan sama ada ingin mengambil aliran agama , sains atau teknikal atau anak cucu saudara aya yang ingin  mendapat pendidikan cara tahfiz atau ke luar negara, pemimpin kita memberi peluang yang terbuka luas.Pilih saja lah....

Saya redha dan bersyukur ada pemimpin yang tidak memaksa saya mengikuti hiburan di pub , casino dan perjudian yang menjadi hiburan kaum lain selain orang islam , malah saya redha kerana disebalik itu saya di dedahkan berbagai aktiviti menimba ilmu keagamaan di mana-mana selagi saya suka, jika saya mampu atau atas kemahuan saya sendiri .Pergilah mencari ilmu ,didiklah diri sendiri menjadi Islam sejati, terapkanlah nilai-nilai islam dalam diri anak-anak agar generasi akan datang terbentuk anak solehah...pergilah...Peluang terbuka luas... jalan ke masjid pun cantik elok rata diturap , jalan dan kemudahan pondok mengaji terdapat dimana-mana ceruk...atau on jer TV mana yang di pilih ada sahaja info , buka You Tube carilah ustaz mana yang kita teringin nak dengar, kalau nak mentelaah , pergilah ke kedai buku, buku banyak terjual buku agama buku pelajaran atau buku ilmiah , sehinggalah buku resepi pun ada terjual..Tak mampu beli kerajaan sediakan perpustakaan negeri, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak.

Sekiranya saya tidak mampu memandu di jalan raya yang molek disediakan kerajaan, kerana kemalasan ,keletihan atau tak cukup masa, saya akan berkongsi resepi di internet , memasak untuk keluarga saya...mudahnya saya memasak..tong gas kerajaan bagi harga subsidi, gula yang saya sudukan dalam teh dan minuman atau kuih yang saya sajikan untuk family juga dapat harga subsidi.Berbanding harga gula yang mahal di negara-negara jiran saya.Saya juga suka membuat kuih sebab saya dapat harga tepung gandum dengan harga subsidi...sebab tu saya dapat bersedekah kuih homemade kepada jiran tetangga saya..Aman sejahtera saya duduk disini. Bagi saya Malaysia dah cukup segala-galanya.

Anak saya selalu demam dan selsema tapi saya bersyukur pemimpin berikan Klinik 1 Malaysia kepada rakyatnya.Jika dulu saya terpaksa bawa anak ke klinik swasta berbayar kerana klinik kerajaan open waktu ofis dan waktu persekolahan tapi sekarang saya amat lega kerana saya boleh mendapatkan rawatan dan ubat sekadar RM1 dengan layanan TERBAIK dan jenis ubat berkualiti.Yang paling suka Klinik 1 Malaysia ni buka dari awal pagi hingga 10.00 malam tiap hari walau pada hari cuti.TERIMA KASIH PEMIMPIN SEDIA ADA.Saya amat menghargainya...........

Saya seorang pekerja so amat sukar untuk mendapatkan bahan masakan sayur dan ikan fresh kerana market tutup pada petang hari tapi sejak wujudnya Pasar Bergerak 1 Malaysia memudahkan saya melanggani pasar ini.Kalau saya nak membeli barangan dapur lain dengan kuantiti agak banyak , saya akan kunjungi Kedai Rakyat 1 Malaysia dengan harga lebih murah. Bila-bila saya balik kampung , saya mesti singgah membeli pakaian di Kedai Kain 1 Malaysia..jimat kos saya maklumlah anak-anak saya semua perempuan.Kos membeli pakaian ,tudung dan sebagainya agak lebih sikit  berbanding anak lelaki.Ke Jakel pergi juga tapi Alhamdulillah le semua ada untuk saya bebas memilih mana yang saya suka.Serba serbi ada di Malaysia.

Saya juga pekerja biasa ada kala memerlukan kos lebih bagi menampung service kereta , bayaran roadtax dan insuran kereta tapi syukurlah waktu-waktu terdesak seperti itu anak-anak saya dapat peruntukan kewangan belajar dari MARA, baucer buku , wang tunai 100 bagi tiap murid boleh gak saya gunakan beli baju sekolah lebih dari 3 pasang kepada 4 pasang.Maklumlah anak sekolah rendah ni uniform cepat kotor kasut putih mudah comot so bolehlah selesa anak saya berpakaian dan dapat juga membeli buku aktiviti lebih untuk ulangkaji dirumah.Saya tak mampu nak menghantar anak ke pusat tuisyen lagipun kesian anak kerana masa terlalu padat.Pagi sekolah KAFA, petang sekolah biasa, malam kelas mengaji Quran balik dah kalut nak buat homework so saya belikan jer buku aktiviti banyak-banyak ada masa lebih dia boleh buat latihan tu.

Saya juga bersyukur saya bukan warganegara Palestine , Ghaza dan paling dekat bukan warganegara Indonesia.Melayu Islam di sana jauh beza dengan Melayu Islam di Malaysia.Saya tidak keliru bila nak mencari masjid bila keluar bertugas diluar.Berbanding saya ke Indonesia, rumah Allah mirip gereja dan tersalah tafsir termasuk dalam gereja untuk solat.

Saya juga bersyukur saya bukan warga Singapura yang dengar kabarnya mereka meminum air kumbahan yang dirawat...Wekkkkssss...meloya kiranya terjadi di sini...Simpangkan lah dapat pemimpin yang sanggup memberi rakyatnya minuman sebegitu..

Saya juga boleh membuat pilihan membuat pinjaman beli rumah secara biasa atau secara islamic, begitu juga dengan hal-hal perbankan, kita semua ada pilihan...kerana negara saya islam agama persekutuan..banyak menitik beratkan hal ehwal dalam islam...syukurlah...

Kita duduk dalam negara yang berbilang bangsa dan kaum so saya sebagai orang Islam saya pilih jalan yang benar yang disyariatkan dan yang disuruh dalam alQuran tanpa ada orang yang menghalang.Menyuruh lagi ada...serta mengingatkan saya hidup sebagai seorang Islam..Saya bebas tetapi kebebasan itu yang berlandaskan oleh Islam dan yang diberi oleh negara yang ada berpelembagaan, yang ada Raja sebagai Ketua Agama dan  yang ada Pemimpin Islam.

Saya diberi pelajaran tentang sejarah silam, saya dididik untuk memelihara kedaulatan undang-undang dan saya diterapkan dengan nilai-nilai keluhuran perlembagaan so apa lagi yang saya nak cari? Nak gembar gemburkan sesuatu mengikut cerita yang belum tentu benar? Nak dilaung-laungkan suara yang saya sendiri tak tahu hujung pangkalnya?OOOWWWHHH...TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI....Saya percaya pada Allah SWT, saya percaya kepada pemimpin sedia ada, walau bertabur fitnah bukan kita rakyat untuk mengadilinya sebab kita ada prosiding mahkamah dunia dan ada mahkamah  Akhirat.Saya tak tau semua perkara dan bukan saya seorang yang sempurna nak mencari salah pemimpin atau orang lain.Saya ada kelemahan ,saya bukan seorang yang sempurna dan saya faham tiap orang ada kelebihan dan kekurangannya so biarlah orang yang arif dalam kerjaya masing-masing buat kerja mereka.Apa nak susah..kiranya tiap manusia jika  buat silap pun ada peluang untuk berubah dan ada pihak yang akan mengadili ... jika tidak memihak pada kita pun keputusan walau saya dipihak yang benar...Allah ada..Allah SWT Maha Besar , Maha Mengetahui dan segala-galanya Allah Maha Berkuasa.

Saya menulis ni untuk peringatan saya sendiri tiada maksud untuk menyentuh perasaan sesiapa..hanya untuk saya dan anak-anak saya agar bangsa saya, agama saya dan negara saya terus terbela dan sejahtera..Saya percaya pada pemimpin yang memimpin sejak merdeka.Saya rasa tak perlu lah nak kalih-kalih atau nak merasa ini kali ke atau apa.Bagi saya saya sayang Malaysia.Saya takmau negara saya terjajah semula seperti dulu beratus tahun bangsa  dinegara sendiri dicengkam pelbagai kuasa ..dan saya rasa negara saya pemurah kerana memberi peluang kepada bangsa cina dan india menjadi sebahagian rakyat di sini.Kena ingat tu..jasa pemimpin terdahulu..(peringatan kepada saya yang berketurunan etnik java...nenek moyang datang dari Indonesia...)

Mereka juga dapat apa yang sepatutnya sepanjang menjadi warga negara.Kawan cina saya banyak yang jadi tauke kaya raya, kawan India saya ramai yang memegang jawatan dalam kerajaan, kami berkawan sejak dibangku sekolah.Musim Deepavali kami semua pergi beraya ke rumah Selva, Guna dan Rajendran..walau berjalan kaki ramai-ramai , kami redha kerana di sekolah ada subjek sivik, salah satu silibus hormati agama yang dianuti rakan, pupuk semangat kekitaan..Seronoknya walau mereka tak bagi duit raya tapi keluarga mereka melayan kami dengan ramah mesra
Bila tiba Hari Raya dah jadi adat keluarga saya untuk memberi kuih muih kepada kenalan cina begitu juga sebaliknya, tiba masa perayaan mereka, giliran mereka memberi kami makanan halal..Mereka pun hormat agama Islam...Aduhai rindunya zaman itu...

Saya nak berhenti setakat ni aja lah...kalau nak cerita tak habis nih..banyak sangat manfaat dan faedah yang saya perolehi sebagai seorang rakyat Malaysia.SAYA SAYANGGGGGGG MALAYSIA.................Anda bagaimana???????

Saturday, 9 March 2013

BUKAN SALAHKU

EPISOD 1 Abangg...benarkanlah Azi menerima tawaran ini..lagipun buat masa sekarang abang belum stabil pendapatan.Anak kita dah 2 orang, mereka memerlukan perbelanjaan harian yang agak tinggi.Azni boleh bantu abang. Sudahlah Azi setakat menjawat jawatan Pembantu Tadbir tu berapa sangatlah yang awak dapat.Dahlah jauh..Hardi menjawab acuh tak acuh sambil berlalu pergi.Hardi langsung tidak memberi peluang kepada Azi untuk berbincang perkara ini sedangkan tarikh melapor diri semakin hampir. Entahlah Ummi..Azi tidak sempat berbincang dengan abang .Azi memberi dalih sewaktu ibu mertuanya bertanyakan keputusannya untuk menerima atau tidak tawaran itu. Camni lah Azi, Ummi nasihatkan Azi berbincanglah dengan Hardi baik-baik sebab ini melibatkan masa depan anak-anak.Ini pun mungkin rezeki anak-anak.Nak harapkan Hardi,masih belum ada pendapatan tetap.Ummi setuju kalau Azi terima tawaran tu sebab ini pekerjaan tetap.Dah lama Azi tunggu peluang ini.Terimalah tawaran itu Azi tapi berbincanglah dulu dengan Hardi .Mungkin akan terbuka pintu hatinya membenarkan Azi bekerja. Azi mencari-cari peluang dan masa yang sesuai untuk berbincang dengan suaminya.Namun jarang sekali kelibat suaminya ada di rumah.Mungkin mencari pekerjaan yang sesuai diluar, fikir Azi.Sejak bertengkar dengan abangnya di restoran tempohari,Hardi yang keras hati terus merajuk.Ditinggalkan restoran ala Thai itu begitu sahaja tanpa pengurusan.Rajuk benar hatinya dengan perselisihan yang sedikit itu. Seminggu lagi tamatlah tempoh berpantang Azi melahirkan anak kedua.Dan seminggu lagi beliau diarah melapor diri sekiranya menerima tawaran itu. Azi termenung sendirian.Menimbang yang baik dan yang buruk ,berkira-kira kesan atau risiko mendatang.Tangisan baby mengejutkan lamunan yang panjang.Segera Azi menukar lampin Kirana.Deringan telefon mempercepatkan tugasan sebagai ibu dan segera Azi menjawab panggilan.Ibunya bercakap sesuatau di hujung talian.Azi mengangguk faham dan setuju. Pagi itu Azi segera menyambar tangan Hardi yang bersiap untuk keluar.Semalam jam 3 pagi baru balik tak mungkin waktu itu Azi ingin meluahkan sesuatu..Awal pagi tadi pun Azi tidak mengganggu tidur suaminya.Sarapan yang disediakan juga tidak dijamah.Anak sulungnya yang berusia 2 tahun tidak diambil perhatian.Hardi tetap sibuk keluar tanpa memberitahu urusan . Awak nak apa....sergah Hardi.Saya nak bincang dan nak minta izin abang untuk menerima tawaran itu..antara dengar dengan tidak suara Azi tersekat-sekat terkejut dengan sergahan suaminya.Tak perlu bincang..awak terimalah dan saya setuju..Azi memandang tepat suaminya dan tersenyum..sungguh ni bang...abang janji ye tidak akan timbul apa-apa isu selepas ini kerana abang telah bersetuju...ye abang...luah Azi sambil menggenggam erat tangan suaminya...Ye abang janji...jawab Hardi dan terus berlalu. Gembiranya hati Azi bukan kepalang.Berita gembira ini terus dikongsi bersama ibunya dan ibu mertuanya.Azi tidak berlengah membuat surat notis perletakan jawatan kontrak dengan sebuah agensi kerajaan.Mereka mengucapkan tahniah kerana Azi berjaya mendapat jawatan tetap dan boleh menjamin masa depan.Selesai urusan serah tugas dan sebagainya Azi pulang ke rumah untuk bersiap kerana cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Untuk menjaga hati suaminya yang enggan mengikutnya melapor diri dan bertugas di negeri orang,Azi cuma membawa keperluan asas sahaja.Sedikit pakaiannya serta keperluan 2 anaknya.Esok sahaja hari yang tinggal untuk Azi bertolak dan meninggalkan sementara rumahnya.Namun suaminya terus dingin dan enggan berbual.Pada fikiran Azi mungkin suaminya merasa sedih akan ditinggalkan sementara olehnya dan anak-anak.Azi juga telah berkali-kali berjanji dengan Hardi akan memohon pertukaran balik mengikut suaminya secepat mungkin.Hardi pulang pada hari Azi ingin bertolak.Beliau minta disiapkan pakaian untuk menghantar Azi dan anak-anaknya ke Kuala Lumpur.Dalam perjalanan Hardi membisu seribu bahasa.Hardi singgah di rumah ibu Azi untuk mengambilnya dibawa bersama sebagai teman Azi dan anak-anak semasa di Kuala Lumpur.Itu janji ibu Azi yang menawarkan diri untuk menjaga cucu-cucunya. Sampai di Kuala Lumpur,Hardi mencari bangunan seperti alamat tertera.Selepas diberi taklimat serba ringkas Azi ditempatkan bertugas di salah sebuah daerah yang juga ibu negeri.Mujurlah Azi mempunyai rakan rapat sekampung yang tinggal di daerah tersebut.Melalui rakannya Azi dengan mudah dapat rumah sewa berhampiran tempat tugasnya.Setelah selesai urusan penempatan dan rumah sewa, Hardi keluar.Beberapa jam kemudian Hardi pulang ke rumah sewa dengan membawa 10kg beras dan 5kg susu tin.Selepas itu Hardi tergesa-gesa minta diri untuk pulang ke kampung dengan alasan rumah kampung tidak boleh ditinggal lama bimbang diceroboh pencuri. Dengan bekalan wang simpanan Azi melengkapkan rumah sewanya dengan perkakas memasak.Beliau menghubungi keluarganya dikampung untuk menyewakan lori bagi mengangkut barang keperluan lain seperti tilam bantal, pinggan mangkuk dan motorsikal dari rumah ibunya ke Kuala Lumpur.Sedikit wang simpanan ibunya pula digunakan untuk membeli barang makanan.Dua tiga hari Azi sibuk berurusan dan tidak sekalipun suaminya menghubunginya untuk bertanya kabar anak-anak.Azi cuba menghubungi Hardi tapi gagal.Telefon sentiasa tidak diangkat.Azi semakin susah hati.Dia menguatkan semangat untuk telefon kakak-kakaknya tapi alangkah terkejutnya Azi bila mereka menjawab..mana kami tau hal rumahtangga kamu..kami tak tau dimana Hardi..kasar sahaja bunyinya membuatkan Azi hilang punca. Azi cuba bersabar,pasrah dan cuba bermunajat pada Allah SWT disejadah pada setiap dinihari ..mudah-mudahan lembut jualah hati suami yang disayanginya.Juga mudah-mudahan beliau sendii segera dapat bertukar balik ke tempat suaminya. Azi cuba menyesuaikan diri dengan pekerjaan barunya.Beliau belajar dari staf lama teknik dan cara membuat kerja dari satu bab ke satu bab dengan penuh teliti.2 minggu berada di kota raya membuat dirinya lemas.Kos sara hidup yang tinggi dan kesibukan suasana.Namun beliau masih menunggu suaminya menghubunginya bertanyakan kabar anak-anak.Namun apa yang terjadi ternyata jauh diluar jangkaannya.2 minggu terpisah dengan suaminya Azi mendapat surat register daripada Pejabat Agama Islam menyatakan Aziah binti Tasrim adalah seorang ISTERI YANG NUSYUZ kerana telah meninggalkan suami dengan sengaja.Beliau juga telah membaca surat pertuduhan yang ditulis oleh suaminya yang panjang lebar dan dikepilkan bersama surat rasmi pejabat agama islam daerah tempat tinggal suaminya.Azi terduduk membaca segala pertuduhan yang berunsur fitnah..Lillahitaala Azi bukan ingin menderhaka tetapi atas ingin membantu keluarga. Pejabat Agama ingin jawapan atas dakwaan Hardi dalam jangka masa 14 hari.Azi merasa begitu tertekan kerana Hardi ingin menceraikannya di dalam suratnya itu.Apakah salahku? rintih hati Azi..Adakah aku nusyuz?Walhal Hardi telah berjanji tidak akan menimbulkaan sebarang bentuk isu kerana beliau telah mengizinkan pemergiannya mengisi jawatan itu. Azi tidak mampu lagi mengeluarkan airmata..Ditatap sepuasnya anak-anak yang belum mengerti apa-apa...Tuhanku kuatlah hati ini untuk menempuh segalanya.Semoga masih ada jodoh kami dan semoga jodoh akan berpanjangan....(bersambung)

Sunday, 10 February 2013

KARAM DI LAUTAN TIDAK MENGAPA JANGAN KARAM DI DASAR HATI TIADA SIAPA MENGETAHUI

Sekitar usia 10 tahun masih samar-samar untuk mengerti apa-apa tentang kehidupan.Cuti sekolah yang panjang cuma dihabiskan dengan bermain pondok-pondok dengan kawan-kawan.Sepupuku M yang lebih berusia 7 tahun dari saya membinakan pondok indah daripada batang pokok nipah dan daun nipah.Lengkap ada lantai, dinding tangga dan atap.Dia mencari tanah liat dan diuli lembut membuat bentuk dapur lalu dikeringkan.Bila dah cukup kering ia cukup kuat digunakan untuk memasak.Dia mencari seludang kering dan dipotong kecil-kecil untuk dijadikan kayu api.Kami mula masak ubi rebus,mencabut ubi yang omak tanam, goreng ikan masin yang diambil dari dapur makcik termasuk minyak, sayur pucuk paku yang kami kutip dikebun dan akhir sekali masak nasi ambil beras dari dapur omak.Kami makan ramai-ramai.

Suatu hari terdengar kecoh-kecoh dan saya dipaksa mengikut ibu saudara yang  datang dari seberang untuk pulang ke kampungnya di Sungai Lang. Seberang bermaksud seberang sungai. Ibu saudara memujuk saya menemaninya  balik setelah datang berbincang sesuatu dengan omak.Masa datang elok je naik bas tapi masa balik nak ikut jalan sungai pula.Kami berjalan kaki ke jeti sungai.Sampai dijeti sudah ada bot yang menunggu masa untuk bertolak.Mungkin awal pagi penumpang cuma ada 2 orang lelaki sahaja.Saya dah biasa menaiki bot ini sejak kecil kerana ikut omak balik ke kampungnya.Adakala ombak kuat dan air adalah paras bot tetapi setakat ini tidak pernah lagi mengalami kejadian karam .Tapi hari ini kami kurang bernasib baik.Enjin bot terhenti bila kami sampai di tengah-tengah sungai.Apabila diperiksa bot kehabisan petrol.Ibu saudara nampak cemas.Pemandu bot dan seorang penumpang lelaki mengambil 2 keping papan cuba berkayuh namun arus deras terus menghanyutkan bot kami ke muara sungai.Berkilo meter bot hanyut sehingga terjumpa sampan nelayan yang sedang menangkap ikan. Sampan nelayan itu baikhati membantu menunda bot kami ke tepi sungai dan bot ditambat pada dahan pokok bakau.Sampan nelayan itu membawa pemandu bot dan sorang lagi penumpang berpatah balik ke pengkalan untuk membeli petrol.

Persekitaran tambatan bot sunyi sepi cuma deburan ombak sahaja yang kedengaran.Pakcik penumpang telah mula bercakap sendirian semakin lama semakin bising meracau yang saya tidak faham butiran percakapannya.Ibu saudara berkumat kamit membaca sesuatu tidak putus.Hutan bakau dan persekitaran tepian sungai sangat menakutkan.3 jam menunggu dalam bot terumbang ambing bersama lelaki kurang waras...bayangkanlah....Saya pun ikut membaca dalam hati apa sahaja yang saya tahu dan hafal..sepatahpun kami tak bercakap.Matahari dah tinggi baru sampan nelayan sampai membawa petrol.Pemandu bot meneruskan perjalanan dan kami sampai rumah ibu saaudara jam 2.30 petang.Lapar dan letih tidak terkira.

Di rumah ibu saudara ini saya ditemani sepupu,wajah kami hampir serupa dan umur kami hampir sebaya namun sepupu saya ni tak suka bermain.Dia lebih suka membaca buku dan bersendirian.Nasib baik keadaan ini cuma 3 hari sahaja.Kebosanan hilang apabila M datang mengambil saya untuk dibawa ke rumah makwa sebelah bapa yang mengadakan kenduri kahwin.Sepanjang jalan kami bercerita hal cikgu dan sekolah sehingga sampai tempat yang dituju.

Sejak itu kami semakin rapat.Jika M ingin pergi kedai waktu malam pasti dia datang ajak naik motor norton  untuk menemaninya.Saya paling meluat dengan motor  kebanggaannya tu.Bunyinya memekakkan telinga, Bila saya sering mengelak naik motor bingit tu dia menukar motor scramble purple pula.Alahai lagi malu naik motor kaler purple.Dah la penakut..asal malam je ajak p kedai beli itu ini ada saja yang nak dibeli.Last sekali baru dia beli kapcai...bila ada kapcai boleh jalan jauh sikit .Dia pun asyik ajak menemaninya ke rumah sepupu-sepupunya di kampung lain... kadang bila masa lapang dia ajak duduk berbuai kat batang pokok kelapa condong bersembang sambil makan jambu batu..Kadang main kejar-kejar dan saya selalu bersembunyi bila dia sering ambil peluh diketiaknya dan meraupkan di wajah saya.Pengotor.. kadang M sengaja mengorek hidung dan mencalit sesuka hati kat saya.

Akhirnya kami terpisah.Dia meneruskan pengajian kat sebuah maktab perguruan di Kota Bharu. Hanya surat berjela-jela datang mengunjungi.M hanya berkirim salam sahaja pada emaknya melalui saya.Cara M tidak digemari emaknya.Emak dia makcik saya , mula menyelidik.Selepas itu tiada lagi surat.Bila M balik kampung, seronok sangat dia bercerita ,katanya dia berjumpa seorang murid semasa praktikal di Pasir Putih mirip wajah saya.Kemudian dia ajak saya memproses keropok lekor yang dipelajarinya di sana tapi tak jadi...Dia juga sering mmeriksa kerja sekolah saya.Sesuatu yang agak ganjil tiba-tiba berlaku antara saya dan M. ...Sejak balik bercuti dia mengurung diri...tidak ada bungkusan hadiah darinya.Maybe dia letih kerana jalan jauh dalam bulan puasa.Esok nak raya.Dalam kesibukan saya memasang pelita sekitar rumah dia membaling mercun dikaki saya dan bila saya lari masuk rumah dia kejar dan dia main mercun tarik dan diletupkan dekat telinga saya.Menangis semalaman dik kerana dibuli M.Dia nampak begitu marah tapi kenapa?Ahh biar je lah..Esok lusa okay la tu...dalam masa yang sama R rakan saya dari utara telah memilih bandar terdekat iaitu Teluk Intan untuk posting mengajar dan sering berkunjung ke rumah.R banyak takecare diri saya sabagai adik.

Selepas hati raya M meminta ibunya merisik sepupu yang mirip wajah saya.Sekali lagi makcik menyelidik melalui saya dan saya tersepit antara mendekatkan M dengan sepupu dan antara emak sudara dan makcik ni yang masing-masing tidak berapa gemar jodoh dalam keluarga.Akhirnya M berkahwin dengan gadis luar dan hubungan kami kembali akrab.Namun usianya tidak panjang.Berbulan-bulan M dalam kesengsaraan menanggung derita sakit di wad icu hospital tentera, saya baru berkesempatan menziarahnya.. menatap wajahnya yang terlena layu.Tanpa disedari menitik airmata saya membasahi selimutnya lalu dia membuka mata dan terus bersuara sepatah...." naniii"....smbil tersenyum  lalu memejamkan matanya semula....saya memintanya berehat,minta maaf dan minta izin untuk beredar.. dia mengangguk tanpa membuka mata. Menurut isterinya yang berada diluar wad keadaannya agak lemah dan tidak kenal sesiapa lagi.....saya hanya mengangguk dan terus berdoa agar beliau diberi keselesaan.Seminggu selepas itu  saya dapat kabar beliau telah menghembuskan nafas terakhir. Saya tidak dapt pulang menziarah jenazah cuma menitipkan bacaan surah Yassin moga rohnya mendapat rahmat.

Berbalik pada kisah R , setelah  saya bertunang beliau serta-merta bertukar mengajar  ke Sabah bertahun-tahun.Balik ke utara untuk menjaga ibunya dan menjemput hadir majlis perkahwinannya yang bertemu jodoh anak murid sendiri .Kami juga akrab semula, setahun sekali beliau mengunjungi saya membawa kabar tentang keluarganya .Entah kenapa saya tiba-tiba menjadi rindu dan asyik teringatkannya kerana lama sudah tidak menghubungi saya dan bagi diri saya niat untuk menghubunginya tertangguh dan akhirnya dia telefon....tapi cuma terdengar  suara wanita....dik...ini isteri abang R...nak maklum pada adik , abang R dah meninggal seminggu yang lalu........

AL FATIHAH untukmu M dan R moga ditempatkan dikalangan muslimat beriman.........

Friday, 1 February 2013

WIRAWATI M16

Berkursus 3 hari di Melaka,lokasinya jauh di pedalaman.. kem tersebut terletak sehingga ke penghujung jalan dan tiada jalan lagi selepas sampai ke kem itu.Biarpun meredah jalan sempit ,kiri jalan dipenuhi ladang kelapa sawit,kanan jalan ladang getah , namun bila sudah berada di bumi permata ini ,tidak terasa kesukarannya kerana gembira bertemu rakan sekerja seluruh Malaysia.Alhamdulillah walau mandi air paip yang keruh bersempit dalam bilik dan dorm penginapan,  berjalan jauh dari dorm ke dewan utama ,berbaris waktu mengambil makanan ,mencuci pinggan sendiri selepas makan namun hati tetap riang ,setiap langkah asyik berjumpa rakan rakan, maklumlah seramai seribu peserta, walau masa tak mengizinkan untuk berbual panjang cukup sekadar senyum ,bersalam dan bertanya kabar sewaktu berselisih bahu, sewaktu bertembung laluan ke kamar mandi atau laluan untuk sama-sama menuju dewan besar.

Situasi begini mengenang kembali sejarah berkursus selama 2 bulan semasa mula-mula ingin menjawat jawatan ini 9 tahun lalu.Setiap detik dan saat amat berharga.Hampir 110 peserta sentiasa mengejar masa, diri sentiasa berdisiplin dan dikawal rapi oleh kem komanden yang amat bengis.Pantang terlewat sikit,akan kedengaranlah nyaring wisel ditiup bertalu-talu ...maka peserta yang tinggal ditingkat atas akan berlari berderap-derap menuruni anak tangga seperti kambing dilepaskan dari kandang.Dalam perbarisan tiap pagi dan petang sering dapat hukuman kerana derap langkah tak seiring.Nak nyanyi lagu Jabatan pun kena keluarkan suara nyaring kalau tidak akan dapat hukuman.Kem Komanden akan berdiri dibelakang setiap peserta checksound . Kelibat kem komanden ada dimana mana .Dalam hati sentiasa berdoa bilalah dia nak bercuti atau sakit...kami dah naik fobia melihat beliau kerana wajahnya  sentiasa mencuka, bengis  dan tidak ada tolak ansur.Sepanjang 2 bulan kami berkursus sentiasa kecut perut.Lebih-lebih lagi ketika Ketua Pengarah datang mengisi slot, beliau juga dikategorikan menggerunkan kerana sering bertanya soalan-soalan global...fuhhhh..berpeluh nak menjawabnya.

Sebulan berkursus di Kuantan banyak modul yang dipelajari termasuk belajar menembak.Banyak aktiviti yang dijalankan bab yang paling malas nak joint ialah merentas desa , masuk hutan, qiamullail, dan meredah embun pagi berjalan kaki sepanjang 5 km seawal jam 3 pagi. Adakalanya sedang lena tidur dalam keletihan ,terkejut bangun kerana loceng panjang dibunyikan kerana latihan kecemasan. Tiap peserta pula akan dapat giliran memberikan tazkirah, menaikkan bendera, memberi arahan perbarisan, menjadi jurulatih senampagi, giliran jadi pengacara majlis, dan berbagai lagi yang tidak seorangpun boleh mengelak.Latihan perbarisan , teknik memegang M16 , main masak-masak ala tentera, pasang khemah dan semua modul ala-ala tentera ini di kendalikan oleh jurulatih Tentera Darat.Saya rasa macam betul-betul dalam latihan tentera..lasak keluar masuk paya dan dibenam dalam sungai kerana kumpulan saya sering lalai arahan...Habis basah kesejukan dan dalam kuyup dipaksa pula meniarap dan mula menembak sasaran dengan baik .Kasut sport sebulan dah hancur dan terpaksa beli lain untuk sambung kursus sebulan lagi di Seri Iskandar ,Perak.Mana tidaknya, silap sikit disuruh terjun sungai bersekali dengan stokin dan kasut.

Di Perak latihan dan modul adalah berbeza.Kami banyak keluar dan tidak berada dalam dewan dan tidak nampak kem komanden yang bengis tu sudah cukup bersyukur.Saya dan rakan-rakan boleh senyum lebar. Selama seminggu kami diagih ke seluruh kawasan Perak untuk menjadi keluarga angkat di kampung pedalaman.Sesuatu yang paling membosankan kerana saya tidak gemar berkeluarga angkat kerana tak selesa tinggal dalam rumah orang yang sebelum ini tidak dikenali.Saya dapat keluarga angkat di Kg Plang Grik...Nasib baik keadaan luaran dan  dalaman keluarga ini agak selesa.Emak angkat berniaga bihun sup,laksa dan minuman di depan rumah.Ayah pula askar pencen mengusahakan ternakan ikan tilapia merah.Adik-adik perempuan pula cun cun belaka so rumah sering dikunjungi tetamu lelaki .Emak pandai masak selalu jemput kengkawan datang makan tengahari hidangan ikan pekasam sungai produk sendiri, bertempayan ada disimpan dalam bilik air emak yang besar tu.Ikan tilapia merah bakar cicah air asam, sambal tempoyak tidak ketinggalan kerana bekalan tempoyak tidak habis dimakan sehingga sampai musim durian akan datang.Setengah daripada rakan saya dapat emak angkat tokey getah sekerap, tokey kedai runcit dan tidak kurang pula dapat bapa angkat susah, mandi sungai dan tidur di ruang tamu sebab tiada bilik tidur.Ada kawan yang lari dari rumah keluarga angkat sebab kena skodeng selalu...mana tahan...

Ada juga yang dapat emak angkat memaksa anak angkat buat kerja rumah tak henti, meminta dibelikan berbagai barang dapur dan macam macam cerita lagi.Seminggu di rumah keluarga angkat seperti sebulan lamanya...tak syok laa sebab ...bukan rumah sendiri...kan....
Selesai program rumah keluarga angkat tiba masanya untuk pergi latihan menembak di lapang sasar.Saya tak pandai pegang senapang M16. Dulu saya yang banyak kena benam dalam air sungai sebab malas belajar memegang senjata dengan betul.Bila dah dapat pegang terus tekan punat menembak tanpa arahan...kena benam lagi...Maka sayalah orang paling akhir menmbak untuk mengumpul mata.Saya panik..tak tau apa yang nak di sasar. Nampak papan putih jauh kat depan tu ...itulah yang saya sasarkan..benggg.... ..bengggbengg.... bantai laa....tiba tiba hoiii...apa yang kamu tembak tu...sasaran kamu tu papan aluminium tu..nampak takkk....dalam hati ooooo kenapa tak cakap dari tadi padahal papan aluminium tu dekat je..jauh lebih dekat daripada papan putih tepi bukit tu yang saya tenang dan tembak sejak tadi.Peluru dah nak habis baru tau yang mana sasaran tepat...baru syok menembak,peluru habisss....markah tak banyak sebab lari sasaran..hehe...nasib baik abang tentera tu baik sikit dari kem komanden .Kalau tidak, mahu disergahnya saya dan nasib baik juga di lapang sasar takde sungai kalau tidak pasti abang tentera tu dah benam saya dalam sungai kerana tak fokus arahan.

Keesokan hari, tugasan selanjutnya kami dibawa masuk dalam hutan.Perjalanan menggunakan beberapa buah truk. Itulah pengalaman pertama menaiki truk dengan memanjat dan ada rakan tolong tarik tangan.Fuyooo....dalam truk terasa bahang panas.Takde ruang udara.Terasa mual, pening nak muntah.Truk berhenti ditepi jalan, kami dikehendaki berjalan kaki masuk dalam belukar sebelum di bawa masuk dalam hutan.Jalan-jalan dan jalan lagisehingga jumpa anak sungai..ada 2 batang paip berkembar  merentang anak sungai.Nak tak nak kena cari jalan camana nak menyeberang.Dalam gayat dan menggeletar saya ikut kawan-kawan duduk kangkang batang paip tu  mengesut pelan-pelan sambil kedua tangan memeluk erat batang paip tersebut.Abang tentera tu kata air sungai tu adalah air limbah najis sebab tu kalau boleh kami tak mahu terjatuh .Alhamdulillah walaupun susah payah kami semua selamat menyeberang dengan pelbagai gaya dan terjerit-jerit takut dan gayat.Rintangan kedua, kami dikehendaki mendaki bukit. Mendaki bukit curam kena ikut teknik yang betul.Susah-payah mendaki akhirnya berjaya ke puncak.Selepas itu arahan seterusnya untuk meredah hutan belantara.Kelemahan saya ialah tak reti baca  peta dan guna kompas. Walau dah diajar semalaman oleh tentera-tentera namun otak ni dah tak larat nak terima.Saya bergantung harap pada ketua kumpulan sahaja.Ketua kumpulan ni gila gila orangnya.Katanya jom ikut je saya tak payah baca peta dan guna kompas.Kami tak nak ikut arahan dia sebab takut salah jalan nanti tak pasal kena denda.So kami tungkus lumus baca peta dan guna kompas yang dibekal..terasa  jauh sangat berjalan semakin lama hutan semakin tebal dan semak samun yang diredah seperti tiada tanda kumpulan lain melalui laluan yang sama.Tag arahan pandu arah disabotajoleh kumpulan lain.Mereka gatal tangan menukar penunjuk arah dan yang menjadi mangsa adalah kami kumpulan akhir yang dapat giliran bergerak. Kerana kedegilan ahli maka kami menanggung susah berjalan jauh naik turun bukit melalui pelbagai rintangan dan apabila sampai ke point akhir ,ketua kumpulan dah berehat panjang sambil tersenyum...apalah yang korang susah-susah...cer ikut saya tadi..dah lama sampai...sejak itu kami akur dan akui walaupun kepala gila- gila ketua kami ni masih bergeliga boleh diturut dan diikut....

Setelah semuanya berkumpul, kami diarah mencari rumput ranting atau apa sahaja yang holeh melindung diri daripada di cam pihak musuh.Kami diarah meredah sungai dan naik tebing tinggi untuk berkumpul membuat latihan menembak musuh.Kali ini saya orang pertama sahut cabaran.Mengambil senapang M16 berpeluru dan diarah menembak musuh sepanjang dalam hutan tanpa mencederakan orang awam.Musuh berpakaian seragam hitam atau hijau dan orang awam berpakaian berwarna warni..Sekiranya tertembak orang awam atau tidak menembak musuh, denda berat dikenakan.
Saya berjalan dengan penuh waspada dan fokus.Setiap musuh saya tembak dan harus berhati-hati juga takut tertembak orang awam yang berkeliaran mencari buah hutan.Setelah beberapa minit saya diarah menurunkan senjata dan diiring keluar hutan.Ingatkan gagal ujian rupanya saya salah seorang yang cemerlang dalam ujian ini kerana telah berjaya menembak semua musuh tanpa mencederakan orang awam...Apalagi keluar dengan mendabik dada..akulah wirawati...hahahaha...abang tentera bagi 5 bintang...successss bebbb.....
Kesian rakan-rakan yang tak berjaya,senjata kena rampas dan mereka direndam sepanjang giliran ujian tamat.Lewat petang kami dibawa pulang ke kem tengah hutan juga.Kami tidur dalam khemah tentera.4 orang dalam satu khemah.Macam tak bernafas.Malam itu air paip putus bekalan....nak tak nak kami terjun dalam sungai mandi beramai-ramai kerana tubuh badan dan pakaian penuh lumpur.Acara solat isya berimam dan kami beramai ramai solat ditepi tebing sungai dengan tanah tidak rata, penuh bonjol akar kayu.Disini kami dikawal bala tentera darat yang ramai.Selesai solat kami diarah berkumpul dalam bangsal.Siapa tak nak ikut serta ,rasa berbelah bagi, berani ke nak dok sorang dalam khemah????ikut juga ler berkumpul dengan jamuan makan sambil berkaraoke, berdansa dan tunjuk bakat bersama semua bala tentera dan pegawai tinggi mereka sehingga awal pagi..dah tak tahan mata dan takde tanda-randa konsert nak berakhir..maka kami pakat-pakat ajak kengakwan yang slow-slow ni balik khemah senyap-senyap...yang rock rockers tu masih melalak dan berdansa tak ingat diri dalam hutan belantara.Awal subuh wajib pula berjemaah dan selesai solat bersiap untuk junggle tracking di ketuai  Mejar dan orang kampung yang mahir selok belok hutan.Sepanjang hutan tebal dilarang bercakap sebarangan dan menegur benda ganjil, jangan ingkar arahan ikut sahaja derap langkah orang didepan.Dilarang menyentuh pokok kerana dikuatiri berduri dan jangan berehat bawah dahan dikuatiri ada benda menjalar.Jalan terlalu licin kerana baru lepas hujan, kami terpaksa menuruni jurang yang curam, berbahaya dan sungainya berarus deras .Pak cik ketua junggle tracking memilih batu yang sesuai untuk dipijak diikuti semua peserta memijak batu yang sama dan tidak sesekali memijak batu yang lain dikuatiri licin atau tersilap langkah jatuh dalam air deras.
Seminggu berkampung dalam hutan dan seminggu lagi tinggal dengan keluarga angkat ,agak lega kerana berjauhan dengan En kem komanden.Walau diarah keluar masuk hutan dan membuat tugasan bersama masyarakat dan YB sewaktu dengan keluarga angkat tapi hati tersangat girang berjauhan dengan en kem komanden.Terasa bebas, lepas dari mendengar jeritan angkuhnya, tiupan wisel maut, tengking herdiknya dan macam-macam yang menjadi dendam dan benci.

Dua bulan berlalu pergi membawa berbagai kenangan manis  dan pahit belajar jati diri, pemantapan kerjaya dan disiplin diri.Cukup sudah segalanya kami perolehi ,belajar pengucapan awam yang banyak menimbulkan kelakar, belajar protokol yang melibatkan hotel mewah kerana diajar cara duduk dan makan yang betul,cara susunan peralatan menghidang sehingga kami kekenyangan kerana menjamu selera makanan mewah dengan pelbagai cara.


Kini tiba masanya diumumkan penempatan bertugas.Setelah pengumumam kami diraikan dalam majlis makan tengahari istimewa sebelum berpisah untuk bertugas ditempat masing-masing.Maka bertaburanlah kami seluruh Malaysia untuk melaksanakan khidmat untuk masyarakat.Kini dah 9 tahun namun keakraban kami batch pertama masih utuh....maklum 2 bulan bersama menghadapi susah senang dalam kumpulan dah seperti saudara sendiri..macamana akrabnya semasa main eksplorer ,camana radangnya disuruh cuci bilik air dan camana kelamkabutnya menyusun waktu merebut bilik mandi, toilet dan cuci pakaian sebelum azan subuh.Siapa tidak hadir surau,nama dalam tahanan untuk terima denda.Selesai solat dengar tazkirah dulu  barulah terburu-buru balik tukar pakaian untuk senampagi ,otak mula ligat fikir kot kena jadi jurulatih gerak macamana nak ditunjukkan untuk semua peserta ikut.Kemudian berbaris masuk dewan makan dan buru-buru pula balik tukar pakaian masuk dewan untuk modul seterusnya.Begitulah tiap hari. Hujung minggu pula berebut nak iron baju...siapa nak keluar shopping balik sebelum 5 petang sekiranya lewat...siap awak....kena tengking depan kengkawan..Begitulah kami seelum menjadi pegawai yang banyak berurusan dengan masyarakat dan YB....Alhmdulillah ramai kengkawan yang cepat naik pangkat...teruskan berjuang Gelombang Merah demi Bangsa Agama dan Negara kita.....



Friday, 25 January 2013

.......COBA..AANNNN........

Kes penculikan kanak-kanak sering berlaku.Adakala kejadian berlaku tanpa kita sangka.Justeru semua ini memaksa ibu bapa dan keluarga sentiasa perlu berwaspada kerana kelalaian sebentar akan mengundang bencana.Kehilangan mereka sukar ditemui semula dan perkara sedemikian amat menakutkan dan menjadi kebimbangan .Apa motif sebenar penjenayah menculik kanak-kanak tanpa belas kasihan, memisahkan anak-anak  daripada ibu bapa mereka.Tidakkah mereka terfikir dan merasa bagaimana sekiranya anak mereka yang hilang atau adakah jiwa mereka kosong dan tidak mempunyai perasaan.Naluri kemanusiaan telah musnah kerana kepentingan diri sendiri.

Kejadian seumpama itu telah saya alami sendiri.Kejadian berlaku bukan dibandar besar bukan di kawasan lengang dan bukan tiada cctv namun kesanggupan mereka berbuat demikian mengundang pertanyaan.Adakah nekad? Adakah mereka terdesak memerlukan wang atau adakah itu habit mereka atau kerjaya mereka sebenar walhal Balai Polis tidak jauh dari tempat kejadian.Tanpa disedari aktiviti saya pada awal pagi tersebut diawasi diekori dan sedikit alpa akan hilanglah segala.

Pagi itu selepas check-out hotel saya pergi bank berdekatan sebelum meneruskan perjalanan.Setelah mengambil wang untuk keperluan, saya singgah di sebuah kedai berdekatan untuk membeli barang.Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Saya memberitahu anak kecil saya supaya menunggu sahaja dalam kereta dan berpesan sebaik ibu keluar jangan lupa terus kunci pintu kereta dari dalam.Saya terus berlari masuk dalam kedai.Oleh kerana ada dua tiga pelanggan di kaunter bayaran menyebabkan saya sedikit lambat.Bila saya berpatah balik ke kereta anak saya menggigil ketakutan dan menangis.Belum sempat saya bertanya anak kecil saya memberitahu ada dua lelaki berjaket dan bertopi keledar menutup muka memberhentikan motorsikal di belakang kereta saya.Salah seorang lelaki itu meluru masuk dalam kedai dan sebentar kemudian keluar terus keduanya meluru arah kereta saya.Seorang cuba membuka pintu sebelah kanan dan seorang lagi cuba membuka pintu sebelah kiri serentak.Bila kedua pintu tidak dapat dibuka, mereka kelam kabut menunggang semula motor menuju ke jalan utama.Saya termenung seketika dan tidak meneruskan perjalanan sebaliknya saya terus memandu ke rumah kakak yg berdekatan  dalam kebimbangan sekiranya masih diekori lelaki tersebut.
Anak saya terus menangis kerana trauma.Ahli keluarga diberitahu dan mereka melarang saya meneruskan perjalanan dalam masa terdekat.Beberapa jam kemudian ,setelah anak kecil saya tenang ,barulah ahli keluarga berkonvoi menghantar saya keluar dari kawasan tersebut untuk meneruskan perjalanan.Kami tidak membuat laporan polis kerana saya kesuntukan masa.

Sepanjang perjalanan saya teringat semula kisah yang berlaku di Batu Feringgi.Saya membawa anak-anak dan anak saudara berkelah.Kami meninggalkan handbag dalam kereta dan tersorok dari pandangan ramai.Sebelum turun ke pantai saya terperasan seorang mamat kurus kering parking motor dibelakang kereta saya.Beliau hanya menunggu diatas motorsikalnya sahaja.Seakan rimas dengan kehadiran mamat itu saya hanya berligar di tepi jalan sahaja memerhati gerai-gerai jualan.Setelah mamat tu memecut dari situ barulah kami turun ke tepian pantai..tak lama cuma dalam 45 minit sahaja. Sebaik kami naik semula, tiba-tiba terdengar ramai orang sedang berbual ada cubaan pecah masuk kereta.Saya tak kisah dan terus menuju ke kereta.Tiba-tiba abang yang berniaga di gerai seberang jalan menegur saya..ini kereta awak ke...tadi ada seorang lelaki cuba pecah pintu kereta ni..tengok ...lubang kuncinya dah dikopak.Saya amat terkejut dan terlopong melihat lubang kunci pintu kereta sebelah kiri telah rosak.Orang ramai yang ada disekitar pinggiran jalan yang sedang berbual tadi menghampiri dan menyarankan kepada saya agar segera membuat police report kerana berlaku kerosakan pada kereta.

Saya segera meninggalkan Pantai Batu Feringgi dan segera ke Balai Polis Tanjung Bungah.Nombor pendaftaran motorsikal pemangsa yang sempat diambil oleh orang ramai saya serahkan pada pihak polis.Memang lambat la prosedurnya.Nak kena tunggu pegawai penyiasat dan menunggu jurugambar. lebih kurang 2 jam baru selesai.Kebetulan ada kenalan rakan polis so minta bantuan mereka untuk mengesan siapa pemilik no.pendaftaran motorsikal tersebut.Lelaki itu berasal dari Permatang Pauh dan saya doakan semoga 'dia' bersih hati dan tidak meneruskan kerjaya jenayah itu untuk selamanya.

Teringat juga zaman remaja saya.Cobaan memukau sebelum menculik tidak berjaya kerana saya diselamatkan oleh sekumpulan remaja lain.Suatu hari saya menaiki pengangkutan awam,kenderaan bas untuk berulang alik dari tempat kerja.Di stesen bas memang ramai orang.Saya telah duduk dalam bas menanti jadual perjalanan .Bas pun telah penuh.Disebelah seat saya seorang lelaki duduk dengan gelisah.Tiba-tiba dia menyapa saya.Bas ini nak ke mana.... sambil merenung tepat mata saya dan menghembuskan asap rokok ke wajah saya.Masa itu saya itu saya terasa seperti terawang-awang ...siapa saya..saya nak ke mana...kenapa saya berada di sini....lantas mengikut lelaki tersebut yang menarik tangan saya turun dari bas.Saya dibawa berjalankaki jauh dari pusat bandar.Sampai di deretan kedai lama yang tidak berpenghuni, saya diminta menjaga beg sandangnya .Kemudian dia masuk dalam salah sebuah kedai yang tidak berpenghuni.Masa itu  sekumpulan remaja datang dan menarik tangan saya bawa lari.Salah seorang mengambil beg lelaki itu yang masih ditangan saya dan melemparkannya.Saya tersedar...dan menjerit tapi mereka kata jangan takut...kita lari cepat...jangan percaya lelaki itu...kami dah pernah terkena.Lelaki tu kaki pukau dan membawa lari perempuan...Saya terpinga-pinga dan berkali-kali mengucap syukur kerana terlepas daripada lelaki penjenayah itu.Sekumpulan remaja itu menghantar saya ke stesen bas tapi saya minta mereka menemani saya ke stesen teksi sahaja untuk segera pulang.Kaki saya terasa lemah dan gementar .Remaja itu sempat berkata nasib baik kami ternampak dan mengekori kerana lelaki itu pernah lakukan perkara yang sama terhadap kawan kami..Saya mengucapkan berbanyak terima kasih pada kumpulan remaja tersebut dan meminta pemandu teksi segera pergi.Sejak itu emak berpesan sekiranya jalan berseorangan sentiasalah berzikir dalam hati untuk menghindar benda-benda sihir.

Satu lagi cubaan penjenayah yang paling menakutkan sewaktu saya balik pada waktu malam setelah selesai menguruskan restoran.Semasa saya bertugas di kampung saya berkesempatan untuk menguruskan restoran kepunyaan abang saya.Saya ambil giliran malam .Lama kelamaan abang saya menyerahkan semua restorannya kepada saya untuk saya menguruskan sepenuhnya.Seperti biasa lewat jam 11.30 saya akan bersiap untuk pulang ke rumah.Beberapa hari kebelakangan ini hati saya rasa tak selesa kerana jalan semakin lengang.Ada pula sebuah kereta berhenti ditepi jalan dan bila saya telah hampir padanya kereta itu meneruskan perjalanan.
Saya cuba berhati-hati.Wang pendapatan harian saya simpan rapi.Saya berpakaian serapi mungkin untuk memudahkan pergerakan saya apabila menghadapi sesuatu yang tidak terduga.Jangkaan saya tepat,pada hari keempat dalam jam 12 malam saya dikejar penjenayah.Dari jauh saya terasa seperti diekori kerana sepanjang jalan tiada kenderaan lain melainkan sebuah kereta datsun model lama bergerak perlahan. Saya pun memeprlahankan motorsikal saya tiba-tiba kereta itu berhenti dihadapan sekolah.Saya meneruskan perjalanan dan membelok memasuki perkarangan rumah.Sebaik saya meletak motor dan menoleh kebelakang kereta tersebut telah masuk kepekarangan rumah saya.Sepantas kilat saya menjerit memanggil emak untuk membuka pintu.Kebetulan anak saudara yang membuat praktikal di MARDI menumpang bermalam dengan kami.Dialah yang membukakan pintu.Saya melompat masuk sebaik pintu dibuka dan saya tak sempat mengunci pintu ,beberapa lelaki telah menerpa dan cuba menolak daun pintu.Saya menahan pintu sekuat hati sambil menjerit sekuat-kuatnya meminta tolong sambil menekan punat pintu.Lelaki-lelaki itu menendang pintu dan pintu hampir pecah.Emak saya terbangun dan anak saudara saya terpinga-pinga.Anak-anak saya juga terjaga dengan kekecohan yang berlaku.Saya terus menjerit jerit minta tolong.Akhirnya abang (jiran sebelah) datang.Dari jauh dia tersuluh-suluh dengan touchlight nya dan memanggil manggil nama saya.Lelaki-lelaki tersebut berhenti menendang dan berkata.'tak ada apa-apa bang...kami ni polis sedang mengejar pencuri...' Bila saya dengar suara lelaki lelaki itu, saya buka pintu dan berkata..awak semua polis apa,tak usul periksa menendang pintu rumah sampai nak pecah..kenapa polis tak naik kenderaan polis dan tak memakai uniform...saya menyergah marah-marah kerana sakit hati dan terperanjat dengan tingkah laku mereka yang tidak ketahuan itu.Saya dapat lihat jelas wajah salah seorang lelaki tersebut dan saya ingat sampai hari ini wajah itu....yang sentiasa saya cari siapa dia sebenarnya...Oleh kerana penjelasan itu abang jiran itupun berpatah balik.Saya masih menyeranah lelaki lelaki yang tidak pernah saya kenal itu.Oleh kerana sakit hati saya jadi berani, saya minta ditunjukkan kad penguasa polis tapi yang ditunjukkannya ialah kad identiti sahaja itupun sebagai mengaburi saya sahaja.Oleh kerana lelaki-lelaki tersebut masih tidak beredar, Jiran saya tidak berpuas hati dan datang semula menghampiri saya.Lelaki-lelaki itu berkata pada abang jiran...jangan salah faham bang..saya tadi mengejar pencuri yang lari ke belakang rumah ni...saya terus menjerit ..jangan menipu...abang jangan percaya dia orang nih...Jiran-jiran yang lain tak berani keluar kerana bimbangkan keselamatan mereka.Abang jiran naik  angin meminta semua lelaki tu balik...dengan hairannya saya lihat mereka menolak kereta buruk keluar dari rumah saya.No pendaftaran dilindung oleh mereka dalam lebih kurang 5 orang dan saya tak kuasa lagi ingin tahu kerana terus menggubungi talian balai  terdekat , adakah mereka mnghantar anggota untuk mengejar pencuri tanpa beruniform dan menggunakan kereta sekian..sekian...5 lelaki sekian sekian wajah dan suara loghat sekian sekian...Jawapan dari balai amat mengejutkan...tiada anggota mereka yang terlibat dan mereka juga tidak dapat mengesahkan walaupun penjenayah itu ada menyebut ~mereka berkasar dengan saya kerana mengejar pencuri atas arahan salah seorang nama anggota balai...~.Apabila suasana semakin rumit ,salah seorang anggota bekejar ke rumah saya untuk mengambil maklumat yang telah menjejas reputasi anggota mereka.Oleh kerana hari telah lewat anggota polis minta saya membuat laporan dibalai pada keesokannya.Kes disiasat sehingga ke daerah namun sampai hari ini saya tidak tahu perkembangan selanjutnya.Saya masih mencari dan terus mencari wajah lelaki yang saya tidak kenal dan menyerang saya malam itu...Apa agaknya tujuan mereka.

Allah Maha Berkuasa dan Melindungi....syukurlah walau beberapa cobaannnn terhadap diri saya, Allah sentiasa memberikan perlindunganNya.Semoga semuanya menjadi iktibar serta pengalaman sedemikian dikongsi bersama untuk kita waspada selalu....

Tuesday, 15 January 2013

NASI AMBANG

Nasi Ambang atau nama sebenarnya  Nasi Ambeng adalah makanan tradisi masyarakat etnik Jawa Malaysia yang kini menjadi kegemaran ramai setelah makanan ini dikomersialkan.Makanan ini berupa set hidangan gabungan nasi putih, ayam masak semur, serunding kelapa + kacang tanah goreng, bergedil , mee goreng dan sayur sambal goreng tempe.Kebiasaannya masyarakat jawa menyediakan hidangan ini apabila mereka mengadakan majlis kenduri kesyukuran atau kenduri tahlil.Penyediaannya amat mudah namun masyarakat jawa di kampung saya lebih gemar menyediakannya secara bergotong royong ,memperlihatkan keakraban setiap individu dalam bermasyarakat.
Nasi putih (beras ) ditanak dalam kawah oleh pihak lelaki manakala pihak wanita pula menyediakan bahan-bahan masakan yang lainnya.Mereka sepakat sambil saling bergurau senda dalam menyediakan hidangan ini mengikut keperluan jemputan tetamu.Sebahagian kaum bapa mencari daun pisang sebagai alas meletakkan hidangan Nasi Ambeng sebelum diletakkan dalam dulang atau talam .Ayam pula dibersihkan dan dimasak semur.



AYAM MASAK SEMUR

(Sekiranya tetamu jemputan 50 org)
13 ekor ayam potong 4 (bersihkan)goreng seketika ( setengah masak) dan toskan
1 mangkuk bawang merah/bawang putih dan halia yang telah diblender dan ditumis wangi bersama
5 batang kulit kayu manis dan 2 sudu bunga lawang.
Masukkan air secukupnya
Masukkan kicap secukupnya dan 6 sudu lada sulah- biarkan mendidih
Masukkan garam , gula , air asam jawa dan perasa
Masukkan ayam dan didihkan sehingga ayam masak dan kuahnya agak kering
Masukkan santan pekat mengikut kepekatan kuahnya

(Jika suka boleh masukkan ubi kentang potong baji dan suun sebelum masukkan ayam dan biarkan kentang empuk)

 Penyediaan 'BERGEDIL'

4 kg Ubi kentang buang kulit potong baji cuci dan goreng
Selesai menggoreng tumbuk lumat ubi tersebut
2 cawan udang kering cuci dan goreng
1 mangkuk bawang merah hiris nipis dan goreng rangup dan tumbuk kasar
2 labu bawang putih hiris dan goreng serta ditumbuk lumat
4 sudu lada putih dikisar halus
sepokok daun sup dan daun bawang cuci dan hiris halus
Campurkan semua bahan dalam ubi kentang yang telah ditumbuk
Gaul rata dan sebati
Perisakan garam, gula dan perasa.
Bulat bulatkan dan leperkn sedikit
5 biji telur pecahkan dan pukul sedikit.Letak sedikit garam
Panaskan minyak adalam kuali
Celup kepingan bergedil dalam telur yang dipukul
Goreng bergedil dengan api perlahan
Setelah kekuningan angkat dan toskan

.Untuk membuat serunding kelapa agak rumit sedikit tetapi sekiranya ramai jiran tetangga dan saudara mara datang membantu kerja berat akan jadi ringan.

SERUNDING KELAPA + KACANG TANAH GORENG

3 biji kelapa mesin
5 sudu rempah biji kisar halus
5 sudu jintan putih kisar halus
30 biji bawang merah, 1 labu bawang putih blender
5 sudu udang kering blender
Masukkan 5 sudu gula, garam dan asam jawa secukup rasa
Gaul semua bahan sebati
Panaskan sedikit minyak
Gorengkan serunding sehingga garing kekuningan, kacau sentiasa agar tidak hangit
Setelah masak
Masukkan kan kacang tanah yang telah digoreng
atau jika suka semasa menggaul sebati masukkan kerang atau daging yang dipotong kecil sebagai ganti kacang tanah.

Untuk membuat mee goreng seperti biasa je mee goreng kosong

MEE GORENG

1 bungkus mee kuning cuci dan toskan
Tumis wangi 7 biji bawang putih yang telah dikisar/tumbuk
3 sudu udang kering blender
2 sudu lada putih mesin halus
1 senduk sos cili
1/2 senduk kicap
Masuk semua bahan dalam tumisan
sekiranya perlu masukkan sedikit air
Masukkan mee kuning
Masukkan taugeh secukupnya
Perisakan dengan sedikit garam dan gula
Taburkan bawang goreng dan hirisan cili merah

Menu istimewa dalam hidangan ini ialah sayur goreng tempe.

SAYUR GORENG TEMPE 

5  keping tempe potong dan goreng
7 biji kentang buang kulit belah dua dan hiris agak nipis juga digoreng
 (setelah lembut gunting sepanjang 2 inci)
2 genggam suun direndam
1/2 kilo udang sederhana besar buang kepala dan kulit
250 gm kacang buncis cuci bersih dan potong serong
3 biji cili merah hiris
15 biji bawang merah blender
8 biji bawang putih blender
1 inci halia blender
(jika suka ambil isi petai 4 papan)

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah diblender bersama sehingga wangi
Masukkan  sedikit air ,fucuk dan suun
Masukkan kicap, garam, gula dan air asam
Masukkan udang, kacang buncis ,masak seketika
Masukkan bahan goreng tempe dan kentang
Gaul sebati dan masukkan cili merah dan juga isi petai
Sayur ini tidak berkuah

Setelah semua lauk pauk siap dimasak dan nasi telah sedia ada, talam bulat pula disediakan .Setiap biji talam dilapik dengan daun pisang.Daun pisang hendaklah ambil bahagian hujung pelepah.(Satu pelepah daun pisang potong setengah -ambil bahagian hujung) Bahagian lain daun pisang dikoyak dan digunting bentuk bulat.Ini untuk alas bahagian atas nasi.Bila majlis kenduri bermula pihak wanita mula acukan nasi putih dalam besen kecil dan berbentuk bulat ,agak-agak boleh dibahagikan nasi kepada 4 orang.Ini kerana 1 talam boleh dikongsi dan dimakan seramai 4 orang.Besen berisi nasi diterbalikkan atas daun pisang dalam talam.Nasi itu kemudian ditutup atau dialas dengan daun pisang yang berbentuk bulat tadi.Atas nasi tadi diletakkan pula satu perempat bahagian ayam ( sekor ayam dipotong 4 bahagian).Sekeliling nasi ditelak 4 longgok serunding, mee goreng, sayur goreng tempe dan bergedil.
Setelah selesai majlis dan membaca doa, talam-talam tersebut dihidang kepada para tetamu. Sekiranya sepakat ingin dimakan dalam majlis maka mereka akan makan berkongsi 4 orang dalam 1 talam.Mereka makan dengan penuh toleransi dan mengambil bahagian masing-masing kecuali ayam semur terpaksa mereka cubit-cubitan sesama mereka seorang sikit.Sebab itu saya katakan mereka makan dengan penuh tolarensi.Istilah jawa menyebut 'guyup' masak sama-sama dan makan sama-sama.Guyup tu saling bertolak ansur dan sentiasa bekerjasama.Sekiranya mereka mahu membungkus hidangan untuk dibawa balik,salah seorang daripada 4 orang akan mulakan membelah nasi dan dibahagikan kepada 4 bahagian, begitu juga dengan lauk pauknya dibahagi sama rata.Nasi dibungkus daun pisang dan diikat kemas sebelum dimasukkan dalam beg plastik untuk dibawa pulang tetamu dan akan dinikmati bersama keluarga mereka masing-masing.


Pada masa saya kecil dahulu, suatu kenangan manis ialah bila bapa pergi menghadiri kenduri waktu malam,kami menunggunya dengan harapan akan membawa balik 'Berkat Nasi Ambeng' .Sebaik sahaja terdengar bunyi berdehem bapa ,kakak cepat-cepat membuka pintu dan sekiranya ada buahtangan dari majlis kenduri, kami dah dapat agak ianya pasti Nasi Ambeng.Kami makan penuh selera satu keluarga sorang sikit.Begitulah keberkatan Nasi Ambeng ,walaupun sedikit tetap dapat dinikmati keseluruhan ahli keluarga.Sebab itu disebut 'BERKAT'.Berkat ialah istilah Jawa yang bermaksud buahtangan yang dibawa balik tetamu apabila menghadiri Majlis Kenduri kendara masyarakat Jawa. .Tradisi membawa balik berkat  kini telah menjadi amalan semua masyarakat di negara ini semasa menghadiri kenduri perkahwinan.Episod akan datang saya akan menceritakan apa yang dimaksudkan BERKAT .
Berbalik kepada Nasi Ambeng ..tuan rumah yang melaksanakan majlis ini tidak perlu bersusah payah mencuci pinggan mangkuk hidangan kerana mereka sekadar mencuci talam sahaja.Ianya lebih mudah dan jimat masa.Waima begitu masyarakat jawa sekarang jarang mengamalkan hidangan Nasi Ambeng.Tidak tahu apa sebabnya dan sekiranya teringin saya akan menyediakan dari dapur saya sendiri dan makan dalam talam bersama anak-anak kerana sudah terlalu jarang wujudnya kenduri Nasi Ambeng dan tujuan utama ialah ingin memberi pengalaman makan Nasi Ambeng kepada generasi saya.Mungkin kerana tuan rumah tidak mahu menyusahkan jiran tetangga atau saudara mara untuk membantu maka mereka lebih senang dengan menempah makanan daripada pihak catering sahaja.

Pada bulan Mei tahun lalu saya berkesempatan meyediakan hidangan Nasi Ambeng kepada masyarakat Pulau Pinang khasnya jiran tetangga saya sempena Giliran Membaca Yasin Kumpulan Wanita Dari Rumah Ke Rumah.Menu tambahan saya sediakan telur masin dan 'Keluban' sebagai penyedap hidangan.

'KELUBAN' (Kerabu versi Jawa )

1/2 kilo taugeh segar - celur
1/2 kilo daun pegaga - hiris halus
1/2 kilo daun selom - hiris halus
3 ikat pucuk paku - celur
250 gm kacang kelisa muda - hiris halus
1/2 kilo kangkung kampung - celur
Daun cekur hiris halus

2 biji kelapa mesin
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
20 biji cili padi
sedikit belacan
(Bubuh semua bahan dalam loyang dan kukuskan 20 minit)

Tumbuk bahan kukus tadi kecuali kelapa
Tumbuk sekali dengan beberapa ketul ubi /isi cekur
Gaulkan bersama kelapa mesin yg juga telah dikukus tadi
Perisakan dengan bahan perasa, garam, gula dan air asam jawa

Gaul semua bahan sayuran dalam pes kelapa tadi.
Sayuran lain juga boleh diterima pakai seperti pucuk ubi celur, dan lain-lainnya.

Wednesday, 2 January 2013

O..O..O..BALIK KAMPUNG....

Cuti sekolah hampir ke penghujungnya.Saya mengambil kesempatan mengambil cuti sebelum dan selepas Hari Natal untuk membawa anak-anak balik kampung bertemu keluarga .Disamping itu ada juga program lain yang dirancang untuk mengisi kelapangan 4 hari di sana.Kiranya 10 in 1 dimuatkan dan sekali harung perjalanan balik kira-kira dalam 280 km sehala.
Jam 8.30 pagi saya mula bergerak bersama kakchik dan caca ,kebetulan kakchik cuti mid sem so bolehlah menemani saya memandu.Kami membawa bekal roti sandwich kerana saya malas berhenti bila dah mula driving.Dalam pukul 11.00 pg kami sampai di Manjung.Kami singgah di Tesco Extra Manjung untuk membeli gift for new baby Eva Nabiha ( Nabil ) and Birthday Gift for Adif.Selesai shopping dan makan-makan ,meneruskan perjalanan ke Hutan Melintang.New baby Nabil dah berusia 30 hari baru sempat nekcu mai melawat.Adif pula dibawa parentnya bercuti ke Penang.Selisih jalan ler..tapi 1 dalam 10 xtvt dah selesai.Melawat baby boy yang terlalu mungil..cute jer tapi suka melalak.Pesanan ole-ole dari Medan juga telah saya serahkan pada kakak untuk foward pada abang saya dan forward lagi untuk anak perempuannya yang bertugas di Kuala Lumpur.Xtvt 2 dalam 10 telah selesai.Xtvt seterusnya bermula jam 5 petang nanti.



Selesai semuanya saya bersiap dan xtvt ptg ni adalah bebas...tanpa anak-anak.Perancangan dah dibuat beberapa bulan lalu dan pengesahannya baru kelmarin dapat kepastian yang sebenar-benarnya.Saya memandu seorang diri ke arah Sungai Sumun Bagan Datoh untuk mengambil rakan .Dah agak lama tidak melalui jalan ke rumahnya teragak-agak juga yang mana satu rumah miliknya yang ditingglkan oleh arwah bapanya seorang tauke kelapa kering.Zaman persekolahan dulu rumah itulah tempat yang sering saya kunjungi.Keramahan keluarganya menyebabkan saya mengenali semua ahli familinya.Kini hanya tinggal kenangan.Kedua ibu bapanya pergi buat selamanya dan beliau telah bekerja di Kuala Lumpur.Balik kampung kali ini adalah atas desakan saya untuk menemui beberapa orang lagi rakan.Dari jauh terlihat kelibat rakan yang dimaksudkan.Aduhai..rumahnya semakin cantik dan ceria.Atas tangga batu kelihatan seorang pemuda..maybe itulah anak bujangnya yang telah ditinggalkan bapa buat selamanya semasa usia 5 tahun ( meninggal kerana sakit) Seorang wanita berseluar jeans dan berbaju blaus hitam berlari anak menuju ke arah kereta yang yang berhentikan di tepi jalan raya. Dia terhenti sambil berkata perlahan..itu Ani  ye..Saya keluar sebaik dia sampai ke kereta.Kami berpelukan dan bersalam erat.30 tahun tanpa ketemu..jumpa kali ini wajah masing-masing semakin matang,usia semakin bertambah ,berbeza zaman remaja di alam persekolahan dulu.Saya menjemputnya masuk ke kereta dan sepanjang perjalanan ke Teluk Intan banyak berbual tentang suka duka kehidupan yang dilalui.Sesekali handphone saya menerima mesej.Liza memberitahu dia dah sampai manakala Wawa mesej maklumkan dia masih on the way.Leeza pula sedang berhenti solat dan sedang menuju ke destinasi yg kami rancang.Saya memandu dengan dibantu co-pilot yang duduk disebelah maklum sajalah saya amat jarang turun bandar T.Intan yang serba-serbi telah berjaya mengejar kemajuan.Saya juga tidak hafal selok belok liku-liku jalan dibandar ini.Nasib baik ada Jita,saya sanggup mengambilnya pergi dan balik sebab dialah yang mahir dimana lokasi McD,Giant,Dominos dan lain-lainnya.
Sampai di McD ( Sorry ayong ibu ke McD walaupun kita boikot sebab bukan ibu yang mencadang tempat tu)Wawa mesej dia menunggu di pintu depan.Masing-masing mencari akhirnya terjumpa wajah anggun yang sedang berjalan menghampiri kami.Senyuman saling berbalas dan sekali lagi kami berpelukan.Alhamdulillah dapat juga Wawa hadir walau beliau sukar meninggalkan anak bongsunya yang istimewa.Kami bertiga mengambil tempat disuatu sudut.Jita rakan yang paling banyak bercakap dan keadaan menjadi gamat apabila Liza masuk bersama hubby serta anak daranyanya.Masing-masing bertanya kabar dan kami ketawa tak berhenti kerana Jita menjadi penglipur lara kami.Keadaan semakin ceria bila Leeza sampai ,orang yang paling kami nanti-nantikan kerana beliau baru pulang bertugas dari Australia.Beliau menghilangkan diri dan FB menemukan kami semula dan hari ini membawa pertemuan kami semua.Seorang lagi rakan ,Ann sudi joint us.Mereka buru-buru balik dari majlis kenduri kahwin dan menyertai kami.Suasana bertambah gamat dengan gelak ketawa, jenaka dan very enjoy petang itu...santai-santai sambil makan aiskrim, dan lain-lain makanan ringan.2 jam kami habiskan masa dengan berbual berbagai topik dan bergelak ketawa tanpa memperdulikan customer lain.Biarkanlah...hari ini hari kami..30 tahun tak berjumpa...mereka adalah rakan sejak saya  berumur 7 thn sehingga 17 thn..sama-sama main jengkit, main galah panjang,main biji saga dan segalanya dikongsi bersama pengalaman bersekolah rendah dan menengah yang sama.
Kami beredar dari McD untuk ke rumah Wawa.Kami tak nak mengecewakan jemputannya apalagi rumahnya hanya dipersekitaran bandar ini jer..Kami konvoi 3 buah kereta dan berhenti depan masjid Jalan Changkat Jong.Kagum dengan rumah Banglo atas bukit..Wawa mempersilakan kami masuk.Alhamdulillah rakanku walau hanya suri rumah telah memiliki sebuah banglo.Suaminya seorang pegawai di pejabat pelajaran daerah.Rakan mereka semasa F6 dulu.Begitu juga dengan Liza yang amat bahagia bersama suaminya juga rakan F6 mereka di SMK Seri Perak.Hubby Liza baru dinaikkan pangkat dan bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri.Jita dan An juga sama-sama belajar dalam F6 di sekolah yang sama kecuali saya jauh terasing menyambung pelajaran dalam F6 di Ipoh.Perbualan bersambung dan lebih gamat lagi suasana di rumah Wawa.Namun jauh disudut hati saya kagum dengan ketabahan Wawa dan sabar menjaga anak bongsunya yang 'istimewa'.Walaupun lahir normal maybe Allah ingin menduga Wawa dan suaminya.Anaknya mengalami demam panas sehingga membawa kepada insan kelainan upaya.Tabahnya mereka....

Jam 7 petang Ann pula mempelawa kami ke rumahnya di Taman Delima Padang Tembak.Kami juga tidak menghampakan Ann dan Follow jer kerana masih belum puas bertemu rakan dan berbual.Diluar rumah kami posing snap pic like kanak-kanak ribena...ikut suka dan ikut kepala masing-masing tanpa memperdulikan anak Liza dan anak Ann yang tersengih memerhati telatah kami.Tak ubah sama seperti kami masih di tingkatan 5...sentiasa ceria...
Sampai di rumah Ann kami terus menunaikan solat Maghrib.Ann dah menyediakan bihun sup dan hubbynya menambah hidangan dengan membeli bihun tomyam.Suasana bertambah kecoh apabila Jita membuat lawak yang sangat kelakar hingga lenguh pipi ketawa tak berhenti.Lebih-lebih lagi suami masing-masing turut sporting dan tidak mengambil kesah atas gurauan dan usik mengusik.Sekali lagi saya terdiam bila terlihat ibu mertua Ann baring atas katil tepuk-tepuk tangan .MasyaAllah...Tuhan sekali lagi memeperlihatkan kepadaku ketabahan rakanku menjaga seorang ibu mertua uzur dan kurang waras.Jauh di sudut hati berkata~walaupun mereka bahagia bersama pasangan masing-masing namun Allah masih menduga dan menguji mereka dengan pelbagai masalah yang lain~....Begitu juga dengan Leeza, hidup bahagia hingga ke hujung dunia berjaya dengan kerjaya namun masih bersendirian.So saya dapat membuat conclusion bahawa hidup ini adalah suratan yang mengandungi pelbagai keadaan yang tersirat..bersyukur dengan apa adanya dan redha dengan segala ketentuanNya...

Jam 8.30 saya mula minta diri sebab nak hantar Leeza balik ke bandar Teluk Intan (keretanya park kat McD) dan nak menghantar si mulut becok sejak zaman sekolah dulu smpai hari ini, kawan baikku Jita yang tidak pernah marah.. Kami amat enjoy dengan lawak jenakanya...Leeza juga akan kembali ke Manjung tempat bertugasnya..Terasa singkat masa..Terharu dengan kesudian rakan yang sudi joint gathering la-ala pra reunion..Tapi kami rasakan hari ini pertemuan yang tidak dapat dibariskan dengan kata-kata dan tak dapat nak digambarkan betapa gembiranya betapa mesranya dan betapa syahdunya menghayati perjumpaan kami sepanjang petang bersama 5 rakan sejak sekolah rendah dan menengah...Syukur padaMu Tuhan merestui pertemuan ini.Tamatnya pertemuan rakan sekaligus mengisikan 3 in 10 program Balik Kampung saya kali ini.Penuh makna penuh ceria...Terima kasih rakan-rakanku Liza,Ann dan Jita yang berjaya menjadi warga Pendidik.



Saya memandu dengan perintah co-pilot dalam perjalanan balik.Misi saya ingin memanjat Menara Jam Tinggi Teluk Intan masih tidak kesampaian kerana tidak cukup masa.Sebelum menghantar Jita ,saya singgah ke rumah kakak untuk mengambil Kakchik dan Caca dan membawa mereka ke Kg Sungai Sumun. Rumah Jita di Pt 5 dan saya patah balik ke Pt 7.Kampung halaman saya masa kecik-kecik dulu.Disini memang betul-betul kampung.Udara bersih dan nyaman.Air kolah sejuk menyucuk hingga ke tulang.Tidur berselimut kesejukan dan terbangun apabila dengar ayam berkokok dan kicauan burung...Ohhhh indahnya...lama benar tak merasai semua ini.Mengharap ingin mendengar sahutan burung hantu namun gagal,tiada seekorpun burung hantu berbunyi.Sarapan pagi ini bersama semua ahli keluarga yang ada,sementara kakak sibuk urusan mesyuarat sana sini, saya mengambil kesempatan untuk balik ke kampung Hutan Melintang mengimbas rumah peninggalan arwah emak.Saya terus membawa anak-anak ke tepi sungai untuk membeli ikan fresh hasil tangkapan laut nelayan .Walaa...bestnya dapat ikan segar,sotong dan ketam dengan harga paling murah beza sangat dengan harga di Penang.Memborong ikan dan membeli ulam buah putat sungai.Cantik bentuknya tapi tak sempat ambil gambar untuk paparan dan merasa kelazatannya.Pusing dalam Taman untuk mengimbas rumah sendiri yang dibeli tahun 2000...ermmm masih kelihatan ceria dan terjaga dengan baik.
Saya sempat menziarah Tok Guru Mengaji Quran zaman saya kecil dulu.Kesihatannya kurang memuaskan dan beliau tidak mengenali saya lagi.Along anak Tok Guru memelukku erat ,saya mengucapkan TAKZIAH kerana pemergian hubbynya sehari sebelum bulan puasa lalu tanpa sakit.Meninggal dalam duduk berehat.Kami berbual panjang berkisar kisah dulu-dulu sehingga tidak sedar waktu dah tengahari.Kakakku menyusul dan mengajak menziarah bapa saudara kami yang baru keluar hospital yang mengalami sakit jantung kesukaran bernafas.
Tengahari itu kakak menghidangkan menu kegemaran kami 'pecal' .Saya makan sepuasnya.Sebelum pergi menziarah bapa saudara kakak sempat memberikan pengalaman baru kepada Caca memancing ikan darat.Batang joran kampung jer..buluh, tali tangsi, mata kail dan umpannya udang.2 ekor ikan haruan besar berjaya di daratkan...(dikail laa maksudnya tu)Seronoknya Caca mengail cara kampung.Ibunya pun tumpang sekaki mengenang zaman kanak-kanaknya dulu.Menziarah bapa saudara dirumah anaknya ( sepupu ) .Seronoknya bertemu berbual dengan sepupu -sepupu dan emak saudara tersayang sambil makan keropok udang tak sedar sampai lewat petang.Sepupu menghadiahkan Kalendar 2013 kerana saya sukar mendapatkan kalendar di Penang.Tamatnya hari ini bererti  dah 6 xtvt in 10 terlaksana.




Seterusnya xtvt ke 7 belajar membuat Mini Murtabak resepi rahsia kakak yang kini sedang terlaris dipasaran.Ramai pelanggan dalam dan luar kawasan order sebagai sarapan pagi, minum petang, juadah majlis kecil-kecilan ,kuih hidangan dalam kenduri kendara dan sebagai buahtangan apabila saudara mara mereka berkunjung. So kakak aku tak cukup tangan untuk menghasilkan Mini Murtabaknya secara fresh dari dapurnya.Beliau tidak mahu menerima cadangan saya untuk memfrozenkan mini murtabaknya kerana ingin menjaga kualiti kesedapannya.Ermmmmm cayalah kakakku...caiyok..caiyok...Malam itu mulalah saya belajar membuat kulit murtabak, uli-uli dan simpan semalaman.Lepas tu cara membuat intinya bersekali dengan tekniknya.Simpan..
Esok pagi-pagi kakak suruh saya mencuba mencanai setelah dia menunjukkan cara membuatnya.Dengan penuh confident saya mula menebar pada sangkaan saya ianya amat mudah sepertimana melihat kakak buat.Rupanya susah dan janggal.Terkial-kial...tangan keras...Hohoho...tapi saya tak akan mengalah..cuba dan terus mencuba sehingga habis dan berjaya akhirnya..Pasti sedapppp......nyummy....
Saya bersiap berkemas dan packing bag, giliran tidur rumah kakak ke 3 pulak.Dah banyak kali dia ajak nanti dikatakan tak sudi so follow je lah..walaupun kurang selesa maklumlah dia ada hubby, lainlah kakak ke2 saya ni...dah menjadi balu sejak 18 tahun dulu .Lagi pun dia suka bercerita, semasa saya bersamanya 2 malam habis semua dia ceritakan dan mengadu hal...kesian gak...


Agenda bersama kakak ke3 adalah bershopping di Jakel.Tapi sebelum tu saya nak melunaskan xtvt ke 8~ berjumpa rakan karib semasa menjadi student PJJ dulu.Susah senang kami bersama bertiga. 3 Idiots...Dah terlalu lama tak ketemu so balik kali ini ambil kesempatan untuk menemui mereka.Janji jam 2 petang di Sutera Bayu Teluk Intan...waaa Teluk intan lagi...aku datang padamu....kali ini kena bawa anak-anak tujuannya nak shopping peralatan sekolah tapi oleh kerana takut tersesat tersalah jalan maka kami tundakan shopping back to school tu anti-nantilah...walau caca dah muncung tapi dia still ok bila dipujuk-pujuk.Masa yang ditunggu sudah tiba...Gaya call maklumkan dia dah sampai di restoran tersebut dan saya juga masuk restoran yang sama. Lama kami saling berpandangan.Ermmm cumelnya dia...Gaya jauh lebih muda berbeza dengan zaman kami study dulu.Wajahnya ceria dan bertambah seri.Dari perbualan kami beliau memberitahu telah mendapat seorang cucu dan akan menerima menantu kedua bulan Februari depan.Sekarang beliau adopting baby lelaki yang diambilnya dari hospital dan sekarang berusia 3 tahun.Maybe beliau teringin anak lelaki kut sebab kesemua 5 anaknya adalah perempuan.Gaya sekarang menyandang jawatan ADO T.Intan.Saya tumpang gembira kerana walaupun berusia namun masih gigih meneruskan belajar sehingga mendapat Deggree.Dendam ditinggalkan suami dengan menyara 5 anak tidak mematahkan semangat untuk menyaingi xhusband seorang peguam.Susah payahnya waktu itu saya je yang tahu kerana kami rakan baik.Antara kami 4 tahun beza umur tapi kami sama-sama berkongsi masalah dan sama-sama menghadapinya.Perbualan terhenti apabila seorang lagi rakan Tira menghampiri kami.Maafkan saya lambat kerana hadir majlis perkahwinan dan adik beradik ada di rumah saya..ramah beliau membuat keterangan sambil bersalam dan memeluk kami seorang demi seorang.Sebenarnya kami bertiga rakan baik semasa belajar di Uitm Cawangan Perak di Manjung.Extra class pada waktu malam kami hadiri dengan menumpang kereta Gaya.Dia masih beruntung kerana mempunyai suami baru yang penyayang.Sering menghantar kami ulang alik tiap hujung minggu.Sekiranya Gaya tiada class maka terpaksa saya membawa Tira merempit menaiki motor Yamaha 100 saya sampai sakit pinggang..sejam perjalanan..kadang Tira menumpang bermalam di rumah saya kerana dah terlewat untuk balik ke Bagan Datoh.Tira sekarang menjadi suri rumah fulltime menjaga suami dan mendidik anak nan seorang setelah berumahtangga beberapa tahun setelah tamat U.Kerjaya beliau ditinggalkan demi kebahagiaan keluarga.Tapi kami saling berhubung walau jarang berjumpa.Begitulah keakraban kami bertiga, so hari ini kami mengenang jasa masing-masing dan mengatur pertemuan ini.Alhamdulillah...hilang rindu terhadap teman-teman seperjuangan.



Selepas Asar kakak ke3 bersiap mengajak saya ke pekan Sungai Besar Selangor.Tujuan utama ke Jakel.Caca ikut kerana nak shopping back to school.Saya dah terikut shopping kain pasang walaupun jenis kain kebanyakannya agak ketinggalan dan agak mahal.. biasanya hujung tahun ada sale tapi Jakel sini macam biasa jer.Apapun dah beli...simpan untuk stok tahun 2013...Kakak saya laa pilih punya pilih dah gelap malam tak sempat shopping untuk caca.Muncung lagi tapi Kakchik pujuk masih ada masa untuk shopping...esok OTW balik kita singgah Aeon/Jusco baru buka di Manjung.Sebenarnya Kakchik yang teruja sangat nak masuk Jusco besar tu.
Hari last nak balik baru terlihat sepasang burung Enggang terbang rendah hinggap didahan kelapa sawit  sebelah rumah kakak.Walaupun rumahnya dalam taman sebelahnya ada kebun kosong yang digelar 'Taman Negara' oleh anak-anaknya kerana kemungkinan sesekali terlihat babi hutan.Kali ini sepasang Enggang yang berkilau bulunya mempamerkan dirinya.Sedang berkemas anak saudara dari Sg Sumun menyerahkan 3 ekor ikan puyu untuk caca bela kiriman orang kampung yang sedang menjala dan yang saya sapa tempohari .' Abg...pe kabar..menjala ikan?..Sapaan saya tu tidak dicamkan siapa saya kerana beliau bertanya 'siapa ni ye'... Haha..maybe sebagai membalas ingatan darinya dia memberikan 3 ekor puyu hasil menjala yang Caca namakan Kiki, Kila dan Kiko.
Caca pun dah tersenyum lebar bila dah dapat kasut sekolah Barbie dan Swan yang diidamkan daripada Jusco baru selain peralatan lainnya.Jusco sini lebih besar dari Quensbay la agaknya sebab tak habis round.Penat dah..9 dalam 10 dah selesai.Selesai jugalah 10 in 1 kerana sempat berbincang dengan kakak ke2 untuk membuat Majlis Berkorban  sempena Aidil Adha 2013 nanti.InsyaAllah moga murah rezeki dan dah ada anak-anak saudara yang akan turut serta..